Kemas kini mengenai lokasi (update 8.40pm, 16hb Nov)
Assalamualaikum & hai...
Bersempena peristiwa hujan meteor Leonids 2009 pada 18hb November ini, saya akan melakukan sesi pencerapan seperti mana berikut :
Program : Pencerapan Hujan Meteor Leonids 2009
Lokasi : Sebelah Padang B, Dataran Shah Alam, Selangor D.E
Masa : 02.00 pagi ~ 06.30 pagi (kemuncak pada 5.45 pagi)
Tarikh : 18hb November 2009
Credit : 2001 F. Espenak
Dengan ini saya ingin menjemput rakan2 semua untuk sama2 memeriahkan aktiviti cerapan. Ajak sekali ibu-bapa dan rakan2 lain yang berminat. Sesi membaca peta bintang dan chit chat astronomi turut akan diadakan. Jika sesiapa ingin sponsor air kopi/nescafe atau makanan ringan pula amatlah dialu-alukan..hehe
Ini hanyalah sesi cerapan kecil sahaja. Mungkin lain kali kita boleh buat secara lebih besar dan teratur. Mungkin untuk peristiwa Geminids pada bulan Disember nanti ;-) Saya akan sediakan peta bintang dan almanac percuma untuk anda semua nanti.
Lokasi Cerapan
View Larger Map
Lokasi Cerapan
View Larger Map
Arah masuk ke lokasi. Dilihat dari jalan utama di Dataran Shah Alam. Perhatikan padang B di sebelah kiri gambar
Papan tanda di persimpangn jalan untuk ke lokasi. Dibelakang adalah Padang B
Lokasi cerapan. Ada sedikit pokok2 tapi tidak akan mengganggu cerapan.
Pesan saya, Jangan lupa untuk memakai baju sejuk dan membawa tikar dan bantal jika perlu untuk memastikan keselesaan sewaktu cerapan. Kalau tidak nanti kesejukan pulak. :p
Jumpa di sana!
MOHD RIZUAN BIN ALI,
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412