Sabtu, 31 Disember 2011

Melihat Tahi Bintang Dengan Banyak Pada 4 Jan ini! - Quadrantids


Assalamualaikum dan hai..

Apa Itu Peristiwa Hujan Meteor Quadrantids?

Quadrantids adalah peristiwa hujan meteor/tahi bintang yang hebat di bulan Januari yang boleh dilihat bermula 1 hingga 5 Januari setiap tahun tetapi mencapai kemuncak pada 4 haribulan. Peristiwa ini akan membolehkan anda melihat dalam lingkungan 50 sehingga 120 buah tahi bintang dengan mata kasar. Jika anda cukup beruntung, maka kemungkinan anda dapat melihat beratus2 tahi bintang dalam satu malam. Semuanya dilihat menggunakan mata kasar tanpa sebarang bantuan alat canggih. Mata kasar? Betul tu. Anda tak silap baca. Sangat menarik bukan? hehe


Rajah 1
Tahi bintang yang melintasi langit malam. Pernahkan anda melihat kejadian seperti ini?
kredit imej : Wally Pacholka


Pusat  kepada peristiwa ini ialah dari dalam buruj Boötes  yang  berdekatan dengan ekor beruang di buruj Ursa Major (biduk). Namun radian (pusat) sebenarnya ialah dari buruj Quadrans Muralis (rajah 2) iaitu sebuah buruj yang sudah lagi tidak wujud dalam peta bintang zaman moden sekarang. Buruj ini terletak antara buruj Hercelus, Boötes dan Draco. Pembuangan buruj ini beserta dengan bebarapa buruj lain pada tahun 1922 oleh International Astronomical Union (IAU) adalah kerana peta bintang pada ketika itu telah begitu sesak dengan pelbagai buruj. Akhirnya, IAU telah mengiktiraf hanya 88 buah buruj  yang ada di peta bintang seperti mana sekarang. Namun peristiwa hujan meteor ini masih mengekalkan namanya berdasarkan nama buruj asalnya.

Rajah 2
Buruj Quadran Muralis yang sudah tidak wujud dalam peta bintang semasa

Mencerap Quadrantids

Pernahkah anda melihat peristiwa hujan meteor Quadrantids? Untuk pengetahuan kita semua, hujan meteor Quadrantid adalah salah satu pancuran meteor yang terkaya dalam kalendar pancuran meteor tahunan, dengan pada waktu kemuncak, anda boleh lihat 60 hingga 200 tahi bintang dalam masa satu jam di bawah keadaan yang ideal. Tetapi ramai peminat astronomi sepanjang hayat mereka tidak pernah melihat peristiwa ini (termasuklah saya..hehe)

Keadaan ini terjadi oleh kerana dua masalah. Pertama, waktu kemuncak yang singkat. Aktiviti puncak biasanya berlangsung selama beberapa jam, dan jika jika waktu kemuncak itu berlaku pada waktu siang hari, maka anda tidak berpeluang untuk melihatnya. Sebagai contohnya sebaliknya, peristiwa hujan meteor Geminids mempunyai tempoh masa kemuncak yang cukup lama untuk dinikmati oleh semua penduduk bumi.


Tempoh puncak (apabila kadar meteor sekurang-kurangnya separuh dari bilangan maksimum) peristiwa Quadrantids adalah sangat pelbagai iaitu boleh jadi 2 hingga 4 jam atau hingga 14 jam. Keadaan ini menjadikan peristiwa ini menarik untuk dibuat kajian dan pemerhatian.

Masalah kedua ialah peristiwa ini terjadi pada bulan Januari di mana di kawasan hemisfera utara kebanyakannya pada musim sejuk. Aktiviti kita terbaring di bawah langit tanpa pergerakan yang aktif akan menyebabkan suhu badan turun dan menganggu aktiviti cerapan. Situasi kita di Malaysia pula ialah pada waktu ini keadaan cuaca adalah sangat tidak menentu. Hujan boleh datang secara tiba2 dan kebanyakan masa langit adalah diliputi oleh awan tebal. 

Bila Waktu dan di Mana Untuk Mencerap?

Namun cabaran inilah yang menjadikannya ia aktiviti yang seronok untuk dicerap! Tahun ini pagi 4 Januari menawarkan keadaan yang sangat baik untuk Amerika Utara, terutamanya di Timur. Quadrantids diramalkan sampai ke kemuncaknya kira-kira pada jam 7 waktu sejagat (Universal Time) iaitu bersamaan  jam 3 petang waktu Malaysia (tambah 8 jam GMT Malaysia). Namun harus diingat bahawa tempoh masa kemuncak peristiwa Quadrantids adalah pelbagai. Maka kita mungkin ada peluang untuk disajikan bilangan meteor yang banyak.

Bulan pada malam tersebut bersinar pada fasa separuh  dan akan tenggelam kira-kira 3 setengah pagi waktu tempatan di mana sahaja kita berada, meninggalkan langit sepenuhnya gelap sehingga subuh. Maka, saya cadangkan untuk anda memulakan pencerapan pada jam 3 pagi ke atas pada pagi 4 dan 5hb Januari 2012.

Mengenai ke mana harus dilihat di dada langit, kesemua meteor ini akan keluar di kedudukan di antara buruj Bootes, Draconids dan Hercules. Bunyinya macam menakutkan namun, namun ianya mudah sahaja. Pandang ke arah matahari terbit (timur) bermula jam 3 pagi dan anda sudah bersedia untuk disajikan oleh pancuran tahi bintang yang hebat. Sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan. Ini adalah merujuk keadaan di Malaysia. Maka di negeri mana pun anda berada boleh melihatnya.


Rajah 3
Mulakan aktiviti anda dengan memandang arah langit timur pada jam 3 pagi pada 4 Januari ini. Anda boleh menggunakan peta yang sama pada 5hb. Pastikan tiada awan hitam yang menutupi langit.


Bagaimana Untuk Melihat Peristiwa Ini?

Untuk mencerap mana-mana hujan meteor, anda tidak memerlukan bantuan teleskop ataupun binokular. Ini kerana tidak mungkin alatan tersebut mampu untuk menjangka meteor yang bakal kelihatan dan mengikut jejak meteor yang sangat laju. 

Apa yang anda perlukan ialah baju yang tebal untuk mengelakkan kesejukan malam, satu hamparan untuk membolehkan anda berbaring atau kerusi malas yang boleh diturunkan, segelas air kopi yang panas dan kawasan yang gelap dan lapang dari gangguan pokok atau bangunan. Jangan lupa untuk mengajak teman-teman anda untuk turut serta dalam pencerapan untuk memastikan keselamatan anda terjamin dan juga bagus untuk mengelakkan mengantuk.

Mencerap peristiwa hujan meteor akan bertambah seronok dan menarik jika anda mengambil nota untuk membuat kiraan yang betul menggunakan kaedah-kaedah yang standard untuk dilaporkan kepada Pertubuhan Meteor Antarabangsa (International Meteor Organization, IMO) ( Baca bagaimana). Bunyinya macam terlalu hebat? Kenapa tidak kerana data2 di IMO adalah disumbangkan oleh peminat astronomi amatur seperti anda dan saya dari seluruh dunia. Ada yang berkerja sebagai cikgu, peniaga atau pelajar dan sebagainya.

Penutup

Seperti meteor Geminid pertengahan bulan Disember, Quadrantids berasal dari asteroid, dan bukannya komet seperti peristiwa hujan meteor yang lain. Asteroid tersebut dikenali sebagai 2003 EH 1. Dinamik kajian mencadangkan bahawa asteroid ini boleh jadi adalah sebahagian dari komet yang berpecah beberapa abad yang lalu

Selepas peristiwa Quadrantids tamat, aktiviti pancuran meteor yang baik seterusnya ialah Lyrids yang bakal terjadi di akhir April. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan senarai dan perihalankan semua pancuran meteor utama tahun 2012 dalam satu artikel.


Jom mencerap!


MOHD RIZUAN ALI,
013-2180412
astromas@gmail.com

p/s : Minta kawan2 tolong saya dengan tinggalkan komen di comment box facebook di bawah. Dalam fasa percubaan. Terima kasih