Panduan Memasang Teleskop
Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial
Al Quran dan Teori Big Bang
Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.
Mengenali Planet Kerdil
Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut
Kalendar Astronomi 2012
Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku
Meneroka langit menggunakan binokular
Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!
Selasa, 21 Oktober 2008
Sesi Berkomunikasi Bersama Krew ISS
Jom Pilih Logo Untuk Astromas!
Logo2 berikut mempunyai lambang peralatan astronomi Islam yang dicipta ratusan tahun lalu seperti Astrolab (berbentuk bulat) dan Sekstan (seperti 3 segi). Setiap logo mempunyai versi hitam dan putih yang bakal digunakan berdasarkan kesesuaian warna latar belakang.
Terima kasih di atas bantuan anda
Ribuan terima kasih dari saya atas pertolongan anda.
Wassalam.
MOHD RIZUAN BIN ALI,
ibnu_ali_87@yahoo.com
017-2421412
Rabu, 15 Oktober 2008
Asteroid 2008 TC3 Menghentam Bumi!
Pasti ramai yang agak kecewa kerana tidak dapat mengetahui peristiwa ini dengan lebih awal Namun mungkin saya tidak akan berasa begitu bersalah kerana kemasukkan asteroid dengan atmosfera bumi tersebut menghasilkan jaluran bebola api yang tidak dapat dilihat dari Malaysia. (hehe..)
Asteroid yang dimaksudkan diberi kod nama 2008 TC3. Asteroid ini pertama kali berjaya dicerap dari Catalina Sky Survey (CSS) menggunakan teleskop berdiameter 1.5 meter yang terletak di gunung Lemmon, di utara Tucson, Arizona, USA. Penemuan tersebut adalah 19 jam sebelum perlanggaran berlaku. Walaupun tempoh antara hentaman dan penemuan asteroid tersebut adalah kurang dari sehari, namun para pencerap tersebut berjaya meramal dengan tepat laluan asteroid tersebut yang menghala ke bumi.
Asteroid 2008 TC3 telah memasuki atmosfera bumi (maka akan dipanggil sebagai meteoroid kerana telah memasuki atmosfera bumi) pada 2.46 UTC, 7 Oktober 2008 bersamaan pukul 1.46 petang waktu Malaysia. Meteoroid ini telah memasuki ruang udara Sudan pada kelajuan 12.8 kilometer per saat dengan anggaran trajektori (arah laluan di langit) dari arah barat pada azimuth 281 darjah dan altitud 19 darjah dari ufuk.
Meteoroid 2008 TC3 telah terbakar sekitar 10 kilometer dari permukaan bumi dengan tenaga letupan di anggarkan 1 kiloton TNT, lalu menghasilkan cahaya bebola api, iaitu lebih hebat dari sinaran tahi bintang, pada pagi waktu Sudan. Majalah Times melaporkan cahaya letusan dari meteroid tersebut adalah sangat terang sehingga menjadikan dada langit kelihatan terang seperti ketika bulan penuh. Sebuah pesawat yang terletak 1,400 km dari lokasi kemasukan juga melaporkan melihat cahaya yang terang di ruang langit utara Sudan.
Komen anda?
Sabtu, 27 September 2008
Program Angkasawan Negara
Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.
Solat hajat dan khutbah Jumaat bertemakan 'Misi Angkawasan Negara Anugerah Allah SWT Dalam Menjana Fardhu Kifayah Ummah' dibaca di semua masjid di seluruh Malaysia pada hari Jumaat 5 Oktober 2007 menjelaskan kepentingan program itu mengikut pandangan Islam.
Kos Pembiayaan
Program Angkasawan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada program timbal balik Malaysia dengan Russia. Malaysia telah membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Russia.
Jika menghantar sendiri memerlukan kos yang tinggi. Sebagai perbandingkan ,penghantaran satelit komunikasi saja mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki adalah insfrastruktur lokasi pelancaran. Kos melonjak empat atau lima kali ganda jika pembangunan dilakukan sendiri. Namun itu pun jika kita membeli peralatan dan prasarana dari Russia atau Amerika. Sudah pastilah negara maju tersebut tidak mungkin menjual teknologi ini kerana pelancar kapal angkasa lepas ini boleh diubahsuai menjadi pelancar peluru berpandu atau roket nuklear.
Faedah Program
Program ini akan menjadi pemangkin / 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar sains dan teknologi. 5 juta pelajar akan bercerita tentang angkasawan. Pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains akan bercambah.
Kementerian Pengajian Tinggi akan meminta universiti supaya memberi penekanan terhadap sains dan teknologi. Di universiti, saintis mengajar dan melakukan penyelidikan. Di universiti mesti ada saintis, berbanding sekarang yang hanya ada pensyarah. Tiada saintis sepenuh masa.
Ilmu dan teknologi bermula di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang menjana pekerjaan. Kita tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi.
Kecaman
- Program Angkasawan ini dianggap membazir berbanding dengan keuntungan pihak Russia yang dapat menjual 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM.
- NASA tidak mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai angkasawan, tetapi sebagai peserta penerbangan angkasa sahaja atau spaceflight participant. Tanpa pengiktirafan ini, imej dan kredibiliti angkasawan pertama Malaysia mungkin terjejas. Russia menggunakan istilah kosmonaut , bukan astronout. Hanya Russia sahaja yang mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai angkasawan bertauliah atau dalam istilah Russia "Cosmonaut". Ini adalah kerana, Sheikh Muzaphar Shukor telah menjalani berbagai latihan khusus angkasawan di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin sebagai persediaan untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang melayakkan beliau menjadi seorang angkasawan dan pergi ke ISS.
- Bagi pihak NASA, gelaran angkasawan atau Astronaut (Asal dari Astrology/Astronomy) hanya layak diberikan kepada mereka-mereka yang berupaya mengendalikan kapal angkasa, menjadi jurutera angkasa, memberi arahan dan menjadi ketua di ISS serta menjadi krew di ISS selain sebagai seorang saintis dan pengkaji di angkasa. Ini adalah kerana gelaran Astronaut merujuk kepada segala bidang astronomy dan perkara yg berkaitan dgn ilmu astronomy atau angkasa. Jadi, untuk membolehkan seseorang itu mendapatkan gelaran Astronaut dari NASA, dia perlulah mengetahui segala aspek ilmu mengenai astronomy termasuk dari segi pengendalian kapal angkasa dan kejuruteraan angkasa. Bagi mereka-mereka yang tidak mempunyai pengetahuan ini dan sekadar hanya sebagai orang yang pergi naik ke angkasa dan membuat kajian sains hanya digelar sebagai peserta penerbangan angkasa sahaja atau spaceflight participant.
- Di pihak Russia (ROSCOSMOS) pula, mereka menggunakan istilah Comosnaut (Asal dari Cosmology) merujuk kepada skop bidang yang lebih luas meliputi angkasa, orbit, mengetahui asas ilmu angkasa atau astronomy, berupaya membuat kajian sains di angkasa, mengetahui selok-belok teknologi maklumat walaupun pihak yang terlibat tidak tahu mengendalikan kapal angkasa, tidak menjadi ketua atau commander di ISS dan tidak menjadi jurutera angkasa. Ini adalah kerana, sesiapa sahaja yang telah lulus dan melepasi ujian intensif yang ketat dan sukar di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin di Moscow Russia, layak mendapat tauliah sebagai angkasawan atau Cosmonaut dari pihak Russia dan layak pergi ke angkasa atau ISS. Pihak Russia mengiktiraf sesiapa sahaja yang telah melepasi ujian sebagai angkasawan dan telah pegi ke angkasa, sebagai Cosmonaut walaupun seseorang itu pergi sebagai peserta penerbangan angkasa/pelancong. Ini disebabkan tidak mudah bagi seseorang itu untuk menjalani latihan angkasa dan berlepas ke angkasa.
- Pengiktirafan NASA sebagai seorang angkasawan dahulunya telah digunakan kepada sesiapa yang mengembara ke angkasa, termasuk ahli sains, ahli politik, pemberita, dan pelancong, oleh itu tiada sebab untuk mereka menukar syarat pengiktirafan.
- Selain itu, pengiktirafan NASA tidak diperlukan, kerana mereka hanya mengiktiraf mereka yang menyertai pakej angkasa USA dan Malaysia tidak memerlukan pengiktirafan NASA kerana Malaysia tidak membayar NASA bagi pengiktirafan tersebut.
- Angkasawan Malaysia telahpun menjalani berbagai latihan khusus angkasawan di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin yang cukup lengkap bagi melayakkan beliau menjadi seorang angkasawan dan pergi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
- Pihak Russia telahpun mengiktiraf angkasawan pertama negara sebagai angkasawan bertauliah atau Cosmonaut sebagaimana yang telah dianugerahkan oleh pihak Russia kepada angkasawan dari negara lain yang menyertai dan melengkapi keseluruhan latihan dan program angkasa mereka.
Apa pendapat anda. Jom komen!
.
Perhebat Program Angkasa Lepas Negara
Adakah kita sudah mencapai matlamat? Adakah berbaloi meneruskan penghantaran angkasawan kedua? Adakah kita sudah bersedia menyahut cabaran untuk bersaing dengan negara maju lain yang lebih awal menerokai angkasa lepas yang membabitkan perbelanjaan tinggi?
Perlu diakui bahawa banyak persoalan yang timbul. Pada pandangan saya, kita perlu peka terhadap matlamat Program Angkasawan Negara, iaitu untuk melahirkan minat mendalam, terutama di kalangan generasi baru terhadap bidang sains dan angkasa supaya negara dapat melahirkan golongan cerdik pandai yang mampu membawa Malaysia ke era baru sains dan teknologi.
Saya melihat bahawa minat yang mendalam sudah wujud di kalangan pelajar sekolah yang kini mempunyai cita-cita tinggi untuk menerokai angkasa lepas.
Dulu, ramai kanak-kanak apabila ditanya memberitahu mereka mahu menjadi anggota polis, bomba dan guru. Kini terdapat anjakan paradigma apabila angkasawan, doktor, saintis dan jurutera angkasa lepas menjadi pilihan.
Seperti Yuri Gagarin (Russia) dan Neil Amstrong (Amerika Syarikat) yang melonjakkan negara mereka sebagai peneraju bidang angkasa lepas, hasil Program Angkasawan Negara akan dapat dilihat dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun akan datang apabila generasi muda melepasi alam persekolahan.
Persoalannya, adakah kita bersedia untuk fasa kedua? Adakah kita berhenti di sini setelah berbelanja jutaan ringgit untuk mencapai misi menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas?
Program Angkasawan Negara bukan saja memberikan tumpuan kepada penghantaran angkasawan ke angkasa lepas, tetapi memfokuskan terhadap akar umbi di peringkat sekolah. Ramai kanak-kanak masih tidak tahu nama planet dan ramai menyangka saya pergi ke bulan.
Ini jelas menunjukkan matlamat program angkasawan belum tercapai secara menyeluruh kerana kurang pendedahan di peringkat sekolah dan akar umbi rakyat Malaysia.
Kita mempunyai lebih 400 jurutera angkasa lepas di seluruh Malaysia, tetapi hanya 10 peratus daripada mereka bekerja dalam bidang berkaitan angkasa lepas. Sebahagian besar terpaksa bekerja dalam bidang lain seperti automotif dan perkapalan kerana kurang peluang atau permintaan dalam bidang angkasa lepas.
Malaysia harus mencontohi Korea Selatan yang sudah mempunyai teknologi dan kepakaran tinggi dalam bidang angkasa lepas. Selepas penghantaran angkasawan ke ISS, negara itu mempunyai fasa kedua untuk melancarkan satelit menggunakan roket buatan sendiri pada 2009.
Kita masih belum terlambat dan pelbagai usaha harus dilakukan untuk meneruskan momentum ke arah itu.
Seperti saya nyatakan, kita harus menangguhkan penghantaran angkasawan kedua buat seketika dan sebaliknya memperhebatkan tumpuan terhadap pembinaan satelit serta memantapkan bidang sains dan teknologi bagi mencapai sasaran melancarkan roket buatan Malaysia sebelum 2020.
Baru baru ini, hasil eksperimen yang dijalankan di ISS telah dikongsi bersama oleh saintis tempatan dan keputusan yang dicapai sungguh memberangsangkan. Ini membuktikan Malaysia serius memberi sumbangan terhadap dunia penyelidikan.
Selain itu, saranan untuk menubuhkan universiti angkasa lepas di Johor pada 2011 dan bandar angkasa lepas di Negeri Sembilan perlu diberi perhatian dan mendapat galakan sepenuhnya oleh kerajaan.
Kita sudah pasti berada pada landasan yang betul, tetapi pelbagai pihak terutama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) harus memainkan peranan lebih mendalam menghasilkan pelan induk fasa kedua mengenai hala tuju program angkasawan negara.
Ini termasuk bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memberi tumpuan kepada akar umbi di peringkat sekolah rendah dan menengah untuk melahirkan generasi yang mencintai sains dan angkasa lepas.
Selamat Berpuasa kepada pembaca.
Angkasawan China berjalan di angkasa
Angkasawan China yang sedang berada dalam kapal angkasa Shenzhou VII, mula memasang pakaian angkasa lepas, suatu tugas yang memakan masa beberapa jam, sebagai persiapan untuk melakukan percubaan sulung mereka berjalan di angkasa lepas selama 20 minit pada hari ini (27hb Sept 08).
Sejak dilancarkan malam kelmarin, ekspedisi itu tidak mengalami sebarang masalah dan tiga angkasawannya telah menikmati hidangan pertama mereka berupa sup dan tidur untuk seketika, kata jurucakap misi berkenaan Wang Zhaoyao pada sidang akhbar di sini.
Penerbangan manusia ke angkasa lepas kali ketiga oleh China ini bermula dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut wilayah Gansu dan memasuki orbit setinggi 343km dari bumi.
Aksi berjalan di angksa itu, yang dipercayai akan cuba dilakukan oleh komander penerbangan, Zhai Zhigang, akan dipancar secara langsung ke bumi.
Wang berkata kegiatan di luar kenderaan (EVA) itu dijadual bermula pada jam 4.30 petang Sabtu, bergantung pada keadaan pakaian angkasa dan angkasawan.
Media kerajaan melaporkan bahawa Zhai, 42, akan memakai pakaian buatan China dikenali sebagai “Feitian” (penerbangan ke langit) seberat 120kg dengan bantuan seorang lagi anak kapal bernama Liu Boming, yang menggunakan pakaian buatan Russia dikenali sebagai “Haiying” (helang laut).
Angksawan ketiga, Jing Haipeng, akan berada di dalam modul kemasukan semula ke kapal angkasa itu, yang akan kembali ke bumi di Inner Mongolia pada Ahad setelah melakukan perjalanan yang dijadualkan memakan masa 68 jam.
Kejayaan EVA ini sangat penting bagi China untuk merealisasikan cita-citanya membina stesen angkasa lepas sendiri pada dekad akan datang.
Ketua pereka kapal angkasa berkenaan, yang juga orang yang menamakannya sebagai Shenzhou (kapal suci), memberitahu agensi berita Xinhua bahawa China akan mengeluarkan model itu secara besar-besaran bagi membawa angkasawan ke stesen angkasa China. - Bernama
Khamis, 4 September 2008
Majalah Dewan Kosmik isu september 2008
Untuk lebih lanjut, sila dapatkan majalah Dewan Kosmik isu September 2008 yang kini boleh di dapati di pasaran dengan harga RM6 senaskah. Anda juga boleh beli secara online di laman web
Rabu, 20 Ogos 2008
Dua Bulan Pada 27hb Ogos ini?
Bulan yang dimaksudkan ialah bulan kita sendiri dan satu lagi ialah Marikh yang akan kelihatan sebesar saiz bulan!
Wah..punya best fenomena tu (kalau ianya adalah benar...hehe..)
Kemudian, seorang rakan telah menghantar email yang menyatakan akan peristiwa 'sekali seumur hidup' ini. Berikut adalah petikan dari email tersebut.
The next time Mars may come this close is in 2287.Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.
Teruja?
Maaf untuk saya nyatakan bahawa peristiwa ini tidak akan terjadi! Email tersebut hanyalah satu email yang mengelirukan. Mengelirukan kerana tarikh 27 Ogos yang dinyatakan tidak mempunyai tahun yang spesifik! Maka sudah tentu email ini akan menjadi valid setiap tahun sehinggalah tahun 2287. Seperti yang telah diagak, setiap tahun email ini terus berlegar2 terutamanya pada bulan Ogos. Bagi yang kurang biasa dengan astronomi, sudah tentu mereka akan kecewa kerana penantian pada jam 12.30 malam itu hanya akan mengundang gigitan nyamuk. (hehe...)
Mari kita lihat sedikit fakta mengenai Marikh & Bumi yang akan menjatuhkan 'hujah' akan kehadiran dua bulan pada 27 Ogos ini.
Permulaan kepada penyebaran email ini dipercayai bermula pada tahun 2003 di mana berlaku peristiwa planet Marikh berada sangat dekat dengan planet Bumi. Tarikhnya ialah pada 27 Ogos tahun tersebut, Marikh berada sejauh 55,758,006 kilometers iaitu jarak yang terdekat antara bumi dan Marikh sejak 60 ribu tahun sebelumnya. Fenomena tersebut menjadikan Marikh kelihatan bersinar lebih terang berbanding bintang lain. Namun pada ketika itu, Marikh tidaklah kelihatan sebesar saiz bulan. Ianya hanya membolehkan para pencerap melihat dengan lebih baik pada ketika itu di mana kutub ais pada Marikh dapat dilihat dengan lebih jelas berserta ciri2 di permukaan Marikh.
Pada bulan ini, Marikh akan berada sejauh 360 juta kilometer jauh dari bumi. Disebabkan kerana bumi dan Marikh mempunyai orbit yang berlainan, maka planet2 ini mengambil masa yang berbeza untuk mengorbit matahari (bumi 365 hari, Marikh 687 hari). Marikh dan Bumi akan berada pada titik paling berhampiran antara satu sama lain pada setiap 26 bulan (2 tahun). Kali terakhir ialah pada tahun 2007.
Jadi, jika ada yang menyatakan Marikh akan kelihatan sebesar bulan pada 27 Ogos ini, mungkin anda boleh menolak 'hujah2' rakan anda itu seperti yang dibincangkan di atas.
Sabtu, 16 Ogos 2008
Gerhana Bulan Separa 17 Ogos 2008 (LIVE broadcast)
Pencerapan LIVE Gerhana Bulan Separa 17 Ogos 2008
Khamis, 17 Julai 2008
Motivasi Angkasawan
MASA
3 petang hingga 7 malam
TARIKH
26 Julai 2008
TEMPAT
Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia
PANEL
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
YURAN
RM20
PENYERTAAN
Terbuka kepada semua
Pada waktu malamnya, majlis makan malam bersama angkasawan negara akan diadakan seperti berikut:
Gala Charity Dinner
MASA
9 malam
TARIKH
26 Julai 2008
TEMPAT
Hotel Holiday Villa, Alor Star
YURAN
RM200
PENYERTAAN
Terbuka kepada semua
Sebahagian dari hasil yuran penyertaan akan disumbangkan kepada Yayasan Sultanah Bahiyah dan badan-badan amal lain.
Sebarang pertanyaan, bolehlah dihubungi saudari Aemelia (012-6279895) atau saudara Nasriq (012-5343787), atau saudara Hairol (019-4606826)
Khamis, 10 Julai 2008
Konvensyen Falak Selangor 2008
Jabatan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Konvensyen Falak Selangor 2008. Perincian adalah seperti berikut ;
Konvensyen Falak Selangor 2008
Tema :
Matahari : Bintang Di Dalam Sistem Solar
Tarikh :
19 & 20 Julai 2008 (Sabtu dan Ahad)
Masa :
8 pagi hingga 10.45 malam (Sabtu)
8.30 pagi hingga 12 tengah hari (Ahad)
Tempat :
Auditorium SIRIM Berhad
1, Persiaran Dato’ Menteri
Seksyen 2, P.O. Box 7035
40911 Shah Alam
Selangor.
Saya akan berada di sana pada pada hari Ahad.
Jom kita ke sana!
Jumaat, 4 Julai 2008
Astrofotografi Menggunakan Digicam
Saya pulang dari makan malam sekitar jam 9.30 malam. Melangkah saja ke dalam rumah, mata saya terus tertarik untuk melihat satu titik cahaya terang yang tergantung di langit timur. 'Oh..si gergasi Musytari dah naik...' kata hati saya. Terus saja saya mencapai teleskop yang berada di balkoni. Terlintas difikiran saya untuk mengambil gambar teleskop saya sedang 'beraksi' menghadap sang Musytari.
Peralatan yang saya gunakan ialah kamera Digital Olympus FE-270 yang merupakan milik rakan sebilik saya. Kamera berharga sekitar RM600 dan mempunyai sensor sensitif sehingga 7.1 mega piksel. Untuk menghilangkan gegaran tangan, maka kamera tersebut saya lekatkan pada tripod. Teleskop saya arahkan ke arah Musytari yang kelihatan seperti 'raja bintang' pada malam itu dek kerana kecerahannya yang jauh menerangi bintang lain.
Nah, sedia untuk bermula.
Light, camera & action!
Klik! Gambar pertama saya ambil. Namun hasilnya agak gelap. Saya cuba mencari di menu kamera tersebut untuk meninggikan masa dedahan tapi tidak berjumpa. Ah..apa kata guna sahaja mod malam.
Klik!
Wah..hasilnya boleh tahan juga. Kelihatan teleskop saya sedang mengintai sang Musytari pada skrin kamera tersebut. Saya berpendapat bahawa ketika penggunaan mod malam, kamera akan memancarkan denyar (flash) dahulu kemudian membiarkan shutter terbuka untuk beberapa saat, baharulah shutter kembali tertutup. Denyar dari kamera telah membolehkan teleskop saya kelihatan dengan jelas manakala dedahan yang sedikit panjang membolehkan titik Musytari berjaya dikesan pada sensor kamera. Apa lagi, saya terus mengklik dalam sudut yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Setelah mendapat gambar yang agak memuaskan, terus sahaja saya mencari sudut dengan permandangan yang lain memandangkan Musyatari sebentar lagi akan hilang kerana dilindung bumbung apartment saya.
Klik! Klik! Klik!
Berikut adalah hasil astrofotografi saya malam itu.
Khamis, 3 Julai 2008
Konvensyen & Ekspo Astronomi USM 2008
TEMPAT: DEWAN PEPERIKSAAN UTAMA DAN PADANG KAWAD,
PENGELOLA: Unit Penyelidikan Ilmu Falak Dan Sains Atmosfera,
Universiti Sains Malaysia; Jabatan Mufti, Pulau Pinang;
dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
AKTIVITI-AKTIVITI:
(1) Seminar Astronomi Akademik
(2) Pameran Pengembaraan Angkasa
(3) Pameran Dan Promosi Teleskop
(4) Klinik Teleskop
(5) Pameran Astrofotografi
(6) Ceramah-Ceramah Awam
(7) Pertunjukan Planetarium
(8) Pencerapan Tompok dan Nyalaan Matahari
(9) Kuiz Astronomi dan Kuiz Pengembaraan Angkasa
(10) Bengkel “Radio Astronomi Amatur”
(11) Bengkel “Membina Teleskop Amatur”
(12) Bengkel “Roket Air – Lebih Tinggi, Lebih Jauh Dan Lebih
Baik”
(13) Pertandingan Melancar Roket Air
(14) DUA MALAM PENCERAPAN BINTANG
Guru-guru, pelajar-pelajar dan peminat astronomi yang berminat menyertai “Konvensyen Dan Ekspo Astronomi USM 2008” boleh hubungi:
(1) Prof. Madya Dr. Chong Hon Yew,
Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, U.S.M.
(e-mel: pearl_of_orion@yahoo.com, h/p: 016-3157318)
(2) En. Jamil Zakaria,
Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, U.S.M.
(e-mel: jamilzakaria@notes.usm.my, h/p: 017-4005065)
Digicam bersama Musytari (Kertas Dinding )

Untuk menjadikannya sebagai latar belakang desktop anda, klik pada imej untuk mendapatkan resolusi 1024 x 768, kemudian klik kanan dan pilih set as desktop background/wallpaper
Saya sering terpesona apabila melihat kertas dinding (wallpaper) yang banyak boleh didapati di internet. Ini membuatkan saya terfikir tentu menjadi sesuatu yang menarik jika laman astromas juga mempunyai kertas dindingnya sendiri. Namun ini mungkin sedikit bermasalah kerana saya bukanlah mahir dalam mengunakan Adobe Photoshop. Kebanyakan tutorial yang dipelajari ketika di matrikulasi dahulu telah banyak luput dari ingatan saya. Emm..nampaknya perlu menuntut kembali ilmu Photoshop ni..
Kertas dinding yang pertama ini saya hasilkan dari kombinasi astrofoto kamera digital Olympus Fe-270 (7.1 mp) merakam teleskop yang diarahkan ke Musytari yang diambil dari balkoni rumah saya. Harap anda sukakannya ;)
Sesiapa yang ingin menyiarkan kertas dinding astronomi dalam bahasa Malaysia di laman Astromas, sila email-kannya ke ibnu_ali_87@yahoo.com
















