Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Rabu, 13 Februari 2013

Asteroid bakal mendekati planet bumi pada 15 Februari ini

Assalamualaikum & hai..

Nampaknya pada 15 Februari ini planet Bumi akan dikunjungi oleh satu asteroid yang bersaiz separuh padang bola sepak. Asteroid yang anggaran saiznya itu lebih kurang 45 meter akan terbang melintasi planet bumi pada jarak paling dekat 27,700 kilometer dari permukaan bumi. 

Pada jarak ini yang jauh lebih dekat dari jarak bulan-bumi ini, asteroid ini tidak berkemungkinan untuk melanggar satelit dan Internatiotal Space Station memandangankan ISS hanya mengorbit pada ketinggian sekitar 424km dari aras laut. Namun ini sudah cukup menjadikan asteroid ini sebagai asteroid paling dekat pernah menghampiri bumi.

Menurut sumber dari NASA, asteroid 2012 DA14 ini akan terbang pada kelajuan  7.8 kilometer sesaat, iaitu bersamaan 8 kali kelajuan peluru. Di langit ianya akan kelihatan bergerak pada jarak dua bulan penuh sesaat.



Apa yang akan jadi jika asteroid ini tersasar ke bumi?

Asteroid 2012 DA14 boleh membawa mala petaka yang besar jika terjatuh ke kawasan yang berpenduduk. Hasil letupannya akan menjadi hampir sama seperti yang belaku di Tunguska di Siberia pada tahun 1908. Pada masa itu, kawasan seluar 2,150 kilometer di Tunguska di Siberia telah musnah akibat impak dari sebuah komet/asteroid yang jatuh. Dianggarkan saiz objek tersebut ialah sekitar 100 meter yang mana telah menghasilkan kuasa letupan lebih 1000 kali lebih kuat dari letupan bom atom di Hiroshima. Ianya menghasilkan sekitar gegaran bumi pada magnitud 5 pada skala Richter.

Sebagai perbandingan anda, letupan yang terhasil akibar perlanggaran asteroid pada 65 juta tahun yang lalu yang telah menyebabkan kepupusan dinasour adalah disebabkan oleh asteroid bersaiz sektiar 10 kilometer. Pada masa itu 2/3 dari spesis yang ada di bumi telah pupus.

Adakah ianya boleh dilihat?

Asteroid 2012 DA14 ini dijangkakan akan mencapai keterangan magnitud 7.5, iaitu sedikit kelam dari cahaya yang boleh dilihat dengan mata kasar. Bantuan oleh teleskop dan binokular pasti memudahkan keadaan. Dijangkakan ianya akan mencapai jarak yang paling dekat dengan berada di atas negara Indonesia dan boleh dilihat dari negara Asia, Eropah Timur dan Australia.


Rabu, 6 Februari 2013

OKULTASI BINTANG ETA SCUTI OLEH ASTEROID DAPHNE


Tahun 2013 menjanjikan pelbagai peristiwa astronomi yang sangat istimewa untuk pencinta langit di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Jika lazimnya kita dihidangkan dengan berita-berita umum seperti kejadian gerhana, konjunksi dan hujan meteor, tahun ini kita disajikan dengan perkara-perkara baru seperti kenampakan komet dan asteroid yang menjadi peristiwa dominan sepanjang 2013.


Melalui emel daripada Mr. Albert Lim (The Astronomical Society of Singapore, TASOS) yang saya terima melalui pensyarah saya – Prof. Madya Dr. Chong Hon Yew pada hujung tahun lalu, akan berlaku peristiwa okultasi asteroid yang diberi nama Daphne oleh bintang Eta Scuti di buruj Scutum pada tarikh 30 Mac 2013 pada jam 2.30 pagi. Apa yang menarik ialah, kenampakan ini hanyalah untuk mereka yang berada di antara Kota Tiggi, Johor – Singapura – Batam, Indonesia!


Apa yang berlaku pada masa tersebut?


Asteroid Daphne akan melintas di hadapan bintang Eta Scuti (SAO 142838/HIP 93026) menyebabkan cahaya bintang tersebut terhalang dari sampai ke bumi. Peristiwa okultasi ini merupakan antara berita utama yang menjadi perhatian ahli astronomi profesional dunia. Sebagai perbandingan, Matahari kita berada dalam kumpulan G, berkecerahan -26.74 manakala kecerahan mata kasar bintang Eta Scuti ialah +4.2, berjisim 1.4 kali lebih daripada jisim Matahari dan berada dalam kumpulan orange K-type giant star.


Mesti ramai yang bertanya, apakah signifikannya peristiwa ini dalam dunia astronomi? Apakah bentuk bantuan yang boleh disumbangkan oleh komuniti ahli astronomi amatur?


Okultasi bukan sahaja berlaku terhadap asteroid dan bintang, sebaliknya turut berlaku antara planet dan juga bulan/satelit semulajadi. Yang menariknya, asteroid Daphne bukanlah jasad tunggal sebaliknya turut mempunyai satelit yang mengorbit asteroid tersebut, dan fakta ini telah disahkan pada bulan Jun 2012.


Okultasi planet Zuhal oleh bulan pada Mac, 2007

Data yang dikumpulkan pada masa yang sama dari tempat yang berbeza boleh digunakan untuk menentukan diameter (saiz/bentuk), putaran (asteroid tumbling) dan jenis asteroid (blinking star might refer to binary asteroid).


Secara kasar, apa yang perlu dilakukan untuk mengumpulkan data ialah melaraskan waktu pada jam anda dengan tepat mengikut atomic clock dan mencatatkan masa ketika berlaku okultasi (apabila cahaya bintang hilang dan muncul kembali dalam penglihatan). Kaedah terbaik ialah merekodkan peristiwa ini menggunakan kamera video kerana bintang Eta Scuti kelihatan lebih dominan dalam panjang gelombang merah berbanding cahaya nampak.


Mr. Paul D. Maley yang mempunyai 41 tahun pengalaman bekerja di NASA dan merupakan ahli International Occultation Timing Association (IOTA) bersama kumpulannya akan berkumpul di Batam, Indonesia untuk mengumpulakan data bagi okultasi ini. Oleh yang demikian, Mr. Albert Lim mengajak sesiapa yang berminat di Malaysia atau yang berada di sekitar Kota Tinggi untuk turut sama menyumbang hasil kepada kajian di peringkat internasional ini.


Pihak yang berminat bolehlah melayari laman web IOTA menghubungi Mr. Albert di TASOS. Jangan lepaskan peluang keemasan ini memandangkan kita merupakan antara individu bertuah yang berada di dalam laluan bayang-bayang asteroid Daphne! Disertakan juga butiran yang boleh dijadikan rujukan:


1. An occulation will occur at 2.30 am on 30th March 2013 of Asteriod Daphne over a target star SAO 142838     (Other ID: HIP 93026) Mr 4.2 located at RA 18h 57m 03s and Dec -05d 50m 47s (J2000). We use Mr instead of Mv which is incidentally 4.94 as most video cameras are typically more red sensitive. Fortunately this target star is brighter in red wavelength than at visible.

2. The request is to time the occulation (expected duration 9.2 secs) as accurately as possible - Time insertion is best in millisecond (1/1000 sec) accuracy.

3. Non integrating video is preferred--typically 30fps with VTI or blackbox insertion device syn with GPS time.

4. If no such cameras available, integrating CCD can be used but the drift method is needed - this is trickier to organize. 

5. Because the asteroid shadow is located along an east-west orientation, the best placement of observers is perpendicular to such a track (ie North to South orientation).

6. The target star's elevation will be low (approx 15 deg) in the East and because of that, we are hoping more teams will participate as weather can affect many observers at such low level elevations.

7. At this time, we do not know if Daphne's satellite will occult the same star also as was the case of the dual occultation of bright star 13R and Hydra (Pluto's small moon at mag 23) of Pluto on 27th June 2011. This Pluto occultation event was recorded from my home observatory and you can read a report on TASOS website www.tasos.org.sg. (Scroll down 4 or 5 pages). If Daphne's satellite does occult the star then there might be also a dual occultation and the timing will be even more critical - we hope to know before the event.


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina, dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Syed yang telah berjasa memindahkan blog ASTROMAS ke domain .org yang baru.


Serpens Caput & Cauda merujuk kepada buruj berbentuk ular yang mewakili bahagian kepala & ekor yang terletak di langit khatulistiwa

Jangan lupa pada 29 & 30 Mac 2013 ini juga akan berlangsung Langkawi International Maritime & Aerospace Association (LIMA '13) bersempena cuti penggal persekolahan. Bawalah keluarga dan kawan-kawan khususnya anak-anak muda melawati pameran ini dalam usaha kita menyemarakkan minat mereka dalam lapangan sains dan teknologi. Juga tidak ketinggalan, pameran 1001 Inventions yang akan bermula sekitar Mei/Jun tahun ini, selamat mencari dan mengaplikasikan ilmu untuk kemaslahatan sejagat, insyaAllah...



"Langit untuk dikongsi, bukakan hati"