Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Sabtu, 20 Disember 2008

Konvensyen Falak Negeri Pahang 2008

Jabatan Mufti Negeri Pahang akan menganjurkan satu program seperti berikut:

Program : Konvensyen Falak Negeri Pahang 2008
Dirasmikan oleh : Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Putera Mahkota Pahang
Tarikh : 22& 23 Disember 2008
Tempat : Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Aktiviti pameran astronomi akan diadakan pada 22 & 23 haribulan. Sesi pencerapan bintang pula akan dilakukan pada 22hb bermula jam 8.30pm bertempat di Masjid KIPSAS.

Jom mencerap!





Selasa, 16 Disember 2008

Pencerapan Hujan Meteor Geminid 2008

Assalamualaikum dan hai...

Pada 13 dan 14 Disember yang lalu, kumpulan Falak-Online disertai beberapa forumer Astromas telah melakukan satu aktiviti cerapan tahi bintang Geminid. Program ini bertempat di Pantai Kelanang yang berhampiran dengan Pantai Morib di Banting Selangor Darul Ehsan. 

 Tapak lokasi yang menghadap pantai Kelanang

 Lokasi tersebut yang biasa menjadi 'port' bagi kumpulan dari Kelanang adalah sangat gelap. Tempatnya strategik dengan gerai makan dan surau yang ada berhampiran. Tempat letak kereta juga turut disediakan.

Ramai teras keras (dari perkataan hardcore..hehe) astronomi yang hadir pada malam itu. Antaranya ialah tuan punya Falak-Online iaitu En Shahrin Ahmad, wakil dari ANGKASA iaitu sdr Redzuan dan Farahana, Fizah mewakilli kelab astronomi UPSI, Farhana mewakili kelab astronomi UIA, saudara Sunlay, Me_ai,  Ust Zainuddin dari Jabatan Mufti Negeri Perak dan ramai lagi. Ada juga pelawat webblog Astromas yang pertama kali menyertai program sebegini iaitu cik Fatiha yang datang berseorangan dari Sg Buloh!. Terima kasih saya ucapkan ;0)

 En Shahrin sedang memberi penerangan mengenai astronomi

Namun sedikit malang bagi kami kerana peristiwa Geminid tahun ini ditemani oleh bulan yang hampir penuh. Cahaya bulan yang sangat terang telah mengganggu kami dengan menyilaukan langit sehinggakan jaluran cahaya dari tahi bintang yang malap tidak kelihatan langsung. Keadaan langit juga tidak berapa mengizinkan dengan awan tebal dan nipis silih berganti menghalang kami dari melihat terus ke langit atas.

 Kelihatan buruj Belantik (Orion) dan bintang Sirius di buruj Canis Major

Jika cuaca adalah bebas dari awan, kami dijangka dapat melihat sekitar 30 tahi bintang dalam masa per jam. Namun disebabkan oleh cuaca yang tak berapa ok, saya hanya dapat melihat 3 tahi bintang yang malap. Rakan2 yang lain ada yang melihat satu tahi bintang dan ada yang tidak dapat terlihat langsung,

 Aktiviti wajib selepas program tamat iaitu bergambar!

Walau apa pun, program ini telah berjaya mengumpulkan sekitar 50 orang peminat astronomi dari pelbagai pelusuk negeri Selangor dan KL. Aktiviti chit-chat di gerai makan selepas program berakhir sekitar pukul 1 pagi menjadi ruang untuk kami berkongsi cerita dan aktiviti yang bakal dilakukan di masa hadapan.

Jom mencerap!

Salam dari saya,




Majalah Dewan Kosmik Disember 2008

Assalamualaikum dan hai...

Majalah Dewan Kosmik Isu Disember 2009
Jangan lupa beli. RM6 aje.hehe

Untuk isu bulan Disember 08, kali ini saya menulis untuk ruangan Astronomi yang bertajuk Soltis Musim Sejuk : Matahari Merajuk ke Selatan. Sebenarnya artikel ni adalah bersempena peristiwa soltis musim sejuk yang akan berlaku pada 21 Disember ini pukul 6.05 minit petang waktu Malaysia. Peristiwa soltis tidak memberikan siginifikan yang banyak kepada kita yang berada di khatulistiwa. Peristiwa ini lebih memberi kesan kepada masyarakat di utara yang sedang mengalami musim sejuk manakala masyarakat selatan bumi sedang mengalami musim panas.

Jadi apa kaitannya dengan kita di Malaysia? Hehe.. jawapannya ialah pada hari tersebut, matahari akan kelihatan berada paling jauh ke selatan pada waktu tengah hari. Lebih tepat lagi jaraknya dari titik atas kepala ialah 23.5 darjah ke selatan. Ha...apa lagi, tandakan pada kalendar atau buat reminder dalam henset untuk tengok matahari di waktu tengah hari pada tarikh 21/22 hb nanti.

Nak tahu cerita lebih kena beli DK isu Disember ye.


Salam dari saya,




Bulan Tersenyum

Assalamualaikum & Hai....

Maafkan saya kerana agak lama tidak update webblog ini dengan berita dan artikel terbaru dunia astronomi. Saya agak sibuk dengan urusan pelajaran di kolej dan sebagainya. Namun saya pasti anda masih terus mengikuti peristiwa astronomi yang berlaku sekitar bulan ini. Yang terbaru ialah peristiwa hujan meteor Geminid dan sebelumnya ialah fenomena bulan tersenyum :)


Pada 1hb yang lepas, telah berlaku peristiwa konjukasi planet yang melibatkan si gergasi Musytari (Jupiter), si terang Zuhrah (Venus) dan si bulan yang sedang tersenyum (bulan sabit). Dengan kata yang lebih mudah, konjukasi planet bermaksud planet2 yang disebutkan kelihatan berada berdekatan antara satu sama lain. Yang menariknya ialah planet2 ini boleh dilihat dengan mata kasar!


Konjukasi atau peristiwa planet berada berdekatan pada 1 Disember lepas.
Titik terang di atas kiri adalah Zuhrah dan Musytari sebagai titik atas kanan.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya kebanyakan planet boleh dilihat dengan mata kasar. Memonopoli paras kecerahan adalah planet Zuhrah (juga disebut bintang kejora), dan diikuti oleh planet Musytari. Kecerahan dua planet ini jauh lebih terang dari bintang biasa yang ada di langit! Planet lain seperti Zuhal, Marikh dan Utarid masih boleh dilihat dengan mata kasar, namun tidak seterang seperti Zuhrah dan Musytari. Planet Uranus pula hanya boleh dilihat menggunakan binokular ataupun teleskop.

Rasa menyesal sebab tak sempat untuk tengok peristiwa pada 1 Disember lalu? Maafkan saya kerana tidak dapat memberitahu akan peristiwa ini dengan lebih awal.

Namun korang jangan risau, kerana sepanjang bulan ini, anda akan dapat lihat Zuhrah dan Musytari berpasangan menghiasi permandangan langit barat pada ketika selepas maghrib. Jangan marah saya kalau cuaca tak elok ye..hehe
 
Berita mengenai pencerapan hujan meteor Geminid pada 13 dan 14 Disember lepas akan saya ceritakan di lain entri.

Salam dari saya,




Rabu, 10 Disember 2008

Maklumat Terbaru Jejak Juraian Meteor

Kepada,

Sahabat Astromas & Falak Online

Salam,

MAKLUMAT TERBARU TENTANG AKTIVITI JEJAK METEOR BERSAMA SANG PURNAMA


Seperti perkara di atas,

Dimaklumkan bahawa aktiviti ini akan diteruskan tapi ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab pengurusan dan hal-hal lain.

Masalah : Penginapan untuk perkhemahan.

Pada tarikh 13-14 Dis 2008 tempahan di kawasan pantai kelanang telah di sewa ini telah diberi tahu oleh pihak Majlis Daerah Banting pada hari isnin 1hb Dis 2008 melalui telifon. Tiga minggu sebelum itu saya telah pun menghantar surat untuk memohon sewa di kawasan tersebut sehingga lah pada hari isnin tersebut baru dapat jawapan.

Tidakan selanjutnya telah saya berhubung dengan En. Shahrin dan hisham (sunly) untuk membincangkan masalah ini, Hisham juga telah membuat tinjauan untuk mencari kawasan lain tapi hasil nya tetap sama kerana kawasan pantai kelanang dan sekelilingnya termasuk sekolah dan lain tempat telah penuh di sewa.

Jadi keputusan yang telah dibuat, oleh itu sekira peserta ingin menginap atau berkhemah di pantai tiada halangan, kita akan tempat kan di suatu tempat yang hisham tahu berdekatan dengan lokasi cerapan.

Sehubungan dengan itu tiada aktiviti khusus hanya pada waktu malam sahaja aktiviti akan dilakukan. Oleh demikan tiada tentatif program untuk aktiviti ini, tetapi saya kan buat satu panduan trip perjalanan untuk kita semua bersama-sama konvoi ke Pantai Kelanang tersebut.

Aturcara 13 Dis 2008 (sabtu)

2.30 ptg : Berkumpul di Tol Batu 3 Shah Alam (klik untuk peta)
3.00 ptg : Bertolak ke Banting
4.14 ptg : Berkumpul di Masjid Banting Solat Asar (bagi rakan-rakan dari selatan boleh
               terus berkumpul di Masjid ini pada waktu yang sama)
5.00 ptg : Bertolak ke Pantai Kelanang
5.30 ptg : Tiba ke lokasi - aktiviti bebas
7.30 mlm : Solat Magrib (Surau Pantai)
8.00 mlm : makan malam (sendiri-sendiri)
8.30 mlm : Solat Isyak (Surau Pantai)
9.00 mlm : Cit-chat Meteor bersama Pengasas Falak Online
9.30 mlm : Persiapan  BBQ (jika nak buat perlulah membuat kutipan pada semua peserta 
                 sebanyak RM15)
                 Cerapan bermula.
10.00 mlm : Jamuan BBQ / seterusnya sehingga tamat cerapan dan jejak meteor
3.00 pg : bersurai

*ini hanya panduan sahaja jika ada tambahan dan cadangan boleh dikemukan.

Saya mohon maaf di atas kesulitan ini dan akan menjadi panduan untuk saya lebih terancang untuk mengadakan aktiviti di lain masa.

Sila maklumkan pada rakan-rakan yang lain untuk maklumat.

yang benar,

Muzamir Mazlan