Sabtu, 9 Jun 2012

Laporan Transit Planet Zuhrah - Terakhir di Abad Ini!

Asalamualaikum dan hai...

Peristiwa yang terhebat pada tahun ini iaitu peristiwa transit Zuhrah nampaknya telah berakhir. Saya dapat lihat ramai betul yang teruja untuk melihat planet Zuhrah melintas di hadapan matahari ini. Kehangatan peristiwa ini bukan sahaja menular di luar negara tetapi juga turut dirasai oleh peminat astronomi di Malaysia..

Antara sebab peristiwa ini tidak boleh dilepaskan ialah kerana ini adalah peristiwa transit planet Zuhrah yang terakhir pada abad ini. Kalau anda terlepas peristiwa ini, maka perlu menunggu 105 tahun iaitu pada Disember 2117 lagi untuk melihatnya lagi. Mungkin masa tu cucu2 kita aje yang ada peluang..hehe

Peristiwa yang berlaku pada 6 Jun yang lepas bermula sejurus sahaja matahari timbul di ufuk timur sekitar jam 7.15 pagi. Pada ketika itu sebenarnya Zuhrah sudah berada di permukaan matahari. Berbanding rakan2 kita di negara barat, mereka melihat planet Zuhrah mula melintas matahari ketika matahari hampir terbenam.

Walaupun peristiwa ini berlaku agak lama sehingga ke pukul 12.49 minit tengah hari, namun sedikit mengecewakan kerana kebanyakan tempat di Malaysia adalah mendung sepanjang pagi. Kebanyakan para pencerap terpaksa bermain kejar2 dengan awan untuk mengambil gambar apabila ada kesempatan. 

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh rakan2 kita dari seluruh Malaysia :









Pencerapan di Sandakan oleh team Kembara2Gerhana Falak-Onine di atas bumbung masjid daerah Sandakan




Gambar dari Dr Mahamarowi Omar dari Kota Bharu Kelantan

Akhbar2 utama tempatan juga turut melaporkan peristiwa ini.


Berakhir sudah peristiwa transit planet Zuhrah ini. Peristiwa astronomi seterunya ialah hujan tahi bintang Perseid yang akan terjadi pada 12 Ogos ini sewaktu bulan puasa.

Jom mencerap!