Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Jumaat, 31 Oktober 2008

Phoenix Mars Lander Berhenti Berkomunikasi

 Robot Phoenix Mars Lander mengalami kegagalan bekalan kuasa


Satu berita sedih bagi peminat astronomi yang mengikuti perkembangan robot Phoenix Mars Lander. Robot di planet merah Marikh tersebut telah berhenti bertindak balas. Ini adalah berikutan kepada masalah bekalan kuasa yang rendah akibat kerosakan pada sistem litar elektrik kesan daripada ribut debu dan hari siang yang semakin pendek di Marikh. Masalah ini juga turut disumbangkan oleh cuaca sejuk, iaitu sama seperti di bumi yang mengalami musim panas dan sejuknya yang tersendiri.

Para jurutera misi di bumi telah berupaya menghantar arahan untuk memulakan semula bateri yang telah mati dengan harapan komunikasi seterusnya dapat dimulakan semula. Namun, robot phoenix tetap tidak bertindak balas kepada satu lagi robot pengorbit di ruang udara Marikh, iaitu Mars Orbiter.

Phoenix Mars Lander sekarang berada di Marikh untuk misi mencari bukti kewujudan air di sana. Pada bulan Jun yang lalu, robot tersebut telah berjaya menemui ais daripada air yang menjadi bukti bahawa air pernah atau sedang wujud di Marikh. Ini memungkinkan kewujudan organisma lain di planet itu.

Namun dengan berita sedih ini, adakah anda bersedia untuk menerima khabar akan tamatnya riwayat misi Phoenix Mars Lander?


Artikel Oleh Astromas

Cerapan Bintang di Pusat Sains Terengganu

Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera  Universiti Sains Malaysia dan Kelab Astronomi USM akan mengadakan satu program cerapan bintang seperti yang berikut:

Masa : 8.00 malam hingga 11 malam.
Tarikh : 31 Oktober 2008
Tempat : Pusat Sains & Planetarium Terengganu, Kuala Terengganu
Sempena : Minggu Sains & Teknologi Terengganu

Sesiapa yang berminat bolehlah menyertai pencerapan tersebut.

Oleh Astromas

Rabu, 29 Oktober 2008

Seminar Pendedahan Ilmu Falak & Astronomi 2008

Assalamualaikum & selamat sejahtera.


Falak-Online dan HBM Professional SDN BHD bakal menganjurkan Seminar Pendedahan Ilmu Falak & Astronomi Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Selangor seperti yang berikut:

Tarikh : 8 November 2008

Masa : 9 pagi hingga 5 petang

Tempat : Anggerik Mall, Shah Alam


Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Antara aktiviti program ialah ceramah astronomi dan ilmu falak serta pencerapan bintang pada waktu malamnya.


Saya juga akan berada di sana. Jom ramai-ramai meriahkan program ini!

Oleh Astromas

Selasa, 21 Oktober 2008

Sesi Berkomunikasi Bersama Krew ISS

SESI KOMUNIKASI
Krew International Space Station 
dan
Staff di Planetarium Negara
21 Oktober 2008
 

Artikel Oleh Astromas

Jom Pilih Logo Untuk Astromas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semenjak laman web astronomi Astromas ditubuhkan sejak 2006, laman ini tidak mempunyai sebarang logo rasmi. Maka dengan ini saya ingin memohon jasa baik para pelawat semua untuk memilih logo manakah yang paling sesuai sebagai logo rasmi laman Astromas. Logo tersebut bakal diguna pakai di atas cetakan poster, baju dan sebagainya serta dalam urusan surat menyurat dan juga bakal diletakkan di  dalam kotak hitam di atas page ini.

Logo2 berikut mempunyai lambang peralatan astronomi Islam yang dicipta ratusan tahun lalu seperti Astrolab  (berbentuk bulat) dan Sekstan (seperti 3 segi). Setiap logo mempunyai versi hitam dan putih yang bakal digunakan berdasarkan kesesuaian warna latar belakang.

Anda boleh mengundinya dengan berbuat demikian di ruangan komen dengan menyatakan logo manakah paling sesuai serta menyatakan ianya akan bertambah cantik jika [pendapat anda] (jika ada)..

Terima kasih di atas bantuan anda

 Logo 1
 __________________________________________________




Logo 2
__________________________________________________



Logo 3 
__________________________________________________


 
Logo 4
__________________________________________________



Logo 5
 __________________________________________________
 
Logo 6
__________________________________________________
Tinggalkan komen anda akan logo yang paling sesuai di ruangan komen dengan cara klik pada comment yang terdapat di permulaan artikel ini. Jangan lupa untuk tinggalkan nama anda!

Ribuan terima kasih dari saya atas pertolongan anda.

Wassalam.

MOHD RIZUAN BIN ALI,
ibnu_ali_87@yahoo.com
017-2421412

Rabu, 15 Oktober 2008

Asteroid 2008 TC3 Menghentam Bumi!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Seminggu yang lepas, satu asteroid yang berdiameter antara 2-5 meter telah dijangka akan menghentam planet bumi. Saya yang ketika itu sedang 'demam' peperiksaan akhir semester tidak dapat untuk mengikuti dan melaporkan akan peristiwa tersebut di laman Astromas ini.

Pasti ramai yang agak kecewa kerana tidak dapat mengetahui peristiwa ini dengan lebih awal Namun mungkin saya tidak akan berasa begitu bersalah kerana kemasukkan asteroid dengan atmosfera bumi tersebut menghasilkan jaluran bebola api yang tidak dapat dilihat dari Malaysia. (hehe..)

Asteroid yang dimaksudkan diberi kod nama 2008 TC3. Asteroid ini pertama kali berjaya dicerap dari Catalina Sky Survey (CSS) menggunakan teleskop berdiameter 1.5 meter yang terletak di gunung Lemmon, di utara Tucson, Arizona, USA. Penemuan tersebut adalah 19 jam sebelum perlanggaran berlaku. Walaupun tempoh antara hentaman dan penemuan asteroid tersebut adalah kurang dari sehari, namun para pencerap tersebut berjaya meramal dengan tepat laluan asteroid tersebut yang menghala ke bumi.

Asteroid 2008 TC3 telah memasuki atmosfera bumi (maka akan dipanggil sebagai meteoroid kerana telah memasuki atmosfera bumi) pada 2.46 UTC, 7 Oktober 2008 bersamaan pukul 1.46 petang waktu Malaysia. Meteoroid ini telah memasuki ruang udara Sudan pada kelajuan 12.8 kilometer per saat dengan anggaran trajektori (arah laluan di langit) dari arah barat pada azimuth 281 darjah dan altitud 19 darjah dari ufuk.

Meteoroid 2008 TC3 telah terbakar sekitar 10 kilometer dari permukaan bumi dengan tenaga letupan di anggarkan 1 kiloton TNT, lalu menghasilkan cahaya bebola api, iaitu lebih hebat dari sinaran tahi bintang, pada pagi waktu Sudan. Majalah Times melaporkan cahaya letusan dari meteroid tersebut adalah sangat terang sehingga menjadikan dada langit kelihatan terang seperti ketika bulan penuh. Sebuah pesawat yang terletak 1,400 km dari lokasi kemasukan juga melaporkan melihat cahaya yang terang di ruang langit utara Sudan.
Artikel Oleh Astromas


Komen anda?