Ahad, 28 Mac 2010

[Astro Alert] Komet Baru di buruj Pegasus!

Assalamualaikum & hai..

Perkembangan terbaru : Komet ini kini digelar C/2010 F4

Seorang pencerap Don Macholz  dari Colfax, Arizona telah berjaya menjenjaki satu komet baru berkecerahan sekitar magnitud 11 yang sedang berada dalam buruj Pegasus. Beliau pada ketika itu menggunakan teleskop pembalikan 18 1/2 inchi. Menurut laporannya, komet tersebut mempunyai koma 2' dan masih tiada ekor. 

Komet Machholz (2004 Q2) yang ditemui oleh Machholz pada 2004 yang lalu.


Kali pertama beliau melihatnya ialah pada 23 Mac yang lalu namun disebabkan pagi yang datang dengan cepat menyebabkan beliau tidak dapat memastikan ke arah mana komet tersebut sedang bergerak.  3 hari kemudian, beliau berjaya menjejaki komet tersebut dan ianya masih lagi dalam buruj Pegasus tetapi kali ini telah beranjak 6 darjah ke timur.

Orbit tepat komet ini masih lagi belum diketahui namun dijangkakan ianya akan berada paling dekat dengan matahari (perihelion) pada 10 April ini. Namun kemungkinan komet ini tidak akan menjadi lebih terlalu terang pada minggu2 yang mendatang. Maka bantuan teleskop berbanding binokular diperlukan untuk membantu anda melihatnya. Pada 23 Mac yang lalu, kedudukannya ialah RA 23jam 25.9 minit dan deklinasi +32° 13'

Ini merupakan penemuan komet baru yang ke-11 oleh Don Machholz yang mana komet sebelumnya ditemui dari tahun 1978 hingga 2004.

Perkembangan seterusnya akan saya kemas kini kemudian.

Jom mencerap!