Assalamualaikum & hai....
Gerhana Matahari Cincin (annular)
Seronok ketika melihat gerhana bulan separa yang lepas? Sangat bertuah bagi siapa yang berkesempatan untuk melihatnya. Namun ada juga yang tidak bernasib baik oleh kerana pelbagai sebab. Ada yang tertidur, hujan dan mendung, dan ada juga yang takut akan hantu untuk keluar pada waktu malam, dan bermacam2 alasan lagi.hehe Apapun yang berlaku pada 1hb Januari tersebut, sekarang mari kita tumpukan perhatian kepada peristiwa gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 15hb Januari 2010 ini.
Pada 15hb Januari ini, peristiwa gerhana matahari cincin (annular) akan berlaku yang meliputi laluan sejauh 300km merentas tengah Afrika, lautan Hindi dan kawasan Asia Tenggara. Ketika itu, bulan akan melintas di hadapan matahari, menyebabkan tidak sampai 100% dari permukaan matahari akan ditutup oleh bulan. Oleh hal ini, gerhana yang terbentuk akan berupa seakan cincin.
Namun di Asia, gerhana cincin hanya dapat dilihat di India, Myanmar dan seterusnya di negara China. Negara lain di Asia termasuklah Malaysia hanya akan termasuk ke dalam bayang penumbra bulan yang akan menyebabkan kelihatan gerhana matahari separa sahaja.
GERHANA MATAHARI SEPARA 15 JANUARI 2010
Pada 15hb ini, peristiwa gerhana matahari separa akan akan dapat dicerap di Malaysia. Waktu cerapan ialah sekitar jam 3.00 petang, pertengahan gerhana pada 4.30 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 petang. Kali ini, bulan akan menutupi sehingga 35 peratus dari permukaan matahari yang akan menyebabkan matahari kelihatan seperti bulat sabit.
Waktu dan peratusan permukaan matahari yang ditutup oleh bulan adalah berbeza mengikut tempat di Malaysia. Saya senaraikan jumlah peratusan bagi bandar2 utama. Nampaknya orang di Utara paling beruntung. Hehe...
Kangar : 39.1%
Alor Setar : 38%
Georgetown : 36.3%
Kota Bharu : 34.5%
Ipoh : 33.2%
Kuala Terengganu : 31.1%
Shah Alam : 28.8%
Kuala Lumpur : 28.3%
Seremban : 27.3%
Kuantan : 27.2%
Melaka : 25.6%
Johor Bharu : 21.5%
Kota Kinabalu : 13.5%
Kuching : 12.2%
Sila klik jadual di bawah untuk perincian waktu gerhana mengikut tempat.
CARA MENCERAP GERHANA MATAHARI SEPARA
Untuk mencerap gerhana matahari, anda dilarang sama sekali untuk melihat matahari menggunakan mata kasar sahaja. Walaupun ada yang akan kata matanya halus atau apa pun alasannya, anda tetap dan wajib menggunakan teknik tertentu untuk mengikuti gerhana ini demi keselamatan mata anda. Antaranya ialah ;
1. Projeksi Lubang Pin Dengan Kad Board
Buat satu lubang menggunakan pin pada kad board. Kemudian benarkan cahaya matahari melalui lubang kad tersebut dan seterusnya cahaya itu jatuh pada satu kertas putih. Cahaya yang berbentuk bulat itu akan menyerupai cakera matahari yang sedang ditutup secara perlahan2 oleh bulan. Klik
di sini untuk gambar rajah.
2. Projeksi Lubang Pin Dengan Kotak Panjang
Konsepnya sama dengan cara di atas, cuma ianya menggunakan kotak panjang yang mempunyai satu tetingkap untuk melihat imej gerhana. Klik
di sini untuk gambar rajah.
3. Bayang Dari Pokok atau Objek Yang Berlubang
Ketika gerhana terjadi, perhatikan pada cahaya matahari yang terhasil pada bayang pokok. Anda juga boleh gunakan sebarang objek seperti senduk yang berlubang.
4. Menggunakan Cermin Mata Gerhana Khas
Anda adalah dilarang sama sekali menggunakan cermin mata hitam biasa, polaroid, negatif filem, filem xray, atau sebarang penapis lain yang tidak diiktiraf. Saya percaya ramai yang akan degil dengan menggunakan peralatan yang saya sebutkan tadi, malah kadang kala saya juga turut berbuat begitu.hehe.
Namun ingin saya ingatkan di sini jika anda berdegil, mata anda akan mengalamai kerosakan secara perlahan2 oleh kerana mata tidak mempunyai deria sakit. Risiko untuk katarak juga meningkat.
5. Menggunakan Teleskop Dengan Penapis Khas.
Teleskop yang dilengkapi penapis khas seperti mylar sahaja boleh digunakan untuk mencerap gerhana matahari. Teleskop tanpa penapis boleh membawa padah yang membinasakan mata anda.
6. Menggunakan Projeksi Binokular
Kredit imej : Society for Popular Astronomy