Panduan Memasang Teleskop
Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial
Al Quran dan Teori Big Bang
Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.
Mengenali Planet Kerdil
Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut
Kalendar Astronomi 2012
Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku
Meneroka langit menggunakan binokular
Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!
Ahad, 14 Ogos 2011
Cara lain mencerap hujan meteor Perseid
12:12 PG
Astromas
Hujan meteor Perseid melintasi langit malam.
Kredit imej : msnbcmedia3.com
Assalamualaikum & hai
Anda telah merancang untuk keluar dan melihat kemuncak pancuran Meteor Perseid hujung minggu ini, tetapi nampaknya cuaca asyik mendung dan bulan pula hampir purnama. Kecewa?
Jangan berputus asa, kerana anda masih boleh menikmati pancuran meteor dengan cara yang lain. Mungkin boleh menunggu sehingga awan di langit hilang.
Terdapat beberapa cara untuk menikmati pancuran meteor ini selain dari melihat secara visual. Antaranya ialah bergantung kepada pantulan isyarat radio atau mengikutinya secara online.
Anda boleh "mendengar" meteor dengan Radio Spaceweather .
Atau juga anda boleh "mencerap" graf visual dengan Meteor View Meteorscan Live yang diuruskan dari Balai Cerap Norman Lockyer di England
Bagaimanakah pencerapan ini terjadi?
Apabila meteor masuk ke atmosfera Bumi, ia menyahpecut dengan secara pesat. Geseran dengan udara menyebabkan meteor terbakar pada suhu yang sangat tinggi yang mewujudkan jaluran putih yang cerah terhasil yang biasa kita lihat sebagai tahi bintang. Sepanjang proses ini, udara di ionkan di sepanjang laluan yang membolehkan gelombang radio dihasilkan.
Gelombang ini dikesan oleh penerima radio dan boleh didengar sebagai ping atau wisel. Data juga boleh dipaparkan pada komputer dalam bentuk jenis graf seperti berikut.
Kredit imej Adrian Barat
Selain itu, anda juga boleh mengikuti Perseids dengan seluruh dunia melalui Twitter. Anda juga boleh melihat rakan2 kita mencerap dan merepotkan kenampakan tahi bintang dengan Peta Meteor.
Selamat mencuba.
Selasa, 7 Jun 2011
Letupan Supernova di Galaksi Whirpool, M51
5:14 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai...
Pada 2 Jun yang lepas, seorang pencerap Perancis telah menemui satu 'bintang' baru pada pada kecerahan magnitud 14 di dalam galaksi Whirpool, M51.
Pada 2 Jun yang lepas, seorang pencerap Perancis telah menemui satu 'bintang' baru pada pada kecerahan magnitud 14 di dalam galaksi Whirpool, M51.
Imej oleh BBC Sky at Night Presenter Pete Lawrence
Kewujudan ' bintang baru' yang sebenarnya ialah letupan supernova
Letupan supernova ini terhasil apabila satu bintang yang jauh lebih dari besar dari matahari telah mencapai akhir hayatnya dengan letupan yang sangat dasyat dan terlihat dari bumi sebagai satu cahaya bintang yang baru.
Supernova ini boleh dilihat di galaksi Whirpool menggunakan binokular dan teleskop kecil. Caranya ialah dengan mencari buruj Canes Venatici, yang berdekatan dengan bintang Alkaid yang terdapat dalam buruj biduk (big dipper).
Khamis, 2 Jun 2011
Pencerapan Gerhana Bulan 16 Jun 2011
6:18 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai..
Sila rujuk di sini untuk jadual fenomena akan datang.
Sempena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada pukul 4.13 minit pagi, 16 Jun 2011 ini, satu program pencerapan akan diadakan di Perkarangan Masjid Negara (berhampiran tapak ekspo). Program akan berjalan seperti berikut.
16 Jun 2011
1 pagi
Pendaftaran peserta
1 hingga 7 pagi
Pencerapan gerhana bulan, Musytari, Marikh & Zuhrah, taklimat gerhana, pertandingan kuiz & solat sunat gerhana
7 pagi
Bersurai
Jom ramai2 kita meriahkan program cerapan gerhana bulan ini. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri Musytari, Marikh & Zuhrah melalui teleskop.
Sila rujuk di sini untuk jadual fenomena akan datang.
Jom mencerap!
Ahad, 22 Mei 2011
Atlantis bersedia untuk perkhidmatan terakhir
12:29 PG
Astromas
Assalamualaikum & hai..
Salam hormat
Pesawat angkasa NASA sudah makin hampir mencapai masa persaraannya. Perlepasan terakhir pesawat angkasa Atlantis akan berlaku pada 9 Julai ini pada pukul 7.40 malam waktu Malaysia untuk penerbangan 12 jam ke ISS.
Atlantis sedang bergerak di fasiliti pemprosesan orbiter untuk misi STS-135 yang terakhir.
Kredit: Ken Kremer
Misi terakhir pesawat angkasa NASA Atlantis ini ialah untuk membawa modul logistik pelbagaiguna Raffaello ke ISS. Modul ini mempunyai muatan peralatan sains, makanan, air, logistik, dan alat ganti untuk kemudahan krew di ISS.
Selepas ini, kapal angkasa Soyuz milik Rusia akan digunakan sebagai pengangkutan utama sehinggalah pesawat baru disiapkan oleh Amerika Syarikat.
Selamat tingggal Atlantis, Discovery, Endevour & Enterprise!
Selepas ini, kapal angkasa Soyuz milik Rusia akan digunakan sebagai pengangkutan utama sehinggalah pesawat baru disiapkan oleh Amerika Syarikat.
Selamat tingggal Atlantis, Discovery, Endevour & Enterprise!
Salam hormat
Ahad, 26 Disember 2010
Kalendar Astronomi 2011
2:13 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai..
Januari
Kalendar Hujan Meteor 2011
Semoga kalendar ini membawa manfaat kepada anda.
Jom mencerap!
Mohd Rizuan Ali,
ASTROMAS
013-2180412
Berikut adalah peristiwa astronomi yang bakal berlaku dalam tahun 2011 ini. Harap ia dapat membantu anda merancang aktiviti astronomi anda.
Januari
4hb - Hujan meteor Quadrantid (ZHR 120)
4hb - Gerhana Matahari SeparaMac
21hb - Vernal EkuinokApril
23hb - Hujan Meteor Lyrid (ZHR 20)Mei
5hb - Hujan Meteor Eta Aquarid (ZHR 60)Jun
2hb - Gerhana Matahari Separa
16hb - Gerhana Bulan Penuh
22hb - Soltis Musim PanasJulai
1hb - Gerhana Matahari Separa
4hb - Aphelion
28hb - Hujan Meteor Delta Aquarid (ZHR 20)Ogos
13hb - Hujan Meteor Perseid (ZHR 90)September
23hb - Ekuinok Musim PanasOktober
22hb - Hujan meteor Orionid (ZHR 20)November
6hb - Hujan Meteor Taurid Selatan (ZHR 10)
13hb - Hujan Meteor Taurid Utara (ZHR 15)
18hb - Hujan Meteor Leonid (ZHR 15)
25hb - Gerhana Matahari SeparaDisember
10hb - Gerhana Bulan Penuh
15hb - Hujan Meteor Geminid (ZHR 120)
22hb - Soltis Musim Sejuk
23hb - Hujan Meteor Ursid (ZHR 10)
Jadual Gerhana 2011 bagi kawasan2 di Malaysia
Tahun 2011 bakal menyaksikan 6 peristiwa gerhana akan berlaku. 4 darinya ialah gerhana matahari separa dan 2 darinya ialah gerhana bulan penuh.
Untuk kita di Malaysia, hanya gerhana bulan sahaja yang dapat diikuti di sini iaitu pada 16 Jun pada jam 4.13 pagi dan 10 Disember pada jam 10.33 malam. Gerhana matahari tidak kelihatan kerana kawasan liputan gerhana matahari adalah sangat kecil berbanding gerhana bulan.
Waktu berikut adalah waktu di Malaysia.
Jan 04 Selasa 16:52 Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Jun 02 Khamis 05:17 Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
16 Khamis 04:13 Gerhana Bulan Penuh
Jul 01 Jumaat 16:39 Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Nov 25 Jumaat 14:22 Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Dis 10 Sabtu 22:33 Gerhana Bulan Penuh
Kalendar Hujan Meteor 2011
Peristiwa hujan meteor (tahi bintang) sentiasa sahaja berjaya menjadi tarikan umum untuk melihatnya. Tahun ini sekitar 11 peristiwa hujan meteor akan berlaku. Sebenarnya peristiwa ini berlaku setiap tahun dengan tarikh yang hampir sama setiap tahun.
Hujan meteor Quadrantid, Perseid dan Geminid sudah pastinya tidak boleh dilepaskan kerana ianya menjanjikan bilangan meteor yang banyak untuk di cerap.
ZHR (Zenithal Hourly Rate) ialah jumlah tahi bintang yang kelihatan dalam masa satu jam ketika waktu kemuncak peristiwa tersebut.
Jan 04 Tu 09:14 Hujan Meteor Quadrantid : ZHR = 120
Apr 23 Sa 06:44 Hujan Meteor Lyrid : ZHR = 20
Mei 05 Th 19:59 Hujan Meteor Eta Aquarid : ZHR = 60
Jul 28 Th 21:47 Hujan Meteor Delta Aquarid : ZHR = 20
Ogos 13 Sa 13:41 Hujan Meteor Perseid : ZHR = 90
Okt 22 Sa 05:59 Hujan Meteor Orionid : ZHR = 20
Nov 06 Su 06:27 Hujan Meteor South Taurid : ZHR = 10
13 Su 05:43 Hujan Meteor North Taurid : ZHR = 15
18 Fr 12:01 Hujan Meteor Leonid : ZHR = 15
Dis 15 Th 01:11 Hujan Meteor Geminid : ZHR = 120
23 Fr 10:00 Hujan Meteor Ursid : ZHR = 10
Semoga kalendar ini membawa manfaat kepada anda.
Jom mencerap!
Mohd Rizuan Ali,
ASTROMAS
013-2180412
Sabtu, 11 Disember 2010
Hujan Meteor Geminids 14/15 Disember ini!
5:56 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai...
Salam hormat,
Jom mencerap!

ibnu_ali_87 @yahoo.com
0132180412
Artikel berkaitan :
1. Mencerap Geminids 2009
2. Geminids di Pantai Kelanang 2008
3. Geminids 2007
4. Mencerap Geminids 2006
Kredit imej : Cumbriansky
Tahun ni kita bertemu sekali lagi dengan peristiwa hujan meteor gemenids. Meteor atau nama lainnya tahi bintang dikatakan akan muncul dilangit dengan sangat banyak sekali pada peristiwa yang disebut sebagai Hujan meteor Geminids ini. Berapa banyak? Lebih kurang 120 meteor dalam masa sejam! Cuba bayangkan anda berbaring menghadap langit yang gelap yang dipenuhi ribuan bintang kemudian sekitar seminit dua ada tahi bintang yang melintas yang menyebabkan jantung anda berdenyut laju seketika. Jika cuaca elok sehingga pagi maka anda berpeluang melihat beratus2 tahi bintang!
Anda jangan risau kerana untuk melihat tahi bintang Geminids ini anda tidak perlu menggunakan sebarang peralatan. Cukup sekadar berbaring menghadap langit dengan keadaan yang selesa (dengan tikar dan bantal serta segelas kopi panas) dan pandang sahaja ke dada langit dengan mata kasar anda. Tiada teleskop atau binokular atau gajet2 yang pelik2 diperlukan!
Mengikut data yang diberikan oleh International Meteor Organisation (link), kemuncak peristiwa Geminids akan berlaku pada 14haribulan ini pada jam 14 Universal Time yang bersamaan jam 10 malam waktu Malaysia 14 Disember. Ini adalah waktu kemuncak iaitu dijangka sekitar 120 tahi bintang dijangka muncul di langit dengan syarat lokasi anda adalah sangat gelap seperti di kampung dan pedalaman. Jika anda tinggal berhampiran bandar besar, maka nilai ini akan jatuh kepada sekitar 20 tahi bintang dalam masa satu jam. Menarik bukan? Tak sabar? hehe. Namun jangan lupa bahawa semua ini bergantung kepada keadaan langit di tempat anda. Jika ia berawan maka lebih baik anda masuk rumah sahaja atau tunggu awan tersebut pergi.
Kemuncak adalah pada malam 14/15 Disember tetapi peristiwa ini sudah mula menjadi aktif bermula 7 hingga 17 Disember 2010 lagi. Maka tidak menjadi pelik jika anda ada terlihat satu dua tahi bintang secara tak sengaja dalam seminggu dua ini. Ingin saya beritahu bahawa peristiwa ini anda boleh lihat sepanjang malam, sehinggalah matahari timbul!
Bercakap mengenai malam 14/Disember nanti. Buruj Gemini iaitu punca dimana tahi bintang akan keluar sekitar jam 9 malam. Pada masa tersebut ianya sangat rendah di langit timur, iaitu masih tidak sesuai untuk memulakan cerapan. Anda boleh tunggu sekitar jam 12 tengah malam untuk buruj ini berada hampir di atas kepala. Sambil2 menunggu itu, anda boleh isi masa anda dengan melihat bulan yang berada di langit barat. Disebelahnya terdapat satu 'bintang' yang sangat terang. Itu sebenarnya ialah planet Musytari!
Rajah menunjukkan keadaan langit pada malam 14 Dis 2010 sekitar jam 11.50 malam. Perhatikan buruj Gemini yang merupakan punca dimana tahi bintang mula keluar. Buruj Gemini merupakan titik rujukan anda namun anda boleh melihat di kawasan lain di langit yang mana tahi bintang kelihatan lebih panjang!
Bulan akan mula tenggelam di langit barat sekitar jam 1.30 pagi 15hb. Masa ini adalah yang terbaik kerana cahaya bulan sudah tiada untuk menenggalamkan meteor yang kelam.
Apa lagi yang ditunggu. Rancang aktiviti mencerap peristiwa ini dengan rakan2 anda. Pastikan keselamatan anda terjamin. Jangan segan untuk hubungi saya untuk membantu anda.
Salam hormat,
Jom mencerap!
ibnu_ali_87 @yahoo.com
0132180412
Artikel berkaitan :
1. Mencerap Geminids 2009
2. Geminids di Pantai Kelanang 2008
3. Geminids 2007
4. Mencerap Geminids 2006
Rabu, 8 Disember 2010
Gegelung hebat matahari pada 7 Dis yang lepas!
3:33 PG
Astromas
Assalamualaikum & hai...
Sumber : SDO
Beberapa hari yang lepas (7hb Disember 2010), Solar Dynamics Observatory telah berjaya merakam gambar prominence matahari yang panjangnya sekitar 700, 000km, iaitu panjangnya lebih kurang sama dengan jejari matahari! Sangat hebat!
Pemerhatian ini dibuat dalam spektrum ultraungu pada jam 2 pagi waktu Malaysia hari tersebut.
Prominence (saya tidak tahu istilahnya dalam bahasa Malaysia) merupakan satu struktur yang terjadi di permukaan matahari yang biasanya berbentuk seperti gegelung yang panjang (rujuk rajah). Tapaknya berada dipermukaan matahari di fotosfera dan memanjang keluar sehingga ke lapisan korona iaitu lapisan paling luar matahari. Jika prominence ini terputus, maka ianya boleh memancar keluar menjadi coronal mass ejection (CME) yang boleh membawa kepada bencana kepada penduduk bumi.
Namun anda jangan risau kerana prominence kali ini tidak akan membawa kepada CME yang mungkin merosakkan sistem grid elektrik dan satelit bumi.
Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika hampir seluruh dunia terputus bekalan elektrik dan sistem satelit tidak berfungsi?
Salam hormat,
p/s : Anda boleh ikuti perkembangan ini di web NASA : http://sdo.gsfc.nasa.gov/
Selasa, 12 Oktober 2010
Asteroid menghampiri bumi pada 12 Oktober ini!
2:07 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai...
Hari ini pada 12 Oktober 2010 dilaporkan mengenai satu asteroid akan melintasi berdekatan dengan bumi. Asteroid tersebut bersaiz 5 hingga 10 meter akan terbang sejauh 46,000 km dari permukaan bumi pada jam 7.25 malam ini. Objek ini diletakkan nama sebagai NEO 2010 TD54 mempunyai peluang untuk mengentam bumi pada nisbah 1 dalam sejuta.
Objek sebegini dikelaskan sebagai NEO (near earth object)
Kredit : NASA
Jika ianya masuk ke dalam atmosfera bumi, asteroid ini tidak akan habis terbakar dan akan mengehentam permukaan bumi sehingga menyebabkan kerosakan. Asteroid ini sedang berada di buruj Pisces ke Aquarius dan akan kelihatan di teleskop pada magnitud 14.
Mungkinkah satu hari nanti akan ada lagi asteroid besar jatuh menghentam permukaan bumi sehingga menyebabkan kerosakan besar seperti yang berlaku di Arizona?
Salam hormat dari saya
p/s : Maafkan saya kerana sudah lama tak update! Sedikit sibuk kebelakangan ini
Isnin, 26 April 2010
Selamat ulang tahun ke - 20 Teleskop Hubble!
7:46 PG
Astromas
Assalamualaikum & hai....
Nampaknya teleskop angkasa Hubble telah mencapai usia ke-20nya. Rupa2nya teleskop ini hanya 3 tahun lagi muda dari saya.hehe Namun hakikatnya, projek teleskop Hubble ini merupakan salah satu program paling berjaya dalam sejarah dunia astronomi kita. Dengan teleskop Hubble, kita telah berjaya merungkai banyak persoalan dan sambil itu membina persoalan baru yang perlu diselesaikan oleh para saintis.
'Pergunungan mistik' yang merupakan sebahagian dari nebula Carina.
Credit: NASA, ESA, and M. Livio and the Hubble 20th Anniversary Team (STScI)
Sebagai hadiah dari Hubble, gambar berikut dinamakan sebagai Gunung Mistik (Mystic Mountain) yang mengingatkan kita kepada salah satu imej paling hebat dari Hubble iaitu 'tiang kehidupan' (Pilar of creation) pada 1995.
Gambar ini adalah sebahagian dari kawasan di nebula Carina. Menara yang setinggi 3 tahun cahaya ini terdiri dari gas hidrogen sejuk dan debu yang membentuk dinding nebula tersebut. Pergunungan gas ini bukan sahaja terdiri dari bintang2 yang muda, tetapi juga sistem solar yang sedang membentuk. Berkemungkinan pada 4.5 bilion tahun yang lalu, beginilah rupa sistem solar kita.
Sangat cantik bukan?
Isnin, 12 April 2010
Astrofoto bulan pada usia 27 hari
7:11 PG
Astromas
Salam...
Ini gambar bulan berusia 27 hari yang saya sempat tangkap semalam lebih kurang awal pukul 6. Gambar kali ni terdiri dari satu dedahan sahaja iaitu 0.04 saat.
Ahad, 11 April 2010
Astrofoto bulan pada usia 26 hari
8:13 PG
Astromas
Assalamualaikum & hai..
Takpa2, kena tunggu hari 26 yang seterusnya..hehe
Ni gambar bulan yang berusia 26 hari. Saya ingat nak ambil bulan usia 24, 25, 26 dan seterusnya. Tapi semalam tiba2 dapat berita nenek sedara meninggal pulak. Jadi terpaksa skip satu hari.
Takpa2, kena tunggu hari 26 yang seterusnya..hehe
Jumaat, 9 April 2010
Bulan sudah tua
8:05 PG
Astromas
Assalamualaikum & hai...
Semalam saya sempat bermalam di rumah Dr Mahamarowi Omar untuk sesi astrofotografi. Namun keadaan langit yang kurang baik menyebabkan saya sempat mengambil gambar bulan sahaja sekitar jam 4.30 pagi.
Gambar berikut adalah hasil gabungan dua gambar yang berlainan dedahan. Tujuaannya ialah untuk mengelakkan bahagian gambar menjadi kurang dedahan (underexposure).
Untuk gambar ini, saya rasa lebih elok jika digabungkan 3 keping gambar kerana bahagian bawah bulan masih lagi terlebih dedahan.
Ada komen dari sifu2?
(MOHD RIZUAN B. ALI)ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412
Ahad, 28 Mac 2010
[Astro Alert] Komet Baru di buruj Pegasus!
7:23 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai..
Perkembangan terbaru : Komet ini kini digelar C/2010 F4
Seorang pencerap Don Macholz dari Colfax, Arizona telah berjaya menjenjaki satu komet baru berkecerahan sekitar magnitud 11 yang sedang berada dalam buruj Pegasus. Beliau pada ketika itu menggunakan teleskop pembalikan 18 1/2 inchi. Menurut laporannya, komet tersebut mempunyai koma 2' dan masih tiada ekor.
Komet Machholz (2004 Q2) yang ditemui oleh Machholz pada 2004 yang lalu.
Kredit imej : http://canopus.physik.uni-potsdam.de/
Kali pertama beliau melihatnya ialah pada 23 Mac yang lalu namun disebabkan pagi yang datang dengan cepat menyebabkan beliau tidak dapat memastikan ke arah mana komet tersebut sedang bergerak. 3 hari kemudian, beliau berjaya menjejaki komet tersebut dan ianya masih lagi dalam buruj Pegasus tetapi kali ini telah beranjak 6 darjah ke timur.
Orbit tepat komet ini masih lagi belum diketahui namun dijangkakan ianya akan berada paling dekat dengan matahari (perihelion) pada 10 April ini. Namun kemungkinan komet ini tidak akan menjadi lebih terlalu terang pada minggu2 yang mendatang. Maka bantuan teleskop berbanding binokular diperlukan untuk membantu anda melihatnya. Pada 23 Mac yang lalu, kedudukannya ialah RA 23jam 25.9 minit dan deklinasi +32° 13'
Ini merupakan penemuan komet baru yang ke-11 oleh Don Machholz yang mana komet sebelumnya ditemui dari tahun 1978 hingga 2004.
Perkembangan seterusnya akan saya kemas kini kemudian.
Jom mencerap!
Sabtu, 20 Februari 2010
Astrofoto Asteroid 4 Vesta
10:56 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai...
Pada 13 hingga 19 Februari yang lalu, saya telah berada di Kota Bharu bersempena cuti Tahun Baru Cina. Cuti kali ini sebenarnya memang saya nantikan memandangkan asteroid 4 Vesta dijangka akan menjadi cukup terang sehingga mampu dilihat oleh mata kasar pada malam 17/18 haribulan. Untuk melihatnya memerlukan keadaan langit yang gelap dari pencemaran cahaya. Di Shah Alam sudah semestinya asteroid ini tidak akan kelihatan dengan mata kasar, kecuali dilihat menggunakan binokular.
Langit malam di Kota Bharu bermula 13 hingga 16 haribulan amatlah bersih dari awan. Keadaan waktu siangnya pula amatlah panas sehinggakan saya dah kena sunburn kerana asyik ulang alik dari USM ke rumah menggunakan motorsikal untuk urusan medical checkup. Buka aje jam tangan terus boleh tengok belang2 macam harimau.hehe.
Kelihatan pada rajah ialah asteroid 4 Vesta yang berada berhampiran bintang Algieba. Turut dalam rajah ialah planet Marikh dan objek Messier 44 (M44, Beehive cluster)
Klik rajah untuk imej besar.
Keadaan langit yang biru pada siang hari berkemungkinan besar menjanjikan langit yang bagus untuk pencerapan pada malam harinya. Namun malangnya pada 17 hingga ke 19hb, langit mula menjadi mendung diselang selikan hujan yang turun sekali sekala. Maka terbantutlah usaha saya untuk mencuba ambil gambar asteroid 4 Vesta pada malam 17/18hb.
Nasib baik pada malam 15hb, saya ada cuba mengambil gambar buruj Leo yang baru sahaja naik dari ufuk timur. Bertempat di sebelah rumah, saya menggunakan kamera DSLR EOS 1000D saya dengan tetapan ISO800 untuk kepekaan kamera terhadap cahaya secukupnya, bukaan lensa sehabis luas iaitu f3.5dan shutter speed pada 15 saat. Kamera diletakkan di atas tripod untuk mengelakkan gegaran.
Dengan membandingkan titik bintang pada gambar di buruj Leo dengan perisian Stellarium & Starry Night, barulah saya sedar bahawa titik cahaya di sebelah bintang Algieba & 40 Leo itu adalah milik asteroid 4 Vesta.
Alhamdulillah.
Macam mana dengan anda?
Jom mencerap!
Mohd Rizuan B. Ali,
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412




















