Selasa, 12 Oktober 2010

Asteroid menghampiri bumi pada 12 Oktober ini!

Assalamualaikum & hai...
Hari ini  pada 12 Oktober 2010 dilaporkan mengenai satu asteroid akan melintasi berdekatan dengan bumi. Asteroid tersebut bersaiz 5 hingga 10 meter akan terbang sejauh 46,000 km dari permukaan bumi pada jam 7.25 malam ini. Objek ini diletakkan nama sebagai NEO 2010 TD54 mempunyai peluang untuk mengentam bumi pada nisbah 1 dalam sejuta. 

Objek sebegini dikelaskan sebagai NEO (near earth object)
Kredit : NASA

Jika ianya masuk ke dalam atmosfera bumi, asteroid ini tidak akan habis terbakar dan akan mengehentam permukaan bumi sehingga menyebabkan kerosakan. Asteroid ini sedang berada di buruj Pisces ke Aquarius dan akan kelihatan di teleskop pada magnitud 14.

Mungkinkah satu hari nanti akan ada lagi asteroid besar jatuh menghentam permukaan bumi sehingga menyebabkan kerosakan besar seperti yang berlaku di Arizona?

Salam hormat dari saya




p/s : Maafkan saya kerana sudah lama tak update! Sedikit sibuk kebelakangan ini