Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Ahad, 26 Disember 2010

Kalendar Astronomi 2011

Assalamualaikum & hai..

stargazingB

Berikut adalah peristiwa astronomi yang bakal berlaku dalam tahun 2011 ini. Harap ia dapat membantu anda merancang aktiviti astronomi anda.

Januari
4hb - Hujan meteor Quadrantid (ZHR 120)
4hb - Gerhana Matahari Separa
Mac
21hb - Vernal Ekuinok
April
23hb - Hujan Meteor Lyrid (ZHR 20)
Mei
5hb - Hujan Meteor Eta Aquarid (ZHR 60)
Jun
2hb - Gerhana Matahari Separa
16hb - Gerhana Bulan Penuh
22hb - Soltis Musim Panas
Julai
1hb - Gerhana Matahari Separa
4hb - Aphelion
28hb - Hujan Meteor Delta Aquarid (ZHR 20)
Ogos
13hb - Hujan Meteor Perseid (ZHR 90)
September
23hb - Ekuinok Musim Panas
Oktober
22hb - Hujan meteor Orionid (ZHR 20)
November
6hb - Hujan Meteor Taurid Selatan (ZHR 10)
13hb - Hujan Meteor Taurid Utara (ZHR 15)
18hb - Hujan Meteor Leonid (ZHR 15)
25hb - Gerhana Matahari Separa
Disember
10hb - Gerhana Bulan Penuh
15hb - Hujan Meteor Geminid (ZHR 120)
22hb - Soltis Musim Sejuk
23hb - Hujan Meteor Ursid (ZHR 10)


Jadual Gerhana 2011 bagi kawasan2 di Malaysia

Murray1
Tahun 2011 bakal menyaksikan 6 peristiwa gerhana akan berlaku. 4 darinya ialah gerhana matahari separa dan 2 darinya ialah gerhana bulan penuh.

Untuk kita di Malaysia, hanya gerhana bulan sahaja yang dapat diikuti di sini iaitu pada 16 Jun pada jam 4.13 pagi dan 10 Disember pada jam 10.33 malam. Gerhana matahari tidak kelihatan kerana kawasan liputan gerhana matahari adalah sangat kecil berbanding gerhana bulan.

Waktu berikut adalah waktu di Malaysia.

Jan    04     Selasa    16:52   Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Jun    02     Khamis    05:17    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
         16     Khamis    04:13    Gerhana Bulan Penuh
Jul     01    Jumaat    16:39    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Nov    25    Jumaat    14:22    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)
Dis    10    Sabtu    22:33    Gerhana Bulan Penuh

Kalendar Hujan Meteor 2011

Peristiwa hujan meteor (tahi bintang) sentiasa sahaja berjaya menjadi tarikan umum untuk melihatnya. Tahun ini sekitar 11 peristiwa hujan meteor akan berlaku. Sebenarnya peristiwa ini berlaku setiap tahun dengan tarikh yang hampir sama setiap tahun.

Hujan meteor Quadrantid, Perseid dan Geminid sudah pastinya tidak boleh dilepaskan kerana ianya menjanjikan bilangan meteor yang banyak untuk di cerap.

ZHR (Zenithal Hourly Rate) ialah jumlah tahi bintang yang kelihatan dalam masa satu jam ketika waktu kemuncak peristiwa tersebut.
Jan    04     Tu    09:14   Hujan Meteor Quadrantid : ZHR = 120
Apr    23     Sa    06:44    Hujan Meteor Lyrid : ZHR = 20
Mei    05     Th    19:59    Hujan Meteor  Eta Aquarid : ZHR = 60
Jul    28     Th    21:47    Hujan Meteor Delta Aquarid : ZHR = 20
Ogos    13     Sa    13:41    Hujan Meteor Perseid : ZHR = 90
Okt    22     Sa    05:59    Hujan Meteor Orionid : ZHR = 20
Nov    06     Su    06:27   Hujan Meteor  South Taurid : ZHR = 10
     13     Su    05:43    Hujan Meteor North Taurid : ZHR = 15
     18     Fr    12:01    Hujan Meteor Leonid : ZHR = 15
Dis    15     Th    01:11    Hujan Meteor Geminid : ZHR = 120
     23     Fr    10:00    Hujan Meteor Ursid : ZHR = 10

Semoga kalendar ini membawa manfaat kepada anda.

Jom mencerap!

Mohd Rizuan Ali,
ASTROMAS
013-2180412

Sabtu, 11 Disember 2010

Hujan Meteor Geminids 14/15 Disember ini!

Assalamualaikum & hai...

Kredit imej : Cumbriansky

Tahun ni kita bertemu sekali lagi dengan peristiwa hujan meteor gemenids. Meteor atau nama lainnya tahi bintang dikatakan akan muncul dilangit dengan sangat banyak sekali pada peristiwa yang disebut sebagai Hujan meteor Geminids ini. Berapa banyak? Lebih kurang 120 meteor dalam masa sejam! Cuba bayangkan anda berbaring menghadap langit yang gelap yang dipenuhi ribuan bintang kemudian sekitar seminit dua ada tahi bintang yang melintas yang menyebabkan jantung anda berdenyut laju seketika. Jika cuaca elok sehingga pagi maka anda berpeluang melihat beratus2 tahi bintang!

Anda jangan risau kerana untuk melihat tahi bintang Geminids ini anda tidak perlu menggunakan sebarang peralatan. Cukup sekadar berbaring menghadap langit dengan keadaan yang selesa (dengan tikar dan bantal serta segelas kopi panas) dan pandang sahaja ke dada langit dengan mata kasar anda. Tiada teleskop atau binokular atau gajet2 yang pelik2 diperlukan!

Mengikut data yang diberikan oleh International Meteor Organisation (link), kemuncak peristiwa Geminids akan berlaku pada 14haribulan  ini pada jam 14 Universal Time yang bersamaan jam 10 malam waktu Malaysia 14 Disember. Ini adalah waktu kemuncak iaitu dijangka sekitar 120 tahi bintang dijangka muncul di langit dengan syarat lokasi anda adalah sangat gelap seperti di kampung dan pedalaman. Jika anda tinggal berhampiran bandar besar, maka nilai ini akan jatuh kepada sekitar 20 tahi bintang dalam masa satu jam. Menarik bukan? Tak sabar? hehe. Namun jangan lupa bahawa semua ini bergantung kepada keadaan langit di tempat anda. Jika ia berawan maka lebih baik anda masuk rumah sahaja atau tunggu awan tersebut pergi.

Kemuncak adalah pada malam 14/15 Disember tetapi peristiwa ini sudah mula menjadi aktif bermula 7 hingga 17 Disember 2010 lagi. Maka tidak menjadi pelik jika anda ada terlihat satu dua tahi bintang secara tak sengaja dalam seminggu dua ini. Ingin saya beritahu bahawa peristiwa ini anda boleh lihat sepanjang malam, sehinggalah matahari timbul!

Bercakap mengenai malam 14/Disember nanti. Buruj Gemini iaitu punca dimana tahi bintang akan keluar sekitar jam 9 malam. Pada masa tersebut ianya sangat rendah di langit timur, iaitu masih tidak sesuai untuk memulakan cerapan. Anda boleh tunggu sekitar jam 12 tengah malam untuk buruj ini berada hampir di atas kepala. Sambil2 menunggu itu, anda boleh isi masa anda dengan melihat bulan yang berada di langit barat. Disebelahnya terdapat satu 'bintang' yang sangat terang. Itu sebenarnya ialah planet Musytari!


Rajah menunjukkan keadaan langit pada malam 14 Dis 2010 sekitar jam 11.50 malam. Perhatikan buruj Gemini yang merupakan punca dimana tahi bintang mula keluar. Buruj Gemini merupakan titik rujukan anda namun anda boleh melihat di kawasan lain di langit yang mana tahi bintang kelihatan lebih panjang!

Bulan akan mula tenggelam di langit barat sekitar jam 1.30 pagi 15hb. Masa ini adalah yang terbaik kerana cahaya bulan sudah tiada untuk menenggalamkan meteor yang kelam.

Apa lagi yang ditunggu. Rancang aktiviti mencerap peristiwa ini dengan rakan2 anda. Pastikan keselamatan anda terjamin. Jangan segan untuk hubungi saya untuk membantu anda.

Salam hormat,

Jom mencerap!

ibnu_ali_87 @yahoo.com
0132180412

Artikel berkaitan :
1. Mencerap Geminids 2009
2. Geminids di Pantai Kelanang 2008
3. Geminids 2007
4. Mencerap Geminids 2006 

Rabu, 8 Disember 2010

Gegelung hebat matahari pada 7 Dis yang lepas!

Assalamualaikum & hai...

 Sumber : SDO

Beberapa hari yang lepas (7hb Disember 2010), Solar Dynamics Observatory telah berjaya merakam gambar prominence matahari yang panjangnya sekitar 700, 000km, iaitu panjangnya lebih kurang sama dengan jejari matahari! Sangat hebat! 

Pemerhatian ini dibuat dalam spektrum ultraungu pada jam 2 pagi waktu Malaysia hari tersebut.

Prominence (saya tidak tahu istilahnya dalam bahasa Malaysia) merupakan satu struktur yang terjadi di permukaan matahari yang biasanya berbentuk seperti gegelung yang panjang (rujuk rajah). Tapaknya berada dipermukaan matahari di fotosfera dan memanjang keluar sehingga ke lapisan korona iaitu lapisan paling luar matahari. Jika prominence ini terputus, maka ianya boleh memancar keluar menjadi coronal mass ejection (CME) yang boleh membawa kepada bencana kepada penduduk bumi.

Namun anda jangan risau kerana prominence kali ini tidak akan membawa kepada CME yang mungkin merosakkan sistem grid elektrik dan satelit bumi.

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika hampir seluruh dunia terputus bekalan elektrik dan sistem satelit tidak berfungsi? 


 Salam hormat,

p/s : Anda boleh ikuti perkembangan ini di web NASA : http://sdo.gsfc.nasa.gov/