Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Jumaat, 15 Januari 2010

Siaran Secara Langsung Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

GERHANA MATAHARI ANNULUS DAN SEPARA
SECARA LANGSUNG DARI SELURUH DUNIA
15 Januari 2010


Assalamualaikum & hai..

Berikut merupakan live webcast yang dibawakan khas dari pelbagai lokasi di Malaysia dan juga luar negara. Webcast akan bermula pada jam 3 petang dan dan berakhir sekitar jam 6 petang.





Di bawakan oleh Komuniti Falak Online


Planetarium Negara Kuala Lumpur




Jaffna, Sri Langka



India




Jom sertai saya di Planetarium Negara sepanjang gerhana berlangsung.


Jom mencerap!
MOHD RIZUAN B. ALI
013-2180412

Khamis, 14 Januari 2010

Lokasi Cerapan Gerhana Matahari Separa 15 Jan 2010

Assalamualaikum & hai...


Berikut adalah senarai kelab astronomi, organisasi ataupun orang persendirian yang akan melakukan aktiviti cerapan gerhana matahari separa pada 15hb Januari 2010 ini. Sesiapa yang ada melakukan sesi cerapan, silalah emailkan kepada saya supaya rakan2 kita yang lain boleh menyertainya.

Saya akan kemas kini senarai ini dari masa ke semasa.




Gerhana matahari Separa 
Kredit imej : Diangemilang.com


KUALA LUMPUR

1. Planetarium Negara Kuala Lumpur
Lokasi : Dataran Planetarium Negara Kuala Lumpur
Masa : 02.30 petang hingga 6 petang
Penganjur : Planetarium Negara
Aktiviti : Klik di sini


2. Masjid Negara Kuala Lumpur
Lokasi : Masjid Negara
Masa : 02.30 petang hingga 6 petang

3. Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Lokasi : Masjid Wilayah Kuala Lumpur
Masa : 02.30 petang hingga 6 petang


SELANGOR

1. Universiti Putra Malaysia
Lokasi : Perkarangan Dataran Surau Fakulti Sains UPM Serdang
Masa : 02.30 petang hingga 6 petang
Pengajur : Astronomy Interest Group UPM, diketuai oleh Dr.Zaidan


2. Masjid Besi, Putrajaya, Selangor
Lokasi : Masjid Besi
Masa : 02.30 petang hingga 6 petang


3. Masjid Putrajaya, Selangor
Lokasi : Masjid Putrajaya
Masa : 02.30 petang hingga 6 petang



KELANTAN

1. Cerapan Gerhana Matahari
Lokasi : Chalet Dr Rowi di Pantai Mek Mas, Kota Bharu Kelantan
Masa : 02.30 petang ` 6 petang
Pengajur : Dr Mahamarowi Omar
Hubungi : Abe Jih (012-963 0516)


TERENGGANU

1. Progam Cerapan Gerhana Matahari Separa
Tempat: Perkarangan Masjid Universiti Darul Iman Terengganu
Masa: 9 pagi hingga 6 petang
Penganjur: Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UDM


PULAU PINANG

1. SMK Sg Nibong
Tempat: SMK Sungai Nibong Pulau PinangTarikh: 15 JAN 2010
Masa: 2:30pm - 6:00pm
Penganjur: Persatuan Geografi dan Astronomi SMK Sungai Nibong.

2. Kelab Astronomi USM 
Tempat : Bumbung atas Queensbay Mall


Masa : 3:00pm - 6:00pm
Penganjur : Kelab Astronomi USM
Hubungi : Dr Chong Hon Yew (016 3157318)




3. Cerapan Gerhana Matahari Separa 
Tempat : Masjid Negeri Pulau Pinang
Masa : 9:00am - 6:00pm
Penganjur : Jab. Mufti Pulau Pinang, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM, Masjid Negeri PP & Jab. Pendidikan Negeri
Hubungi : Klik di sini


PERAK

1. Team Falak Perak
Tempat : Masjid Taman Meru, Ipoh,
Masa : 2:30pm - 6:00pm
Penganjur : Jabatan Mufti Negeri Perak & Jawatan Kuasa Masjid Taman Meru
Aktiviti : - Tazkirah
- Intro Cerapan
- Solat Sunat Gerhana & Khutbah Gerhana
- Cerapan Perdana
- Solat Asar
- Jamuan makan.

2. Rukyah Hilal & Cerapan Malam 
Tarikh : 16 Januari 2010
Masa : 6.30 petang hingga malamTempat: Baitulhilal, Pasir Panjang, Pantai Remis, Perak.
Konsep : Santai dan Berkhemah.
Penganjur : Jabatan Mufti Negeri Perak & Jawatan Kuasa Masjid Taman Meru


KEDAH

1. Program Cerapan Gerhana Matahari
Tempat : Kompleks Pekan Rabu, Langkawi
Masa : 2:30pm - 6:00pm
Penganjur : Planetarium Negara


2. Balai Cerap Negara Langkawi, Bukit Malut Langkawi
Tempat : Balai Cerap Negara, Bukit Malut Langkawi
Masa : 2:30pm - 6:00pm
Penganjur : ANGKASA (redzuan@angkasa.gov.my )
Aktiviti : Klik di sini


SABAH

1. Pencerapan Gerhana Matahari Separa
Tempat : Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
Masa : 3.48 petang hingga 5.30 petang
Penganjur : PUSKAL SABAH
Hubungi : Dr Mos (012-8660187)
Pautan : Klik di sini


SARAWAK

1. Simulasi Gerhana Matahari Separa
Tempat : Teater Planetarium Sultan Iskandar, Kuching
Masa : 3.30 petang 15 Januari 2010
Penganjur : Planetarium Sultan Iskandar
Hubungi : Klik di sini

2. Pencerapan Gerhana Matahari Separa
Tempat : Tempat Letak Kereta, Planetarium Sultan Iskandar, Kuching
Masa : 3 petang hingga 6 petang
Penganjur : Planetarium Sultan Iskandar
HubungiKlik di sini


BRUNEI

1. Program Cerapan Gerhana Matahari
Tempat : Pusat Membeli Belah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Masa : 3 petang hingga 6 petang
Penganjur : Astronomical Society of Brunei Darussalam & Jabatan


Jika ada sebarang kesalahan dalam entri ini harap dimaklumkan kepada saya secepat mungkin.

Jom mencerap!

Mohd Rizuan B. Ali
ASTROMAS
Astronomi Untuk Semua
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412





Isnin, 11 Januari 2010

Jom Mencerap Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010!

Assalamualaikum & hai....


Gerhana Matahari Cincin (annular)
Kredit imej : www.vanda.eclipse.co.uk


Seronok ketika melihat gerhana bulan separa yang lepas? Sangat bertuah bagi siapa yang berkesempatan untuk melihatnya. Namun ada juga yang tidak bernasib baik oleh kerana pelbagai sebab. Ada yang tertidur, hujan dan mendung, dan ada juga yang takut akan hantu untuk keluar pada waktu malam, dan bermacam2 alasan lagi.hehe Apapun yang berlaku pada 1hb Januari tersebut, sekarang mari kita tumpukan perhatian kepada peristiwa gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 15hb Januari 2010 ini.

Pada 15hb Januari ini, peristiwa gerhana matahari cincin (annular) akan berlaku yang meliputi laluan sejauh 300km merentas tengah Afrika, lautan Hindi dan kawasan Asia Tenggara. Ketika itu, bulan akan melintas di hadapan matahari, menyebabkan tidak sampai 100% dari permukaan matahari akan ditutup oleh bulan. Oleh hal ini, gerhana yang terbentuk akan berupa seakan cincin.

Namun di Asia, gerhana cincin hanya dapat dilihat di India, Myanmar dan seterusnya di negara China. Negara lain di Asia termasuklah Malaysia hanya akan termasuk ke dalam bayang penumbra bulan yang akan menyebabkan kelihatan gerhana matahari separa sahaja.


GERHANA MATAHARI SEPARA 15 JANUARI 2010

Pada 15hb ini, peristiwa gerhana matahari separa akan akan dapat dicerap di Malaysia. Waktu cerapan ialah sekitar jam 3.00 petang, pertengahan gerhana pada 4.30 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 petang. Kali ini, bulan akan menutupi sehingga 35 peratus dari permukaan matahari yang akan menyebabkan matahari kelihatan seperti bulat sabit.

Waktu dan peratusan permukaan matahari yang ditutup oleh bulan adalah berbeza mengikut tempat di Malaysia. Saya senaraikan jumlah peratusan bagi bandar2 utama. Nampaknya orang di Utara paling beruntung. Hehe...

Kangar : 39.1%
Alor Setar : 38%
Georgetown : 36.3%
Kota Bharu : 34.5%
Ipoh : 33.2%
Kuala Terengganu : 31.1%
Shah Alam : 28.8%
Kuala Lumpur : 28.3%
Seremban : 27.3%
Kuantan : 27.2%
Melaka : 25.6%
Johor Bharu : 21.5%
Kota Kinabalu : 13.5%
Kuching : 12.2%

Sila klik jadual di bawah untuk perincian waktu gerhana mengikut tempat.




CARA MENCERAP GERHANA MATAHARI SEPARA

Untuk mencerap gerhana matahari, anda dilarang sama sekali untuk melihat matahari menggunakan mata kasar sahaja. Walaupun ada yang akan kata matanya halus atau apa pun alasannya, anda tetap dan wajib menggunakan teknik tertentu untuk mengikuti gerhana ini demi keselamatan mata anda. Antaranya ialah ;

1. Projeksi Lubang Pin Dengan Kad Board

Buat satu lubang menggunakan pin pada kad board. Kemudian benarkan cahaya matahari melalui lubang kad tersebut dan seterusnya cahaya itu jatuh pada satu kertas putih. Cahaya yang berbentuk bulat itu akan menyerupai cakera matahari yang sedang ditutup secara perlahan2 oleh bulan. Klik di sini untuk gambar rajah.

2. Projeksi Lubang Pin Dengan Kotak Panjang

Konsepnya sama dengan cara di atas, cuma ianya menggunakan kotak panjang yang mempunyai satu tetingkap untuk melihat imej gerhana. Klik di sini untuk gambar rajah.

3. Bayang Dari Pokok atau Objek Yang Berlubang

Ketika gerhana terjadi, perhatikan pada cahaya matahari yang terhasil pada bayang pokok. Anda juga boleh gunakan sebarang objek seperti senduk yang berlubang.




4. Menggunakan Cermin Mata Gerhana Khas

Kredit imej : ANGKASA

Anda adalah dilarang sama sekali menggunakan cermin mata hitam biasa, polaroid, negatif filem, filem xray, atau sebarang penapis lain yang tidak diiktiraf. Saya percaya ramai yang akan degil dengan menggunakan peralatan yang saya sebutkan tadi, malah kadang kala saya juga turut berbuat begitu.hehe.

Namun ingin saya ingatkan di sini jika anda berdegil, mata anda akan mengalamai kerosakan secara perlahan2 oleh kerana mata tidak mempunyai deria sakit. Risiko untuk katarak juga meningkat.

5. Menggunakan Teleskop Dengan Penapis Khas.


Kredit imej : ANGKASA

Teleskop yang dilengkapi penapis khas seperti mylar sahaja boleh digunakan untuk mencerap gerhana matahari. Teleskop tanpa penapis boleh membawa padah yang membinasakan mata anda.

6. Menggunakan Projeksi Binokular


Kredit imej : Society for Popular Astronomy


Jumaat, 8 Januari 2010

Laporan Cerapan Gerhana Bulan Separa Jan 2010

Assalamualaikum & hai...

Bagaimana keadaan anda semua di tahun baru? Harap ianya adalah permulaan yang hebat bagi anda. Dalam perspektif astronomi tempatan pula, tahun ini juga begitu hebat dengan dimulakan dengan peristiwa gerhana bulan separa yang baru sahaja berlaku. Seronok saya melihat pelbagai respon dan pertanyaan rakan2 yang berminat untuk melihat sendiri peristiwa ini.

Sejarah juga telah berlaku bagi blog Astromas apabila mencatat pengunjung tertinggi iaitu lebih 600 orang melawat blog ini pada hari gerhana. Terkejut juga saya dibuatnya.hehe. Kebiasaanya pelawat hanya mencapai 40-50 orang pada hari biasa dan mencecah sehingga 200 lebih apabila ada astronomi yang akan berlaku. Nampaknya makin ramai yang semakin peka terhadap peristiwa alam yang menggambarkan kekuasaan Tuhan yang Maha Esa. Satu perkembangan yang baik ni...

Namun pada hari gerhana, saya dikhabarkan ramai peminat2 astronomi kita telah terlepas untuk mencerap gerhana bulan ekoran keadaan langit yang berawan. Sesetengah tempat pula, hujan berlaku dengan sangat lebat ketika waktu gerhana. Di Shah Alam, keadaan langit berawan sambil memperlihatkan wajah bulan secara sekejap2. Bagi yang terlepas melihat gerhana bulan, pastikan anda tidak lagi terlepas untuk melihat gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 15hb ini pula. Namun gerhana matahari tidak semudah seperti gerhana bulan untuk dicerap. Terdapat beberapa teknik dan tips yang anda perlu ikuti memandangkan ianya boleh merosakkan mata anda jika tidak dicerap dengan betul.

Namun artikel ini bukan bertujuan untuk menceritakan perincian gerhana matahari yang akan berlaku nanti. Itu akan saya ceritakan dalam artikel seterusnya. Apa kata kita lihat beberapa gambar hasil cerapan rakan2 kita diseluruh Malaysia. Kredit imej adalah dinyatakan di bawahnya.


Kredit Imej :
Sir William



Kredit imej :
Yati Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)



Kredit Imej :
Kayzack dari Balai Cerap Negara Langkawi



Kredit imej : Sir Mart



Semuanya indah2 belaka kan?

Salam hormat.

ASTROMAS,
Astronomi Untuk Semua
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412



Jumaat, 1 Januari 2010

Lihat Gerhana Bulan Separa 1 Januari Secara Live!

Gerhana Bulan Separa Secara langsung dari Masjid Negara Kuala Lumpur
1 Januari 2009



Sentuhan pertama penumbra, gerhana bermula : 01.17 pagi
Sentuhan pertama & mula masuk bayang umbra : 02.52 pagi
Kemuncak gerhana : 03.23 pagi
Mula meninggalkan bayang Penumbra : 03.52 pagi
Keluar dari penumbra, gerhana berakhir,  : 05.28 pagi

Kepada yang tidak bernasib baik kerana lokasi anda sedang mendung, maka jangan lepaskan peluang untuk melihat gerhana bulan separa secara live di blog Astromas! Siaran secara langsung ini dibawakan khas oleh ANGKASA bertempat di dataran Masjid Negara Kuala Lumpur.

Gerhana di permukaan bulan akan mula kelihatan lebih jelas pada jam 02.52 pagi hinggalah ke jam 03.52 minit pagi iaitu ketika bulan sedang berada dalam bayang umbra bumi. Jangan lepaskan detik ini!

Jom mencerap!

Mohd Rizuan Ali,
013-2180412
ibnu_ali-87@yahoo.com