Assalamualaikum & Hai....
Maafkan saya kerana agak lama tidak update webblog ini dengan berita dan artikel terbaru dunia astronomi. Saya agak sibuk dengan urusan pelajaran di kolej dan sebagainya. Namun saya pasti anda masih terus mengikuti peristiwa astronomi yang berlaku sekitar bulan ini. Yang terbaru ialah peristiwa hujan meteor Geminid dan sebelumnya ialah fenomena bulan tersenyum :)
Pada 1hb yang lepas, telah berlaku peristiwa konjukasi planet yang melibatkan si gergasi Musytari (Jupiter), si terang Zuhrah (Venus) dan si bulan yang sedang tersenyum (bulan sabit). Dengan kata yang lebih mudah, konjukasi planet bermaksud planet2 yang disebutkan kelihatan berada berdekatan antara satu sama lain. Yang menariknya ialah planet2 ini boleh dilihat dengan mata kasar!
Konjukasi atau peristiwa planet berada berdekatan pada 1 Disember lepas.
Titik terang di atas kiri adalah Zuhrah dan Musytari sebagai titik atas kanan.
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya kebanyakan planet boleh dilihat dengan mata kasar. Memonopoli paras kecerahan adalah planet Zuhrah (juga disebut bintang kejora), dan diikuti oleh planet Musytari. Kecerahan dua planet ini jauh lebih terang dari bintang biasa yang ada di langit! Planet lain seperti Zuhal, Marikh dan Utarid masih boleh dilihat dengan mata kasar, namun tidak seterang seperti Zuhrah dan Musytari. Planet Uranus pula hanya boleh dilihat menggunakan binokular ataupun teleskop.
Rasa menyesal sebab tak sempat untuk tengok peristiwa pada 1 Disember lalu? Maafkan saya kerana tidak dapat memberitahu akan peristiwa ini dengan lebih awal.
Namun korang jangan risau, kerana sepanjang bulan ini, anda akan dapat lihat Zuhrah dan Musytari berpasangan menghiasi permandangan langit barat pada ketika selepas maghrib. Jangan marah saya kalau cuaca tak elok ye..hehe
Berita mengenai pencerapan hujan meteor Geminid pada 13 dan 14 Disember lepas akan saya ceritakan di lain entri.
Salam dari saya,