Assalamualaikum dan hai..
***Bacaan umum mengenai hujan meteor boleh di baca di http://www.astromas.com/2012/04/panduan-pencerapan-hujan-meteor.html
Peristiwa hujan meteor datang lagi! Setiap kali bulan Ogos sudah pastinya yang kita tunggu ialah peristiwa hujan meteor Perseid. Peristiwa ini sebenarnya sudah mula aktif dari 17 Julai hinggalah 24 Ogos dan mencapai kemuncaknya pada tarikh 11 atau atau 12 haribulan setiap tahun.
Sepanjang dalam tempoh tersebut mungkin anda ada ternampak beberapa tahi bintang yang menjadi sedikit aktif. Sudah pastinya ianya berkemungkinan berasal dari buruj Perseus, lalu memberi nama kepada hujan meteor Perseid.
Mengikut data yang diberikan oleh International Meteor Organisation, tahi bintang meteor kelihatan menjadi semakin banyak pada 11 hari bulan. Ini dijangka akan berterusan hingga ke malam 12/13 Ogos dan mula menurun bilangannya pada tarikh selepas itu.
Rajah menunjukkan purata bilangan tahi bintang yang kelihatan dalam masa satu dari tarikh 14 ulai hingga 11 Ogos. Data ini disumbangkan oleh para pencerap amatur dari seluruh dunia.
klik pada imej untuk gambar lebih besar
klik pada imej untuk gambar lebih besar
CARA UNTUK MELIHAT HUJAN METEOR PERSEID
Buruj Perseus yang menjadi punca kepada buruj ini hanya akan naik pada jam 1 pagi. Jadi saya sarankan kepada anda untuk memulakan pencerapan pada jam 12 tgh malam sehingga subuh. Apa yang perlu anda buat ialah berbaring mengadap arah timur dah lihat sahaja pada dada langit. Jika cuaca di tempat anda tidak berawan pasti anda boleh melihat beberapa meteor dalam masa satu jam.
klik pada imej untuk gambar lebih besar
Sambil2 anda mencerap peristiwa hujan meteor Perseid, jangn lupa untuk melihat planet Musytari, Bulan, Planet Zuhal dan kelompokan bintang terbuka Pleides yang mudah dikenal pasti di ufuk timur. Gunakan gambar rajah ini sebagai panduan.
Untuk lebih detail mengenai cara mencerap, boleh baca artikel umum saya di http://www.astromas.com/2012/04/panduan-pencerapan-hujan-meteor.html
FAKTA MENARIK MENGENAI HUJAN METEOR PERSEID
Hujan meteor Perseids (Perseids) adalah merupakan antara hujan meteor paling menarik dan dinamik pada tahun 1990-an dengan aktiviti yang hebat sehingga mencapai bilangan meteor yang kelihatan sebanyak 400 lebih pada tahun 1991 dan 1992. Kadar bilangan ini kemudiannya semakin menurun sehingga ke bilangan 100 dan 120 pada lewat tahun 90-an dan pada tahun 2000, pertama kali ia gagal untuk muncul.
Tahun 1992 merupakan tahun komet penyebab kepada perisitiwa ini iaitu komet 109P/Swift-Turtle berkedudukan perihelion iaitu mengorbit berdekatan dengan planet bumi. Orbit komet ini yang mengambil masa 130 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit menandakan bahawa komet Swift Turtle ini kini sedang menjauhi luar sistem solar dan akan kembali dalam masa 122 tahun lagi.
Jangan malu untuk berkongsi di sini pengalaman anda!
Jom mencerap!