Selasa, 17 Julai 2007

Mencerap komet LINEAR (C/2006 VZ13)

Kedudukan komet LINEAR mengikut tarikh.
Kredit imej : Sky&Telescope

Komet LINEAR (C/2006 VZ13), yang kini sedang bergerak di buruj Draco dan Bootes telah melebihi jangkaan kecerahannya. Ianya pada awalnya dijangkakan untuk mencapai magnitud kecerahan sekitar 10, iaitu hanya untuk dilihat oleh mereka yang mempunyai teleskop. Namun magnitud terkini komet ini telah mencapai nilai 7.5 - 8.00, yang menjadikannya objek yang mudah untuk dicerap menggunakan binokular.

Pada 10 Julai yang lepas, komet ini kelihatan sebagai bebola yang cerah sekitar 8' lebar dan kelihatan sedikit ekornya. Ia berkemungkinan mencapai kecerahan paling terangnya pada 14 Julai ini, di mana ia berada paling hampir dengan bumi ketika itu. Seterusnya, dijangkakan komet ini akan semakin kelam dan akan terus hilang pada penghujung bulan Julai. Klik di sini untuk kedudukan lengkap komet LINEAR sepanjang bulan ini.

Artikel diubah suai dari Sky&Telescope.com