Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Memaparkan catatan dengan label planet kerdil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label planet kerdil. Papar semua catatan

Rabu, 15 April 2015

Imej Pluto paling jelas buat masa ini!

Assalamualaikum & hai semua..


Bangun2 saja dari tidur hari ini terus saya terkenyit membaca berita di handset mengenai foto paling jelas Pluto buat masa ini! Saya terus mencelikkan mata dengan tak sabar untuk baca info seterusnya. 

Selama ini gambaran planet kerdil Pluto yang biasa kita lihat hanyalah gambaran imiginasi artis astronomi sahaja. Ianya hanyalah jangkaan bagai mana rupa Pluto oleh kerana kita tidak mengetahui bagaimana rupa sebenar objek ini. Kedudukannya yang sangat jauh dari jangkauan teleskop moden untuk melihat permukaaanya dengan jelas.

Ini adalah foto Pluto & bulannya Charon yang paling jelas buat masa ini. Bulan hadapan pasti foto planet ini akan semakin jelas apabila kapal angkasa New Horizons semakin menghampiri planet kerdil ini. Saya pun teruja untuk melihatnya!

Planet kerdil Pluto sudah makin dihampiri oleh kapal angkasa New Horizons. Hampir dalam 3 bulan lagi kapal angkasa ini akan ada jarak terdekat untuk mengambil foto Pluto dengan jelas.

Tak sangka kapal angkasa New Horizon akan sampai ke destinasinya tak lama lagi. Sejak dilancarkan pada tahun 2006, kapal angkasa ini teleh menjelajah lebih 3.4 juta kilometer untuk sampai ke Pluto. Kini jaraknya dengan Pluto adalah lebih dekat dari jarak bumi ke matahari. Buat masa ini kapal New Horizon adalah kapal angkasa yang paling laju bergerak.

Kapal New Horizon dilancarkan pada januari 2006, dan telah meluncur selama 9 tahun  menggunakan kuasa yang dijanakan oleh plutonium. Kos operasinya dijangkakan berjumlah 700 juta US dolar.

Ketika dilancarkan tempoh hari, Pluto masih lagi berstatus planet. Namun setelah melalui perbincangan oleh International Astronomical Union, Pluto telah diturun taraf dan dimasukkan kedalam pengkelasan baru iaitu planet kerdil. Anda boleh baca mengenainya di sini.

Kini Pluto mempunyai 5 buah bulan yang mengelilinginya. Yang terbesar ialah Charon, Nix, Hydra, Stynx & Kerberos. Boleh baca di sini.

Jom mencerap!

Isnin, 8 Julai 2013

Dua bulan baru Pluto diberi nama

Assalamualaikum...

Apa khabar anda semua? Saya harap anda sihat2 sahaja. 

Sebelum saya bermula, ingin diingatkan bahawa Pluto bukan lagi sebuah planet. Ianya tergolong dalam kategori baru yang dipanggil sebagai planet kerdil bersama sama dengan asteroid Ceres, Eris, Hamuea, & Makemake .



Hari ini, Astronomy Picture of The Day berkongsi gambarajah bulan baru planet kerdil Pluto. Sebelum ini Pluto sudah mempunyai tiga bulan iaitu Hydra, Nix dan Charon. Namun hasil penelitian baru oleh teleskop Hubble pada 2011 dan 2012 menemui dua bulan baru yang sednag mengorbit Pluto.

Bulan ini telah dinamakan sebagai Styx yang bermaksud tuhan yang melihat sungai  yang mengalir antara bumi dan dunia lain. Bulan kedua dinamakan sebagai Keberos yang merupakan anjing yang mempunyai banyak kepala dalam mitologi Greek. Anjin ini bertugas menjaga kemasukan ke dunia yang lain. Walaupun kita tidak boleh mempercayai mitologi ini, namun ia adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui.

Buat masa ini, kapal angkasa New Horizon sedang mengembara untuk sampai ke Pluto pada tahun 2015 dalam misi untuk mengkaji planet kerdil yang terasing ini.

Jom mencerap!


Selasa, 6 Mac 2012

Planet Kerdil (Dwarf Planet)

“Terdapat 5 buah planet yang disahkan sebagai planet kerdil di dalam Sistem Solar – Pluto, Eris, Makemake, Haumea dan Ceres”

Apa Itu Planet Kerdil & Bagaimana Mahu Membezakannya dengan Objek Samawi yang Lain?

Bilakah masanya sesebuah planet itu tidak dikira sebagai planet? Sebenarnya, pengesahan sesuatu jasad samawi sebagai planet atau tidak bukanlah perkara mudah. Banyak perbincangan dan perdebatan dilalui semata-mata untuk mengklasifikasikan sesuatu objek itu boleh diiktiraf sebagai planet.


Menurut Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union, IAU), planet kerdil didefinisikan sebagai objek berbentuk sfera yang mengorbit Matahari, bukan sebagai Bulan, serta turut berkongsi orbit dengan sisa-sisa hasil pembentukan sistem solar seperti asteroid. Sebab inilah yang menjadi salah satu punca mengapa Pluto diturunkan pangkat daripada ‘jawatan’ planet ke-9 dalam Sistem Suria kepada hanyalah sebuah planet kerdil setanding dengan 4 buah planet kerdil yang lain. 


Selain itu, ahli astronomi juga telah menjumpai lebih banyak jasad yang bersaiz lebih besar dari Pluto, seperti Eris di dalam Sistem Solar mengukuhkan lagi kewajaran Pluto sebagai sebuah planet kerdil.

Secara mudah, planet kerdil merupakan jasad berbentuk sfera di dalam Sistem Suria yang mempunyai semua/beberapa ciri seperti planet tetapi tidak mempunyai kekuatan graviti yang cukup untuk menolak atau mengusir objek-objek lain dari kawasan orbitnya. Pada masa ini, hanya Pluto, Eris, Makemake, Haumea dan Ceres yang diberikan status planet kerdil. 


Kendatipun begitu, terdapat masih banyak jasad di kawasan tali pinggang Kuiper (Kuiper Belt, kawasan berbentuk cakera selepas orbit planet Neptun) dan awan Oort (Oort Cloud, penghujung Sistem Suria) yang masih dinamakan sebagai calon dan berpotensi menjadi planet kerdil. 5 buah planet ini juga berbeza dari segi komposisi dan rupa, seperti kondisi 8 buah planet utama dalam Sistem Suria. 




Sebagai contoh, Pluto merupakan satu-satunya planet kerdil yang mempunyai satelit/bulan sendiri iaitu Charon. Eris pula ialah jasad bersuhu paling rendah yang pernah diketahui dalam Sistem Solar manakala Ceres pula asalnya dinamakan sebagai asteroid berbentuk sfera dalam kawasan tali pinggang asteroid (asteroid Belt antara planet Marikh dan Musytari) namun kemudiannya ‘dinaikkan pangkat’ menjadi planet kerdil kerana Ceres merupakan objek terbesar dalam kawasan tersebut dan memiliki jisim sepertiga daripada keseluruhan jisim di situ.

Carta alir di atas merupakan kaedah penentuan mudah bagi mengklasifikasikan sesuatu jasad samawi sama ada planet, planet kerdil, bulan, asteroid mahupun komet.


Bertemu lagi di lain artikel.


Salam dari saya,
Nurul Fatini Jaafar