Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Rajah menunjukkan perbezaan keadaan bulan sebelum dan selepas gerhana penumbra. Gerhana bulan penumbra agak susah untuk dicerap memandangkan bayang yang terhasil adalah kurang malap.
Setelah dihidangkan dengan peristiwa gerhana matahari pada 26 Januari lalu, pada bulan ini kita akan bertemu dengan peristiwa gerhana bulan pula. Gerhana bulan yang akan berlaku pada 9hb ini digelar gerhana bulan penumbra. Ini bermaksud ketika berlakunya gerhana ini, bulan, bumi dan matahari akan berada pada kedudukan yang hampir sebaris antara satu sama lain. Kedudukan ini akan menyebabkan bulan memasuki bayang bumi yang separa gelap (penumbra).
Kemasukkan bulan ke bayang separa gelap (penumbra) tetapi tidak ke bayang gelap bumi (umbra) akan menyebabkan bulan yang pada asalnya penuh akan kelihatan sedikit malap dari biasa. Namun anda janganlah mengharapkan bahawa bulan akan kelihatan menjadi bentuk sabit dengan warna kontrast bayang yang gelap. Mungkin pada malam gerhana itu nanti, bayang gerhana pada permukaan bulan kelihatan sangat sedikit berbeza dengan warna asal bulan. Namun begitu, bayang gerhana ini akan menjadi lebih gelap jika keadaan atmosfera ketika itu adalah agak kotor dengan debu2 halus.
Gerhana bulan ini akan melintasi kawasan Afrika Selatan dan bergerak ke arah timur-utara melalui lautan Hindi dan seterusnya melintasi Sumatera dan Borneo. Masyarakat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Afrika Selatan dan Barat Australia akan dapat melihat gerhana separa.
Klik untuk rajah besar
Untuk mencerap peristiwa ini, gerhana akan mula berlaku pada jam 8.36 malam di mana bulan akan mula bergerak menyentuh bayang penumbra bumi. Peristiwa ini akan berakhir apabila bulan akan keluar dari bayang penumbra bumi pada jam 12.39 malam. Maka anda ada sekitar 4 jam untuk mencerap gerhana ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar dan jangan lupa untuk mengajak rakan2 anda untuk mengikutinya.
Salam hormat dari saya,
Astronomi Untuk Semua
013-2180412