Selasa, 25 Jun 2013

Bulan lebih besar dari biasa - Super MOON!

Assalamualaim & hai..

Bulan baru sahaja melepasi keadaan yang dipanggil sebagai Super Moon pada 23 Jun yang lepas. Istilah yang direka ini sebenarnya merujuk kepada bulan sedang berada di orbitnya pada kedudukan paling dekat dengan bumi. Istilah perigee digunakan ketika ianya paling dekat dan istilah apogee digunakan apabila bulan berada paling jauh di orbitnya.

Perhatikan bulan kelihatan lebih besar dari biasa.
Kredit imej : Balai Cerap Negara Langkawi

Apa yang terjadi ketika bulan berada dalam keadaan perigee ialah ianya akan kelihatan sedikit besar dari biasa. Ianya akan kelihatan lebih besar jika anda melihat bulan tersebut ketika ianya sedang rendah di ufuk di mana kehadiran pokok dan bangunan membuatkan ilusi optik terhasil, lalu bulan kelihatan sangat besar!

Kelihatan bulan kelihatan sangat besar disebabkan ilusi optik. Kelihatan juga pantulan bulan penuh pada cermin lensa menyebabkan kehadiran bayang bulan.
kredit imej : Sean Parker Photography

Kebetulan pula ketika kejadian ini terjadi Malaysia sedang dalam keadaan jerebu yang teruk. Ini menyebabkan timbul ilusi baru ialah ilusi gerhana bulan penuh! Bulan kelihatan berwarna kemerahan yang biasanya terjadi ketika gerhana bulan sahaja. Namun ini bukanlah petanda yang baik. Saya percaya ramai rakan2 kita yang lain terpaksa menangguhkan aktiviti astrofotografi objek kelam seperti nebula dan galaksi disebabkan keadaan langit yang sangat teruk.

Super Moon oleh En Shahrin Ahmad.

Cuca di Telok Kemang kelihatan sangat teruk dengan bulan berwarna merah saga!
Kredit imej : Balai Cerap Baitul Hilal, Telok Kemang

Peristiwa bulan di kedudukan terdekat (perigee) dan terjauh bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ianya berlaku pada setiap bulan kalendar disebabkan orbit bulat yang berebentuk elips. Jarak terdekat dengan bumi ialah sekitar  Pada setiap bulan, objek ini akan berada dikedudukan apogee dan perigee. Ianya 354 ribu kilometer dan jarak terjauh sekitar 410 ribu kilometer.

Jangan lupa bahawa pada kedudukan bulan perigee tidak semestinya bulan tersebut berkeadaan bulan penuh. Bulan hanya bersinar penuh dan berserentak dengan kedudukan perigee berlaku sekitar 1 tahun, 1 bulan & 14 hari.

Adakah keadaan bulan ini akan menyebabkan perubahan di muka bumi? Kemungkinan air pasang akan menjadi lebih tinggi namun tidak sampai menyebabkan bencana. 

Sekian dulu untuk kali ini,

Jom mencerap!
 
Dr. Mohd Rizuan B. Ali
0132180412