Panduan Memasang Teleskop
Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial
Al Quran dan Teori Big Bang
Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.
Mengenali Planet Kerdil
Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut
Kalendar Astronomi 2012
Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku
Meneroka langit menggunakan binokular
Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!
Memaparkan catatan dengan label Maklumat Pencerapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maklumat Pencerapan. Papar semua catatan
Rabu, 23 April 2014
Masa untuk mencerap planet Marikh!
5:15 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai...
Dah lama sungguh saya tak menulis kat sini. Nak kata bizi sangat tu tak lah sangat. Tapi masa yang ada tu selalu digunakan untuk berehat di rumah setelah kepenatan bekerja di hospital..
Apapun saya nak berkongsi di sini mengenai peristiwa astronomi yang kini sedang berlaku. Buat masa sekarang tumpuan kita sudah tentulah kepada planet Marikh yang sedang bersinar terang di langit malam. Planet Marikh ni adalah jiran kita yang paling dekat. Ianya bersaiz lebih kecil dari bumi. Warnanya memang kemerah-merahan disebabkan permukaannya yang terdiri dari besi berkarat. Kawasan yang tandus dan kering kontang yang sering dilanda ribut ini bukanlah tempat yang menarik untuk didiami Ia boleh diibaratkan sebagai kawasan yang tandus di kawasan pergunungan di Arizona, cuma tanpa pokok2nya sahaja,
Planet Marikh boleh dilihat dengan mata kasar sahaja. Ianya akan kelihatan bersinar ibarat bintang2 yang lain, cuma warnanya kelihatan seperti bintang yang merah. Pada sekitar bulan ini, ianya akan bersinar pada magnitud -1.5, iaitu kecerahan yang cukup terang berbanding bintang2 lain yang ada di langit.
Astrofoto yang diambil oleh Dr Mahamarowi Omar dari Kota Bharu Kelantan
Mudah sahaja cara untuk melihat planet ini dengan menggunakan mata kasar. Anda boleh memulakan pencerapan dengan melihat kearah langit timur (arah matahari timbul di waktu pagi) ketika selepas waktu maghrib. Sedang langit menjadi semakin gelap, anda akan perasan satu bintang kemerahan yang bersinar berbelakangkan bintang putih yang lain. Ianya kini sedang berada di buruj Virgo, si dara yang cantik.
Setiap dua tahun sekali, planet Marikh akan berada dikedudukan yang terdekat dengan kita di bumi. Pada ketika inilah Marikh akan kelihatan bersinar jauh lebih terang. Pada masa ini para ahli astronomi amatur akan berebut2 mengambil peluang untuk merakamkan planet ini dengan kamera masing2. Beruntung juga kali ini kerana kita objek ini sedang berada berdekatan dengan kita, ianya juga sedang berada dalam fasa oposisi.
Anda boleh melihat planet Marikh sejurus selepas matahari tenggelam sehinggalah ke waktu subuh.
Fasa oposisi ini bermaksud ianya berada pada kedudukan yang bertentangan dengan matahari dengan bumi berada ditengah2nya. Oleh itu Marikh akan hanya muncul di langit apabila matahari tenggelam dan akan Marikh akan tenggelam di kaki langit subuh apabila matahari sudah mahu timbul.
Oleh itu anda boleh menggunakan peluang untuk melihat planet Marikh sepanjang malam. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menikmati planet ini. Dengan menggunakan mata kasar sehinggalah kepada menggunakan binokular, teleskop, merakamkan menggunakan kamera digital atau CCD dan sebagainya.
Selamat mencerap!
Rabu, 11 September 2013
Komet Baru Lovejoy Ditemui
7:53 PTG
Astromas
Assalamualaikum & hai...
Komet ISON yang dikatakan bakal menjadi komet paling terang abad ini kini ditemani oleh komet baru yang diberi nama sebagai komet C/2013 R1 (Lovejoy).
Komet C/2013 R1 Lovejoy ini ditemui pada 9 September yang lepas. Penemuan ini dibuat oleh En. Terry Lovejoy dari Australia menggunakan teleskop pembalikan jenis Schmidt-Cassegrain bersaiz 8 inci. Penemuan ini merupakan komet ke-4 oleh beliau.
Gambarajah menunjukkan komet Lovejoy sebelum ini yang kelihatan pada waktu krismas 2011.
Kredit imej : Colin Legg
Pada masa kini komet Lovejoy bersinar pada magnitud 14.5 di antara buruj Orion dan Monoceros dan hanya boleh dilihat menggunakan teleskop. Ia dijangkakan akan bersinar semakin terang pada bulan November dengan jangkaan mencapai magnitud 8. Ini bermakna ia boleh menjadi target bagi teleskop kecil dan juga binokular.
Rajah ini menunjukkan kedudukan komet Lovejoy ketika ditemui di antara buruj Belantik (Orion) dan Monoceros.
Gambarajah ini menunjukkan komet C/2013 R1 Lovejoy yang dirakamkan pada 10 September yang lepas. Komet Lovejoy adalah titik di tengah gambar dengan kelihatan ekor koma yang kecil. jaluran di sebelah atas kanan adalah hasil dari pergerakan sebuah satelit.
Menariknya pada bulan November ini juga komet ISON akan turut bersama komet Lovejoy berada di langit kita dengan kecerahan 2 hingga 3 pada skala magnitud. Ini bermaksud ISON berkemungkinan bakal boleh dilihat dengan mata kasar seperti yang terjadi kepada komet Hale Bopp yang lalu.
Gambaran grafik apa yang bakal anda lihat pada 9 November 2013 nanti dengan komet Encke bersinar pada magnitud 6, ISON pada magnitud 6 atau 7 dan komet Lovejoy pada magnitud 9.
Komet Lovejoy akan berada paling dekat dengan bumi pada 23 November ini pada jarak 61.3 juta kilometer di buruj biduk.
Peristiwa yang menarik ini sangat sayang untuk dilepaskan. Kedudukan 3 komet serentak di langit pasti menjadi objek fotografi yang sangat hebat dan jarang berlaku. Ikuti perkembangan semasa komet2 ini di FB Astromas.
Jom mencerap!
Khamis, 19 April 2012
Aktiviti Mencerap Bintang Terbesar di Dunia di Putrajaya Pada Mei ini!
6:38 PG
Astromas
Assalamualaikum dan hai...
Ada satu berita menggemparkan ingin saya kongsikan di sini. Jangan terkejut kerana kita bakal menganjurkan satu program mencerap bintang (star party) yang terbesar pernah diadakan di planet bumi tak lama lagi! Bukan di Australia, bukan di Amerika Syarikat tapi di Malaysia!
Program himpunan teleskop rasaksa dan aktiviti cerapan bintang ini akan di adakan pada 26 Mei ini bertempat di Putrajaya. Cepat2 tandakan dalam kalendar anda, simpan reminder dalam telefon bimbit anda sekarang mengenai program yang sangat hebat ini!
Progam ini akan diadakan serentak dengan karnival Belia Remaja yang mana akan menarik puluhan ribu pengunjung! Pengunjung bukan sahaja dapat menggunakan teleskop yang disediakan, malah akan diberi pendaftaran dan panduan bagaimana untuk memulakan dan menyertai aktiviti astronomi. Sesiapa yang dari kecil lagi sudah menanam minat dalam astronomi, ini adalah peluang anda untuk menunaikan hajat anda selama ini. Teleskop yang kecil, yang besar, yang manual mahupun yang auto menanti anda untuk mengembara alam semesta yang maha luas ini..
Jangan lupa juga ada banyak ole-ole astronomi yang anda boleh bawa pulang. Antaranya ialah Starter Pack astronomi yang akan diedarkan kepada pengunjung. Barangan astronomi juga bakal dijual dengan harga yang murah. Sudah pasti ada teleskop percuma untuk dibawa balik oleh pengunjung yang bertuah. Saya pun nak!
Bagi yang ada teleskop tu, anda wajib bawa ke program ini. Siapa yang tiada teleskop boleh beli. Saya sedia untuk membantu anda. Siapa yang tiada teleskop pun boleh datang juga. Tapi tak boleh datang seorang, wajib bawa saudara, kawan2, anak2 dan pelajar2 sekolah sekali. Pasti program macam ni mampu untuk membuatkan mereka berminat dengan program sains yang bermanfaat dan best ni. Kepada cikgu2, pensyarah2, pegawai2 persatuan dan kelab, anda sangatlah digalakkan untuk membuat program lawatan rasmi ke sini. Pihak USM sedia untuk menghantar surat rasmi untuk menjemput anda ke program ini.
Ini adalah satu revolusi astronomi yang sangat dasyat yang bakal berlaku di Malaysia!
Kepada yang ingin surat jemputan rasmi dari pihak Universiti Sains Malaysia, sila lah tinggalkan alamat anda di ruangan komen dengan detail2 yang mencukupi. Bagi yang nak datang pun jangan lupa untuk tinggalkan komen.
Jika anda ada apa2 soalan, bolehlah menghubungi saya di facebook Astromas, Dr Chong Hon Yew atau Nurul Fatini Jaafar di facebook Kelab Astronomi USM, atau Chrono Fong di facebook Himpunan Teleskop 300.
Jom mencerap!
ibnu_ali_87 @ yahoo. com
013-2180412
p/s : berdebar2 bila diberitahu bahawa parti bintang sebesar ini bakal dilangsungkan di Malaysia. Fuhh.. Sangat excited!
Ahad, 15 April 2012
Peluang Terbaik Untuk Melihat Planet Zuhal dan Marikh!
8:33 PG
Astromas
Assalamualaikum & hai..
Planet apakah yang paling cantik dalam sistem suria?
Jawapannya sudah tentulah planet Zuhal!.
Sepanjang minggu ini adalah minggu yang terbaik untuk kita melihat dan merakam imej planet Zuhal. Ini adalah kerana pada minggu ini planet Zuhal akan berada paling dekat dengan bumi. Tarikh yang paling tepat ialah pada 15 April 2012 ini. Kedudukan Zuhal yang berdekatan ini dipanggil sebagai oposisi.
Foto planet Zuhal yang diambil pada 3 April yang lepas.
Kredit imej : Efrain Morales.
Jika anda ada binokular, teleskop atau kamera, apa lagi keluarkan ia dan rakam dan lihat planet ini secepat mungkin kerana ianya sedang bersinar terang pada minggu ini. Kedudukan Zuhal yang mendekati bumi menyebabkan ia bersinar lebih terang dari minggu2 lain. Tambahan pula gelang planet Zuhal ini kini sedang condong ke arah kita pada sudut yang optimum iaitu 13 darjah. Ini bermaksud, kita dapat melihat permukaan gelang planet Zuhal dengan lebih banyak pada minggu ini berbanding 5 tahun kebelakangan ini.
Jangan pandang hal ini sebagai temeh kerana pada masa tertentu anda akan tidak dapat melihat langsung gelang planet Zuhal kerana ianya berada pada kedudukan satah yang sama dengan pandangan kita. Pada masa tu planet Zuhal hanya akan kelihatan bulat sahaja tanpa gelang! Betapa sedihnya bagi yang melihatnya.
CARA MENCARI PLANET MARIKH & ZUHAL MENGGUNAKAN MATA KASAR!
Mudah aje nak mengenal pasti planet ini. Anda tidak perlukan binokular atau teleskop, mata kasar anda sudah memadai!
Permandangan pada jam 10 malam untuk bulan April 2012
Caranya mudah sahaja, sepanjang bulan ini sekitar jam 10 malam, sila lihat ke arah matahari timbul (timur) dan perhatikan di atas kepala anda ada satu cahaya bintang yang bersinar sedikit kemerahan. Itu sebenarnya ialah planet Marikh! Disebelahnya Marikh tersebut terdapat satu bintang yang berwarna kebiruan, itu adalah bintang yang bernama Regulus, yang merupakan bintang paling terang dalam buruj zodiak Leo.
Dah jumpa planet Marikh? Sekarang perhatikan di bawahnya pula terdapat dua bintang yang kelihatan bersinar terang berada berdekatan antara satu sama lain. Titik bintang disebelah kiri tersebut sebenarnya ialah planet Zuhal, manakala di sebelahnya pula ialah bintang yang bernama Spica (bintang di buruj zodiak Virgo). Jika anda perhatikan betul2, planet Zuhal kelihatan sedikit kuning berbanding bintang Spica tersebut.
Mudah aje bukan? Jangan risau jika anda terlepas peluang untuk melihatnya pada malam ini kerana anda masih boleh melihatnya hingga ke bulan2 akan datang.
Jom mencerap!
Khamis, 2 Februari 2012
Meneroka langit menggunakan binokular!
12:36 PG
Astromas
Assalamualaikum dan hai..
Binokular merupakan salah satu peralatan astronomi yang utama selain teleskop. Binokular juga biasa disebut sebagai ‘teropong’ digunakan dengan cara memegang menggunakan kedua tangan secara bebas dan digunakan kedua belah mata untuk melihat menerusinya. Terdapat pelbagai jenis binokular di pasaran. Biasanya binokular dinilaikan berdasarkan kuasa pembesaran dan diameter bukaan kanta objektif.
Dalam bidang astronomi, kebiasaanya binokular yang berkuasa 7x50mm dan 10x50 mm digunakan dengan nombor dihadapan merujuk kepada kuasa pembesaran dan nombor seterusnya adalah bukaan kanta objektif. Binokular 7x50mm memberi luas medan pandangan (Field of View, FOV) seluas 7 darjah dan binokular 10x50mm memberi FOV 5 darjah. Semakin kecil FOV, maka semakin kecil kawasan yang dilihat melalui binokular tersebut yang juga bermaksud lebih besar sesuatu objek astronomi itu untuk dilihat.
Binokular berkuasa 7x50mm berjenama Fujinon. Apabila membeli binokular, pastikan kejelasan objek yang dilihat adalah lebih jelas dari pandangan mata kasar dan tiada sebarang warna sampingan hadir pada pandangan.
Namun begitu, saya ingin mencadangkan jika anda ingin membeli sebuah binokular, jangan membeli binokular yang memberi pandangan yang lebih kecil dari 5 darjah kerana ianya amat sukar untuk mengawal dan mencari objek-objek astronomi menggunakan binokular sebegini. Ianya akan menjadi sangat berat untuk dipegang dengan tangan dan mungkin akan memeningkan anda kerana terlebih gegaran terhasil. Bagi yang baru ingin berjinak-jinak dengan astronomi, binokular 7x50mm atau 10x50mm adalah lebih baik dari membeli teleskop secara terburu-buru.
Melihat langit menggunakan binokular merupakan sesuatu yang amat menarik jika anda mengetahui apa yang boleh dilihat dan dicari menggunakan binokular. Binokular membantu kita untuk melihat objek astronomi sehingga ke magnitud 9 berbanding mata kasar yang hanya boleh melihat objek sehingga ke magnitud 6 sahaja. Terdapat banyak objek menarik yang termasuk dalam lingkungan magnitud ini. Medan penglihatan yang luas membolehkan binokular digunakan secara meluas dalam pencerapan komet, mencari letupan nova dan supernova serta untuk pencerapan secara umum. Selain itu, bulan-bulan planet Musytari (bulan Galilean), asteroid Ceres dan Pallas, planet Neptun dan Titan yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar boleh dilihat dengan mudah dengan binokular.
Melihat langit menggunakan binokular merupakan sesuatu yang amat menarik jika anda mengetahui apa yang boleh dilihat dan dicari menggunakan binokular. Binokular membantu kita untuk melihat objek astronomi sehingga ke magnitud 9 berbanding mata kasar yang hanya boleh melihat objek sehingga ke magnitud 6 sahaja. Terdapat banyak objek menarik yang termasuk dalam lingkungan magnitud ini. Medan penglihatan yang luas membolehkan binokular digunakan secara meluas dalam pencerapan komet, mencari letupan nova dan supernova serta untuk pencerapan secara umum. Selain itu, bulan-bulan planet Musytari (bulan Galilean), asteroid Ceres dan Pallas, planet Neptun dan Titan yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar boleh dilihat dengan mudah dengan binokular.
Rajah 1
Garisan merah menunjukkan medan penglihatan yang dilihat menggunakan binokular 7x50mm dan 10x50mm terhadap galaksi Andromeda.
Namun ingin diberitahu di sini bahawa objek yang akan anda lihat melalui binokular dan teleskop tidaklah mempunyai warna yang pelbagai seperti yang dilihat pada foto-foto astronomi. Foto-foto astronomi kelihatan berwarna disebabkan penggunaan mod dedahan panjang oleh kamera yang mana mata kasar kita tidak mampu melakukannya walaupun dengan penggunaan binokular mahupun teleskop. Objek yang dilihat menggunakan alatan ini akan kelihatan seperti gumpalan awan gas yang keputihan yang dikelilingi oleh kumpulan bintang-bintang.
Namun anda jangan risau kerana anda masih boleh melihat struktur objek-objek ini termasuklah galaksi Andromeda yang kelihatan bujur, kelompokan bintang terbuka yang kelihatan sebagai bebola bintang yang besar dan lain-lain lagi.
Mencerap menggunakan binokular merupakan satu langkah besar yang boleh diambil oleh mana-mana peminat astronomi yang ingin berjinak di dalam bidang ini. Malah ahli astronomi amatur dan profesional juga turut membawa binokular ketika sesi pencerapan. Antara kebaikan menggunakan binokular berbanding teleskop ialah;
- Kos untuk mendekati bidang astronomi menjadi lebih murah berbanding harga teleskop yang mencecah harga ribuan ringgit berbanding binokular yang boleh didapati pada harga sekitar RM200.
- Binokular lebih senang dikendalikan kerana ianya lebih ringan, lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana.
- Penggunaan binokular adalah cepat dan tidak melibatkan pemasangan yang rumit seperti teleskop.
- Kemahiran mencari objek astronomi menggunakan binokular adalah sangat penting sebelum penggunaan teleskop dalam mencari objek-objek astronomi.
- Binokular memberi medan pandangan yang lebih besar dari teleskop yang bermaksud;
- Masalah dalam mencari objek astronomi dapat dikurangkan berbanding menggunakan teleskop yang agak rumit.
- Sesetengah objek astronomi lebih baik dicerap menggunakan binokular berbanding teleskop. Objek tersebut termasuklah buruj, komet, kelompokan bintang, sesetengah nebula dan juga galaksi.
Bulan Feb kali ini menjadi bulan yang begitu baik untuk dilakukan pelbagai aktiviti astronomi seperti sesi cerapan bintang, astrofotografi dan sebagainya. Ini dibuktikan dengan kehadiran planet utama seperti Utarid yang meninggi pada lewat petang bulan ini. Zuhrah atau lebih dikenali sebagai bintang Kejora pula turut sama berdansa di langit petang dengan menjadi satu 'titik bintang' yang sangat terang. Planet Musytari pula mengikuti di belakangnya dengan kelihatan pada awal malam. Pada tengah malam pula planet Marikh mendominasi langit dan planet Zuhal yang bergelang mengekori keluar di langit pada waktu pagi.
Pusat galaksi Bima Sakti yang boleh dilihat dengan mata kasar menjanjikan banyak objek untuk dicerap dengan mata kasar, apatah lagi dengan binokular!
Kredit imej :
Sudah pastinya anda ingin melihat pusat galaksi Bima Sakti Bukan? Menariknya ialah pusat galaksi kita ini kita boleh lihat dengan mata kasar! Betul saya tak tipu.hehe. Pusat galaksi Bima Sakti yang melintang di langit dari arah tenggara ke barat laut dikatakan berpusat pada buruj Sagittarius. Buruj Sagittarius yang merupakan 'jantung' pusat galaksi Bima Sakti sayangnya akan keluar pada waktu lewat pagi bulan ini dan semakin awal pada bulan2 seterusnya. Waktu terbaik untuk melihat dan mencerap pusat galaksi Bima Sakti ialah pada pertengahan tahun.
Pelbagai objek-objek astronomi berada di jaluran awan galaksi Bima Sakti. Kebanyakannya digelar sebagai objek Messier (klik untuk info lanjut). Diketahui bahawa galaksi Bima mempunyai empat lengan utama dan dua lengan kecil yang mengelilingi pusat galaksi. Untuk melihat ke pusat galaksi, kita akan melihat melalui salah satu lengan Bima Sakti yang dipanggil sebagai lengan Sagittarius yang ditandakan dengan buruj Sagittarius. Terdapat lebih 9 objek Messier boleh dicerap menggunakan binokular di lengan ini termasuklah nebula Lagoon, nebula Trifid, kelompokan Omega, nebula Helang dan banyak lagi. Bumi, matahari dan sistem solar pula terletak di lengan Orion yang mempunyai sekitar 26 objek Messier yang boleh dicerap menggunakan binokular. Di belakang lengan Orion pula ialah lengan Perseus yang mempunyai sekitar 6 objek Messier. Sila rujuk jadual satu.
Jadual senarai objek Messier sebagai objek cerapan melalui
binokular berkuasa 7x35mm, 7x50mm, dan 10x50mm.
Wow! terdapat 42 objek Messier untuk anda lihat dengan binokular! Tidakkah anda terasa teruja? Apa lagi, beli satu binokular dan terus mencerap objek langit sekarang!
Jom mencerap!
Selasa, 31 Januari 2012
Asteroid 433 Eros melintasi bumi pada 31/1/2012 !
11:53 PTG
Astromas
Assalamualaikum dan hai..
Pada jam 8 malam tadi, saya terlihat berita di Buletin Utama TV3 mengatakan asteroid 433 Eros akan dapat dilihat pada malam ini (31/1/2012). Pada masa tersebut saya sedang berada di luar kerana sedikit urusan terus terasa semangat kerana merasakan pasti ramai ahli masyarakat di luar sana yang akan terasa teruja untuk melihat objek ini. Namun yang lebih bagusnya lagi ialah publisiti sebegini boleh mencetusan ledakan minat dan sifat ingin tahu masyarakat umum terhadap ilmu astronomi ini.
Berbalik pada cerita asteroid tadi, asterod 433 Eros dikatakan akan melintasi bumi pada jarak yang paling dekat dalam masa 37 tahun. Diameter asteroid ini dipercayai 34km lebar. Objek ini akan melintasi langit malam dari buruj Leo, Sextans dan Hydra. Pada kedudukan terdekatnya iaitu 26.7 juta kilometer dari bumi, asteroid ini akan mudah diperhatikan menggunakan teleskop yang kecil. Ianya dijangka boleh mencapai kecerahan magnitud 7, iaitu hampir boleh dilihat dengan mata kasar. Mata kasar kita boleh melihat hingga ke magnitud 6 dengan syarat kawasan pencerapan adalah gelap.
Asteroid 433 Eros seperti yang dilihat oleh kapal angkasa NEAR NASA pada 29 Februari, 2000.
(NASA / JPL / JHUAPL)
(NASA / JPL / JHUAPL)
Ini merupakan jarak yang paling dekat asteroid ini pernah menghampiri bumi. Kali terakhir objek ini menghampiri bumi ialah pada tahun 1975 dan ianya akan kembali lagi untuk dilihat pada tahun 2056. Pada masa itu saya sudah berusia 69 tahun! hehe
Asteroid 433 merupakan asteroid jenis S, yang mana ianya terutamanya terdiri dari magnesium silika dan besi. Kebanyakan asteroid jenis S berasal dari kawasan dalam lingkaran asteroid (asteroid belt) yang terletak di antara planet Marikh dan Musytari.
Pada Februari tahun 2000, kapal angkasa NEAR Shoemaker milik NASA telah terbang mendekati asteroid ini dan melakukan pendaratan di permukaanya. Kapal angkasa ini telah merakamkan lebih 160,000 imej permukaan Eros, dan mengenal pasti lebih 100,000 kawah. Ini telah membawa saintis untuk merumuskan bahawa asteroid ini merupakan satu objek solid dan bukannya himpunan batuan angkasa yang terikat dengan satu pusat graviti.
Jika anda berminat untuk mendapatkan update terkini mengenai astronomi, jangan lupa untuk Like di page Facebook Astromas di https://www.facebook.com/pages/ASTROMAS-Kumpulan-Peminat-Astronomi-Amatur-Malaysia/201381092118.
Jom mencerap!
Ahad, 8 Januari 2012
Kalendar Peristiwa Astronomi 2012
11:10 PTG
Astromas
Assalamualaikum dan hai..
Tahun 2011 sudah melabuhkan tirai. Kini muncul tahun baru 2012 yang menjanjikan pelbagai peristiwa yang lebih menarik.
Antara peristiwa utama untuk tahun ini sudah tentunya peristiwa lintasan planet Zuhrah di hadapan matahari pad 16 Jun 2012. Peristiwa yang sangat jarang terjadi ini jika anda terlepasnya maka perlu menunggu tahun 2117 nanti untuk terjadi lagi!
Dari segi hujan meteor pula, boleh dikatakan kebanyakan peristiwa hujan meteor yang utama tahun ini adalah agak bebas dari gangguan cahaya bulan! Dari Quadrantids, Lyrids, Perseids, Orionids hinggalah ke Geminids. Paling tidak dapat dilepaskan ialah kemuncak peristiwa hujan meteor Geminids berlaku ketika bulan tidak ada di langit! Wallah! Jika keadaan langit adalah sangat bersih dari awan dan kita melakukan pencerapan dari kawasan yang jauh dari pencemaran cahaya, maka peluang untuk melihat beratus2 tahi bintang dalam masa satu malam boleh jadi kenyataan!
Dari segi gerhana pula, dua gerhana bulan dan dua gerhana matahari akan terjadi. Namun kita di Malaysia hanya berpeluang untuk melihat gerhana bulan sahaja iaitu pada 4 Jun dan 28 November.
Jom kita lihat senarai peristiwa yang bakal terjadi satu persatu. Ini adalah satu senarai yang panjang!
JANUARI 2012
Peritiwa hujan meteor.
Kredit imej : F. Espenak
4 Januari - Hujan meteor Quadrantids mula memuncak. Peristiwa ini bermula pada 1 hingga 5 Januari dan menjadi aktif pada 4 & 5 Januari pada waktu Malaysia. Bulan suku pertama yang akan tenggelam selepas tengah malam, meninggalkan langit yang gelap untuk persembahan meteor yang baik. Hasil pencerapan pada pagi 4hb menunjukkan purata 10-15 meteor per jam. Pencerapan rakan2 Astromas pada 5hb pula tidak begitu memberangsangkan dengan hanya 1 atau 2 sahaja dalam masa satu jam.
9 Januari - Bulan penuh terjadi apabila bulan bertentangan dengan matahari dengan bumi berada di tengah. Namun sudut bulan pada ketika ini tidak memungkinkan gerhana bulan terjadi.
23 Januari - Bulan Baru. Ini bermaksud bulan berada di tengah di antara bumi dan matahari. Kedudukannya sangat rapat dengan matahari namun tidak hingga menyebabka gerhana matahari terjadi.
FEBRUARI 2012
7 Februari - Bulan Penuh.
Planet Utarid kelihatan meninggi di kaki langit.
Kredit imej : Alan Tough
20 Februari - 12 Mac - Peluang terbaik untuk melihat Utarid. Planet Utarid akan cukup jauh dari silauan Matahari dapat dilihat sejurus selepas matahari terbenam. Utarid akan mencapai sudut terjauh dari Matahari pada 5 Mac, mencapai magnitud yang agak terang tentang -1. Ini akan menjadi peluang terbaik untuk anda untuk melihat planet ini tahun ini. Pada waktu lain, Utarid akan berada sangat dekat dengan Matahari menyebabkan ia susah untuk dilihat.
21 Februari - Bulan Baru.
MAC 2012
3 Mac - Marikh pada kedudukan oposisi. Ini bermaksud planet merah ini akan berada sangat dekat dengan Bumi. Pada ketika ini permukaannya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya mengikut pandangan dari Bumi menyebabkan ianya akan bersinar lebih terang dari biasa. Ini adalah masa terbaik untuk melihat dan mengambil gambar Marikh.
8 Mac -Bulan penuh terjadi apabila bulan bertentangan dengan matahari dengan bumi berada di tengah. Namun sudut bulan pada ketika ini tidak memungkinkan gerhana bulan terjadi.
Konjukasi planet Zuhrah dan Musytari pada tahun 2008. Kedudukan bulan menyebabkan ianya kelihatan sebagai smiley.
Kredit Imej : Darcy O'Shea
14 Mac - Konjukasi planet Zuhrah dan Musytari. Ini bermaksud dua planet paling terang di langit ini akan berada sangat hampir di langit dalam lingkungan 3 darjah antara satu sama lain pada waktu petang. Apa yang akan anda lihat ialah dua 'bintang' di langit yang sangat hampir antara satu sama lain. Pada 25 dan 25 Mac, Bulan sabit akan berada berhampiran kedua-dua planet, mencipta keajaiban malam yang mempesonakan.
20 Mac - Equinox bulan Mac. Berlaku pada 01:14 pm waktu Malaysia. Matahari akan bersinar tegak di Khatulistiwa, menyebabkan tempoh siang dan malam di seluruh dunia menjadi sama panjang. Ini adalah juga hari pertama musim bunga (ekuinoks musim bunga) di hemisfera utara dan hari pertama jatuh (ekuinoks musim luruh) di hemisfera selatan.
22 Mac- Bulan Baru. Ini bermaksud bulan berada di tengah di antara bumi dan matahari. Kedudukannya sangat rapat dengan matahari namun tidak hingga menyebabkan gerhana matahari terjadi.
APRIL 2012
6 April - Bulan penuh terjadi apabila bulan bertentangan dengan matahari dengan bumi berada di tengah. Namun sudut bulan pada ketika ini tidak memungkinkan gerhana bulan terjadi.
15 April - Zuhal pada keadaan oposisi. Planet kembar kepada bumi ini akan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi dan permukaannya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya. Ini adalah masa terbaik untuk melihat dan mengambil gambar Zuhal.
April 21 - Bulan Baru. Ini bermaksud bulan berada di tengah di antara bumi dan matahari. Kedudukannya sangat rapat dengan matahari namun tidak hingga menyebabkan gerhana matahari terjadi.
Himpunan tahi bintang dirakam menggunakan kamera dengan lensa pandangan lebar
22 April - Hujan meteor Lyrids mencapai kemuncaknya pada hari ini, dijangkakan pada jam 1.30 petang waktu Malaysia (www.imo.net). Pada waktu kemuncak, Lyrids berkemungkinan menghasilkan kira-kira 20 meteor sejam. Peristiwa ini mula aktif dari April 16 - 25. Buruj Lyra yang mula muncul gah pada waktu malam membolehkan kita mencerapnya dengan baik walaupun waktu kemuncak sudah berlalu. Dengan bulan yang tidak akan mengganggu langit malam, peristiwa ini harus menjadi persembahan yang baik.
28 April - Hari Astronomi Bahagian 1. Ia adalah acara tahunan yang bertujuan untuk menjadi satu cara interaksi antara orang awam dan pelbagai peminat astronomi, kumpulan dan profesional. Tema Hari Astronomi kali ini ialah "Membawa Astronomi kepada Masyarakat,". Kelab-kelab dan pertubuhan-pertubuhan astronomi di seluruh dunia dijangka akan merancang pelbagai acara2 menarik untuk kita semua.
MEI 2012
6 Mei - Bulan Penuh. Bulan akan berada bertentangan dengan Bumi dari Matahari dan akan sepenuhnya diterangi seperti yang dilihat dari Bumi. Ketika ini, bulan akan berada di titik yang paling dekat kepada Bumi, menjadikan ini bulan penuh yang terbesar dilihat dengan mata kasar pada tahun ini.
Gerhana matahari cincin terjadi apabila bulan yang melintas di permukaan matahari tidak mampu untuk menutup keseluruhan cakera matahari, lalu menghasilkan bentuk seakan cincin.
20 Mei - Gerhana Matahari Cincin (Annulus). Laluan gerhana akan bermula di selatan China dan bergerak ke timur melalui Jepun, utara Lautan Pasifik dan ke barat Amerika Syarikat. Gerhana separa akan dapat dilihat di seluruh bahagian di Asia Timur dan kebanyakan Amerika Utara. Sayangnya Malaysia tidak termasuk dalam laluan gerhana. ( NASA Peta dan Maklumat Gerhana )
JUN 2012
Kelihatan planet Zuhrah sedang melintasi cakera matahari
Kredit imej : Bruce Collier
6 Jun - Transit planet Zuhrah. Transit ini bermaksud planet Zuhrah menyeberangi cakera Matahari. Ianya mempunyai ciri2 yang sama dengan gerhana matahari, namun saiz Zuhrah yang kecil tidak mampu menutup cakera matahari. Anda akan melihat satu titik hitam sedang melintas di hadapan Matahari. Sungguh mengkagumkan! Peristiwa yang paling jarang berlaku ini akan sepenuhnya boleh dilihat di sebahagian besar Asia Timur, timur Australia, dan Alaska .
Transit separa dapat dilihat pada waktu matahari terbit di seluruh Eropah, Asia barat dan timur Afrika. Transit separa dapat dilihat pada waktu matahari terbenam seluruh Amerika Utara, Amerika Tengah, dan barat Amerika Selatan. Tolonglah jangan lepaskan peluang ini kerana peristiwa transit seterusnya ialah pada tahun 2117!!!.
Jun 19 - Bulan Baru. Ini bermakna langit akan menjadi sungguh gelap untuk kita menikmati keindahan bintang, buruj, planet, malah galaksi menggunakan mata kasar!
Jun 21 - Soltis bulan Jun. Peristiwa ini akan berlaku pada 07.09 pagi waktu Malaysia. Kutub Utara bumi akan condong ke arah matahari, yang mana ianya akan menghadap buruj Cancer pada latitud 23,44 darjah utara. Maka ianya digelar sebagai Tropic of Cancer. Ini adalah hari pertama musim panas (solstis musim panas) di hemisfera utara dan hari pertama musim sejuk (solstis musim sejuk) di hemisfera selatan.
JULAI 2012
3 Julai - Bulan Penuh Bulan akan terus bertentangan dengan Bumi dari Matahari dan akan sepenuhnya diterangi seperti yang dilihat dari Bumi. Fasa ini berlaku pada 18:52 UTC.
19 Julai - Bulan Baru Bulan akan terus di antara Bumi dan Matahari dan tidak akan dapat dilihat dari Bumi. Fasa ini berlaku pada 04:24 UTC.
OGOS 2012
2 Ogos - Bulan Penuh.
Rover Curiosity milik Nasa akan menjelajah permukaan Marikh untuk menjalankan aktiviti eksperimen
6 Ogos - Rover Curiosity milik NASA dijadualkan mendarat di planet Marikh di antara 6 Ogos dan 20 Ogos 2012 . Rover Curiosity ini adalah sama seperti Rover Spirit dan Rover Opportunity yang sudah melawat planet Marikh pada tahun2 yang lepas. Curiosity merupakan rover yang lebih besar akan membawa lebih banyak instrumen daripada saudara mereka sebelum ini. Kamera warna definisi tinggi Curiosity akan mengambil gambar permukaan Marikh manakala pelbagai instrumen akan menguji sampel tanah dan udara serta mencari bahan organik.
12 Ogos - Hujan Meteor Perseid yang dinanti sudah tiba! Perseids adalah salah satu pancuran meteor yang terbaik untuk dicerap, menghasilkan sehingga 100 meteor sejam di waktu puncak. Menariknya kali ini ialah waktu kemuncakknya jatuh pada jam 10.30 malam waktu Malaysia!
Tahi bintang melintasi langit malam.
Kredit Imej : Wally Pacholka
Peristiwa ini terjadi dari 23 Julai hingga Ogos 22 namun memuncak pada 12 Ogos. Tahi bintang akan kelihatan keluar dari buruj Perseus dan memanjang ke seluruh kawasan langit. Bulan pada malam tersebut adaalah pada suku terakhir dan akan berada berhampiran pusat peristiwa, tetapi berkemungkinan tidak banyak menyebabkan masalah untuk kita menikmati tahi bintang hinga 60 meteor sejam. Cari lokasi yang jauh dari lampu bandar dan lihat ke timur laut selepas tengah malam.
17 Ogos - Bulan Baru.
24 Ogos - Neptun pada kedudukan oposisi. Planet biru akan berada paling dekat dengan Bumi pada malam ini dan permukaanya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya. Ini adalah masa terbaik untuk melihat Neptun. Disebabkan jaraknya yang jauh, ia hanya akan muncul sebagai titik kecil biru jika dilihat melalui teleskop berkuasa.
31 Ogos - Bulan Penuh akan terjadi pada malam ini. Adakah anda perasan bahawa pada 2 Ogos yang lepas sudah terjadi bulan penuh. Oleh kerana ini adalah bulan penuh yang kedua dalam bulan yang sama, ia dikenali sebagai bulan biru (blue moon). Peristiwa ini hanya berlaku sekali setiap beberapa tahun, yang membawa kepada istilah, "sekali dalam bulan biru" ' Once in a blue moon"
SEPTEMBER 2012
16 September - Bulan Baru. Selamat hari Malaysia!
22 September - September Equinox Ekuinoks September berlaku pada 14:49 UTC. Matahari akan bersinar terus di Khatulistiwa dan akan hampir sama jumlah siang dan malam di seluruh dunia. Ini adalah juga hari pertama jatuh (ekuinoks musim luruh) di hemisfera utara dan hari pertama musim bunga (ekuinoks musim bunga) di hemisfera selatan.
29 September - Planet Uranus pada kedudukan oposisi. Planet biru akan berada paling dekat dengan Bumi pada malam ini dan permukaanya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya. Ini adalah masa terbaik untuk melihat Uranus. Disebabkan jaraknya yang jauh, ia hanya akan muncul sebagai titik kecil biru-kehijauan jika dilihat melalui teleskop berkuasa.
30 September - Bulan Penuh.
OKTOBER 2012
20 Oktober - Hari Astronomi Bahagian 2. Ia adalah acara tahunan yang bertujuan untuk menjadi satu cara interaksi antara orang awam dan pelbagai peminat astronomi, kumpulan dan profesional. Tema Hari Astronomi kali ini ialah "Membawa Astronomi kepada Masyarakat,". Kelab-kelab dan pertubuhan-pertubuhan astronomi di seluruh dunia dijangka akan merancang pelbagai acara2 menarik untuk kita semua.
15 Oktober - Bulan Baru.
Buruj Orion yang akan menjadi pusat kepada peristiwa hujan meteor Orionids.
Kredit imej : Redzuan Angkasa
21 Oktober - Hujan meteor Orionid adalah peristiwa hujan tahi bintang yang menghasilkan purata 20 meteor sejam di puncak. Bulan suku pertama akan tenggelam pada tengah malam, meninggalkan langit yang gelap untuk membolehkan pencerapan yang baik dilakukan. Pastikan untuk mencari lokasi yang gelap jauh dari lampu bandar.
29 Oktober - Bulan Penuh
NOVEMBER 2012
Sebahagian dari fasa gerhana matahari.
Kredit imej : Frederic Larson
13 November - Bulan Baru. Gerhana Matahari Penuh juga akan berlaku namun hanya akan dapat dilihat di utara Australia dan selatan Lautan Pasifik. Gerhana separa akan dapat dilihat di bahagian-bahagian yang paling timur Australia dan New Zealand. Sayangnya Malaysia tidak termasuk dalam laluan gerhana.
17 November - Hujan meteor Leonids adalah salah satu pancuran meteor yang lebih baik untuk dicerap, menghasilkan purata 40 meteor sejam di puncak. Dijangkakan kali ini ianya memuncak pada jam 5 petang waktu Malaysia. Dikatakan bahawa peristiwa ini mempunya kitaran setiap 33 tahun sekali untuk menghasilkan beratus2 meteor yang sangat banyak, yang digelar sebagai ribut tahi bintang. Kali terakhir ianya berlaku ialah pada tahun 2001. Peristiwa Leonids mencapai puncak pada 17 & 18 November, tetapi anda sudah boleh melihat sebahagiannya dari November 13 - 20. Bulan sabit akan tenggelam pada awal petang meninggalkan langit yang gelap untuk pencerapan yang cemerlang. Tahi bintang akan keluar dari buruj Leo dan tersebar ke seluruh kawasan langit.
27 November - Peristiwa Konjukasi Zuhrah dan Zuhal! Jangan terkeliru dengan nama yang hampir sama ini. Kedua planet ini akan berada sangat berdekatan antara satu sama lain pada pagi 27 November, dengan hanya dipisahkan oleh 1 darjah sahaja! Jom tangkap gambar!
28 November - Bulan Penuh Bulan akan terus bertentangan dengan Bumi dari Matahari dan akan sepenuhnya diterangi seperti yang dilihat dari Bumi. Fasa ini berlaku pada 14:46 UTC.
Bulan sedang keluar dari bayang penumbra.
Kredit imej : Astromas!
28 November - Gerhana bulan penumbra akan kelihatan seluruh Eropah, Afrika timur, Asia, Australia, Lautan Pasifik, dan Amerika Utara. Walaupun bayang yang dihasilkan tidak begitu gelap berbanding gerhana umbra, namun masih berbaloi untuk diikuti!
DISEMBER 2012
3 Disember - Musytari pada kedudukan oposisi. Ini bermaksud planet gergasi ini akan berada di kedudukan yang paling dekat dengan Bumi dan permukaanya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya. Ini adalah masa terbaik untuk melihat dan mengambil gambar Musytari dan bulan-bulannya.
13 Disember - Bulan Baru.
Teknik mencerap hujan meteor. Pastikan anda selesa dengan bantal dan baju sejuk!
14 Disember - Hujan meteor Geminids dianggap oleh ramai orang untuk sebagai peristiwa pancuran meteor yang terbaik di langit sepanjang tahun. Geminids dikenali untuk menghasilkan sehingga 120 meteor pelbagai warna dalam masasejam di waktu puncaknya, iaitu dijangkakan pada jam 7.30 pagi pada 14 Disember. Namun begitu, beberapa meteor milik Geminids harus dilihat dari Disember 6 - 19 dikala peristiwa Geminids mulai aktif. Pada tahun ini bulan baru akan menjamin langit gelap yang seharusnya menjaminkan peristiwa pancuran tahi bintang yang menggerunkan!
21 Disember - Soltis bulan Disember. Peristiwa ini akan berlaku pada 07.12 petang waktu Malaysia. Kutub Selatan bumi akan condong ke arah matahari, yang mana ianya akan menghadap buruj Capricorn pada latitud 23,44 darjah selatan. Maka ianya digelar sebagai Tropic of Capricorn. Ini adalah hari pertama musim sejuk (solstis musim sejuk) di hemisfera utara dan hari pertama musim panas (solstis musim panas) di hemisfera selatan.
28 Disember - Bulan Penuh.
Sekian dari saya.
Semoga bermanfaat kepada semua.
Jom mencerap!
Sabtu, 31 Disember 2011
Melihat Tahi Bintang Dengan Banyak Pada 4 Jan ini! - Quadrantids
6:46 PTG
Astromas
Assalamualaikum dan hai..
Apa Itu Peristiwa Hujan Meteor Quadrantids?
Quadrantids adalah peristiwa hujan meteor/tahi bintang yang hebat di bulan Januari yang boleh dilihat bermula 1 hingga 5 Januari setiap tahun tetapi mencapai kemuncak pada 4 haribulan. Peristiwa ini akan membolehkan anda melihat dalam lingkungan 50 sehingga 120 buah tahi bintang dengan mata kasar. Jika anda cukup beruntung, maka kemungkinan anda dapat melihat beratus2 tahi bintang dalam satu malam. Semuanya dilihat menggunakan mata kasar tanpa sebarang bantuan alat canggih. Mata kasar? Betul tu. Anda tak silap baca. Sangat menarik bukan? hehe
Rajah 1
Tahi bintang yang melintasi langit malam. Pernahkan anda melihat kejadian seperti ini?
kredit imej : Wally Pacholka
kredit imej : Wally Pacholka
Pusat kepada peristiwa ini ialah dari dalam buruj Boötes yang berdekatan dengan ekor beruang di buruj Ursa Major (biduk). Namun radian (pusat) sebenarnya ialah dari buruj Quadrans Muralis (rajah 2) iaitu sebuah buruj yang sudah lagi tidak wujud dalam peta bintang zaman moden sekarang. Buruj ini terletak antara buruj Hercelus, Boötes dan Draco. Pembuangan buruj ini beserta dengan bebarapa buruj lain pada tahun 1922 oleh International Astronomical Union (IAU) adalah kerana peta bintang pada ketika itu telah begitu sesak dengan pelbagai buruj. Akhirnya, IAU telah mengiktiraf hanya 88 buah buruj yang ada di peta bintang seperti mana sekarang. Namun peristiwa hujan meteor ini masih mengekalkan namanya berdasarkan nama buruj asalnya.
Mencerap Quadrantids
Pernahkah anda melihat peristiwa hujan meteor Quadrantids? Untuk pengetahuan kita semua, hujan meteor Quadrantid adalah salah satu pancuran meteor yang terkaya dalam kalendar pancuran meteor tahunan, dengan pada waktu kemuncak, anda boleh lihat 60 hingga 200 tahi bintang dalam masa satu jam di bawah keadaan yang ideal. Tetapi ramai peminat astronomi sepanjang hayat mereka tidak pernah melihat peristiwa ini (termasuklah saya..hehe)
Keadaan ini terjadi oleh kerana dua masalah. Pertama, waktu kemuncak yang singkat. Aktiviti puncak biasanya berlangsung selama beberapa jam, dan jika jika waktu kemuncak itu berlaku pada waktu siang hari, maka anda tidak berpeluang untuk melihatnya. Sebagai contohnya sebaliknya, peristiwa hujan meteor Geminids mempunyai tempoh masa kemuncak yang cukup lama untuk dinikmati oleh semua penduduk bumi.
Tempoh puncak (apabila kadar meteor sekurang-kurangnya separuh dari bilangan maksimum) peristiwa Quadrantids adalah sangat pelbagai iaitu boleh jadi 2 hingga 4 jam atau hingga 14 jam. Keadaan ini menjadikan peristiwa ini menarik untuk dibuat kajian dan pemerhatian.
Tempoh puncak (apabila kadar meteor sekurang-kurangnya separuh dari bilangan maksimum) peristiwa Quadrantids adalah sangat pelbagai iaitu boleh jadi 2 hingga 4 jam atau hingga 14 jam. Keadaan ini menjadikan peristiwa ini menarik untuk dibuat kajian dan pemerhatian.
Masalah kedua ialah peristiwa ini terjadi pada bulan Januari di mana di kawasan hemisfera utara kebanyakannya pada musim sejuk. Aktiviti kita terbaring di bawah langit tanpa pergerakan yang aktif akan menyebabkan suhu badan turun dan menganggu aktiviti cerapan. Situasi kita di Malaysia pula ialah pada waktu ini keadaan cuaca adalah sangat tidak menentu. Hujan boleh datang secara tiba2 dan kebanyakan masa langit adalah diliputi oleh awan tebal.
Bila Waktu dan di Mana Untuk Mencerap?
Namun cabaran inilah yang menjadikannya ia aktiviti yang seronok untuk dicerap! Tahun ini pagi 4 Januari menawarkan keadaan yang sangat baik untuk Amerika Utara, terutamanya di Timur. Quadrantids diramalkan sampai ke kemuncaknya kira-kira pada jam 7 waktu sejagat (Universal Time) iaitu bersamaan jam 3 petang waktu Malaysia (tambah 8 jam GMT Malaysia). Namun harus diingat bahawa tempoh masa kemuncak peristiwa Quadrantids adalah pelbagai. Maka kita mungkin ada peluang untuk disajikan bilangan meteor yang banyak.
Bulan pada malam tersebut bersinar pada fasa separuh dan akan tenggelam kira-kira 3 setengah pagi waktu tempatan di mana sahaja kita berada, meninggalkan langit sepenuhnya gelap sehingga subuh. Maka, saya cadangkan untuk anda memulakan pencerapan pada jam 3 pagi ke atas pada pagi 4 dan 5hb Januari 2012.
Mengenai ke mana harus dilihat di dada langit, kesemua meteor ini akan keluar di kedudukan di antara buruj Bootes, Draconids dan Hercules. Bunyinya macam menakutkan namun, namun ianya mudah sahaja. Pandang ke arah matahari terbit (timur) bermula jam 3 pagi dan anda sudah bersedia untuk disajikan oleh pancuran tahi bintang yang hebat. Sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan. Ini adalah merujuk keadaan di Malaysia. Maka di negeri mana pun anda berada boleh melihatnya.
Rajah 3
Mulakan aktiviti anda dengan memandang arah langit timur pada jam 3 pagi pada 4 Januari ini. Anda boleh menggunakan peta yang sama pada 5hb. Pastikan tiada awan hitam yang menutupi langit.
Bagaimana Untuk Melihat Peristiwa Ini?
Untuk mencerap mana-mana hujan meteor, anda tidak memerlukan bantuan teleskop ataupun binokular. Ini kerana tidak mungkin alatan tersebut mampu untuk menjangka meteor yang bakal kelihatan dan mengikut jejak meteor yang sangat laju.
Apa yang anda perlukan ialah baju yang tebal untuk mengelakkan kesejukan malam, satu hamparan untuk membolehkan anda berbaring atau kerusi malas yang boleh diturunkan, segelas air kopi yang panas dan kawasan yang gelap dan lapang dari gangguan pokok atau bangunan. Jangan lupa untuk mengajak teman-teman anda untuk turut serta dalam pencerapan untuk memastikan keselamatan anda terjamin dan juga bagus untuk mengelakkan mengantuk.
Mencerap peristiwa hujan meteor akan bertambah seronok dan menarik jika anda mengambil nota untuk membuat kiraan yang betul menggunakan kaedah-kaedah yang standard untuk dilaporkan kepada Pertubuhan Meteor Antarabangsa (International Meteor Organization, IMO) ( Baca bagaimana). Bunyinya macam terlalu hebat? Kenapa tidak kerana data2 di IMO adalah disumbangkan oleh peminat astronomi amatur seperti anda dan saya dari seluruh dunia. Ada yang berkerja sebagai cikgu, peniaga atau pelajar dan sebagainya.
Penutup
Seperti meteor Geminid pertengahan bulan Disember, Quadrantids berasal dari asteroid, dan bukannya komet seperti peristiwa hujan meteor yang lain. Asteroid tersebut dikenali sebagai 2003 EH 1. Dinamik kajian mencadangkan bahawa asteroid ini boleh jadi adalah sebahagian dari komet yang berpecah beberapa abad yang lalu
Selepas peristiwa Quadrantids tamat, aktiviti pancuran meteor yang baik seterusnya ialah Lyrids yang bakal terjadi di akhir April. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan senarai dan perihalankan semua pancuran meteor utama tahun 2012 dalam satu artikel.
Jom mencerap!
Selasa, 6 Disember 2011
Peristiwa Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011
1:26 PG
Astromas
Assalamualaikum & hai....
Oleh itu, anda mempunyai masa lebih kurang 3 jam setengah untuk mengikuti peristiwa ini. Apa lagi, ajak rakan2, saudara mara dan orang kampung anda untuk melihat peristiwa ini. Disunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana 2 rakaat. Panduannya ada di sini.
Jom Sertai Saya dan Dr Rowi Mencerap di Pantai Mek Mas, Kota Bharu
Sudah lama saya tidak menulis di sini. Rindu juga untuk menulis balik dan mendapat respon dari kawan2 yang berminat dengan astronomi di luar sana. Kali ini saya ingin mengkhabarkan kepada anda semua akan peristiwa gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 10hb Disember ini.
Gerhana bulan yang bakal terjadi pada sabtu malam 10hb ini merupakan rentetan peristiwa gerhana bulan penuh yang terjadi pada 16 Jun tahun ini. Menariknya kerana ke-dua2 peristiwa gerhana pada tahun 2011 ini ialah gerhana bulan penuh. Tahun terakhir kita melihat gerhana penuh ialah pada tahun 2007 dan jika anda terlepas peluang kali ini, maka anda perlu menanti tahun 2018 untuk melihat gerhana bulan penuh sekali lagi. Namun jangan risau kerana gerhana bulan separa sentiasa akan terjadi setiap tahun pada tahun mendatang sehinggalah tahun 2018 tiba.
Apa yang akan anda lihat nanti ialah pada malam tersebut, bulan yang awalnya bersinar penuh akan menjadi bulan sabit secara perlahan- lahan sehinggalah keselurahan bulan kelihatan bertukar warna menjadi merah tembaga.
Waktu Gerhana
Peristiwa kali ini akan amatlah sesuai dan menyenangkan untuk diikuti memandangkan ianya mula berlaku pada jam 8.46 minit malam dan berakhir pada jam 12.17 pagi (gerhana pada Jun yang lepas adalah pada lewat pagi yang sejuk!) . Pada ketika ini, apa yang terjadi ialah bulan akan mula memasuki bayang gelap bumi (umbra).
Bulan yang pada awal malamnya adalah bulan purnama penuh akan di'makan' sedikit demi sedikit bermula jam 8.46 malam sehinggalah keseluruhan bulan akan berada dalam bayang gelap bumi sepenuhnya pada jam 10.06 minit malam. Pada saat ini dikatakan totaliti bermula.
Bulan yang pada awal malamnya adalah bulan purnama penuh akan di'makan' sedikit demi sedikit bermula jam 8.46 malam sehinggalah keseluruhan bulan akan berada dalam bayang gelap bumi sepenuhnya pada jam 10.06 minit malam. Pada saat ini dikatakan totaliti bermula.
Bulan akan bermula berada dalam totaliti dari jam 10.06 mlm, kemuncak pada jam 10.32 mlm dan mula keluar dari bayang umbra pada jam 10.57 malam. Bulan akan keluar keseluruhannya dari bayang umbra pada jam 12.17 pagi pada 11hb Disember 2011.
Oleh itu, anda mempunyai masa lebih kurang 3 jam setengah untuk mengikuti peristiwa ini. Apa lagi, ajak rakan2, saudara mara dan orang kampung anda untuk melihat peristiwa ini. Disunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana 2 rakaat. Panduannya ada di sini.
Cara untuk mengikuti peristiwa ini mudah sahaja, iaitu menggunakan mata kasar anda! Selain itu, anda boleh cuba untuk merakam peristiwa ini menggunakan kamera dan juga video. Link di sini dan di sini boleh membantu anda mendapatkan idea bagaimana untuk merakam peristiwa ini.
Jom Sertai Saya dan Dr Rowi Mencerap di Pantai Mek Mas, Kota Bharu
Jom sertai saya dan Dr Rowi melakukan aktviti cerapan gerahna bulan penuh ini di Pantai Mek Mas, Kota Bharu Kelantan. Di sini terdapat chalet milik Dr Rowi yang boleh dijadikan tempat berteduh dan menjanjikan kawasan cerapan yang gelap dan bebas dari lindungan pokok serta bangunan di ufuk.
Antara aktiviti yang akan dilakukan ialah sesi mencerap gerhana menggunakan teleskop, binokular dan mata kasar, sesi penerangan gerhana dan sesi astrofotografi di mana kita akan cuba untuk merakam fasa fasa gerhana.
Lokasi Pantai Mek Mas terletak di Kuala Besar iaitu menghala ke arah kompleks LKIM Kuala Besar. Untuk ke sana, dalam perjalanan anda ke arah Pantai Cahaya Bulan (PCB) dari Kota Bharu, apabila anda terjumpa Balai Polis Badang, sila ambil simpang 3 berdekatan balai polis tersebut (papan tanda ke Kuala Besar). Masuk ke simpang tersebut dan bergerak sejauh 3.5km. Ambil simpang ke kanan dan bergerak terus sejauh 1km sehingga anda melepasi jambatan dan sampai ke hujung jalan. Bagus, lokasi cerapan ada di hadapan anda namun dipisahkan oleh tasik, maka anda perlu ambil kanan dan melalui sedikit jalan kampung untuk sampai ke chalet Dr Rowi.
Jika anda perlukan bantuan saya jangan malu untuk menghubungi saya di no di bawah.
Jom mencerap!
Jom mencerap!


































