ASTRONOMI UNTUK SEMUA

Tujuan laman Astromas ini dibangunkan ialah untuk berkongsi bersama para peminat astronomi/falak mengenai fenomena dan aktiviti astronomi agar boleh diikuti oleh semua tidak kira siapa pun anda! Sebarang komen dan komentar anda amatlah dihargai. Silalah melayari laman ini dari masa ke semasa.
ASTROMAS - Astronomi Untuk Semua

Aktiviti Astronomi Tempatan

KONVENSYEN & EKSPO ASTRONOMI NEGERI PERAK 09


Tarikh : 10-11 Oktober 2009
Tempat : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Anjuran : Falak Online & Kelab Astronomi UPSI


SESI SYARAHAN UMUM SEMPENA INTERNATIONAL YEAR OF ASTRONOMY 2009 (IYA2009)


Tarikh : 13 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi -11.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Penceramah :

1) Dr. Baharrudin B. Zainal -
“Ilmu Falak Dalam Konteks Agama dan Sosio Budaya Melayu”


2) Mejar Dr. Faiz Khaleed - “Peranan Angkasawan dalam Pendidikan Sains dan Teknologi”

Aktiviti Astronomi di Malaysia Hingga Ogos 2008

Artikel oleh Astromas Rabu, 2009 Jun 10

Assalamualaikum & Selamat sejahtera...


Kredit foto : Tommy Lim

Berikut adalah senarai aktiviti astronomi yang sedang dan bakal diadakan di sekitar Malaysia hingga Ogos 2009.


1) Sambutan Bulan Astronomi akan diadakan di Galeria Perdana, Langkawi pada 15 hingga 20 Jun ini. Anda semua dijemput hadir

2) Satu aktiviti Karnival Sains dan Astronomi akan diadakan di Muzium dan Galeri USM Pulau Pinang pada 18 hingga 21 Jun 2009

3) Karnival Sains & Astronomi untuk 135 buah sekolah akan diadakan di Teluk Intan, Perak pada 26 hingga 27 Jun 2009

4) USM International Astronomi Convention dirancangkan berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2009. Merupakan konvensyen astronomi terbesar di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk datang!

5) Satu aktiviti Minggu Astronomi akan diadakan di Perpustakaan Awam Ipoh pada 8-10 Julai 2009. Anda semua dijemput hadir

6) Ketua Menteri Pulau Pinang akan merasmikan balai cerap Pearl Of The Orion di Pulau Pinang pada pertengahan Julai ini

7) Satu program bertajuk "Minggu Kesenian dan Astronomi" akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 1 hingga 8 Ogos 2009

Jom mencerap!


3 komen

  1. Horlic Says:
  2. I mempunyai satu telescope Meade Dobsoniom 8". Beli kat tahun 1997/98. sekarang nak jual second hand.. ada sesiapa minat?

     
  3. Astromas Says:
  4. Macam menarik ni...

    Ada sesiapa berminat?

     
  5. ammar Says:
  6. horlic available lagi ke dobsonian tu?
    berapa hargenye?

     

Catat Ulasan

Daftar email anda

Subscribe to astromas
 

Komen anda terhadap rupa baru web blog ini?