Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Sabtu, 31 Disember 2011

Melihat Tahi Bintang Dengan Banyak Pada 4 Jan ini! - Quadrantids


Assalamualaikum dan hai..

Apa Itu Peristiwa Hujan Meteor Quadrantids?

Quadrantids adalah peristiwa hujan meteor/tahi bintang yang hebat di bulan Januari yang boleh dilihat bermula 1 hingga 5 Januari setiap tahun tetapi mencapai kemuncak pada 4 haribulan. Peristiwa ini akan membolehkan anda melihat dalam lingkungan 50 sehingga 120 buah tahi bintang dengan mata kasar. Jika anda cukup beruntung, maka kemungkinan anda dapat melihat beratus2 tahi bintang dalam satu malam. Semuanya dilihat menggunakan mata kasar tanpa sebarang bantuan alat canggih. Mata kasar? Betul tu. Anda tak silap baca. Sangat menarik bukan? hehe


Rajah 1
Tahi bintang yang melintasi langit malam. Pernahkan anda melihat kejadian seperti ini?
kredit imej : Wally Pacholka


Pusat  kepada peristiwa ini ialah dari dalam buruj Boötes  yang  berdekatan dengan ekor beruang di buruj Ursa Major (biduk). Namun radian (pusat) sebenarnya ialah dari buruj Quadrans Muralis (rajah 2) iaitu sebuah buruj yang sudah lagi tidak wujud dalam peta bintang zaman moden sekarang. Buruj ini terletak antara buruj Hercelus, Boötes dan Draco. Pembuangan buruj ini beserta dengan bebarapa buruj lain pada tahun 1922 oleh International Astronomical Union (IAU) adalah kerana peta bintang pada ketika itu telah begitu sesak dengan pelbagai buruj. Akhirnya, IAU telah mengiktiraf hanya 88 buah buruj  yang ada di peta bintang seperti mana sekarang. Namun peristiwa hujan meteor ini masih mengekalkan namanya berdasarkan nama buruj asalnya.

Rajah 2
Buruj Quadran Muralis yang sudah tidak wujud dalam peta bintang semasa

Mencerap Quadrantids

Pernahkah anda melihat peristiwa hujan meteor Quadrantids? Untuk pengetahuan kita semua, hujan meteor Quadrantid adalah salah satu pancuran meteor yang terkaya dalam kalendar pancuran meteor tahunan, dengan pada waktu kemuncak, anda boleh lihat 60 hingga 200 tahi bintang dalam masa satu jam di bawah keadaan yang ideal. Tetapi ramai peminat astronomi sepanjang hayat mereka tidak pernah melihat peristiwa ini (termasuklah saya..hehe)

Keadaan ini terjadi oleh kerana dua masalah. Pertama, waktu kemuncak yang singkat. Aktiviti puncak biasanya berlangsung selama beberapa jam, dan jika jika waktu kemuncak itu berlaku pada waktu siang hari, maka anda tidak berpeluang untuk melihatnya. Sebagai contohnya sebaliknya, peristiwa hujan meteor Geminids mempunyai tempoh masa kemuncak yang cukup lama untuk dinikmati oleh semua penduduk bumi.


Tempoh puncak (apabila kadar meteor sekurang-kurangnya separuh dari bilangan maksimum) peristiwa Quadrantids adalah sangat pelbagai iaitu boleh jadi 2 hingga 4 jam atau hingga 14 jam. Keadaan ini menjadikan peristiwa ini menarik untuk dibuat kajian dan pemerhatian.

Masalah kedua ialah peristiwa ini terjadi pada bulan Januari di mana di kawasan hemisfera utara kebanyakannya pada musim sejuk. Aktiviti kita terbaring di bawah langit tanpa pergerakan yang aktif akan menyebabkan suhu badan turun dan menganggu aktiviti cerapan. Situasi kita di Malaysia pula ialah pada waktu ini keadaan cuaca adalah sangat tidak menentu. Hujan boleh datang secara tiba2 dan kebanyakan masa langit adalah diliputi oleh awan tebal. 

Bila Waktu dan di Mana Untuk Mencerap?

Namun cabaran inilah yang menjadikannya ia aktiviti yang seronok untuk dicerap! Tahun ini pagi 4 Januari menawarkan keadaan yang sangat baik untuk Amerika Utara, terutamanya di Timur. Quadrantids diramalkan sampai ke kemuncaknya kira-kira pada jam 7 waktu sejagat (Universal Time) iaitu bersamaan  jam 3 petang waktu Malaysia (tambah 8 jam GMT Malaysia). Namun harus diingat bahawa tempoh masa kemuncak peristiwa Quadrantids adalah pelbagai. Maka kita mungkin ada peluang untuk disajikan bilangan meteor yang banyak.

Bulan pada malam tersebut bersinar pada fasa separuh  dan akan tenggelam kira-kira 3 setengah pagi waktu tempatan di mana sahaja kita berada, meninggalkan langit sepenuhnya gelap sehingga subuh. Maka, saya cadangkan untuk anda memulakan pencerapan pada jam 3 pagi ke atas pada pagi 4 dan 5hb Januari 2012.

Mengenai ke mana harus dilihat di dada langit, kesemua meteor ini akan keluar di kedudukan di antara buruj Bootes, Draconids dan Hercules. Bunyinya macam menakutkan namun, namun ianya mudah sahaja. Pandang ke arah matahari terbit (timur) bermula jam 3 pagi dan anda sudah bersedia untuk disajikan oleh pancuran tahi bintang yang hebat. Sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan. Ini adalah merujuk keadaan di Malaysia. Maka di negeri mana pun anda berada boleh melihatnya.


Rajah 3
Mulakan aktiviti anda dengan memandang arah langit timur pada jam 3 pagi pada 4 Januari ini. Anda boleh menggunakan peta yang sama pada 5hb. Pastikan tiada awan hitam yang menutupi langit.


Bagaimana Untuk Melihat Peristiwa Ini?

Untuk mencerap mana-mana hujan meteor, anda tidak memerlukan bantuan teleskop ataupun binokular. Ini kerana tidak mungkin alatan tersebut mampu untuk menjangka meteor yang bakal kelihatan dan mengikut jejak meteor yang sangat laju. 

Apa yang anda perlukan ialah baju yang tebal untuk mengelakkan kesejukan malam, satu hamparan untuk membolehkan anda berbaring atau kerusi malas yang boleh diturunkan, segelas air kopi yang panas dan kawasan yang gelap dan lapang dari gangguan pokok atau bangunan. Jangan lupa untuk mengajak teman-teman anda untuk turut serta dalam pencerapan untuk memastikan keselamatan anda terjamin dan juga bagus untuk mengelakkan mengantuk.

Mencerap peristiwa hujan meteor akan bertambah seronok dan menarik jika anda mengambil nota untuk membuat kiraan yang betul menggunakan kaedah-kaedah yang standard untuk dilaporkan kepada Pertubuhan Meteor Antarabangsa (International Meteor Organization, IMO) ( Baca bagaimana). Bunyinya macam terlalu hebat? Kenapa tidak kerana data2 di IMO adalah disumbangkan oleh peminat astronomi amatur seperti anda dan saya dari seluruh dunia. Ada yang berkerja sebagai cikgu, peniaga atau pelajar dan sebagainya.

Penutup

Seperti meteor Geminid pertengahan bulan Disember, Quadrantids berasal dari asteroid, dan bukannya komet seperti peristiwa hujan meteor yang lain. Asteroid tersebut dikenali sebagai 2003 EH 1. Dinamik kajian mencadangkan bahawa asteroid ini boleh jadi adalah sebahagian dari komet yang berpecah beberapa abad yang lalu

Selepas peristiwa Quadrantids tamat, aktiviti pancuran meteor yang baik seterusnya ialah Lyrids yang bakal terjadi di akhir April. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan senarai dan perihalankan semua pancuran meteor utama tahun 2012 dalam satu artikel.


Jom mencerap!


MOHD RIZUAN ALI,
013-2180412
astromas@gmail.com

p/s : Minta kawan2 tolong saya dengan tinggalkan komen di comment box facebook di bawah. Dalam fasa percubaan. Terima kasih

Ahad, 18 Disember 2011

Panduan & Direktori Astronomi di Malaysia


Assalamualaikum & hai..



Di sini saya kumpulkan panduan dan direktori mengenai perkara yang berkaitan dengan astronomi di Malaysia. Saya akan melengkapkan dan mengemaskini setiap direktori dari masa ke semasa. Moga bermanfaat.

Selepas ini, page ini boleh anda cari di tab di sebelah atas.

***Page ini masih lagi dalam pembinaan***

PENCERAPAN
  • Mencerap hujan meteor/tahi bintang
  • Mencerap gerhana bulan
  • Mencerap gerhana matahari
  • Mencerap lintasan planet di hadapan matahari (transit)
  • Mencerap bulan
  • Mencerap komet dan asteroid
  • Mencerap planet menggunakan mata kasar
  • Mencerap menggunakan binokular
  • Mencerap menggunakan teleskop
  • Mencerap anak bulan
TIPS
AKTIVITI
  • Panduan melakukan parti bintang (Star Party)
  • Panduan menubuhkan kelab astronomi
  • Panduan menganjurkan aktiviti cerapan
PROJEK ASTRONOMI
  • Messier marathon
  • Membina teleskop buatan sendiri
  • Membuat sekstan
  • Membuat jam matahari
  • Membuat autoroket
  • Membaca peta bintang
ASTROFOTOGRAFI
PERISIAN ASTRONOMI PC & SMART PHONE
  • Stellarium
  • Starry Night
  • Google Sky Map (Android)
SUMBER
  • Kelab dan pertubuhan astronomi di Malaysia
  • Balai cerap di Malaysia
  • Kedai astronomi di Malaysia
  • Tokoh astronomi di Malaysia
PRODUK ASTRONOMI
GOSIP

Salam dari saya,


Astromas
0132180412
astromas@gmail.com

Selasa, 6 Disember 2011

Peristiwa Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Assalamualaikum & hai....



Sudah lama saya tidak menulis di sini. Rindu juga untuk menulis balik dan mendapat respon dari kawan2 yang berminat dengan astronomi di luar sana. Kali ini saya ingin mengkhabarkan kepada anda semua akan peristiwa gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 10hb Disember ini.

Gerhana bulan yang bakal terjadi pada sabtu malam 10hb ini merupakan rentetan peristiwa gerhana bulan penuh yang terjadi pada 16 Jun tahun ini. Menariknya kerana ke-dua2 peristiwa gerhana pada tahun 2011 ini ialah gerhana bulan penuh. Tahun terakhir kita melihat gerhana penuh ialah pada tahun 2007 dan jika anda terlepas peluang kali ini, maka anda perlu menanti tahun 2018 untuk melihat gerhana bulan penuh sekali lagi. Namun jangan risau kerana gerhana bulan separa sentiasa akan terjadi setiap tahun pada tahun mendatang sehinggalah tahun 2018 tiba.

Apa yang akan anda lihat nanti ialah pada malam tersebut, bulan yang awalnya bersinar penuh akan menjadi bulan sabit secara perlahan- lahan sehinggalah keselurahan bulan kelihatan bertukar warna menjadi merah tembaga.

Waktu Gerhana

Peristiwa kali ini akan amatlah sesuai dan menyenangkan untuk diikuti memandangkan ianya mula berlaku pada jam 8.46 minit malam dan berakhir pada jam 12.17 pagi (gerhana pada Jun yang lepas adalah pada lewat pagi yang sejuk!) . Pada ketika ini, apa yang terjadi ialah bulan akan mula memasuki bayang gelap bumi (umbra).

Bulan yang pada awal malamnya adalah bulan purnama penuh akan di'makan' sedikit demi sedikit bermula jam 8.46 malam sehinggalah keseluruhan bulan akan berada dalam bayang gelap bumi sepenuhnya pada jam 10.06 minit malam. Pada saat ini dikatakan totaliti bermula.



Bulan akan bermula berada dalam totaliti dari jam 10.06 mlm, kemuncak pada jam 10.32 mlm dan mula keluar dari bayang umbra pada jam 10.57 malam. Bulan akan keluar keseluruhannya dari bayang umbra pada jam 12.17 pagi pada 11hb Disember 2011.

Oleh itu, anda mempunyai masa lebih kurang 3 jam setengah untuk mengikuti peristiwa ini. Apa lagi, ajak rakan2, saudara mara dan orang kampung anda untuk melihat peristiwa ini. Disunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana 2 rakaat. Panduannya ada di sini.

Cara untuk mengikuti peristiwa ini mudah sahaja, iaitu menggunakan mata kasar anda! Selain itu, anda boleh cuba untuk merakam peristiwa ini menggunakan kamera dan juga video. Link di sini dan di sini boleh membantu anda mendapatkan idea bagaimana untuk merakam peristiwa ini. 

Jom Sertai Saya dan Dr Rowi Mencerap di Pantai Mek Mas, Kota Bharu

Jom sertai saya dan Dr Rowi melakukan aktviti cerapan gerahna bulan penuh ini di Pantai Mek Mas, Kota Bharu Kelantan. Di sini terdapat chalet milik Dr Rowi yang boleh dijadikan tempat berteduh dan menjanjikan kawasan cerapan yang gelap dan bebas dari lindungan pokok serta bangunan di ufuk.

Antara aktiviti yang akan dilakukan ialah sesi mencerap gerhana menggunakan teleskop, binokular dan mata kasar, sesi penerangan gerhana dan sesi astrofotografi di mana kita akan cuba untuk merakam fasa fasa gerhana.


Lokasi Pantai Mek Mas terletak di Kuala Besar iaitu menghala ke arah kompleks LKIM Kuala Besar. Untuk ke sana, dalam perjalanan anda ke arah Pantai Cahaya Bulan (PCB) dari Kota Bharu, apabila anda terjumpa Balai Polis Badang, sila ambil simpang 3 berdekatan balai polis tersebut (papan tanda ke Kuala Besar). Masuk ke simpang tersebut dan bergerak sejauh 3.5km. Ambil simpang ke kanan dan bergerak terus sejauh 1km sehingga anda melepasi jambatan dan sampai ke hujung jalan. Bagus, lokasi cerapan ada di hadapan anda namun dipisahkan oleh tasik, maka anda perlu ambil kanan dan melalui sedikit jalan kampung untuk sampai ke chalet Dr Rowi. 

Jika anda perlukan bantuan saya jangan malu untuk menghubungi saya di no di bawah.

Jom mencerap!


MOHD RIZUAN ALI
013-2180412
astromas@gmail.com

Ahad, 14 Ogos 2011

Cara lain mencerap hujan meteor Perseid

Hujan meteor Perseid melintasi langit malam. 
Kredit imej : msnbcmedia3.com


Assalamualaikum & hai

Anda telah merancang untuk keluar dan melihat kemuncak pancuran Meteor Perseid hujung minggu ini, tetapi nampaknya cuaca asyik mendung dan bulan pula hampir purnama. Kecewa? 

Jangan berputus asa, kerana anda masih boleh menikmati pancuran meteor dengan cara yang lain. Mungkin boleh menunggu sehingga awan di langit hilang.

Terdapat beberapa cara untuk menikmati pancuran meteor ini selain dari melihat secara visual. Antaranya ialah bergantung kepada pantulan isyarat radio atau mengikutinya secara online.

Anda boleh "mendengar" meteor dengan Radio Spaceweather .

Atau juga anda boleh "mencerap" graf visual dengan Meteor View Meteorscan Live yang diuruskan dari Balai Cerap Norman Lockyer di England

Bagaimanakah pencerapan ini terjadi? 


Apabila meteor masuk ke atmosfera Bumi, ia menyahpecut dengan secara pesat. Geseran dengan udara menyebabkan meteor terbakar pada suhu yang sangat tinggi yang mewujudkan jaluran putih yang cerah terhasil yang biasa kita lihat sebagai tahi bintang. Sepanjang proses ini, udara di ionkan di sepanjang laluan yang membolehkan gelombang radio dihasilkan.

Gelombang ini dikesan oleh penerima radio dan boleh didengar sebagai ping atau wisel. Data juga boleh dipaparkan pada komputer dalam bentuk jenis graf seperti berikut. 

Kredit imej Adrian Barat

Selain itu, anda juga boleh mengikuti Perseids dengan seluruh dunia melalui Twitter. Anda juga boleh melihat rakan2 kita mencerap dan merepotkan kenampakan tahi bintang dengan Peta Meteor.


Selamat mencuba.



Mohd Rizuan Ali
013-2180412

Selasa, 7 Jun 2011

Letupan Supernova di Galaksi Whirpool, M51

Assalamualaikum & hai...


Pada 2 Jun yang lepas, seorang pencerap Perancis telah menemui satu 'bintang' baru pada pada kecerahan magnitud 14 di dalam galaksi Whirpool, M51.

Imej oleh BBC Sky at Night Presenter Pete Lawrence
Kewujudan ' bintang baru' yang sebenarnya ialah letupan supernova

Letupan supernova ini terhasil apabila satu bintang yang jauh lebih dari besar dari matahari telah mencapai akhir hayatnya dengan letupan yang sangat dasyat dan terlihat dari bumi sebagai satu cahaya bintang yang baru.

Supernova ini boleh dilihat di galaksi Whirpool menggunakan binokular dan teleskop kecil. Caranya ialah dengan mencari buruj Canes Venatici, yang berdekatan dengan bintang Alkaid yang terdapat dalam buruj biduk (big dipper).

Khamis, 2 Jun 2011

Pencerapan Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Assalamualaikum & hai..


Sempena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada pukul 4.13 minit pagi, 16 Jun 2011 ini, satu program pencerapan akan diadakan di Perkarangan Masjid Negara (berhampiran tapak ekspo). Program akan berjalan seperti berikut.

16 Jun 2011
1 pagi 
Pendaftaran peserta
1 hingga 7 pagi 
Pencerapan gerhana bulan, Musytari, Marikh & Zuhrah, taklimat gerhana, pertandingan kuiz & solat sunat gerhana
7 pagi 
Bersurai

Jom ramai2 kita meriahkan program cerapan gerhana bulan ini. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri Musytari, Marikh & Zuhrah melalui teleskop.

Sila rujuk di sini untuk jadual fenomena akan datang.

Jom mencerap!

Ahad, 22 Mei 2011

Atlantis bersedia untuk perkhidmatan terakhir

Assalamualaikum & hai..

Pesawat angkasa NASA sudah makin hampir mencapai masa persaraannya. Perlepasan terakhir pesawat angkasa Atlantis akan berlaku pada 9 Julai ini pada pukul 7.40 malam waktu Malaysia untuk penerbangan 12 jam ke ISS.

 Atlantis sedang bergerak di fasiliti pemprosesan orbiter untuk misi STS-135 yang terakhir. 
Kredit: Ken Kremer



Misi terakhir pesawat angkasa NASA Atlantis ini ialah untuk membawa modul logistik pelbagaiguna Raffaello ke ISS. Modul ini mempunyai muatan peralatan sains, makanan, air, logistik, dan alat ganti untuk kemudahan krew di ISS.

Selepas ini, kapal angkasa Soyuz milik Rusia akan digunakan sebagai pengangkutan utama sehinggalah pesawat baru disiapkan oleh Amerika Syarikat.

Selamat tingggal Atlantis, Discovery, Endevour & Enterprise!

Salam hormat

 


p/s : Sebenarnya sangat rindu untuk menulis