Rabu, 13 Februari 2013

Asteroid bakal mendekati planet bumi pada 15 Februari ini

Assalamualaikum & hai..

Nampaknya pada 15 Februari ini planet Bumi akan dikunjungi oleh satu asteroid yang bersaiz separuh padang bola sepak. Asteroid yang anggaran saiznya itu lebih kurang 45 meter akan terbang melintasi planet bumi pada jarak paling dekat 27,700 kilometer dari permukaan bumi. 

Pada jarak ini yang jauh lebih dekat dari jarak bulan-bumi ini, asteroid ini tidak berkemungkinan untuk melanggar satelit dan Internatiotal Space Station memandangankan ISS hanya mengorbit pada ketinggian sekitar 424km dari aras laut. Namun ini sudah cukup menjadikan asteroid ini sebagai asteroid paling dekat pernah menghampiri bumi.

Menurut sumber dari NASA, asteroid 2012 DA14 ini akan terbang pada kelajuan  7.8 kilometer sesaat, iaitu bersamaan 8 kali kelajuan peluru. Di langit ianya akan kelihatan bergerak pada jarak dua bulan penuh sesaat.



Apa yang akan jadi jika asteroid ini tersasar ke bumi?

Asteroid 2012 DA14 boleh membawa mala petaka yang besar jika terjatuh ke kawasan yang berpenduduk. Hasil letupannya akan menjadi hampir sama seperti yang belaku di Tunguska di Siberia pada tahun 1908. Pada masa itu, kawasan seluar 2,150 kilometer di Tunguska di Siberia telah musnah akibat impak dari sebuah komet/asteroid yang jatuh. Dianggarkan saiz objek tersebut ialah sekitar 100 meter yang mana telah menghasilkan kuasa letupan lebih 1000 kali lebih kuat dari letupan bom atom di Hiroshima. Ianya menghasilkan sekitar gegaran bumi pada magnitud 5 pada skala Richter.

Sebagai perbandingan anda, letupan yang terhasil akibar perlanggaran asteroid pada 65 juta tahun yang lalu yang telah menyebabkan kepupusan dinasour adalah disebabkan oleh asteroid bersaiz sektiar 10 kilometer. Pada masa itu 2/3 dari spesis yang ada di bumi telah pupus.

Adakah ianya boleh dilihat?

Asteroid 2012 DA14 ini dijangkakan akan mencapai keterangan magnitud 7.5, iaitu sedikit kelam dari cahaya yang boleh dilihat dengan mata kasar. Bantuan oleh teleskop dan binokular pasti memudahkan keadaan. Dijangkakan ianya akan mencapai jarak yang paling dekat dengan berada di atas negara Indonesia dan boleh dilihat dari negara Asia, Eropah Timur dan Australia.