Assalamualaikum dan hai...
Pada 13 dan 14 Disember yang lalu, kumpulan Falak-Online disertai beberapa forumer Astromas telah melakukan satu aktiviti cerapan tahi bintang Geminid. Program ini bertempat di Pantai Kelanang yang berhampiran dengan Pantai Morib di Banting Selangor Darul Ehsan.
Tapak lokasi yang menghadap pantai Kelanang
Lokasi tersebut yang biasa menjadi 'port' bagi kumpulan dari Kelanang adalah sangat gelap. Tempatnya strategik dengan gerai makan dan surau yang ada berhampiran. Tempat letak kereta juga turut disediakan.
Ramai teras keras (dari perkataan hardcore..hehe) astronomi yang hadir pada malam itu. Antaranya ialah tuan punya Falak-Online iaitu En Shahrin Ahmad, wakil dari ANGKASA iaitu sdr Redzuan dan Farahana, Fizah mewakilli kelab astronomi UPSI, Farhana mewakili kelab astronomi UIA, saudara Sunlay, Me_ai, Ust Zainuddin dari Jabatan Mufti Negeri Perak dan ramai lagi. Ada juga pelawat webblog Astromas yang pertama kali menyertai program sebegini iaitu cik Fatiha yang datang berseorangan dari Sg Buloh!. Terima kasih saya ucapkan ;0)
En Shahrin sedang memberi penerangan mengenai astronomi
Namun sedikit malang bagi kami kerana peristiwa Geminid tahun ini ditemani oleh bulan yang hampir penuh. Cahaya bulan yang sangat terang telah mengganggu kami dengan menyilaukan langit sehinggakan jaluran cahaya dari tahi bintang yang malap tidak kelihatan langsung. Keadaan langit juga tidak berapa mengizinkan dengan awan tebal dan nipis silih berganti menghalang kami dari melihat terus ke langit atas.
Kelihatan buruj Belantik (Orion) dan bintang Sirius di buruj Canis Major
Jika cuaca adalah bebas dari awan, kami dijangka dapat melihat sekitar 30 tahi bintang dalam masa per jam. Namun disebabkan oleh cuaca yang tak berapa ok, saya hanya dapat melihat 3 tahi bintang yang malap. Rakan2 yang lain ada yang melihat satu tahi bintang dan ada yang tidak dapat terlihat langsung,
Aktiviti wajib selepas program tamat iaitu bergambar!
Walau apa pun, program ini telah berjaya mengumpulkan sekitar 50 orang peminat astronomi dari pelbagai pelusuk negeri Selangor dan KL. Aktiviti chit-chat di gerai makan selepas program berakhir sekitar pukul 1 pagi menjadi ruang untuk kami berkongsi cerita dan aktiviti yang bakal dilakukan di masa hadapan.
Jom mencerap!