Ahad, 14 Ogos 2011

Cara lain mencerap hujan meteor Perseid

Hujan meteor Perseid melintasi langit malam. 
Kredit imej : msnbcmedia3.com


Assalamualaikum & hai

Anda telah merancang untuk keluar dan melihat kemuncak pancuran Meteor Perseid hujung minggu ini, tetapi nampaknya cuaca asyik mendung dan bulan pula hampir purnama. Kecewa? 

Jangan berputus asa, kerana anda masih boleh menikmati pancuran meteor dengan cara yang lain. Mungkin boleh menunggu sehingga awan di langit hilang.

Terdapat beberapa cara untuk menikmati pancuran meteor ini selain dari melihat secara visual. Antaranya ialah bergantung kepada pantulan isyarat radio atau mengikutinya secara online.

Anda boleh "mendengar" meteor dengan Radio Spaceweather .

Atau juga anda boleh "mencerap" graf visual dengan Meteor View Meteorscan Live yang diuruskan dari Balai Cerap Norman Lockyer di England

Bagaimanakah pencerapan ini terjadi? 


Apabila meteor masuk ke atmosfera Bumi, ia menyahpecut dengan secara pesat. Geseran dengan udara menyebabkan meteor terbakar pada suhu yang sangat tinggi yang mewujudkan jaluran putih yang cerah terhasil yang biasa kita lihat sebagai tahi bintang. Sepanjang proses ini, udara di ionkan di sepanjang laluan yang membolehkan gelombang radio dihasilkan.

Gelombang ini dikesan oleh penerima radio dan boleh didengar sebagai ping atau wisel. Data juga boleh dipaparkan pada komputer dalam bentuk jenis graf seperti berikut. 

Kredit imej Adrian Barat

Selain itu, anda juga boleh mengikuti Perseids dengan seluruh dunia melalui Twitter. Anda juga boleh melihat rakan2 kita mencerap dan merepotkan kenampakan tahi bintang dengan Peta Meteor.


Selamat mencuba.



Mohd Rizuan Ali
013-2180412