Selasa, 13 November 2007

Kapal Angkasa Rosetta Mendekati Bumi 13 Nov Ini

Ilustrasi mengenai penerbangan Kapal Angakasa Rosetta yang
akan menghampiri Bumi pada 13 November 2007 ini

Tandakan di kalendar anda tarikh 13 November, 2007, iaitu hari pesawat angkasa Rosetta milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) yang akan membuat satu penerbangan hampir dengan bumi dalam perjalanannya kepada Comet 67 / P Churyumov Gerasimenko.

Apa yang sedang berlaku? Komet tersebut berada di luar sana tetapi mengapakah Rosetta akan pulang mendekati bumi? Ini adalah berkait dengan hal kelajuan.

Seperti kapal angakasa yang lain, Rosetta memerlukan bantuan daya tarikan graviti sesuatu planet untuk membolehkan ia mendapat tenaga lonjakan tambahan agar ia dapat menambahkan kelajuanya. Daya graviti tersebut juga digunakan untuk memesongkan arah laluannya ke arah yang dikehendaki dengan mudah tanpa memerlukan penggunaan tenaga enjinnya secara banyak.


Disepanjang perjalanan Rosetta untuk mendekati komet 67/P Churyumov-Gerasimenko pada tahun 2014, ia memerlukan bantuan tarikan graviti dari planet seperti yang telah ia lakukan dengan bantuan planet bumi pada 4 Mac 2005, dan graviti dari planet Marikh pada 25 Februari 2007 yang lepas. Kini kapal angkasa Rosetta akan melakukan perkara yang sama sekali lagi buat kali ke-tiga pada 13hb November ini dan untuk kali yang ke-empat dan terakhir pada 13 November 2009.

Sebelum lencongan ke-empat dilakukan, Rosetta akan melalui terlebih dahulu lingkaran asteroid di antara planet Marikh dan Musytari dan akan membuat pemerhatian terhadap asteroid Lutetia, iaitu salah satu langkahnya untuk menguji kamera dan peralatan saintifik yang dimiliki oleh Rosetta.

Pada tahun 2014, kapal angkasa Rosetta akan mendekati komet 67/P Churyumov-Gerasimenko dan akan memulakan penyelidikan yang serius terhadapnya termasuklah mendarat di permukaan komet tersebut.

Sumber asal : Penerbitan Berita ESA