Assalamualaikum & hai...
Kredit imej : Cumbriansky
Tahun ni kita bertemu sekali lagi dengan peristiwa hujan meteor gemenids. Meteor atau nama lainnya tahi bintang dikatakan akan muncul dilangit dengan sangat banyak sekali pada peristiwa yang disebut sebagai Hujan meteor Geminids ini. Berapa banyak? Lebih kurang 120 meteor dalam masa sejam! Cuba bayangkan anda berbaring menghadap langit yang gelap yang dipenuhi ribuan bintang kemudian sekitar seminit dua ada tahi bintang yang melintas yang menyebabkan jantung anda berdenyut laju seketika. Jika cuaca elok sehingga pagi maka anda berpeluang melihat beratus2 tahi bintang!
Anda jangan risau kerana untuk melihat tahi bintang Geminids ini anda tidak perlu menggunakan sebarang peralatan. Cukup sekadar berbaring menghadap langit dengan keadaan yang selesa (dengan tikar dan bantal serta segelas kopi panas) dan pandang sahaja ke dada langit dengan mata kasar anda. Tiada teleskop atau binokular atau gajet2 yang pelik2 diperlukan!
Mengikut data yang diberikan oleh International Meteor Organisation (link), kemuncak peristiwa Geminids akan berlaku pada 14haribulan ini pada jam 14 Universal Time yang bersamaan jam 10 malam waktu Malaysia 14 Disember. Ini adalah waktu kemuncak iaitu dijangka sekitar 120 tahi bintang dijangka muncul di langit dengan syarat lokasi anda adalah sangat gelap seperti di kampung dan pedalaman. Jika anda tinggal berhampiran bandar besar, maka nilai ini akan jatuh kepada sekitar 20 tahi bintang dalam masa satu jam. Menarik bukan? Tak sabar? hehe. Namun jangan lupa bahawa semua ini bergantung kepada keadaan langit di tempat anda. Jika ia berawan maka lebih baik anda masuk rumah sahaja atau tunggu awan tersebut pergi.
Kemuncak adalah pada malam 14/15 Disember tetapi peristiwa ini sudah mula menjadi aktif bermula 7 hingga 17 Disember 2010 lagi. Maka tidak menjadi pelik jika anda ada terlihat satu dua tahi bintang secara tak sengaja dalam seminggu dua ini. Ingin saya beritahu bahawa peristiwa ini anda boleh lihat sepanjang malam, sehinggalah matahari timbul!
Bercakap mengenai malam 14/Disember nanti. Buruj Gemini iaitu punca dimana tahi bintang akan keluar sekitar jam 9 malam. Pada masa tersebut ianya sangat rendah di langit timur, iaitu masih tidak sesuai untuk memulakan cerapan. Anda boleh tunggu sekitar jam 12 tengah malam untuk buruj ini berada hampir di atas kepala. Sambil2 menunggu itu, anda boleh isi masa anda dengan melihat bulan yang berada di langit barat. Disebelahnya terdapat satu 'bintang' yang sangat terang. Itu sebenarnya ialah planet Musytari!
Rajah menunjukkan keadaan langit pada malam 14 Dis 2010 sekitar jam 11.50 malam. Perhatikan buruj Gemini yang merupakan punca dimana tahi bintang mula keluar. Buruj Gemini merupakan titik rujukan anda namun anda boleh melihat di kawasan lain di langit yang mana tahi bintang kelihatan lebih panjang!
Bulan akan mula tenggelam di langit barat sekitar jam 1.30 pagi 15hb. Masa ini adalah yang terbaik kerana cahaya bulan sudah tiada untuk menenggalamkan meteor yang kelam.
Apa lagi yang ditunggu. Rancang aktiviti mencerap peristiwa ini dengan rakan2 anda. Pastikan keselamatan anda terjamin. Jangan segan untuk hubungi saya untuk membantu anda.
Salam hormat,
Jom mencerap!
ibnu_ali_87 @yahoo.com
0132180412
Artikel berkaitan :
1. Mencerap Geminids 2009
2. Geminids di Pantai Kelanang 2008
3. Geminids 2007
4. Mencerap Geminids 2006