Jumaat, 12 Februari 2010

Jom lihat asteroid 4 Vesta menggunakan mata kasar atau binokular pada bulan Februari ini!

Assalamualaikum & hai...



Jika anda keluar sekitar jam 12 malam pada 17hb ini, pandang sahaja ke arah langit timur, cari buruj Leo yang mudah dikenali dan lihat asteroid Vesta disebelah bintang Algieba. Sila klik pada rajah untuk pembesaran dan rujukan.

Apa khabar rakan2 semua. Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera sahaja. Bulan Februari ini menjanjikan satu peristiwa menarik apabila asteroid 4 Vesta akan semakin menghampiri bumi. Ianya akan berada cukup hampir untuk membolehkan ianya bakal dilihat sebagai satu titik bintang yang malap jika dilihat di kawasan yang gelap seperti kawasan kampung.

Asteroid ini akan menjadi semakin cerah pada 17 dan 18 Februari di mana ianya akan mencapai magnitud 6.1. Pada magnitud ini, mata kasar hanya akan dapat melihat asteroid 4 Vesta jika anda berada di kawasan yang betul2 gelap sahaja. Manakala jika anda cuba melihatnya menggunakan binokular pasti tidak akan membawa sebarang masalah kecuali awan mendung.


Kedudukan asteroid 4 Vesta sepanjang bulan Februari 2010.
Kredit imej : Astronomy: Roen Kelly


Asteroid 4 Vesta mengelilingi matahari di orbitnya yang terletak di antara planet Musytari dan Marikh. Pada 17 dan 18 Februari ini, ianya akan berada di kedudukan oposisi iaitu matahari-bumi-Vesta pada garisan lurus yang menyebabkan ianya disinari cahaya matahari hampir 100%. Pada tarikh tersebut juga, asteroid Vesta turut berada pada jarak terdekatnya dengan bumi, yang berlaku selama 17 bulan sekali.

Jom mencerap!
Mohd Rizuan Ali,
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412