Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Al Quran dan Teori Big Bang

Surah Al Anbiyak ayat 30 mengatakan bahawa alam terhasil dari satu titik yang padu lalu dipisahkan menjadi alam yang sedia ada sekarang ini. Kaitannya dengan teori Big Bang diulas di artikel ini.

Mengenali Planet Kerdil

Apakah itu planet kerdil? Apakah beza planet kerdil dengan planet biasa? Artikel ini mengupas isu tersebut

Kalendar Astronomi 2012

Kalendar ini memuatkan senarai fenomena astronomi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Jangan biarkan diri anda terlepas fenomena astronomi yang menarik dan jarang berlaku

Meneroka langit menggunakan binokular

Jangan pandang rendah kepada binokular kerana peralatan ini membolehkan anda melihat bintang, planet, gugusan bintang malah galaksi!

Sabtu, 20 Disember 2008

Konvensyen Falak Negeri Pahang 2008

Jabatan Mufti Negeri Pahang akan menganjurkan satu program seperti berikut:

Program : Konvensyen Falak Negeri Pahang 2008
Dirasmikan oleh : Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Putera Mahkota Pahang
Tarikh : 22& 23 Disember 2008
Tempat : Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Aktiviti pameran astronomi akan diadakan pada 22 & 23 haribulan. Sesi pencerapan bintang pula akan dilakukan pada 22hb bermula jam 8.30pm bertempat di Masjid KIPSAS.

Jom mencerap!





Selasa, 16 Disember 2008

Pencerapan Hujan Meteor Geminid 2008

Assalamualaikum dan hai...

Pada 13 dan 14 Disember yang lalu, kumpulan Falak-Online disertai beberapa forumer Astromas telah melakukan satu aktiviti cerapan tahi bintang Geminid. Program ini bertempat di Pantai Kelanang yang berhampiran dengan Pantai Morib di Banting Selangor Darul Ehsan. 

 Tapak lokasi yang menghadap pantai Kelanang

 Lokasi tersebut yang biasa menjadi 'port' bagi kumpulan dari Kelanang adalah sangat gelap. Tempatnya strategik dengan gerai makan dan surau yang ada berhampiran. Tempat letak kereta juga turut disediakan.

Ramai teras keras (dari perkataan hardcore..hehe) astronomi yang hadir pada malam itu. Antaranya ialah tuan punya Falak-Online iaitu En Shahrin Ahmad, wakil dari ANGKASA iaitu sdr Redzuan dan Farahana, Fizah mewakilli kelab astronomi UPSI, Farhana mewakili kelab astronomi UIA, saudara Sunlay, Me_ai,  Ust Zainuddin dari Jabatan Mufti Negeri Perak dan ramai lagi. Ada juga pelawat webblog Astromas yang pertama kali menyertai program sebegini iaitu cik Fatiha yang datang berseorangan dari Sg Buloh!. Terima kasih saya ucapkan ;0)

 En Shahrin sedang memberi penerangan mengenai astronomi

Namun sedikit malang bagi kami kerana peristiwa Geminid tahun ini ditemani oleh bulan yang hampir penuh. Cahaya bulan yang sangat terang telah mengganggu kami dengan menyilaukan langit sehinggakan jaluran cahaya dari tahi bintang yang malap tidak kelihatan langsung. Keadaan langit juga tidak berapa mengizinkan dengan awan tebal dan nipis silih berganti menghalang kami dari melihat terus ke langit atas.

 Kelihatan buruj Belantik (Orion) dan bintang Sirius di buruj Canis Major

Jika cuaca adalah bebas dari awan, kami dijangka dapat melihat sekitar 30 tahi bintang dalam masa per jam. Namun disebabkan oleh cuaca yang tak berapa ok, saya hanya dapat melihat 3 tahi bintang yang malap. Rakan2 yang lain ada yang melihat satu tahi bintang dan ada yang tidak dapat terlihat langsung,

 Aktiviti wajib selepas program tamat iaitu bergambar!

Walau apa pun, program ini telah berjaya mengumpulkan sekitar 50 orang peminat astronomi dari pelbagai pelusuk negeri Selangor dan KL. Aktiviti chit-chat di gerai makan selepas program berakhir sekitar pukul 1 pagi menjadi ruang untuk kami berkongsi cerita dan aktiviti yang bakal dilakukan di masa hadapan.

Jom mencerap!

Salam dari saya,




Majalah Dewan Kosmik Disember 2008

Assalamualaikum dan hai...

Majalah Dewan Kosmik Isu Disember 2009
Jangan lupa beli. RM6 aje.hehe

Untuk isu bulan Disember 08, kali ini saya menulis untuk ruangan Astronomi yang bertajuk Soltis Musim Sejuk : Matahari Merajuk ke Selatan. Sebenarnya artikel ni adalah bersempena peristiwa soltis musim sejuk yang akan berlaku pada 21 Disember ini pukul 6.05 minit petang waktu Malaysia. Peristiwa soltis tidak memberikan siginifikan yang banyak kepada kita yang berada di khatulistiwa. Peristiwa ini lebih memberi kesan kepada masyarakat di utara yang sedang mengalami musim sejuk manakala masyarakat selatan bumi sedang mengalami musim panas.

Jadi apa kaitannya dengan kita di Malaysia? Hehe.. jawapannya ialah pada hari tersebut, matahari akan kelihatan berada paling jauh ke selatan pada waktu tengah hari. Lebih tepat lagi jaraknya dari titik atas kepala ialah 23.5 darjah ke selatan. Ha...apa lagi, tandakan pada kalendar atau buat reminder dalam henset untuk tengok matahari di waktu tengah hari pada tarikh 21/22 hb nanti.

Nak tahu cerita lebih kena beli DK isu Disember ye.


Salam dari saya,




Bulan Tersenyum

Assalamualaikum & Hai....

Maafkan saya kerana agak lama tidak update webblog ini dengan berita dan artikel terbaru dunia astronomi. Saya agak sibuk dengan urusan pelajaran di kolej dan sebagainya. Namun saya pasti anda masih terus mengikuti peristiwa astronomi yang berlaku sekitar bulan ini. Yang terbaru ialah peristiwa hujan meteor Geminid dan sebelumnya ialah fenomena bulan tersenyum :)


Pada 1hb yang lepas, telah berlaku peristiwa konjukasi planet yang melibatkan si gergasi Musytari (Jupiter), si terang Zuhrah (Venus) dan si bulan yang sedang tersenyum (bulan sabit). Dengan kata yang lebih mudah, konjukasi planet bermaksud planet2 yang disebutkan kelihatan berada berdekatan antara satu sama lain. Yang menariknya ialah planet2 ini boleh dilihat dengan mata kasar!


Konjukasi atau peristiwa planet berada berdekatan pada 1 Disember lepas.
Titik terang di atas kiri adalah Zuhrah dan Musytari sebagai titik atas kanan.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya kebanyakan planet boleh dilihat dengan mata kasar. Memonopoli paras kecerahan adalah planet Zuhrah (juga disebut bintang kejora), dan diikuti oleh planet Musytari. Kecerahan dua planet ini jauh lebih terang dari bintang biasa yang ada di langit! Planet lain seperti Zuhal, Marikh dan Utarid masih boleh dilihat dengan mata kasar, namun tidak seterang seperti Zuhrah dan Musytari. Planet Uranus pula hanya boleh dilihat menggunakan binokular ataupun teleskop.

Rasa menyesal sebab tak sempat untuk tengok peristiwa pada 1 Disember lalu? Maafkan saya kerana tidak dapat memberitahu akan peristiwa ini dengan lebih awal.

Namun korang jangan risau, kerana sepanjang bulan ini, anda akan dapat lihat Zuhrah dan Musytari berpasangan menghiasi permandangan langit barat pada ketika selepas maghrib. Jangan marah saya kalau cuaca tak elok ye..hehe
 
Berita mengenai pencerapan hujan meteor Geminid pada 13 dan 14 Disember lepas akan saya ceritakan di lain entri.

Salam dari saya,




Rabu, 10 Disember 2008

Maklumat Terbaru Jejak Juraian Meteor

Kepada,

Sahabat Astromas & Falak Online

Salam,

MAKLUMAT TERBARU TENTANG AKTIVITI JEJAK METEOR BERSAMA SANG PURNAMA


Seperti perkara di atas,

Dimaklumkan bahawa aktiviti ini akan diteruskan tapi ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab pengurusan dan hal-hal lain.

Masalah : Penginapan untuk perkhemahan.

Pada tarikh 13-14 Dis 2008 tempahan di kawasan pantai kelanang telah di sewa ini telah diberi tahu oleh pihak Majlis Daerah Banting pada hari isnin 1hb Dis 2008 melalui telifon. Tiga minggu sebelum itu saya telah pun menghantar surat untuk memohon sewa di kawasan tersebut sehingga lah pada hari isnin tersebut baru dapat jawapan.

Tidakan selanjutnya telah saya berhubung dengan En. Shahrin dan hisham (sunly) untuk membincangkan masalah ini, Hisham juga telah membuat tinjauan untuk mencari kawasan lain tapi hasil nya tetap sama kerana kawasan pantai kelanang dan sekelilingnya termasuk sekolah dan lain tempat telah penuh di sewa.

Jadi keputusan yang telah dibuat, oleh itu sekira peserta ingin menginap atau berkhemah di pantai tiada halangan, kita akan tempat kan di suatu tempat yang hisham tahu berdekatan dengan lokasi cerapan.

Sehubungan dengan itu tiada aktiviti khusus hanya pada waktu malam sahaja aktiviti akan dilakukan. Oleh demikan tiada tentatif program untuk aktiviti ini, tetapi saya kan buat satu panduan trip perjalanan untuk kita semua bersama-sama konvoi ke Pantai Kelanang tersebut.

Aturcara 13 Dis 2008 (sabtu)

2.30 ptg : Berkumpul di Tol Batu 3 Shah Alam (klik untuk peta)
3.00 ptg : Bertolak ke Banting
4.14 ptg : Berkumpul di Masjid Banting Solat Asar (bagi rakan-rakan dari selatan boleh
               terus berkumpul di Masjid ini pada waktu yang sama)
5.00 ptg : Bertolak ke Pantai Kelanang
5.30 ptg : Tiba ke lokasi - aktiviti bebas
7.30 mlm : Solat Magrib (Surau Pantai)
8.00 mlm : makan malam (sendiri-sendiri)
8.30 mlm : Solat Isyak (Surau Pantai)
9.00 mlm : Cit-chat Meteor bersama Pengasas Falak Online
9.30 mlm : Persiapan  BBQ (jika nak buat perlulah membuat kutipan pada semua peserta 
                 sebanyak RM15)
                 Cerapan bermula.
10.00 mlm : Jamuan BBQ / seterusnya sehingga tamat cerapan dan jejak meteor
3.00 pg : bersurai

*ini hanya panduan sahaja jika ada tambahan dan cadangan boleh dikemukan.

Saya mohon maaf di atas kesulitan ini dan akan menjadi panduan untuk saya lebih terancang untuk mengadakan aktiviti di lain masa.

Sila maklumkan pada rakan-rakan yang lain untuk maklumat.

yang benar,

Muzamir Mazlan



Rabu, 19 November 2008

Jejak Juraian Meteor Bersama Rembulan

 Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Falak-online dengan kerjasama Astromas akan menganjurkan satu program astronomi seperti mana berikut:

PROGRAM: Jejak Juraian Meteor Bersama Rembulan
TARIKH: 13/14 Disember 2008 (Sabtu dan Ahad)
TEMPAT: Pantai Kelanang, Morib, Banting Selangor D.E

Antara aktiviti program adalah seperti berikut:
    Chit-Chat Astronomi
Sesi bual bicara akan diadakan untuk para peserta kem sebagai pengisian asas kepada ilmu falak & Astronomi disamping berkongsi pengetahuan bidang kerjaya dan teknologi didalam dua bidang tersebut.

    Cerapan Matahari
Peserta kem diberi peluang untuk melihat nyalaan matahari dan diberi penerangan tentang kejadian matahari.

    Bengkel Teleskop
Bengkel ini akan diadakan bagi memperkenalkan jenis-jenis teleskop, dan cara pengunaan. 

    Bengkel Astrofotografi

Peserta diberi peluang untuk mengikuti aktiviti astronomi iaitu astrofotografi.  Pada malam tersebut peserte juga akan menjalani ujian praktikal.

    Bengkel Carta Bintang

Peserta akan diberi carta bintang dan akan mengikuti bengkel untuk mengetahui cara teknik pengunaan dan pada malam perserta akan mempraktikkan cara pengunaan carta bintang tersebut.

    Cerapan Malam
Cerapan malam mengunakan pelbagai peralatan carapan bersama-sama dengan amatur astronomer untuk mencerap objek-objek langit malam yang ada pada malam tersebut. 

    Jejak Juraian Meteor
Kemuncak kem adalah melihat juraian meteor yang akan dapat dilihat dengan mata kasar pada malam tersebut. Peserta akan diarahkan mengira meteor yang dapat dilihat untuk tujuan kajian.

    Permainan Roket Air
Aktiviti riadah bagi merapatkan hubungan di antara peserta.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Tempat tinggal akan disediakan. Hanya sedikit bayaran untuk makanan sahaja akan dikenakan. Yang lain adalah percuma!

Tempat adalah terhad!

Berminat? Sila hubungi saya, Rizuan 017-2421412 atau saudara Muzammir 012-5900943

Oleh Astromas

LNO-SKY IMAGING WORKSHOP 2008

Balaicerap Negara Langkawi (Langkawi National Observatoryz) akan menganjurkan satu program seperti berikut:
Program: LNO-SKY IMAGING WORKSHOP 2008 
Tarikh: 28-30 November 2008 
Tempat: Langkawi National Observatory, 
Langkawi, Kedah Darul Aman.


Penyertaan terbuka kepada semua yang berminat dan terhad kepada 25 orang peserta yg mendaftar awal.  Tiada sebarang bayaran dikenakan tetapi makanan/minuman, penginapan dan pengangkutan tidak disediakan....sendiri tanggung.

Fasilitator adalah Prof Pedro Re dan Paulo Casquinha dari Persatuan Astronomi Amatur Portugal.  Sila ke laman web berikut untuk mengenali mereka.

Prof Pedro Re:
http://www.astrosurf.com/re/


Paulo Casquinha:
Sila search 'Paulo Casquinha' dan anda akan dapati banyak imej2 beliau yang mengkagumkan tersiar dalam laman web NASA, spaceweather dan laman web yg lain.

Peserta yg berminat juga dipelawa untuk membentangkan projek2 astrofotografi yang pernah, sedang  dan akan dilaksanakan dalam bengkel ini.  Masa yg diperuntukkan adalah selama 10 minit.

Bahasa yang akan dibenarkan digunakan dalam bengkel ini adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Portugis sahaja.

Aturcara tentatif adalah seperti berikut:




28/11/08
08.30 hingga 17.00    Pendaftaran/Presentations:

  1. Imaging the Sun
  2. Imaging  the MoonImaging the Planets
  3. Imaging Deep Sky
  4. Imaging solar and lunar eclipse
  5. Instrumentation (DSLR/Video CCD/CCD Camera/Lens/Telescope)
20.30 hingga selesai  Practical Imaging



29/11/08  

08.30 hingga 17.00    Image Processing Techniques
20.30 hingga selesai   Practical Imaging



30/11/08
  


08.30 hingga 12.30    Open discussion dan pembentangan projek/bersurai


Sila hubungi 012-3536012 (KZ) atau 016-5854164 (Ref) atau 04-9668870 (Aishah) untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Tarikh tutup pendaftaran 23 November 2008.


Oleh Astromas

Jumaat, 7 November 2008

Pencerapan Bintang di Teluk Intan, Perak

Bersempena program 3 hari Seni dan Astronomi, satu sesi pencerapan bintang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 November 2008
Masa : 8 malam
Tempat: Sekolah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan di Perak



Anda semua dijemput hadir.


Oleh Astromas

Jumaat, 31 Oktober 2008

Phoenix Mars Lander Berhenti Berkomunikasi

 Robot Phoenix Mars Lander mengalami kegagalan bekalan kuasa


Satu berita sedih bagi peminat astronomi yang mengikuti perkembangan robot Phoenix Mars Lander. Robot di planet merah Marikh tersebut telah berhenti bertindak balas. Ini adalah berikutan kepada masalah bekalan kuasa yang rendah akibat kerosakan pada sistem litar elektrik kesan daripada ribut debu dan hari siang yang semakin pendek di Marikh. Masalah ini juga turut disumbangkan oleh cuaca sejuk, iaitu sama seperti di bumi yang mengalami musim panas dan sejuknya yang tersendiri.

Para jurutera misi di bumi telah berupaya menghantar arahan untuk memulakan semula bateri yang telah mati dengan harapan komunikasi seterusnya dapat dimulakan semula. Namun, robot phoenix tetap tidak bertindak balas kepada satu lagi robot pengorbit di ruang udara Marikh, iaitu Mars Orbiter.

Phoenix Mars Lander sekarang berada di Marikh untuk misi mencari bukti kewujudan air di sana. Pada bulan Jun yang lalu, robot tersebut telah berjaya menemui ais daripada air yang menjadi bukti bahawa air pernah atau sedang wujud di Marikh. Ini memungkinkan kewujudan organisma lain di planet itu.

Namun dengan berita sedih ini, adakah anda bersedia untuk menerima khabar akan tamatnya riwayat misi Phoenix Mars Lander?


Artikel Oleh Astromas

Cerapan Bintang di Pusat Sains Terengganu

Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera  Universiti Sains Malaysia dan Kelab Astronomi USM akan mengadakan satu program cerapan bintang seperti yang berikut:

Masa : 8.00 malam hingga 11 malam.
Tarikh : 31 Oktober 2008
Tempat : Pusat Sains & Planetarium Terengganu, Kuala Terengganu
Sempena : Minggu Sains & Teknologi Terengganu

Sesiapa yang berminat bolehlah menyertai pencerapan tersebut.

Oleh Astromas

Rabu, 29 Oktober 2008

Seminar Pendedahan Ilmu Falak & Astronomi 2008

Assalamualaikum & selamat sejahtera.


Falak-Online dan HBM Professional SDN BHD bakal menganjurkan Seminar Pendedahan Ilmu Falak & Astronomi Peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Selangor seperti yang berikut:

Tarikh : 8 November 2008

Masa : 9 pagi hingga 5 petang

Tempat : Anggerik Mall, Shah Alam


Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua. Antara aktiviti program ialah ceramah astronomi dan ilmu falak serta pencerapan bintang pada waktu malamnya.


Saya juga akan berada di sana. Jom ramai-ramai meriahkan program ini!

Oleh Astromas

Selasa, 21 Oktober 2008

Sesi Berkomunikasi Bersama Krew ISS

SESI KOMUNIKASI
Krew International Space Station 
dan
Staff di Planetarium Negara
21 Oktober 2008
 

Artikel Oleh Astromas

Jom Pilih Logo Untuk Astromas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semenjak laman web astronomi Astromas ditubuhkan sejak 2006, laman ini tidak mempunyai sebarang logo rasmi. Maka dengan ini saya ingin memohon jasa baik para pelawat semua untuk memilih logo manakah yang paling sesuai sebagai logo rasmi laman Astromas. Logo tersebut bakal diguna pakai di atas cetakan poster, baju dan sebagainya serta dalam urusan surat menyurat dan juga bakal diletakkan di  dalam kotak hitam di atas page ini.

Logo2 berikut mempunyai lambang peralatan astronomi Islam yang dicipta ratusan tahun lalu seperti Astrolab  (berbentuk bulat) dan Sekstan (seperti 3 segi). Setiap logo mempunyai versi hitam dan putih yang bakal digunakan berdasarkan kesesuaian warna latar belakang.

Anda boleh mengundinya dengan berbuat demikian di ruangan komen dengan menyatakan logo manakah paling sesuai serta menyatakan ianya akan bertambah cantik jika [pendapat anda] (jika ada)..

Terima kasih di atas bantuan anda

 Logo 1
 __________________________________________________




Logo 2
__________________________________________________



Logo 3 
__________________________________________________


 
Logo 4
__________________________________________________



Logo 5
 __________________________________________________
 
Logo 6
__________________________________________________
Tinggalkan komen anda akan logo yang paling sesuai di ruangan komen dengan cara klik pada comment yang terdapat di permulaan artikel ini. Jangan lupa untuk tinggalkan nama anda!

Ribuan terima kasih dari saya atas pertolongan anda.

Wassalam.

MOHD RIZUAN BIN ALI,
ibnu_ali_87@yahoo.com
017-2421412

Rabu, 15 Oktober 2008

Asteroid 2008 TC3 Menghentam Bumi!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Seminggu yang lepas, satu asteroid yang berdiameter antara 2-5 meter telah dijangka akan menghentam planet bumi. Saya yang ketika itu sedang 'demam' peperiksaan akhir semester tidak dapat untuk mengikuti dan melaporkan akan peristiwa tersebut di laman Astromas ini.

Pasti ramai yang agak kecewa kerana tidak dapat mengetahui peristiwa ini dengan lebih awal Namun mungkin saya tidak akan berasa begitu bersalah kerana kemasukkan asteroid dengan atmosfera bumi tersebut menghasilkan jaluran bebola api yang tidak dapat dilihat dari Malaysia. (hehe..)

Asteroid yang dimaksudkan diberi kod nama 2008 TC3. Asteroid ini pertama kali berjaya dicerap dari Catalina Sky Survey (CSS) menggunakan teleskop berdiameter 1.5 meter yang terletak di gunung Lemmon, di utara Tucson, Arizona, USA. Penemuan tersebut adalah 19 jam sebelum perlanggaran berlaku. Walaupun tempoh antara hentaman dan penemuan asteroid tersebut adalah kurang dari sehari, namun para pencerap tersebut berjaya meramal dengan tepat laluan asteroid tersebut yang menghala ke bumi.

Asteroid 2008 TC3 telah memasuki atmosfera bumi (maka akan dipanggil sebagai meteoroid kerana telah memasuki atmosfera bumi) pada 2.46 UTC, 7 Oktober 2008 bersamaan pukul 1.46 petang waktu Malaysia. Meteoroid ini telah memasuki ruang udara Sudan pada kelajuan 12.8 kilometer per saat dengan anggaran trajektori (arah laluan di langit) dari arah barat pada azimuth 281 darjah dan altitud 19 darjah dari ufuk.

Meteoroid 2008 TC3 telah terbakar sekitar 10 kilometer dari permukaan bumi dengan tenaga letupan di anggarkan 1 kiloton TNT, lalu menghasilkan cahaya bebola api, iaitu lebih hebat dari sinaran tahi bintang, pada pagi waktu Sudan. Majalah Times melaporkan cahaya letusan dari meteroid tersebut adalah sangat terang sehingga menjadikan dada langit kelihatan terang seperti ketika bulan penuh. Sebuah pesawat yang terletak 1,400 km dari lokasi kemasukan juga melaporkan melihat cahaya yang terang di ruang langit utara Sudan.
Artikel Oleh Astromas


Komen anda?