Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Khamis, 24 Disember 2009

Jom menyambut tahun baru 2010 dengan gerhana bulan separa!

Assalamualaikum & hai... Apa khabar semua? Saya harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera sahaja. Sedar tak sedar kita telah berada dihujung tahun 2009. Tidak lama lagi tahun 2010 pula akan menjelma. Perjalanan ditahun 2010 belum pasti bagaimana keadaanya. Namun insyaAllah semuanya akan menjadi baik2 sahaja jika ada perancangan dan perlaksanaan yang terbaik dari diri sendiri. Sudah pasti impian dan harapan kita adalah untuk memastikan kita di tahun yang baru adalah lebih baik dari tahun...

Isnin, 14 Disember 2009

Data Cerapan Geminids Dari 11hb hingga 16 Disember. Anda masih ada peluang!

Assalamualaikum & hai... Bagaimana dengan pencerapan hujan meteor Geminids anda? Kecewa kerana terlepas beberapa malam yang lepas? Jangan risau kerana malam2 yang berbaki masih lagi boleh digunakan untuk menikmati Geminids. Berikut adalah data bilangan meteor mengikut hari yang disediakan oleh Fluximator NASA. Graf ini merujuk kepada pencerapan yang dilakukan di kawasan desa. Paksi X merujuk kepada waktu dan paksi Y merujuk kepada bilangan meteor. Malam 11hb hingga ke pagi 12...

Sabtu, 12 Disember 2009

Maklumat Pencerapan Hujan Meteor Geminids 2009

Assalamualaikum & hai…. Apa khabar semua? Saya harap anda berada dalam keadaan yang sihat sahaja. Saya baru sahaja sembuh dari demam selesema selama 3 hari. Alhamdulillah sekarang keadaan semakin baik untuk membolehkan saya menaip artikel untuk Geminids 2009 ini. Hehe.  Mungkin ini sedikit terlambat namun mungkin boleh dijadikan panduan pada saat2 akhir kepada anda. Peristiwa hujan meteor Geminids merupakan peristiwa hujan meteor yang paling ditunggu-tunggukan sepanjang tahun. Ianya...

Isnin, 16 November 2009

[KEMAS KINI] Sesi Cerapan Leonids 09 di Dataran Shah Alam

Kemas kini mengenai lokasi (update 8.40pm, 16hb Nov) Assalamualaikum & hai... Bersempena peristiwa hujan meteor Leonids 2009 pada 18hb November ini, saya akan melakukan sesi pencerapan seperti mana berikut : Program : Pencerapan Hujan Meteor Leonids 2009 Lokasi    : Sebelah Padang B, Dataran Shah Alam, Selangor D.E Masa      : 02.00 pagi ~ 06.30 pagi (kemuncak pada 5.45 pagi) Tarikh     : 18hb November 2009  Credit : 2001 F. Espenak Dengan...

Ahad, 15 November 2009

[KEMAS KINI] Mencerap Hujan Meteor Leonids 18 November 2009

Kemaskini terbaru  : 15 November 2009 Assalamualaikum & hai... Pasti ramai yang teruja untuk mencerap peristiwa hujan meteor kali ini. Dikhabarkan bahawa peristiwa Leonids pada tahun ini akan membawa kita kepada peristiwa hujan tahi bintang yang hebat seperti yang pernah berlaku pada tahun 2001. Mengikut data terbaru yang disediakan oleh International Meteor Organization, kita berkemungkinan dapat melihat sehingga 150 ke 200 tahi bintang dalam masa satu jam. Dijangka peristiwa...

Sabtu, 7 November 2009

Sesi Cerapan dan Ceramah di Balai Seni Lukis Negara 7hb Nov 09

Assalamualaikum & hai.. Petang ini (7hb Nov 09), saya, Dr Chong dan rakan dari USM akan berada di Balai Seni Lukis Negara untuk satu sesi ceramah astronomi dan cerapan bintang. Program akan bermula pada jam 6 petang dan berakhir sekitar 12 malam. Anda semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma Boleh hubungi saya jika perlu. Jom mencerap! 013-2180412 nuffnang_bid = "d83c7814cde6bec1f038732fa5de21c2";...

Jumaat, 6 November 2009

Teleskop James Webb Peganti Teleskop Hubble

Artikel oleh : Mohd Rizuan Bin Ali http://astromas2020.blogspot.com Rajah 1 Gambaran artis terhadap Teleskop Angkasa James Webb. Teleskop Angkasa James Webb (James Webb Space Telescope, JWST) boleh dikatakan sebagai teleskop pengganti kepada teleskop angkasa Hubble. Namun ianya akan mencerap dalam julat gelombang inframerah, iaitu tidak seperti teleskop Hubble yang mencerap dalam gelombang cahaya dan sinar ultra-ungu. Seperti teleskop Hubble, JWST juga akan ditempatkan di ruang angkasa lepas...

Khamis, 1 Oktober 2009

Kapal Angkasa MESSENGER Mendekati Utarid

Imej resolusi tinggi dibahagian utara Utarid iambil oleh MESSENGER  Kredit imej : MESSENGER team Semalam, 29 September 09, kapal angkasa MESSENGER  milik NASA telah melakukan penerbangan mendekati planet Utarid. Ini merupakan penerbangan lintas (flyby) MESSENGER yang ke tiga sejak pelancarannya pada Ogos 2004 yang lalu. Penerbangan lintas yang pertama adalah pada  14 Januari 08, kali ke dua pada  6 Oktober tahun yang sama dan kali ke tiga pada hari semalam. MESSENGER merupakan...

Rabu, 23 September 2009

Kapal Angkasa Kargo Jepun Tiba di ISS

*Dipetik dari akhbar  Berita Harian CAPE CANAVERAL (Florida): Kapal angkasa kargo terbaru Jepun selamat tiba di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada jarak 225 kilometer dari bumi pada 10 September yang lepas. Angkasawan Nicole Stott menggunakan 'tangan robot' di ISS untuk menarik bekalan seberat 18 tan dari kapal angkasa kargo itu, petang semalam. Kapal angkasa itu - yang pertama di dunia - dilancarkan ke orbit minggu lalu dari Jepun.  Ia juga kapal angkasa pertama tanpa...

Ahad, 20 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Assalamualaikum... Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat astronomi dan falak serta semua yang mengenali saya. Mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap dari pihak saya. Semoga anda semua bergembira di hari raya. Salam lebaran, Astromas, Astronomi Untuk Semua. nuffnang_bid = "d83c7814cde6bec1f038732fa5de21c2";...

Jumaat, 18 September 2009

Fenomena Astronomi September 2009

Assalamualaikum... Berikut adalah senarai peristiwa astronomi yang akan berlaku sehingga hujung bulan ini. Waktu dinyatakan dalam format Universal Time (UT). Tambah 8 jam untuk waktu Malaysia. 18hb    0        Utarid pada jarak paling dekat dengan bumi18hb    18 44 Bulan Baru. Dah nak raya ni...hehe19hb    0        Bulan sangat hampir dengan Utarid! 1.1 darjah20hb    9       ...

Ahad, 23 Ogos 2009

Selamat Berpuasa Semua!

Assalamualaikum & hai.. Selamat berpuasa saya ucapkan kepada umat Islam diseluruh dunia. Semoga Ramadhan yang penuh  barakah ini tidak kita sia-siakan begitu sahaja. Bagaimana pengalaman mencerap hujan meteor Perseids anda? Saya pasti sesiapa yang meluangkan masa untuk mencerap pasti dapat melihat paling kurang satu atau dua jaluran meteor Perseid. Video di atas telah rakamkan oleh John Chumack dari Dayton Ohio. Rakaman dibuat selama 3 hari (11 hingga 14 Ogos) dengan menghalakan kamera...

Selasa, 11 Ogos 2009

Jom Mencerap Hujan Meteor Perseids Ogos Ini!

Sudah Lama Tak Mencerap Hujan Meteor  Rajah 1 Perisitiwa hujan meteor Perseid 2007. Credit image : Fred Bruenjes Setelah sekian lama tidak disajikan dengan peristiwa hujan meteor yang hebat, maka bulan ini kita akan dapat bertemu dengan salah satu peristiwa hujan meteor yang menarik iaitu hujan meteor Perseids. Mungkin ramai yang masih belum tahu apakah sebenarnya perstiwa hujan meteor.  Peristiwa hujan meteor/tahi bintang bermaksud pada ketika peristiwa ini terjadi, anda akan...

Sabtu, 25 Julai 2009

Gerhana Matahari Julai 2009

Assalamualaikum & hai... Maafkan saya kerana tidak sempat menghebahkan kepada anda akan peristiwa astronomi iaitu gerhana matahari separa yang berlaku pada 22 Julai 2009 yang lepas. Saya sendiri pada ketika itu tidak berkesempatan untuk mengikuti pencerapan tersebut kerana kesibukan dengan urusan posting di hospital. Berikut adalah diubah suai dari artikel dari Berita Harian. Mencerap Gerhana di Malaysia Rakyat Malaysia terutamanya di kawasan utara Semenanjung telah berpeluang untuk menyaksikan...

Rabu, 10 Jun 2009

Aktiviti Astronomi di Malaysia Hingga Ogos 2008

Assalamualaikum & Selamat sejahtera... Kredit foto : Tommy Lim Berikut adalah senarai aktiviti astronomi yang sedang dan bakal diadakan di sekitar Malaysia hingga Ogos 2009. 1) Sambutan Bulan Astronomi akan diadakan di Galeria Perdana, Langkawi pada 15 hingga 20 Jun ini. Anda semua dijemput hadir 2) Satu aktiviti Karnival Sains dan Astronomi akan diadakan di Muzium dan Galeri USM Pulau Pinang pada 18 hingga 21 Jun 2009 3) Karnival Sains & Astronomi untuk 135 buah sekolah akan diadakan...

Selasa, 9 Jun 2009

Menjengah ke Blog

Assalamualaikum & selamat sejahtera... Galaksi kita iaitu Bima Sakti diambil menggunakan kamera SLR Nikon oleh Jerry LodrigussKredit imej : Jerry Lodriguss Apa khabar semua? Maafkan saya kerana sudah hampir sebulan tidak mengemaskini blog Astromas ini. Kesibukan dengan urusan pelajaran di universiti dan urusan kelab Medical Science telah sedikit membataskan  saya untuk meluangkan masa di blog ini. Apa pun, sekarang ini saya sudah mula cuti semester selama 2 minggu. Cuti semester ini pendek...

Selasa, 28 April 2009

Diari Langit Mei 2009

Peta Bintang Mei 2009 Peta bintang menunjukkan suasana langit pada waktu malam tepat 12 tengah malam, 15 Mei 2009 di Kuala Lumpur.  Zenith adalah titik langit betul-betul di atas kepala anda. Garisan hijau yang merentang dari arah timur ke barat adalah orbit bagi matahari, bulan, dan planet. Garisan ini dikenali sebagai garisan ekliptik. Disepanjang garisan ekliptik terletaknya 12 buruj zodiak. Perhatikan pusat galaksi Bima Sakti di buruj Saggitarius yang menjanjikan pelbagai objek...

Page 1 of 4612345Next