Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Ahad, 29 April 2012

Panduan Mencerap Gerhana Matahari


JENIS-JENIS GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di hadapan cakera matahari. Peristiwa ini hanya boleh berlaku pada waktu siang sahaja.. Terdapat 4 jenis gerhana matahari. Ianya bergantung jarak antara bumi-bulan;

1. Gerhana Matahari Penuh (total) : Berlaku apabila bulan meliputi 100% permukaan matahari. Cahaya matahari akan ditutup seratus peratus yang membawa keadaan seperti malam bagi lokasi yang bertuah. Hanya corona matahari yang akan kelihatan ketika totaliti berlaku.

Gerhana matahari penuh 
Kredit imej : Luc Viatour

2. Gerhana Matahari Cincin (Annular) : Berlaku apabila jarak bulan terlalu jauh untuk meliputi 100% permukaan matahari. Oleh itu ketika di pertengahan gerhana, kelihatan matahari berbentuk cincin dengan bulan berada di tengahnya.

Gerhana matahari cincin
Kredit imej : www.ast.cam.ac.uk

3. Gerhana Matahari Separa : Berlaku apabila bulan hanya melintasi bahagian tepi cakera matahari. Ianya juga boleh berlaku ketika gerhana matahari cincin atau penuh. Lokasi di bumi yang tidak berada dalam laluan bayang umbra  ketika gerhana matahari penuh akan melihat gerhana tersebut sebagai gerhana separa. Kita fahami dengan lebih lanjut di bawah.

Gerhana matahari separa
Kredit imej : Aaron Favila/AP Photo

4. Gerhana Matahari Hibrid (annular/total) : Gerhana matahari jenis ini adalah sangat jarang berlaku. Pada satu tempat ianya kelihatan sebagai gerhana matahari penuh dan tempat lain melihatnya sebagai gerhana matahari cincin.


MEMAHAMI GERHANA MATAHARI.

Bayang akan terbentuk apabila sesuatu objek berada di hadapan satu sumber cahaya, contohnya sewaktu kita berada di bawah sinaran lampu jalan raya. Apabila diamati pada bayang tersebut, terdapat dua jenis bayang terbentuk; satu bayang gelap yang digelar umbra, dan satu bayang separa gelap yang digelar penumbra.

Konsep yang sama berlaku apabila bulan melintasi di hadapan matahari (rujuk rajah atas). Kelihatan ada lokasi di bumi yang termasuk dalam bayang umbra dan ada yang termasuk dalam bayang penumbra. Bagi kes di atas, sesiapa yang berada dalam bayang umbra akan melihat gerhana matahari penuh berlaku, manakala sesiapa yang berada dalam bayang penumbra, mereka akan melihat gerhana matahari separa sahaja.

Ketika bulan melintasi di hadapan matahari, jarak bulan dari bumi boleh jadi betul2 tepat untuk membolehkan cakera matahari ditutup secara 100% oleh bulan. Tetapi kadang kala bulan boleh berada lebih jauh dari bumi, yang menyebabkan kita melihat bulan lebih kecil. Maka bulan yang 'kecil' ini hanya menutupi bahagian tengah matahari sahaja, dan membiarkan bahagian luar matahari masih lagi kelihatan sebagai cincin.



Konsepnya mudah sahaja. Sesiapa yang berada dalam bayang umbra, maka akan dapat melihat gerhana matahari penuh. Manakala sesiapa yang berada dalam bayang penumbra akan melihat gerhana matahari separa.

Mengikut rajah di atas, kedudukan bulan-matahari ketika gerhana matahari cincin ialah bulan berada lebih dekat dengan matahari yang menyebabkan bayang umbra yang terhasil akan difokus kepada satu titik yang tidak sampai ke permukaan bumi. Titik fokus umbra ini akan membentuk satu bayang baru iaitu bayang antumbra. Sesiapa yang berada dalam bayang antumbra akan melihat gerhana matahari cincin. Mudah sahaja!

CARA MENCERAP GERHANA MATAHARI 

Untuk mencerap gerhana matahari, anda dilarang sama sekali untuk melihat matahari menggunakan mata kasar sahaja. Walaupun ada yang akan kata matanya halus atau apa pun alasannya, anda tetap dan wajib menggunakan teknik tertentu untuk mengikuti gerhana ini demi keselamatan mata anda. Antaranya ialah ;

1. Projeksi Lubang Pin Dengan Kad Board

Buat satu lubang menggunakan pin pada kad board. Kemudian benarkan cahaya matahari melalui lubang kad tersebut dan seterusnya cahaya itu jatuh pada satu kertas putih. Cahaya yang berbentuk bulat itu akan menyerupai cakera matahari yang sedang ditutup secara perlahan2 oleh bulan.



2. Projeksi Lubang Pin Dengan Kotak Panjang

Konsepnya sama dengan cara di atas, cuma ianya menggunakan kotak panjang yang mempunyai satu tetingkap untuk melihat imej gerhana. 



3. Bayang Dari Pokok atau Objek Yang Berlubang

Ketika gerhana terjadi, perhatikan pada cahaya matahari yang terhasil pada bayang pokok. Anda juga boleh gunakan sebarang objek seperti senduk yang berlubang.



4. Menggunakan Cermin Mata Gerhana Khas
Kredit imej : ANGKASA

Anda adalah dilarang sama sekali menggunakan cermin mata hitam biasa, polaroid, negatif filem, filem xray, atau sebarang penapis lain yang tidak diiktiraf. Saya percaya ramai yang akan degil dengan menggunakan peralatan yang saya sebutkan tadi, malah kadang kala saya juga turut berbuat begitu.hehe.

Namun ingin saya ingatkan di sini jika anda berdegil, mata anda akan mengalamai kerosakan secara perlahan2 oleh kerana mata tidak mempunyai deria sakit. Risiko untuk katarak juga meningkat.

5. Menggunakan Teleskop Dengan Penapis Khas.

Kredit imej : ANGKASA

Teleskop yang dilengkapi penapis khas seperti mylar sahaja boleh digunakan untuk mencerap gerhana matahari. Teleskop tanpa penapis boleh membawa padah yang membinasakan mata anda.

6. Menggunakan Projeksi Binokular

Kredit imej : Society for Popular Astronomy




KEKERAPAN GERHANA MATAHARI

Bulan mengorbit bumi dalam bentuk elips, iaitu sama dengan orbit bumi mengelilingi matahari. Oleh kerana bentuk yang lonjong ini, ada ketikanya bulan adalah jauh dari bumi dan bumi pula boleh jadi jauh atau dekat dengan matahari, dan sebaliknya bagi kedua-dua objek.

Bumi berada pada kedudukan terdekat dengan matahari pada bulan Januari yang disebut sebagi perihelion. Oleh itu, bulan Januari cenderung untuk berlaku peristiwa gerhana bulan cincin. Bumi berada paling jauh dari matahari pula pada bulan Julai (aphelion) yang menyebabkan gerhana matahari penuh cenderung berlaku pada bulan tersebut.

Orbit bulan mengelilingi bumi adalah sendeng sebanyak 5 darjah jika dibandingkan dengan orbit bumi (komponen garisan ekliptik) mengelilingi matahari. Disebabkan perbezaan sudut ini, kebiasaannya bulan akan melalui sama ada atas matahari atau di bawahnya pada setiap bulan. Namun orbit bulan dan ekliptik (orbit bumi) boleh bersimpang pada masa2 tertentu yang disebut sebagai titik nod. Ketika inilah gerhana matahari akan berlaku.

Persimpangan garis nod ini boleh berlaku sebanyak 2 kali setahun dengan dibezakan 180 darjah antara satu sama lain (360 darjah bahagi dua). Oleh sebab ini, setiap tahun gerhana matahari biasanya terjadi sebanyak dua kali dengan jarak 6 bulan antara satu sama lain. Tahun ini gerhana matahari akan berlaku pada 15 Januari dan kali ke-dua pada 11 Julai 2010 nanti. Namun kadang kala gerhana boleh jadi sehingga 5 kali dalam masa setahun, seperti yang berlaku pada tahun 1693, 1758, 1823, 1805, 1870 dan 1935.

Gerhana matahari penuh adalah satu peristiwa yang jarang berlaku. Dianggarkan peristiwa ini berlaku dalam tempoh 18 bulan sekali. Namun kawasan yang bernasib baik untuk melihat gerhana matahari penuh ini adalah sangat kecil radiusnya. Oleh itu, gerhana matahari penuh hanya akan berlaku dalam tempoh 370 tahun sekali untuk satu satu tempat.

Tempoh gerhana matahari berlaku pula sangat pendek, iaitu di bawah 7 minit 31 saat. Ini disebabkan oleh peredaran bulan yang sangat laju iaitu lebih 1700 kilimeter per jam. Ditambah pula pergerakan bumi yang sedang mengorbit matahari. Gerhana matahari paling panjang untuk abad ke 21 ini berlaku pada 22 Julai 2009 yang bertahan selama 6 minit 39 saat.

Gerhana matahari berlaku lebih kerap berbanding gerhana bulan. Namun disebabkan oleh gerhana bulan dapat dicerap dari lokasi yang besar berbanding gerhana matahari yang sebaliknya, maka kita lebih berpeluang untuk mengikuti gerhana bulan.

Salam hormat dari saya,

Jom mencerap!


013-218 0412
ibnu_ali_87 (@) yahoo.com

Jumaat, 20 April 2012

Panduan Pencerapan Hujan Meteor

Assalamualaikum & hai..

Jika anda bertanyakan kepada saya apakah aktiviti astronomi yang paling saya suka, jawapan saya ialah membuat aktiviti mencerap hujan tahi bintang! Wowwww... Aktiviti mencerap hujan tahi bintang tidak pernah menjadi sesuatu yang boleh membosankan saya. 

Credit image : Fred Bruenjes

APA ITU HUJAN TAHI BINTANG? MACAM BEST AJE BUNYINYE

Memang best  pun.hehe.. Dari segi istilahnya, tahi bintang (meteor) adalah jaluran cahaya yang panjang yang kelihatan melintas langit malam. Soalan kedua ialah kenapa dinamakan sebagai "hujan"? Ini adalah kerana pada ketika peristiwa tersebut terjadi, tahi bintang akan kelihatan di langit seperti hujan yang mencurah2! Jangan tak percaya..hehe. 

Sebagai contohnya, anda berpeluang untuk melihat hingga 120 tahi bintang dalam masa satu jam untuk sepanjang malam 13-14hb Disember setiap tahun. 120 tahi bintang per jam? Maksudnya jika anda melihat peristiwa ini dari jam 10 malam hingga 6 pagi (selama 8 jam) pada tarikh tersebut, anda berpeluang melihat sebanyak 960 tahi bintang pada malam tersebut! (120 tahi bintang perjam darab 8 jam).

Terkejut? Tak percaya? Anda kena percaya..,, Tipsnya di sini ialah anda perlu melihat langit pada tarikh2 tertentu yang mana peristiwa hujan meteor ini sedang aktif. Jika tidak, kemungkinan anda untuk ter-lihat tahi bintang ini adalah amat sukar. Sebab itulah sesetengah orang hanya pernah melihat satu atau dua sahaja tahi bintang sepanjang hidupnya.


KENAPA PERISTIWA INI TERJADI? ADAKAH INI TANDA2 NAK KIAMAT?

Peristiwa hujan tahi bintang terjadi apabila bumi melanggar jaluran serpihan batuan yang terapung2 di angkasa lepas. Jaluran batuan angkasa ini adalah berasal dari komet yang mengorbit mengelilingi matahari. Disebabkan komposisi komet yang mudah pecah (komponen ais dan batuan angkasa), maka  ekor yang terhasil apabila komet mendekati matahari menyebabkan batuan2 komet tersebut tertinggal di orbitnya. Setiap tahun planet bumi akan melanggar orbit komet2 ini lalau menyebabkan batuan tadi masuk ke atmosfera bumi lalu terbakar dan menjadi jaluran tahi bintang. 

Photograph by Yuichi Takasaka; blue-moon.ca/TWAN

Batuan angkasa ini kebanyakannya bersaiz sebutir pasir hinggalah ke sebesar bola keranjang. Kebanyakan batuan angkasa ini akan terbakar habis sebelum sempat mencapai permukaan bumi. Namun ada juga yang sempat jatuh ke bumi lalu menjadi meteorit.

Peristiwa ini terjadi sejak zaman purbakala lagi. Pada zaman dahulu, penduduk yang tidak menjangka hujan meteor akan terjadi merasakan ianya adalah satu petanda buruk yang seperti kemarahan tuhan dan sebagainya. Pernah terjadi peristiwa hujan tahi bintang Leonids yang berskala ribut melanda bumi. Masyarakat pada masa itu sangat ketakutan kerana mereka melihat pancuran tahi bintang di langit sedang keluar secara tidak putus2.. Peristiwa itu merekodkan lebih seribut tahi bintang kelihatan dalam masa sejam. 

Namun anda jangan risau kerana fenomena ini berlaku dengan selamat untuk dilihat dan dicerap.


APAKAH YANG BOLEH DILIHAT? SAYA TAKDE DUIT NAK BELI TELESKOP



Jangan risau kerana anda tidak memerlukan sebarang teleskop untuk melihat tahi bintang. Cukup dengan mata kasar sahaja. Binokular juga tidak perlu.

Sewaktu peristiwa ini terjadi, anda akan dapat melihat tahi bintang melintasi dada langit malam sebagai satu jaluran cahaya yang memanjang. Ianya boleh bertahan selama 2 3 saat di langit dan biasa berwarna putih, kebiruan atau kehijauan bergantung kepada komposisinya. Cahayanya kadang kala cukup terang sehinggakan menimbulkan bayang anda! 

Jika batuan angkasa yang terbakar itu agak besar, kemungkinan anda dapat melihat tahi bintang ini berpecah menjadi dua atau tiga tahi bintang yang lain. Malah kadang kala anda dapat melihat tahi bintang ini seperti melantun2 di udara.


BILA BOLEH MELIHAT PERISTIWA HUJAN TAHI BINTANG INI?

Untuk pengetahuan anda, hujan tahi bintang berlaku pada tarikh yang hampir sama pada setiap tahun. Boleh dikatakan setiap bulan terdapat satu peristiwa hujan tahi bintang-nya yang tersendiri. Namun tidak semua menghasilkan bilangan yang banyak. Ada yang mencapai jumlah 120 untuk setiap jam dan ada yang hanya mengeluarkan di bawah 10 per jam. 

Saya senaraikan peristiwa hujan tahi bintang yang terhebat, yang berbaloi untuk dicerap. Jumlah meteor yang dinyatakan ialah bilangan tahi bintang yang kelihatan pada waktu puncak.

Quadrantids - 3 Januari - 120 meteor per jam
Geminids - 13/14 Disember - 120 meteor per jam
Perseids - 13 Ogos - 90 meteor per jam
Eta Quarids - 6 Mei - 60 meteor per jam
Orionids - 21 Oktober - 20 meteor per jam
Southern Delta Aquarids - 20 meteor per jam
Lyrids - 23 April - 15 meteor per jam
Leonids - 17 November - berubah2... Potensi untuk ribut tahi bintang

Sebenarnya masih ada banyak lagi peristiwa hujan tahi bintang ni, tapi kurang berbaloi untuk dicerap.

Untuk mengetahui dengan lebih tepat bila waktunya waktu puncak peristiwa2 ini, anda boleh ke website International Meteor Organisation (www.imo.net) atau Fluxtimator oleh NASA. Kebiasaanya, saya akan merujuk kepada IMO kerana ianya lebih kerap di kemas kini berbanding Fluxtimator Nasa.


BEST BEST... JADI MACAM MANA SAYA NAK TENGOK PERISTIWA INI?

Anda jangan risau kerana pencerapan hujan meteor tidak memerlukan penggunaan teleskop ataupun binokular. Malah alatan ini boleh disimpan sahaja dalam rumah pada waktu tersebut. Apa yang diperlukan ialah sepasang mata yang boleh melihat dengan jelas, sebidang tikar untuk membantu anda berbaring dengan selesa, satu bantal untuk mengalas kepala untuk mengelakkan tengkok anda cramp pada keesokan paginya, baju yang selesa, secawan air kopi dan juga beberapa kawan untuk memeriahkan lagi suasana. Lagi ramai lagi bagus. Jangan lupa juga untuk memasang ubat nyamuk untuk mengelakkan aktiviti cerapan anda berubah menjadi aktiviti manampar nyamuk.


Cara cerapan ialah dengan berbaring sambil memandang ke dada langit. Pastikan kawasan cerapan anda adalah segelap mungkin dari gangguan cahaya lampu bandar. Kawasan lapang seperti padang atau gelangga gadalah agak baik. Sabar menunggu, insyaAllah akan ada tahi bintang yang akan melintas di langit secara tiba2 yang akan menyebabkan jantung anda berdegup laju. Seterusnya pasti senyuman akan terukir di bibir anda dan perasaan tidak sabar untuk melihat tahi bintang seterusnya.



Mencerap peristiwa hujan meteor akan bertambah seronok dan menarik jika anda mengambil nota untuk membuat kiraan yang betul menggunakan kaedah-kaedah yang standard untuk dilaporkan kepada Pertubuhan Meteor Antarabangsa (International Meteor Organization, IMO) ( Baca bagaimana). Bunyinya macam terlalu hebat? Kenapa tidak kerana data2 di IMO adalah disumbangkan oleh peminat astronomi amatur seperti anda dan saya dari seluruh dunia. Ada yang berkerja sebagai cikgu, peniaga atau pelajar dan sebagainya.


SAYA KELUAR MENCERAP TETAPI TAK NAMPAK PUN? SEDIH :(

Ada beberapa kemungkinan anda tidak dapat melihat tahi bintang ketika peristiwa ini memuncak.

1. Anda memandang langit yang ditutupi awan.
Penyelesaian : Pandang sahaja di mana2 kawasan langit yang anda lihat bintang berada. Jika langit gelap sepenuhnya tanpa bintang, itu bermaksud awan sedang melitupi langit. Jika ada kawasan yang sedikit terbuka, maka tumpulah pada kawasan itu. Jika langit gelap aje, kemungkinan usaha anda akan sia2..

2. Anda memandang langit untuk dua saat kemudian bersembang dan bermain dam aji dengan rakan.
Penyelesaian : Anda perlulah berbaring dan memandang langit paling kurang untuk beberapa minit secara terus menerus. InsyaAllah akan ada tahi bintang yang akan ditangkap oleh mata anda. Sabar adalah kunci kejayaan.hehe

KATA2 TERAKHIR? SOB SOB..

Mungkin beberapa tips berikut berguna buat anda :

1. Cari tempat yang segelap mungkin. Kawasan kampung yang jauh dari pencemaran cahaya lampu bandar akan menyebabkan anda dapat melihat tahi bintang yang kelam2. Lagi gelap lagi banyak tahi bintang yang akan anda lihat!.. Jika anda berhampiran dengan bandar, maka kebanyakan meteor yang kelam akan tidak kelihatan. Namun jangan risau kerana saya biasa juga melakukan pencerapan di bandar seperti Shah Alam.

2. Ajak rakan2 dan ahli keluarga sekali. Semakin ramai semakin seronok! Peristiwa ini sangat bersesuaian untuk dijadikan aktiviti keluarga. Anak2 pasti akan merasa semangat untuk belajar sains disebaliknya. Kalau boleh jangan keluar mencerap sorang2 kerana kemungkinan anda akan masuk balik ke rumah disebabkan ketakutan.hehe. Lagi satu lebih ramai lebih selamat. Maklumlah kita mencerap peristiwa ini biasanya sampai ke awal pagi.

3. Bila dah pergi mencerap tu jangan lupa kongsikan pengalaman anda di sini atau FB Astromas ;) Kami sangat seronok untuk membaca komen anda.

Jika anda ada sebarang persoalan, jangan malu dan segan untuk bertanyakan saya di email ibnu_ali_87 @yahoo.com atau di FB Astromas atau FB saya. SMS dan call juga dialukan.

Semoga panduan yang tak seberapa ini membantu anda. Anda boleh klik di Label Hujan Meteor untuk melihat artikel saya yang lepas2 mengenai peristiwa ini.

Salam hormat,

Jom mencerap!


013-218 0412

Khamis, 19 April 2012

Teleskop Tercanggih di Asia Tenggara Kini di Malaysia


Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal Miliki Teleskop Tercanggih Di Asia Tenggara

PORT DICKSON, 17 April (Bernama) -- Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini yang mula beroperasi bulan lepas, bakal menjadi daya tarikan terbaru pusat peranginan Port Dickson.

Memiliki teleskop tercanggih di Asia Tenggara serta terbesar di Malaysia bernilai RM1.8 juta, balai cerap itu menjadi pusat kegiatan melihat anak bulan, kajian bintang dan sistem cakerawala bagi menjana kemajuan ilmu falak.





"Balai cerap ini juga satu usaha meningkatkan kesedaran dalam bidang astronomi pada kalangan pelajar dan orang ramai," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Datuk Mohammad Razi Kail kepada pemberita, di sini Selasa.

Antara kemudahan yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan yang boleh menampung 200 orang, surau dan bilik kuliah serta galeri yang menempatkan bahan sejarah berkaitan cerapan dan astronomi dalam Islam.

Pengurusan balai cerap ini dilakukan secara usahasama antara Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Universiti Malaya (UM), kata Mohammad Razi.

-- BERNAMA

Jom mencerap!


013-2180412
ibnu_ali_87 @ yahoo. com

p/s : Orang Negeri Sembilan wajib untuk melawat balai cerap ini.hehe

Aktiviti Mencerap Bintang Terbesar di Dunia di Putrajaya Pada Mei ini!

Assalamualaikum dan hai...



Ada satu berita menggemparkan ingin saya kongsikan di sini. Jangan terkejut kerana kita bakal menganjurkan satu program mencerap bintang (star party) yang terbesar pernah diadakan di planet bumi tak lama lagi! Bukan di Australia, bukan di Amerika Syarikat tapi di Malaysia!

Program himpunan teleskop rasaksa dan aktiviti cerapan bintang ini  akan di adakan pada 26 Mei ini bertempat di Putrajaya. Cepat2 tandakan dalam kalendar anda, simpan reminder  dalam telefon bimbit anda sekarang mengenai program yang sangat hebat ini! 

Target program ini ialah untuk mengumpulkan lebih dari 300 teleskop pada satu2 masa, malah lebih lagi.. Kalau siapa terlepas memang rugi. Peminat astronomi dari satu pelusuk Malaysia akan berkumpul pada parti bintang ini. Anda berpeluang untuk melihat sendiri planet Marikh, Zuhal dan Zuhrah, nebula dan galaksi dengan mata kasar anda melalui teleskop yang besar2 dan cangih. 

Progam ini akan diadakan serentak dengan karnival Belia Remaja yang mana akan menarik puluhan ribu pengunjung! Pengunjung bukan sahaja dapat menggunakan teleskop yang disediakan, malah akan diberi pendaftaran dan panduan bagaimana untuk memulakan dan menyertai aktiviti astronomi. Sesiapa yang dari kecil lagi sudah menanam minat dalam astronomi, ini adalah peluang anda untuk menunaikan hajat anda selama ini. Teleskop yang kecil, yang besar, yang manual mahupun yang auto menanti anda untuk mengembara alam semesta yang maha luas ini.. 


Jangan lupa juga ada banyak ole-ole astronomi yang anda boleh bawa pulang. Antaranya ialah Starter Pack  astronomi yang akan diedarkan kepada pengunjung. Barangan astronomi juga bakal dijual dengan harga yang murah. Sudah pasti ada teleskop percuma untuk dibawa balik oleh pengunjung yang bertuah. Saya pun nak!

Bagi yang ada teleskop tu, anda wajib bawa ke program ini. Siapa yang tiada teleskop boleh beli. Saya sedia untuk membantu anda. Siapa yang tiada teleskop pun boleh datang juga. Tapi tak boleh datang seorang, wajib bawa saudara, kawan2, anak2 dan pelajar2 sekolah sekali. Pasti program macam ni mampu untuk membuatkan mereka berminat dengan program sains yang bermanfaat dan best ni. Kepada cikgu2, pensyarah2, pegawai2 persatuan dan kelab, anda sangatlah digalakkan untuk membuat program lawatan rasmi ke sini. Pihak USM sedia untuk menghantar surat rasmi untuk menjemput anda ke program ini.


Ini adalah satu revolusi astronomi yang sangat dasyat yang bakal berlaku di Malaysia! 

Kepada yang ingin surat jemputan rasmi dari pihak Universiti Sains Malaysia, sila lah tinggalkan alamat anda di ruangan komen dengan detail2  yang mencukupi. Bagi yang nak datang pun jangan lupa untuk tinggalkan komen. 

Jika anda ada apa2 soalan, bolehlah menghubungi saya di facebook Astromas, Dr Chong Hon Yew atau Nurul Fatini Jaafar di facebook Kelab Astronomi USM, atau Chrono Fong di facebook Himpunan Teleskop 300


Jom mencerap!
ibnu_ali_87 @ yahoo. com
013-2180412

p/s : berdebar2 bila diberitahu bahawa parti bintang sebesar ini bakal dilangsungkan di Malaysia. Fuhh.. Sangat excited

Ahad, 15 April 2012

Peluang Terbaik Untuk Melihat Planet Zuhal dan Marikh!

Assalamualaikum & hai..

Planet apakah yang paling cantik dalam sistem suria?

Jawapannya sudah tentulah planet Zuhal!.

Sepanjang minggu ini adalah minggu yang terbaik untuk kita melihat dan merakam imej planet Zuhal. Ini adalah kerana pada minggu ini planet Zuhal akan berada paling dekat dengan bumi. Tarikh yang paling tepat ialah pada 15 April 2012 ini. Kedudukan Zuhal yang berdekatan ini dipanggil sebagai oposisi.

Foto planet Zuhal yang diambil pada 3 April yang lepas.
Kredit imej : Efrain Morales.

Jika anda ada binokular, teleskop atau kamera, apa lagi keluarkan ia dan rakam dan lihat planet ini  secepat mungkin kerana ianya sedang bersinar terang pada minggu ini. Kedudukan Zuhal yang mendekati bumi menyebabkan ia bersinar lebih terang dari minggu2 lain. Tambahan pula gelang planet Zuhal ini kini sedang condong ke arah kita pada sudut yang optimum iaitu 13 darjah. Ini bermaksud, kita dapat melihat permukaan gelang planet Zuhal dengan lebih banyak pada minggu ini  berbanding 5 tahun kebelakangan ini. 

Jangan pandang hal ini sebagai temeh kerana pada masa tertentu anda akan tidak dapat melihat langsung gelang planet Zuhal kerana ianya berada pada kedudukan satah yang sama dengan pandangan kita. Pada masa tu planet Zuhal hanya akan kelihatan bulat sahaja tanpa gelang! Betapa sedihnya bagi yang melihatnya.



CARA MENCARI PLANET MARIKH & ZUHAL MENGGUNAKAN MATA KASAR!


Mudah aje nak mengenal pasti planet ini. Anda tidak perlukan binokular atau teleskop, mata kasar anda sudah memadai!

Permandangan pada jam 10 malam untuk bulan April 2012

Caranya mudah sahaja, sepanjang bulan ini sekitar jam 10 malam, sila lihat ke arah matahari timbul (timur) dan perhatikan di atas kepala anda ada satu cahaya bintang yang bersinar sedikit kemerahan. Itu sebenarnya ialah planet Marikh! Disebelahnya Marikh tersebut terdapat satu bintang yang berwarna kebiruan, itu adalah bintang yang bernama Regulus, yang merupakan bintang paling terang dalam buruj zodiak Leo.

Dah jumpa planet Marikh? Sekarang perhatikan di bawahnya pula terdapat dua bintang yang kelihatan bersinar terang berada berdekatan antara satu sama lain. Titik bintang disebelah kiri tersebut sebenarnya ialah planet Zuhal, manakala di sebelahnya pula ialah bintang yang bernama Spica (bintang di buruj zodiak Virgo). Jika anda perhatikan betul2, planet Zuhal kelihatan sedikit kuning berbanding bintang Spica tersebut.

Mudah aje bukan? Jangan risau jika anda terlepas peluang untuk melihatnya pada malam ini kerana anda masih boleh melihatnya hingga ke bulan2 akan datang.

Jom mencerap!

ibnu_ali_87 @yahoo. com
0132180412

Malam Yuri 12 April 2012 di Planetarium Negara




Pada malam 14 April yang lepas, saya dan rakan2 telah berkunjung ke Planetarium Negara untuk menyertai satu program yang dipanggil Malam Yuri (Yuri's Night) 2012. Program ni diadakan bersempena dengan ulang tahun Yuri Gagarin menjadi manusia pertama meneroka angkasa lepas.

Antara aktiviti yg diadakan ialah Talkshow  Eksplorasi Alam Semesta oleh En Shahrin Ahmad, pengasas Falak-Online. En Shahrin telah menceritakan bagaimana cara untuk mengenali bintang di langit malam, buruj, planet2 dalam sistem suria dan juga hingga ke seluruh alam semesta.




Ceramah ini disampaikan dengan dibantu oleh pancaran simulasi langit di dalam kubah planetarium yang besar tu. Memang menarik sebab anda akan lihat bagaimana langit berubah dari siang ke malam, kemudian planet timbul dari timur ke barat dan keadaan berada di angkasa seperti kita sedang mengembara menggunakan kapal angkasa. 

Sistem pancaran yang canggih menghasilkan gambar simulasi langit yang cantik.
Siapa yang tak pernah lagi pergi ke planetarium negara kena pergi la sekali. Kalah GSC.hehe



Malam Yuri merupakan perayaan antarabangsa yang diadakan pada 12 April setiap tahun untuk memperingati kejayaan penerokaan angkasa oleh Yuri Gagarin. Kejayaan meletakkan manusia pertama untuk mengelilingi orbit telah menjadi kenyataan  pada 12 April, 1961 di mana Yurin Gagarin pada masa itu telah terbang bersama kapal angkasa Vostok 1.


Selepas habis program tersebut, saya telah ditemu bual oleh TV Bernama mengenai kepentingan program astronomi seperti ini dan signifikannya kepada masyarakat. Susah jugak nak jawab tu..


Harap jumpa anda semua lagi di lain kali..

Jom Mencerap!

0132180412
ibnu_ali_87 @ yahoo. com

P/S : Jom kita ramai2 sertai program himpunan teleskop terbanyak di Malaysia pada 26 Mei ini di Putrajaya.