Selasa, 25 Jun 2013

Astromas.org ke Android App!



Assalamualaikum & hai
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana pada hari ini saya ingin mengumumkan bahawa dalam masa terdekat ini anda akan disajikan dengan aplikasi dalam telefon untuk pengguna Android. Aplikasi yang saya namakan sebagai Astromas ini akan boleh anda muat turun dari Google Play Store tak lama lagi.
Disebabkan kemudahan telefon pintar semakin meluas, maka timbul idea saya untuk memanfaatkan teknologi yang ada ini supaya penyampaian ilmu astronomi boleh dipelbagaikan selaras dengan pergerakan dunia yg makin maju.
Antara kelebihan aplikasi ini ialah anda akan diingatkan mengenai peristiwa astronomi tumpuan yang terjadi pada bulan tersebut. Satu notifikasi berupa artikel akan dihantar ke setiap telefon yang mempunyai aplikasi Astromas di dalamnya secara automatik. Anda jangan risau kerana saya hanya akan menghantar tidak lebih dari 3 notifikasi astronomi setiap bulan jika ada peristiwa astronomi yg menarik. Jadi anda tidak mungkin terlepas peristiwa menarik tetapi tidak terganggu dgn mesej spam.


Antara isi lain ialah anda berupaya untuk melihat artikel terbaru di blog www.astromas.org menerusi aplikasi. Turut diletakkan ialah panduan pencerapan, tips tips, fenomena bulanan dan mingguan, direktori astronomi Malaysia, ruangan istilah dan sebagainya.
Buat masa ini aplikasi masih dalam mod beta. InsyaAllah dalam masa beberapa hari lagi akan di sebarkan kepada umum..
Jika anda ada idea yang menarik jangan malu untuk berkongsi dengan kami.
Langit untuk dinikmati bersama.
Jom mencerap!

Dr. Mohd Rizuan Ali
0132180412
Fenomena bulanan berserta gamba rajah


Panduan & tips umum dalam dunia astronomi. Lepas ni lebih mudah untuk buat rujukan bila perlu.

Ruangan istilah untuk membantu anda mengingati terma2 astronomi

 
Kemudahan untuk melihat artikel terbaru juga ada di sini.