Jumaat, 31 Oktober 2008

Phoenix Mars Lander Berhenti Berkomunikasi

 Robot Phoenix Mars Lander mengalami kegagalan bekalan kuasa


Satu berita sedih bagi peminat astronomi yang mengikuti perkembangan robot Phoenix Mars Lander. Robot di planet merah Marikh tersebut telah berhenti bertindak balas. Ini adalah berikutan kepada masalah bekalan kuasa yang rendah akibat kerosakan pada sistem litar elektrik kesan daripada ribut debu dan hari siang yang semakin pendek di Marikh. Masalah ini juga turut disumbangkan oleh cuaca sejuk, iaitu sama seperti di bumi yang mengalami musim panas dan sejuknya yang tersendiri.

Para jurutera misi di bumi telah berupaya menghantar arahan untuk memulakan semula bateri yang telah mati dengan harapan komunikasi seterusnya dapat dimulakan semula. Namun, robot phoenix tetap tidak bertindak balas kepada satu lagi robot pengorbit di ruang udara Marikh, iaitu Mars Orbiter.

Phoenix Mars Lander sekarang berada di Marikh untuk misi mencari bukti kewujudan air di sana. Pada bulan Jun yang lalu, robot tersebut telah berjaya menemui ais daripada air yang menjadi bukti bahawa air pernah atau sedang wujud di Marikh. Ini memungkinkan kewujudan organisma lain di planet itu.

Namun dengan berita sedih ini, adakah anda bersedia untuk menerima khabar akan tamatnya riwayat misi Phoenix Mars Lander?


Artikel Oleh Astromas