Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Selasa, 18 Disember 2007

Marikh Berada Hampir Dengan Bumi Malam Ini!

Malam ini, planet Marikh akan berada paling hampir dengan bumi pada jam 7.45 malam waktu Malaysia. Kedudukannya pada malam ini iaitu sejauh 88 juta kilometer dari bumi adalah jarak paling dekat ia mendekati bumi untuk sepanjang tahun 2007 malah tidak akan berada sedekat ini lagi sehinggalah tahun 2016 nanti.Jarak yang hampir dengan bumi ini akan menjadikan planet Marikh kelihatan bersinar terang dengan amat hebat sekali pada malam ini, iaitu lebih terang dari mana-mana bintang yang ada di langit....

Rabu, 12 Disember 2007

Jom Mencerap Hujan Meteor Geminids 14/15 Disember ini!!!

Rajah 1Jaluran meteor (tahi bintang) di atas sebuah kubah ketika berlakunyaperistiwa hujan meteor. Geminids adalah antara peristiwa hujan meteor yang terbaik untuk dicerap sepanjang tahun. Pada tahun ini, dijangkakan ianya akan menjadi Geminids yang paling meriah berbanding Geminids pada tahun-tahun lepas memandangkan waktu kemuncak pada tahun ini jatuh pada waktu malam di Malaysia iaitu pada jam 00.45 pagi pada 15 haribulan Disember ini. Bulan sabit yang akan tenggelam awal pada pukul 11.00...

Ahad, 18 November 2007

Komet Holmes/17P

Komet Holmes/17P mula menjadi sebutan dan perhatian ramai pada pertengahan bulan Oktober lalu. Namun saya yang pada waktu itu sedang bekerja secara sambilan di Wangsa Maju menyebabkan saya tidak berpeluang untuk mengikuti dan mencerap komet ini. Ditambah lagi dengan jadual kerja saya yang masuk kerja pagi dan balik hampir pukul sepuluh malam membuatkan saya rasa letih dan malas untuk keluar mencerap. ;D. Siber Kafe pun jauh untuk saya pergi untuk mencari data mengenai komet ini. emmm...punya la...

Selasa, 13 November 2007

Syabas Angkasawan Malaysia!!!!

Krew ekspedisi 16 bergambar kenangan di Johnson Space Center. Dari kiri (barisan hadapan) adalah Kosmonaut Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Rusia Yuri Malenchenko, jurutera pesawat dan komander Angkasawan Peggy Whitson, dan Angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Dari kiri (barisan belakang) adalah angkasawan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) Leipold Eyharts, angkasawan Garrett Reisman dan angkasawan Dan TaniKlik di sini untuk membaca artikel mengenai program Angkasawan Negara.Sesungguhnya...

Fenomena Astronomi November 2007

Pasti mengasyikkan melihat permandangan matahari tenggelam di kala senja ditambah lagi jika ianya dilakukan di kawasan tepi pantai yang menghala ke arah barat. Bagi yang kerap melakukan aktiviti ini, pasti kadang kala akan anda terlihat akan satu atau beberapa buah bintang yang kelihatan amat terang tergantung di ufuk. Kebiasaanya ramai akan beranggapan bahawa itu adalah satelit. Pendapat itu mungkin benar namun kebiasaanya apa yang dilihat oleh mereka itu ialah satu objek yang tidak dijangka...

Kapal Angkasa Rosetta Mendekati Bumi 13 Nov Ini

Ilustrasi mengenai penerbangan Kapal Angakasa Rosetta yangakan menghampiri Bumi pada 13 November 2007 ini Tandakan di kalendar anda tarikh 13 November, 2007, iaitu hari pesawat angkasa Rosetta milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) yang akan membuat satu penerbangan hampir dengan bumi dalam perjalanannya kepada Comet 67 / P Churyumov Gerasimenko. Apa yang sedang berlaku? Komet tersebut berada di luar sana tetapi mengapakah Rosetta akan pulang mendekati bumi? Ini adalah berkait dengan hal kelajuan.Seperti...

Selasa, 11 September 2007

Fenomena Astronomi September

Rajah 1Panduan untuk mencari planet Utarid berpandukan kedudukan bulan. Setelah agak lama rencana mengenai fenomena astronomi bulanan tidak saya upload, maka bulan ini ianya kembali dengan sedikit maklumat agar dapat membantu anda dalam mengadakan aktiviti pencerapan. Sepanjang bulan September, planet paling dekat dengan matahari iaitu planet Utarid akan kelihatan tinggi dipemandangan langit senja. Planet kecil ini pada 1 haribulan akan berada di buruj Leo sang singa dan kemudian akan menghabiskan...

A Scorpio Sky Spectacular

Credit & Copyright: Stéphane GuisardOriginal article from Astronomy Picture of The Day Explanation: If Scorpio looked this good to the unaided eye, humans might remember it better. Scorpio more typically appears as a few bright stars in a well known but rarely pointed out zodiacal constellation. To get a spectacular image like this, though, one needs a good camera, color filters, and a digital image processor. To bring out detail, the above image not only involved...

Sabtu, 25 Ogos 2007

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana Bulan – 28/08/2007 28 haribulan ini kita akan berkesempatan untuk melihat gerhana bulan penuh. Namun bagi kita di Malaysia hanya berkesempatan untuk melihat fasa-fasa akhir gerhana penuh ini kerana bulan hanya akan naik dari ufuk timur pada pukul 07.21 minit malam iaitu ketika bulan sedang di pertengahan gerhana. Peristiwa kali ini boleh dilihat bermula ianya naik sehinggalah ia meninggalkan bayang gelap matahari iaitu umbra pada sekitar jam 08.30 malam. Jangan lepaskan peluang untuk melihat bulan yang sedang gerhana naik dari ufuk!. Pasti ini akan menjadi pengalaman dan permandangan...

Isnin, 20 Ogos 2007

Cuba-cuba Dalam Astrofotografi

Beberapa hari yang lepas, seorang pelayar laman Astromas, iaitu sdr Imran memberitahu bahawa dia ada mengambil gambar buruj Orion, atau lebih dikenali sebagai buruj Belantik bagi masyarakat Melayu. Maka, saya meminta beliau untuk emailkan gambar tersebut kepada saya. Mengikut sdr Imran, gambar ini diambil dari atas bumbung rumahnya (??) pada 22 Februari 2007 menggunakan kamera digital Kodak (saya lupa modelnya) dengan menggunakan mode 7 sec exposure. Setelah saya mendapat gambar tersebut, saya...

Selasa, 14 Ogos 2007

Peristiwa Halo Matahari

Beberapa hari yang lepas, saya telah menerima beberapa email dari rakan-rakan yang mengkhabarkan bahawa mereka melihat satu fenomena di sekitar matahari yang agak aneh. Matahari dikatakan mempunyai jaluran yang agak besar mengelilinginya yang kelihatan seperti cincin. Apabila menerima gambar dari rakan-rakan saya iaitu Dr Chong dan saudara Boss, iaitu seorang peminat laman Astromas, barulah saya sedar bahawa peristiwa yang dilihat itu adalah dipanggil fenomena halo.Fenomena halo (bahsa Greek: ἅλως)...

Pengumuman Trip Pencerapan di Pulau Singa Besar, Langkawi

Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang kini sedang dalam perancangan untuk mengadakan satu trip pencerapan di Pulau Singa Besar, Langkawi. Lokasi tersebut mempunyai lokasi yang sangat gelap sehinggakan jaluran bima sakti dapat dilihat dengan mata kasar.Cadangan Tarikh 10 & 11 November 2007atau8 & 9 Disember 2007Pada tarikh tersebut adalah pada hari bulan tua dan bulan baru yang membolehkan pencerapan deep sky dapat dilakukan. Jika anda berminat, boleh mendapatkan info lanjut dengan menghubungi Professor Madya Dr Chong Hon Yew di 016-315...

Selasa, 7 Ogos 2007

Hujan Meteor Perseids (12/13 - 13/14/08/2007, 01.00 pagi dan ke atas)

Rajah 1Foto komposit yang diambil selama 3 hari kemuncakperistiwa PerseidsKredit Imej : Chris L Peterson. Seperti kata Pak Mutoha, iaitu rakan astronomi kita dari Yogjakarta, bulan ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh para ahli astronomi amatur memandangkan banyak fenomena astronomi menarik yang berlaku pada bulan ini. Dimulakan dengan peristiwa hujan meteor Perseids pada pagi 13 haribulan ini dan diteruskan dengan gerhana bulan penuh pada 28 Ogos ini. Agak telah...

Khamis, 2 Ogos 2007

Planet Cerapan Mata Kasar Bulan Ini

Selepas beberapa bulan menjadi latar utama penghias permandangan langit senja, bulan ini planet paling terang di langit iaitu planet Zuhrah sudah mula berada rendah di ufuk pada awal bulan dan kemudiannya akan terus menghilang dari pandangan waktu senja. Pengganti planet ini ialah planet Utarid yang akan mula muncul rendah di kaki langit bulan ini. Namun disebabkan faktor awan dan kecerahannya yang tidak setanding dengan planet Zuhrah, maka agak sukar untuk kita melihatnya dengan mata...

Rabu, 25 Julai 2007

Berita Angkasawan Pertama Malaysia

Tariq MalikStaff WriterSPACE.com Tue Jul 24, 12:15 AM ET WASHINGTON - Malaysia's debut spaceflyer, the first female commander of International Space Station (ISS) and a veteran Russian cosmonaut are gearing up for their orbital mission this fall. Malaysian orthopedic surgeon Sheikh Muszaphar Shukor, 34, is training for a planned Oct. 10 launch towards the ISS with veteran NASA astronaut Peggy Whitson and cosmonaut Yuri Malenchenko to kick off the 16th expedition to the orbital laboratory. "It's really important to me to spur interest among all the Malaysian people," Shukor told...

Selasa, 17 Julai 2007

Mencerap komet LINEAR (C/2006 VZ13)

Kedudukan komet LINEAR mengikut tarikh.Kredit imej : Sky&TelescopeKomet LINEAR (C/2006 VZ13), yang kini sedang bergerak di buruj Draco dan Bootes telah melebihi jangkaan kecerahannya. Ianya pada awalnya dijangkakan untuk mencapai magnitud kecerahan sekitar 10, iaitu hanya untuk dilihat oleh mereka yang mempunyai teleskop. Namun magnitud terkini komet ini telah mencapai nilai 7.5 - 8.00, yang menjadikannya objek yang mudah untuk dicerap menggunakan binokular.Pada 10 Julai yang lepas, komet ini...

Jumaat, 29 Jun 2007

Mari Mencerap Musytari, Zuhal dan Zuhrah Dengan Mata Kasar!

Planet Musytari kini sudah pasti menjadi planet tumpuan pencerapan memandangkan kedudukannya yang kini berada sekitar di atas kepala pemerhati pada jam 8 malam. Kedudukannya yang berdekatan dengan bintang tercerah di buruj Scorpio iaitu bintang Antares pasti membantu pencerap untuk mencarinya.Rajah menunjukkan kedudukan planet Musytari di buruj Scorpio yang akan ditemani oleh bulan untuk beberapa hari ini. Jadi bagi anda di luar sana, malam ini cuba keluar dari rumah anda dan perhatikan di mana...

Ahad, 10 Jun 2007

See Vesta at Its Brightest!

By : Greg BryantCredit : SkyandTelescope.comHow many planets can you see using your eyes alone? The usual answer is five: Mercury, Venus, Mars, Jupiter, and Saturn. But two additional objects also qualify fairly easily. Uranus and the asteroid 4 Vesta can both become as bright as about magnitude 5½. Uranus is detectable in a dark sky for many months every year. But Vesta, the brightest asteroid, achieves naked-eye visibility only rarely — and this is one of those times! Jupiter, the brilliant "star"...

Aktiviti Didik dan Astronomi di Planetarium Negara

9 Jun 2007-Sabtu - Planetarium Negara Hari ini saya bersama Prof Madya Dr Chong Hon Yew telah berada di Planetarium Negara bersempena dengan aktiviti DIDIK yang melibatkan pelajar sekolah rendah dari seluruh Kuala Lumpur. Saya dan Dr Chong di sana mengadakan beberapa aktiviti berkaitan astronomi seperti cerapan tompok matahari, auto roket dan juga sesi penerangan astronomi kepada yang berminat.Saya bertolak dari rumah sewa di Shah Alam pada pukul 8 pagi. Membayangkan akan berjumpa dengan ramai peminat astronomi di sana membuatkan saya rasa teruja untuk cepat sampai di sana. Perjalanan menaiki...

Khamis, 17 Mei 2007

Phoenix Mars Lander akan ke Marikh Ogos ini

Rajah 1Phoenix Mars Lander di permukaan Marikh mengikut pandangan artisKredit gambar : NASA/JPLSetelah sekian Mars Rovers menjelajahi planet Marikh keseorangan, kini ia akan mendapat kawan baru yang akan dihantar ke planet merah tersebut tidak lama lagi. Kenderaan tersebut yang diberi nama Phoenix Mars Lander yang kini telah tiba di Florida untuk perlancarannya yang dijangka pada 3 Ogos 2007 ini.Jika keadaan adalah baik pada hari tersebut, Phoenix Mars Lander akan menuju ke planet Marikh dengan...

Rabu, 2 Mei 2007

Galaksi

Galaksi merupakan satu kawasan kejiranan yang dipenuhi oleh ratusan jutaan bintang, planet, awan gas yang bersinar (nebulae), gas, debu angkasa, kawasan kosong, dan berkemungkinan lohong hitam. Ianya terdiri dari 3 kelompok utama; Elips, berpusar, dan tidak sekata.Galaksi Elips (elliptical galaxy)Rajah 1Galaksi M87 diambil dari Balai Anglo AustralianKredit : David MallinGalaksi berbentuk elips kelihatan sebagai satu titik yang kembang. Galaksi berbentuk ini mempunyai kepelbagaian bentuk iaitu dari...

Isnin, 30 April 2007

Fenomena Cakerawala 2007

Semua masa (biru) perlu ditambah 8 jam utk mendapatkan waktu Malaysia2007 04 03 9 UT Moon at apogee, 252,481 miles (406,329 km)2007 04 17 6 UT Moon at perigee, 221,913 miles (357,135 km)2007 04 22 23 UT Meteor shower peak -- Lyrids 2007 04 30 11 UT Moon at apogee, 252,407 miles (406,209 km)2007 05 06 12 UT Meteor shower peak -- Eta Aquarids2007 05 13 2 UT Mercury at greatest illuminated extent (evening)2007 05 15 15 UT Moon at perigee, 223,316 miles (359,392 km)2007 05 27 22 UT Moon at apogee, 251,941 miles (405,460 km)2007 06 02 10 UT Mercury at greatest elongation,...

Page 1 of 4612345Next