Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Sabtu, 20 Februari 2010

Astrofoto Asteroid 4 Vesta

Assalamualaikum & hai...

Pada 13 hingga  19 Februari yang lalu, saya telah berada di Kota Bharu bersempena cuti Tahun Baru Cina. Cuti kali ini sebenarnya memang saya nantikan memandangkan asteroid 4 Vesta dijangka akan menjadi cukup terang sehingga mampu dilihat oleh mata kasar pada malam 17/18 haribulan. Untuk melihatnya memerlukan keadaan langit yang gelap dari pencemaran cahaya.  Di Shah Alam sudah semestinya asteroid ini tidak akan kelihatan dengan mata kasar, kecuali dilihat menggunakan binokular.

Langit malam di Kota Bharu bermula 13 hingga 16 haribulan amatlah bersih dari awan. Keadaan waktu siangnya pula amatlah panas sehinggakan saya dah kena sunburn kerana asyik ulang alik dari USM ke rumah menggunakan motorsikal untuk urusan medical checkup. Buka aje jam tangan terus boleh tengok belang2 macam harimau.hehe.

Kelihatan pada rajah ialah asteroid 4 Vesta yang berada berhampiran bintang Algieba. Turut dalam rajah ialah planet Marikh dan objek Messier 44 (M44, Beehive cluster)
Klik rajah untuk imej besar.

Keadaan langit yang biru pada siang hari berkemungkinan besar menjanjikan langit yang bagus untuk pencerapan pada malam harinya. Namun malangnya pada 17 hingga ke 19hb, langit mula menjadi mendung diselang selikan hujan yang turun sekali sekala. Maka terbantutlah usaha saya untuk mencuba ambil gambar asteroid 4 Vesta pada malam 17/18hb.

Nasib baik pada malam 15hb, saya ada cuba mengambil gambar buruj Leo yang baru sahaja naik dari ufuk timur. Bertempat di sebelah rumah, saya menggunakan kamera DSLR EOS 1000D saya dengan tetapan ISO800 untuk kepekaan kamera terhadap cahaya secukupnya, bukaan lensa sehabis luas iaitu f3.5dan shutter speed pada 15 saat. Kamera diletakkan di atas tripod untuk mengelakkan gegaran.

Dengan membandingkan titik bintang pada gambar di buruj Leo dengan perisian Stellarium & Starry Night, barulah saya sedar bahawa titik cahaya di sebelah bintang Algieba & 40 Leo itu adalah milik asteroid 4 Vesta.

Alhamdulillah.

Macam mana dengan anda?


Jom mencerap!
Mohd Rizuan B. Ali,
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412



Jumaat, 12 Februari 2010

Jom lihat asteroid 4 Vesta menggunakan mata kasar atau binokular pada bulan Februari ini!

Assalamualaikum & hai...



Jika anda keluar sekitar jam 12 malam pada 17hb ini, pandang sahaja ke arah langit timur, cari buruj Leo yang mudah dikenali dan lihat asteroid Vesta disebelah bintang Algieba. Sila klik pada rajah untuk pembesaran dan rujukan.

Apa khabar rakan2 semua. Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera sahaja. Bulan Februari ini menjanjikan satu peristiwa menarik apabila asteroid 4 Vesta akan semakin menghampiri bumi. Ianya akan berada cukup hampir untuk membolehkan ianya bakal dilihat sebagai satu titik bintang yang malap jika dilihat di kawasan yang gelap seperti kawasan kampung.

Asteroid ini akan menjadi semakin cerah pada 17 dan 18 Februari di mana ianya akan mencapai magnitud 6.1. Pada magnitud ini, mata kasar hanya akan dapat melihat asteroid 4 Vesta jika anda berada di kawasan yang betul2 gelap sahaja. Manakala jika anda cuba melihatnya menggunakan binokular pasti tidak akan membawa sebarang masalah kecuali awan mendung.


Kedudukan asteroid 4 Vesta sepanjang bulan Februari 2010.
Kredit imej : Astronomy: Roen Kelly


Asteroid 4 Vesta mengelilingi matahari di orbitnya yang terletak di antara planet Musytari dan Marikh. Pada 17 dan 18 Februari ini, ianya akan berada di kedudukan oposisi iaitu matahari-bumi-Vesta pada garisan lurus yang menyebabkan ianya disinari cahaya matahari hampir 100%. Pada tarikh tersebut juga, asteroid Vesta turut berada pada jarak terdekatnya dengan bumi, yang berlaku selama 17 bulan sekali.

Jom mencerap!
Mohd Rizuan Ali,
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412



Khamis, 4 Februari 2010

Laporan Bergambar Gerhana Matahari Separa 15 Jan 2010

Assalamualaikum...

Nampaknya blog Astromas & group Astromas di FB telah agak terabai sejak dua menjak ni. Nasib baik saya tak jadi serabai sama.hehe.. Kali ni saya nak menunaikan janji saya untuk menulis laporan gerhana matahari yang lepas. Agak segan untuk saya menulis kerana program dah lama habis.hehe.. Kita layan aje la ye..hehe

Cerapan di Planetarium Negara Kuala Lumpur

 Pelawat untuk gerhana kali ini sedikit kurang berbanding gerhana matahari tahun lepas disebabkan oleh hari berkerja.




 Cermin mata solar yang diberi percuma.


 Sesi pop kuiz




Canon DSLR dengan lens 300mm berserta mylar filter 

Live broadcast dari Planetarium Negara mengalami masalah talian. Namun kami di Planetarium dapat melihat video yang dirakam.

Cerapan di Kompleks Pekan Rabu, Langkawi
Kredit imej : En Shahrin Ahmad & En Redzuan ANGKASA





 Tauke Falak-Online, Encik Shahrin Ahmad


 Orang kuat ANGKASA, En Redzuan.

 Langit sangat baik dengan angin yang kuat. Bagus juga ada khemah ketika cerapan gerhana matahari. Jadi tak kena sunburn.hehe


En Shahrin memberi penerangan mengenai gerhana



Cerapan di Balai Cerap Al Khawarizmi Melaka
Kredit imej : Muhammad 'Ammar


Orang ramai mula membanjiri dataran balai cerap Al-Khawarizmi selepas solat Jumat 


 Khutbah gerhana


 Penerangan disampaikan oleh Dr Kassim


Deejay Melaka FM pun turut serta 


Menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar gerhana

Cerapan di Sagan, Myanmar

Kredit imej kepada Mr Universe dari Astrophotography Group of Malaysia

Foto gerhana bermula dari sentuhan pertama sampai ke sentuhan terakhir.


 Langit di Saigon sangat gelap dan bebas awan. Sangat sesuai untuk aktiviti cerapan dan astrofotografi




Salam hormat
Mohd Rizuan Ali
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412