Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Selasa, 31 Januari 2012

Asteroid 433 Eros melintasi bumi pada 31/1/2012 !

Assalamualaikum dan hai..

Pada jam 8 malam tadi, saya terlihat berita di Buletin Utama TV3 mengatakan asteroid 433 Eros akan dapat dilihat pada malam ini (31/1/2012). Pada masa tersebut saya sedang berada di luar kerana sedikit urusan terus terasa semangat kerana merasakan pasti ramai ahli masyarakat di luar sana yang akan terasa teruja untuk melihat objek ini. Namun yang lebih bagusnya lagi ialah publisiti sebegini boleh mencetusan ledakan minat dan sifat ingin tahu masyarakat umum terhadap ilmu astronomi ini. 
Berbalik pada cerita asteroid tadi, asterod 433 Eros dikatakan akan melintasi bumi pada jarak yang paling dekat dalam masa 37 tahun. Diameter asteroid ini dipercayai 34km lebar. Objek ini akan melintasi langit malam dari buruj Leo, Sextans dan Hydra. Pada kedudukan terdekatnya iaitu 26.7 juta kilometer dari bumi, asteroid ini akan mudah diperhatikan menggunakan teleskop yang kecil. Ianya dijangka boleh mencapai kecerahan magnitud 7, iaitu hampir boleh dilihat dengan mata kasar.  Mata kasar kita boleh melihat hingga ke magnitud 6 dengan syarat kawasan pencerapan adalah gelap. 
Asteroid 433 Eros seperti yang dilihat oleh kapal angkasa NEAR NASA pada 29 Februari, 2000.
(NASA / JPL / JHUAPL)


Ini merupakan jarak yang paling dekat asteroid ini pernah menghampiri bumi. Kali terakhir objek ini menghampiri bumi ialah pada tahun 1975 dan ianya akan kembali lagi untuk dilihat pada tahun 2056. Pada masa itu saya sudah berusia 69 tahun! hehe
Asteroid 433 merupakan asteroid jenis S, yang mana ianya terutamanya terdiri dari magnesium silika dan besi. Kebanyakan asteroid jenis S berasal dari kawasan dalam lingkaran asteroid (asteroid belt) yang terletak di antara planet Marikh dan Musytari.
Pada Februari tahun 2000, kapal angkasa NEAR Shoemaker milik NASA  telah terbang mendekati  asteroid ini dan melakukan pendaratan di permukaanya. Kapal angkasa ini telah merakamkan lebih 160,000 imej permukaan Eros, dan mengenal pasti lebih 100,000 kawah. Ini telah membawa saintis untuk merumuskan bahawa asteroid ini merupakan satu objek solid dan bukannya himpunan batuan angkasa yang terikat dengan satu pusat graviti.
Jika anda berminat  untuk mendapatkan update terkini mengenai astronomi, jangan lupa untuk Like di page Facebook Astromas di https://www.facebook.com/pages/ASTROMAS-Kumpulan-Peminat-Astronomi-Amatur-Malaysia/201381092118.

Jom mencerap!

Ahad, 8 Januari 2012

Kalendar Peristiwa Astronomi 2012


Assalamualaikum dan hai..

Tahun 2011 sudah melabuhkan tirai. Kini muncul tahun baru 2012 yang menjanjikan pelbagai peristiwa yang lebih menarik.  

Antara peristiwa utama untuk tahun ini sudah tentunya peristiwa lintasan planet Zuhrah di hadapan matahari pad 16 Jun 2012. Peristiwa yang sangat jarang terjadi ini jika anda terlepasnya maka perlu menunggu tahun 2117 nanti untuk terjadi lagi!

Dari segi hujan meteor pula, boleh dikatakan kebanyakan peristiwa hujan meteor yang utama tahun ini adalah agak bebas dari gangguan cahaya bulan! Dari Quadrantids, Lyrids, Perseids, Orionids hinggalah ke Geminids. Paling tidak dapat dilepaskan ialah kemuncak peristiwa hujan meteor Geminids berlaku ketika bulan tidak ada di langit! Wallah! Jika keadaan langit adalah sangat bersih dari awan dan kita melakukan pencerapan dari kawasan yang jauh dari pencemaran cahaya, maka peluang untuk melihat beratus2 tahi bintang dalam masa satu malam boleh jadi kenyataan!

Dari segi gerhana pula, dua gerhana bulan dan dua gerhana matahari akan terjadi. Namun kita di Malaysia hanya berpeluang untuk melihat gerhana bulan sahaja iaitu pada 4 Jun dan 28 November.

Jom kita lihat senarai peristiwa yang bakal terjadi satu persatu. Ini adalah satu senarai yang panjang!


JANUARI 2012

Peritiwa hujan meteor. 
Kredit imej : F. Espenak

4 Januari - Hujan meteor Quadrantids mula memuncak. Peristiwa ini bermula pada 1 hingga 5 Januari dan menjadi aktif pada 4 & 5 Januari pada waktu Malaysia. Bulan suku pertama yang akan tenggelam selepas tengah malam, meninggalkan langit yang gelap untuk persembahan meteor yang baik. Hasil pencerapan pada pagi 4hb menunjukkan purata 10-15 meteor per jam. Pencerapan rakan2 Astromas pada 5hb pula tidak begitu memberangsangkan dengan hanya 1 atau 2 sahaja dalam masa satu jam.

9 Januari - Bulan penuh terjadi apabila bulan bertentangan dengan matahari dengan bumi berada di tengah. Namun sudut bulan pada ketika ini tidak memungkinkan gerhana bulan terjadi.

23 Januari - Bulan Baru. Ini bermaksud bulan berada di tengah di antara bumi dan matahari. Kedudukannya sangat rapat dengan matahari namun tidak hingga menyebabka gerhana matahari terjadi.


FEBRUARI 2012

7 Februari  - Bulan Penuh.

Planet Utarid kelihatan meninggi di kaki langit.
Kredit imej : Alan Tough

20 Februari - 12 Mac - Peluang terbaik untuk melihat Utarid. Planet Utarid akan cukup jauh dari silauan Matahari dapat dilihat sejurus selepas matahari terbenam. Utarid akan mencapai sudut terjauh dari Matahari pada 5 Mac, mencapai magnitud yang agak terang tentang -1. Ini akan menjadi peluang terbaik untuk anda untuk melihat planet ini tahun ini. Pada waktu lain, Utarid akan berada sangat dekat dengan Matahari menyebabkan ia susah untuk dilihat.

21 Februari - Bulan Baru.

MAC 2012

3 Mac - Marikh pada kedudukan oposisi. Ini bermaksud planet merah ini akan berada sangat dekat dengan Bumi. Pada ketika ini permukaannya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya mengikut pandangan dari Bumi menyebabkan ianya akan bersinar lebih terang dari biasa. Ini adalah masa terbaik untuk melihat dan mengambil gambar Marikh.

8 Mac -Bulan penuh terjadi apabila bulan bertentangan dengan matahari dengan bumi berada di tengah. Namun sudut bulan pada ketika ini tidak memungkinkan gerhana bulan terjadi.

Konjukasi planet Zuhrah dan Musytari pada tahun 2008. Kedudukan bulan menyebabkan ianya kelihatan sebagai smiley.
Kredit Imej : Darcy O'Shea

14 Mac - Konjukasi planet Zuhrah dan Musytari. Ini bermaksud dua planet paling terang di langit ini akan berada sangat hampir di langit dalam lingkungan 3 darjah antara satu sama lain pada waktu petang. Apa yang akan anda lihat ialah dua 'bintang' di langit yang sangat hampir antara satu sama lain. Pada 25 dan 25 Mac, Bulan sabit akan berada berhampiran kedua-dua planet, mencipta keajaiban malam yang mempesonakan.

20 Mac - Equinox bulan Mac. Berlaku pada 01:14 pm waktu Malaysia. Matahari akan bersinar tegak di Khatulistiwa, menyebabkan tempoh siang dan malam di seluruh dunia menjadi sama panjang. Ini adalah juga hari pertama musim bunga (ekuinoks musim bunga) di hemisfera utara dan hari pertama jatuh (ekuinoks musim luruh) di hemisfera selatan.

22 Mac-  Bulan Baru. Ini bermaksud bulan berada di tengah di antara bumi dan matahari. Kedudukannya sangat rapat dengan matahari namun tidak hingga menyebabkan gerhana matahari terjadi.


APRIL 2012

6 April - Bulan penuh terjadi apabila bulan bertentangan dengan matahari dengan bumi berada di tengah. Namun sudut bulan pada ketika ini tidak memungkinkan gerhana bulan terjadi.

15 April - Zuhal pada keadaan oposisi. Planet kembar kepada bumi ini  akan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi dan permukaannya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya. Ini adalah masa terbaik untuk melihat dan mengambil gambar Zuhal.

April 21 - Bulan Baru. Ini bermaksud bulan berada di tengah di antara bumi dan matahari. Kedudukannya sangat rapat dengan matahari namun tidak hingga menyebabkan gerhana matahari terjadi.

Himpunan tahi bintang dirakam menggunakan kamera dengan lensa pandangan lebar

22 April - Hujan meteor Lyrids mencapai kemuncaknya pada hari ini, dijangkakan pada jam 1.30 petang waktu Malaysia (www.imo.net). Pada waktu kemuncak, Lyrids berkemungkinan menghasilkan kira-kira 20 meteor sejam. Peristiwa ini mula aktif dari April 16 - 25. Buruj Lyra yang mula muncul gah pada waktu malam membolehkan kita mencerapnya dengan baik walaupun waktu kemuncak sudah berlalu. Dengan bulan yang tidak akan mengganggu langit malam, peristiwa ini harus menjadi persembahan yang baik.


28 April - Hari Astronomi Bahagian 1. Ia adalah acara tahunan yang bertujuan untuk menjadi satu cara interaksi antara orang awam dan pelbagai peminat astronomi, kumpulan dan profesional. Tema Hari Astronomi kali ini ialah "Membawa Astronomi kepada Masyarakat,". Kelab-kelab dan pertubuhan-pertubuhan astronomi di seluruh dunia dijangka akan merancang pelbagai acara2 menarik untuk kita semua.



MEI 2012

6 Mei - Bulan Penuh. Bulan akan berada bertentangan dengan Bumi dari Matahari dan akan sepenuhnya diterangi seperti yang dilihat dari Bumi. Ketika ini, bulan akan berada di titik yang paling dekat kepada Bumi, menjadikan ini  bulan penuh yang terbesar dilihat dengan mata kasar pada tahun ini.


Gerhana matahari cincin terjadi apabila bulan yang melintas di permukaan matahari tidak mampu untuk menutup keseluruhan cakera matahari, lalu menghasilkan bentuk seakan cincin.

20 Mei - Gerhana Matahari Cincin (Annulus). Laluan gerhana akan bermula di selatan China dan bergerak ke timur melalui Jepun, utara Lautan Pasifik dan ke barat Amerika Syarikat. Gerhana separa akan dapat dilihat di seluruh bahagian di Asia Timur dan kebanyakan Amerika Utara. Sayangnya Malaysia tidak termasuk dalam laluan gerhana. ( NASA Peta dan Maklumat Gerhana )


JUN 2012

4 Jun - Bulan Penuh dan Gerhana bulan separa. Keindahan bulan purnama menjadi penyuluh di malam yang gelap. Namun ianya akan bertahan hanya seketika apabila gerhana bulan separa terjadi. Bulan yang awalnya bersinar terang akan 'dimakan' sebahagian oleh bayang bumi. Jangan lepaskan peluang untuk melihatnya.


Kelihatan planet Zuhrah sedang melintasi cakera matahari
Kredit imej : Bruce Collier

6 Jun - Transit planet Zuhrah. Transit ini bermaksud planet Zuhrah menyeberangi cakera Matahari. Ianya mempunyai ciri2 yang sama dengan gerhana matahari, namun saiz Zuhrah yang kecil tidak mampu menutup cakera matahari. Anda akan melihat satu titik hitam sedang melintas di hadapan Matahari. Sungguh mengkagumkan! Peristiwa yang paling jarang berlaku ini akan sepenuhnya boleh dilihat di sebahagian besar Asia Timur, timur Australia, dan Alaska .

Transit separa dapat dilihat pada waktu matahari terbit di seluruh Eropah, Asia barat dan timur Afrika. Transit separa dapat dilihat pada waktu matahari terbenam seluruh Amerika Utara, Amerika Tengah, dan barat Amerika Selatan. Tolonglah jangan lepaskan peluang ini kerana peristiwa transit seterusnya ialah pada tahun  2117!!!.

Jun 19 - Bulan Baru. Ini bermakna langit akan menjadi sungguh gelap untuk kita menikmati keindahan bintang, buruj, planet, malah galaksi menggunakan mata kasar!

Jun 21 - Soltis bulan Jun. Peristiwa ini akan  berlaku pada 07.09 pagi waktu Malaysia. Kutub Utara bumi akan condong ke arah matahari, yang mana ianya akan menghadap buruj Cancer pada latitud 23,44 darjah utara. Maka ianya digelar sebagai Tropic of Cancer. Ini adalah hari pertama musim panas (solstis musim panas) di hemisfera utara dan hari pertama musim sejuk (solstis musim sejuk) di hemisfera selatan.


JULAI 2012

3 Julai - Bulan Penuh Bulan akan terus bertentangan dengan Bumi dari Matahari dan akan sepenuhnya diterangi seperti yang dilihat dari Bumi. Fasa ini berlaku pada 18:52 UTC.

19 Julai - Bulan Baru Bulan akan terus di antara Bumi dan Matahari dan tidak akan dapat dilihat dari Bumi. Fasa ini berlaku pada 04:24 UTC.

OGOS 2012

2 Ogos - Bulan Penuh.

Rover Curiosity milik Nasa akan menjelajah permukaan Marikh untuk menjalankan aktiviti eksperimen

6 Ogos - Rover Curiosity milik NASA  dijadualkan mendarat di planet Marikh di antara 6 Ogos dan 20 Ogos 2012 . Rover Curiosity ini adalah sama seperti Rover Spirit dan Rover Opportunity yang sudah melawat planet Marikh pada tahun2 yang lepas. Curiosity merupakan rover yang lebih besar akan membawa lebih banyak instrumen daripada saudara mereka sebelum ini. Kamera warna definisi tinggi Curiosity akan mengambil gambar permukaan Marikh manakala pelbagai instrumen akan  menguji sampel tanah dan udara serta mencari bahan organik.

12  Ogos - Hujan Meteor Perseid yang dinanti sudah tiba! Perseids adalah salah satu pancuran meteor yang terbaik untuk dicerap, menghasilkan sehingga 100 meteor sejam di waktu puncak. Menariknya kali ini ialah waktu kemuncakknya jatuh pada jam 10.30 malam waktu Malaysia! 

Tahi bintang melintasi langit malam. 
Kredit Imej : Wally Pacholka

Peristiwa ini terjadi dari 23 Julai hingga Ogos 22 namun memuncak pada 12 Ogos. Tahi bintang akan kelihatan keluar dari buruj Perseus dan memanjang ke seluruh kawasan langit. Bulan pada malam tersebut adaalah pada suku terakhir dan akan berada berhampiran pusat peristiwa, tetapi berkemungkinan tidak banyak menyebabkan masalah untuk kita menikmati tahi bintang hinga 60 meteor sejam. Cari lokasi yang jauh dari lampu bandar dan lihat ke timur laut selepas tengah malam.

17 Ogos - Bulan Baru.

24 Ogos - Neptun pada kedudukan oposisi. Planet biru akan berada paling dekat dengan Bumi pada malam ini dan permukaanya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya. Ini adalah masa terbaik untuk melihat Neptun. Disebabkan jaraknya yang jauh, ia hanya akan muncul sebagai titik kecil biru jika dilihat melalui teleskop berkuasa.

31 Ogos - Bulan Penuh akan terjadi pada malam ini. Adakah anda perasan bahawa pada 2 Ogos yang lepas sudah terjadi bulan penuh. Oleh kerana ini adalah bulan penuh yang kedua dalam bulan yang sama, ia dikenali sebagai bulan biru (blue moon). Peristiwa ini hanya berlaku sekali setiap beberapa tahun, yang membawa kepada istilah, "sekali dalam bulan biru" ' Once in a blue moon"


SEPTEMBER 2012

16 September - Bulan Baru. Selamat hari Malaysia!

22 September - September Equinox Ekuinoks September berlaku pada 14:49 UTC. Matahari akan bersinar terus di Khatulistiwa dan akan hampir sama jumlah siang dan malam di seluruh dunia. Ini adalah juga hari pertama jatuh (ekuinoks musim luruh) di hemisfera utara dan hari pertama musim bunga (ekuinoks musim bunga) di hemisfera selatan.

29 September  - Planet Uranus pada kedudukan oposisi. Planet biru akan berada paling dekat dengan Bumi pada malam ini dan permukaanya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya. Ini adalah masa terbaik untuk melihat Uranus. Disebabkan jaraknya yang jauh, ia hanya akan muncul sebagai titik kecil biru-kehijauan jika dilihat melalui teleskop berkuasa.

30 September - Bulan Penuh.

OKTOBER 2012


20 Oktober - Hari Astronomi Bahagian 2. Ia adalah acara tahunan yang bertujuan untuk menjadi satu cara interaksi antara orang awam dan pelbagai peminat astronomi, kumpulan dan profesional. Tema Hari Astronomi kali ini ialah "Membawa Astronomi kepada Masyarakat,". Kelab-kelab dan pertubuhan-pertubuhan astronomi di seluruh dunia dijangka akan merancang pelbagai acara2 menarik untuk kita semua.

15 Oktober - Bulan Baru.

Buruj Orion yang akan menjadi pusat kepada peristiwa hujan meteor Orionids.
Kredit imej : Redzuan Angkasa

21 Oktober - Hujan meteor Orionid adalah peristiwa hujan tahi bintang yang menghasilkan purata 20 meteor sejam di puncak. Bulan suku pertama akan tenggelam pada tengah malam, meninggalkan langit yang gelap untuk membolehkan pencerapan yang baik dilakukan. Pastikan untuk mencari lokasi yang gelap jauh dari lampu bandar.

29 Oktober - Bulan Penuh


NOVEMBER 2012

Sebahagian dari fasa gerhana matahari.
Kredit imej : Frederic Larson

13 November - Bulan Baru. Gerhana Matahari Penuh  juga akan berlaku namun hanya akan dapat dilihat di utara Australia dan selatan Lautan Pasifik. Gerhana separa akan dapat dilihat di bahagian-bahagian yang paling timur Australia dan New Zealand. Sayangnya Malaysia tidak termasuk dalam laluan gerhana.

17 November - Hujan meteor Leonids adalah salah satu pancuran meteor yang lebih baik untuk dicerap, menghasilkan purata 40 meteor sejam di puncak. Dijangkakan kali ini ianya memuncak pada jam 5 petang waktu Malaysia. Dikatakan bahawa peristiwa ini mempunya kitaran setiap 33 tahun sekali untuk menghasilkan beratus2 meteor yang sangat banyak, yang digelar sebagai ribut tahi bintang. Kali terakhir ianya berlaku ialah pada tahun 2001. Peristiwa Leonids mencapai puncak pada 17 & 18 November, tetapi anda sudah boleh melihat sebahagiannya dari November 13 - 20. Bulan sabit akan tenggelam pada awal petang meninggalkan langit yang gelap untuk pencerapan yang cemerlang. Tahi bintang akan keluar dari buruj Leo dan tersebar ke seluruh kawasan langit.

27 November - Peristiwa Konjukasi Zuhrah dan Zuhal! Jangan terkeliru dengan nama yang hampir sama ini. Kedua planet ini akan berada sangat berdekatan antara satu sama lain pada pagi 27 November, dengan hanya dipisahkan oleh 1 darjah sahaja! Jom tangkap gambar!

28 November - Bulan Penuh Bulan akan terus bertentangan dengan Bumi dari Matahari dan akan sepenuhnya diterangi seperti yang dilihat dari Bumi. Fasa ini berlaku pada 14:46 UTC.

Bulan sedang keluar dari bayang penumbra.
Kredit imej : Astromas!

28 November - Gerhana bulan penumbra akan kelihatan seluruh Eropah, Afrika timur, Asia, Australia, Lautan Pasifik, dan Amerika Utara. Walaupun bayang yang dihasilkan tidak begitu gelap berbanding gerhana umbra, namun masih berbaloi untuk diikuti!


DISEMBER 2012

3 Disember - Musytari pada kedudukan oposisi. Ini bermaksud planet gergasi ini akan berada di kedudukan yang paling dekat dengan Bumi dan permukaanya akan diterangi oleh Matahari sepenuhnya. Ini adalah masa terbaik untuk melihat dan mengambil gambar Musytari dan bulan-bulannya.

13 Disember - Bulan Baru.

Teknik mencerap hujan meteor. Pastikan anda selesa dengan bantal dan baju sejuk!

14 Disember - Hujan meteor Geminids dianggap oleh ramai orang untuk sebagai peristiwa pancuran meteor yang terbaik di langit sepanjang tahun. Geminids dikenali untuk menghasilkan sehingga 120 meteor pelbagai warna dalam masasejam di waktu puncaknya, iaitu dijangkakan pada jam 7.30 pagi pada 14 Disember. Namun begitu, beberapa meteor milik Geminids harus dilihat dari Disember 6 - 19 dikala peristiwa Geminids mulai aktif. Pada tahun ini bulan baru akan menjamin langit gelap yang seharusnya menjaminkan peristiwa pancuran tahi bintang yang menggerunkan! 

21 Disember - Soltis bulan Disember. Peristiwa ini akan  berlaku pada 07.12 petang waktu Malaysia. Kutub Selatan bumi akan condong ke arah matahari, yang mana ianya akan menghadap buruj Capricorn pada latitud 23,44 darjah selatan. Maka ianya digelar sebagai Tropic of Capricorn. Ini adalah hari pertama musim sejuk (solstis musim sejuk) di hemisfera utara dan hari pertama musim panas (solstis musim panas) di hemisfera selatan.

28 Disember - Bulan Penuh.



Sekian dari saya.

 Semoga bermanfaat kepada semua.

Jom mencerap!