Panduan Memasang Teleskop
Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial
Al Quran dan Teori Big Bang
Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.
Mengenali Planet Kerdil
Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut
Kalendar Astronomi 2012
Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku
Meneroka langit menggunakan binokular
Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!
Ahad, 23 Mac 2008
"Ikut Lengkungnya Untuk Ke Arcturus"
Ahad, 2 Mac 2008
Fenomena Astronomi Mac 2008
Masih lagi seperti bulan lepas, planet Marikh masih lagi menjadi tumpuan pencerapan utama. Bulan ini, planet ini kelihatan meninggi di atas kepala pemerhati pada awal malam. Kedudukan planet kemerahan ini kini telah beranjak dari buruj Taurus si Lembu pada bulan lepas kepada buruj Gemini si Kembar. Planet Marikh akan dapat dilihat di langit malam sebagai satu titik bintang kemerahan yang terang sebelum ianya terbenam di ufuk barat sekitar pukul 2 pagi. Menemani Marikh ialah planet Zuhal yang berada tidak jauh di timurnya iaitu di buruj Leo sang Singa. Planet Zuhrah bersinar dengan kecerahan sekitar magnitud 0 iaitu akan kelihatan bersinar sedikit kejinggaan berbanding bintang lain. Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk menjejaki buruj kediaman Zuhal yang senang dikenal pasti dengan bentuk sang singa.
Menjelang pukul 3 pagi, planet paling besar dalam sistem suria iaitu planet Musytari akan mula keluar dari ufuk timur. Bulan ini, Musytari akan menetap di buruj Saggitarius. Amat beruntung bagi mereka yang berada di kawasan yang amat gelap seperti di kampung kerana akan berpeluang untuk melihat galaksi Bima Sakti dengan hanya menggunakan mata kasar! Pusat Bima Sakti kelihatan seperti gumpalan awan yang memanjang dari buruj Pari di selatan hingga ke langit utara. Gumpalan awan ini kelihatan menggemuk di buruj Saggitarius yang menandakan pusat galaksi Bima Sakti berada di situ. Rujuk rajah 1. Jangan risau kerana bulan-bulan seterusnya akan membolehkan kita melihat sungai susu (Milky Way) ini dengan lebih baik. Menjelang waktu matahari naik pula kita akan disajikan permandangan dua planet terdekat dengan matahari yang akan berkongsi tempat di buruj Aquarius.