Rabu, 8 Disember 2010

Gegelung hebat matahari pada 7 Dis yang lepas!

Assalamualaikum & hai...

 Sumber : SDO

Beberapa hari yang lepas (7hb Disember 2010), Solar Dynamics Observatory telah berjaya merakam gambar prominence matahari yang panjangnya sekitar 700, 000km, iaitu panjangnya lebih kurang sama dengan jejari matahari! Sangat hebat! 

Pemerhatian ini dibuat dalam spektrum ultraungu pada jam 2 pagi waktu Malaysia hari tersebut.

Prominence (saya tidak tahu istilahnya dalam bahasa Malaysia) merupakan satu struktur yang terjadi di permukaan matahari yang biasanya berbentuk seperti gegelung yang panjang (rujuk rajah). Tapaknya berada dipermukaan matahari di fotosfera dan memanjang keluar sehingga ke lapisan korona iaitu lapisan paling luar matahari. Jika prominence ini terputus, maka ianya boleh memancar keluar menjadi coronal mass ejection (CME) yang boleh membawa kepada bencana kepada penduduk bumi.

Namun anda jangan risau kerana prominence kali ini tidak akan membawa kepada CME yang mungkin merosakkan sistem grid elektrik dan satelit bumi.

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika hampir seluruh dunia terputus bekalan elektrik dan sistem satelit tidak berfungsi? 


 Salam hormat,

p/s : Anda boleh ikuti perkembangan ini di web NASA : http://sdo.gsfc.nasa.gov/