Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Sabtu, 25 Ogos 2007

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana Bulan – 28/08/2007

28 haribulan ini kita akan berkesempatan untuk melihat gerhana bulan penuh. Namun bagi kita di Malaysia hanya berkesempatan untuk melihat fasa-fasa akhir gerhana penuh ini kerana bulan hanya akan naik dari ufuk timur pada pukul 07.21 minit malam iaitu ketika bulan sedang di pertengahan gerhana. Peristiwa kali ini boleh dilihat bermula ianya naik sehinggalah ia meninggalkan bayang gelap matahari iaitu umbra pada sekitar jam 08.30 malam. Jangan lepaskan peluang untuk melihat bulan yang sedang gerhana naik dari ufuk!. Pasti ini akan menjadi pengalaman dan permandangan yang menarik

Isnin, 20 Ogos 2007

Cuba-cuba Dalam Astrofotografi

Beberapa hari yang lepas, seorang pelayar laman Astromas, iaitu sdr Imran memberitahu bahawa dia ada mengambil gambar buruj Orion, atau lebih dikenali sebagai buruj Belantik bagi masyarakat Melayu. Maka, saya meminta beliau untuk emailkan gambar tersebut kepada saya.

Mengikut sdr Imran, gambar ini diambil dari atas bumbung rumahnya (??) pada 22 Februari 2007 menggunakan kamera digital Kodak (saya lupa modelnya) dengan menggunakan mode 7 sec exposure.

Setelah saya mendapat gambar tersebut, saya lakukan sedikit perubahan dengan enhanced kan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Sebarang komen dari anda amatlah saya alu-alukan.

Terima kasih sdr Imran kerana gambar ini. Gambar ini telah diupload ke mailGroup astromas. Sertai kumpulan mailist ini dengan mengisi ruangan di atas kanan.


Rajah 1
Gambar asal. Klik pada gambar untuk imej lebih besar


Rajah 2
Gambar yang telah di edit. Klik pada gambar untuk imej lebih besar

Selasa, 14 Ogos 2007

Peristiwa Halo Matahari

Beberapa hari yang lepas, saya telah menerima beberapa email dari rakan-rakan yang mengkhabarkan bahawa mereka melihat satu fenomena di sekitar matahari yang agak aneh. Matahari dikatakan mempunyai jaluran yang agak besar mengelilinginya yang kelihatan seperti cincin. Apabila menerima gambar dari rakan-rakan saya iaitu Dr Chong dan saudara Boss, iaitu seorang peminat laman Astromas, barulah saya sedar bahawa peristiwa yang dilihat itu adalah dipanggil fenomena halo.

Fenomena halo
(bahsa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.




'Cincin' pelangi yang kelihatan mengelilingi matahari
Foto-foto di atas dikirim oleh Dr. Chong Hon Yew, Sdr Lim Choon Kiat dan Sdr Boss.
Terima kasih!

Pengumuman Trip Pencerapan di Pulau Singa Besar, Langkawi

Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang kini sedang dalam perancangan untuk mengadakan satu trip pencerapan di Pulau Singa Besar, Langkawi. Lokasi tersebut mempunyai lokasi yang sangat gelap sehinggakan jaluran bima sakti dapat dilihat dengan mata kasar.

Cadangan Tarikh
10 & 11 November 2007
atau
8 & 9 Disember 2007


Pada tarikh tersebut adalah pada hari bulan tua dan bulan baru yang membolehkan pencerapan deep sky dapat dilakukan. Jika anda berminat, boleh mendapatkan info lanjut dengan menghubungi Professor Madya Dr Chong Hon Yew di 016-315 7318

Selasa, 7 Ogos 2007

Hujan Meteor Perseids (12/13 - 13/14/08/2007, 01.00 pagi dan ke atas)

Rajah 1Foto komposit yang diambil selama 3 hari kemuncak
peristiwa Perseids
Kredit Imej :
Chris L Peterson.


Seperti kata Pak Mutoha, iaitu rakan astronomi kita dari Yogjakarta, bulan ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh para ahli astronomi amatur memandangkan banyak fenomena astronomi menarik yang berlaku pada bulan ini. Dimulakan dengan peristiwa hujan meteor Perseids pada pagi 13 haribulan ini dan diteruskan dengan gerhana bulan penuh pada 28 Ogos ini.
Agak telah lama juga kita tidak disajikan dengan peristiwa hujan meteor yang hebat. Bulan-bulan yang lepas kita bertemu dengan perisitwa hujan meteor yang agak lemah seperti alpha capricornids, delta Aquarids, June Bootids, June Lyrids dan lain2 lagi yang kebanyakannya menghasilkan bilangan meteor sekitar 10 per jam sahaja. Bulan ini kita akan dapat bertemu dengan salah satu peristiwa hujan meteor yang menarik dan hebat iaitu hujan meteor Perseids. Perseids merupakan antara hujan meteor paling dinanti-nantikan sepanjang tahun selepas peristiwa hujan meteor Geminids pada bulan Disember.
Menurut data yang diberikan oleh International Meteor Organization, kemuncak Perseids akan berlaku pada pukul 1 hingga 3.30 petang waktu Malaysia pada 13 haribulan ini. Pasti agak menyedihkan kerana waktu ini adalah waktu siang di Malaysia. Namun tidak perlu risau kerana hari-hari sekitar 13 haribulan iaitu pada malam 12-13hb dan malam 13/14hb adalah masih masih sesuai untuk mencerap peristiwa ini. Kita bernasib baik kerana pada tarikh-tarikh ini, bulan adalah pada fasa bulan baru. Maka kita tidak akan terganggu dengan cahaya bulan yang akan menenggelamkan kebanyakan jaluran meteor. Tahun lepas nasib amat tidak menyebelahi kita kerana peristiwa Perseids adalah pada ketika bulan menghampiri fasa penuh.
Rajah 2
Rajah menunjukkan radian peristiwa hujan meteor Perseids.
Klik gambar untuk imej lebih besar
Oleh kerana buruj Perseus hanya akan mua naik dari ufuk timur pada jam 1 pagi, maka dinasihatkan kepada anda untuk memulakan pencerapan sekitar jam 2 ke atas dan sehingga ke waktu subuh. Sekitar jam 2 pagi, arahkan pandangan anda sedikit rendah ke arah timur (arah matahari timbul) sehinggalah buruj Perseus naik tinggi ke atas kepala.
Untuk mencerap peristiwa ini, anda tidak memerlukan peralatan optik seperti binokular atau teleskop (cermin mata terkecuali ;-) ), cukup dengan mata kasar anda dan juga kawasan cerapan yang selamat, selesa dan terselindung dari gangguan cahaya lampu. Juga tidak perlu dibimbangkan mengenai kemungkinan batuan angkasa tersebut akan jatuh menimpa anda kerana setakat ini tidak pernah dilaporkan bahawa ada manusia yang mati atau tercedera ditimpa oleh tahi bintang. Ajaklah seberapa ramai rakan-rakan anda untuk turut serta dalam pencerapan ini kerana. Ini akan memastikan keselamatan anda dan mengelakkan anda dari tertidur atau masuk ke dalam rumah kerana ketakutan keseorangan!
Hujan meteor Perseids (Perseids) adalah merupakan antara hujan meteor paling menarik dan dinamik pada tahun 1990-an dengan aktiviti yang hebat sehingga mencapai bilangan meteor yang kelihatan sebanyak 400 lebih pada tahun 1991 dan 1992. Kadar bilangan ini kemudiannya semakin menurun sehingga ke bilangan 100 dan 120 pada lewat tahun 90-an dan pada tahun 2000, pertama kali ia gagal untuk muncul. Bagi tahun 2004-2006, dijangkakan bilangan meteor kelihatan akan kembali menjadi lebih aktif. Ini dibuktikan pada pada tahun 2004 di mana kemuncak Perseids mencapai jumlah yang memberangsangkan. Tahun berikutnya, kemuncak Perseids menjadi normal. Pencerapan pada tahun lepas adalah diganggu oleh gangguan cahaya bulan yang hampir purnama. Oleh sebab ini, untuk tahun 2007 agak susah untuk diramalkan bilangan meteor yang akan kelihatan namun dijangkakan anda akan berpeluang melihat sekitar 100 meteor per jam jika keadaan langit adalah tidak berawan dan bebas dari gangguan cahaya lampu yang melampau. Tahun 1992 merupakan tahun komet punca kepada perisitiwa ini iaitu komet 109P/Swift-Turtle berkedudukan perihelion iaitu mengorbit berdekatan dengan planet bumi. Orbit komet ini yang mengambil masa 130 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit menandakan bahawa komet Swift Turtle ini kini sedang menjauhi luar sistem solar dan akan kembali dalam masa 122 tahun lagi.
Berikut adalah data mengenai hujan meteor Perseids.

Aktif = 17 Julai - 24 Ogos
Maksimum = 13 ogos, 13pm-15.30pm
ZHR = 100
Kelajuan = 56 km/jam

Khamis, 2 Ogos 2007

Planet Cerapan Mata Kasar Bulan Ini


Selepas beberapa bulan menjadi latar utama penghias permandangan langit senja, bulan ini planet paling terang di langit iaitu planet Zuhrah sudah mula berada rendah di ufuk pada awal bulan dan kemudiannya akan terus menghilang dari pandangan waktu senja. Pengganti planet ini ialah planet Utarid yang akan mula muncul rendah di kaki langit bulan ini. Namun disebabkan faktor awan dan kecerahannya yang tidak setanding dengan planet Zuhrah, maka agak sukar untuk kita melihatnya dengan mata kasar.

Namun anda jangan risau kerana planet Musytari masih menjadi planet tumpuan pencerapan pada bulan kemerdekaan ini. Kedudukannya di buruj Scorpius Si Kala Jengking pasti membantu anda dalam mencarinya dengan berbekalkan bantuan dari bintang paling terang di buruj tersebut iaitu bintang Antares. Kecerahan planet ini yang mencapai -2.32 sudah tentu akan terang menyinar terang bintang Antares yang hanya berkecerahan 1.03. Planet gas terbesar dalam sistem suria ini akan berada tinggi di atas kepala pencerap sekitar pukul 8 malam. Ini membolehkan ia menjadi objek tumpuan teleskop pada awal malam. Planet ini akan tenggelam di ufuk barat bersama-sama dengan pusat galaksi Bima Sakti sekitar pukul 2 pagi.