Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Rabu, 25 Februari 2009

Astrofoto Hasil Dari Kedudukan Perigee Komet Lulin

Komet Lulin dengan 2 ekor Credit & Copyright: Richard Richins (NMSU) Perjalanan komet Lulin untuk mengelilingi matahari telah mencapai jarak paling dekat dengan bumi (perigee) pada malam semalam. Ini membolehkan kita untuk melihat komet Lulin yang akan kelihatan agak terang selama dua tiga hari ini. Ianya kini sedang berada pada kedudukan 180 darjah dari matahari yang membolehkannya dilihat hampir sepanjang malam. Komet Lulin akan kelihatan bergerak mengubah kedudukannya sekitar jarak...

Sabtu, 21 Februari 2009

Jom Mencerap Komet Lulin!

Assalamualaikum & Hai.... Komet Lulin (C/2007 N3)Astrofoto oleh Karzaman Ahmad dari Balaicerap Negara Langkawi. Dua tiga hari ini, ahli astronomi amatur seluruh negara mula bising membincangkan mengenai komet Lulin yang semakin menghampiri matahari. Cuma saya sahaja yang kurang bising kerana terpaksa menghadapi final examination bermula 23hb ni. :'( Komet Lulin (C/2007 N3) merupakan sebuah komet dengan orbit tidak dijangka. Ini bermaksud ianya akan mengorbit matahari pada kali ini dan kemudiannya...

Ahad, 15 Februari 2009

Heart Nebulae

Heart Nebulae / IC 1805 Tengok betul2. Ada macam rupa heart kan?Image Credit : Dick Locke Heart Nebulae atau pun kodnya IC 1805 ini berada di lengan Perseus dalam galaksi Bima Sakti dan terletak di kawasan buruj Cassiopeia, iaitu dimitoskan sebagai Puteri Negara Habshah. Ianya terletak sejauh 7500 tahun cahaya dari bumi iaitu bersamaan jarak perjalanan cahaya selama 7500 tahun. Bayangkan betapa jauhnya objek ini kerana dalam masa satu saat cahaya dapat bergerak sejauh 300 ribu kilometer ! Nebulae...

Jumaat, 13 Februari 2009

Satelit AS, Russia berlanggar

LAKARAN artis Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) menunjukkan bumi dikelilingi 18,000 objek termasuk satelit. MOSCOW: Satelit Amerika Syarikat dan Russia berlanggar di angkasa lepas buat kali pertama dalam sejarah menyebabkan sisa serpihannya mungkin mengancam pesawat lain di orbit, kata pakar dua negara itu. Buat masa ini, ia tidak memberi risiko besar kepada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mempunyai tiga krew, dua daripada mereka angkasawan Amerika, kata jurucakap Kawalan Misi Russia,...

Selasa, 10 Februari 2009

Catatan Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra 9 Feb 09

Assalamualaikum & Hai.... Cantik betul gambar dari Kamayok seperti di bawah ini. Nampaknya banyak perkara saya perlu belajar dari Kamayok mengenai astrofotografi.hehe.. Boleh kan Kamayok? ;;) Alhamdulillah cuaca di Shah Alam ketika gerhana sedang berlaku  adalah sangat baik. Ini membolehkan saya melihat gerhana bermula dari awal gerhana sehinggalah ke akhir gerhana.  Seperti yang dijangka, gerhana bulan penumbra ini kelihatan seperti 'malu2 kucing' untuk menunjukkan bayang bumi yang...

Foto Gerhana Bulan Penumbra.

Kepada semua pelayar weblog Astromas,Semalam sungguh bernasib baik kerana saya dapat mengambil foto bagi Gerhana Bulan Penumbra yang menarik pada tahun ini. Bulan penuh semalam juga yang terbesar sekali pada tahun ini. Saya dapat rasakan sebab bulan penuh semalam nampaknya besar sekali dalam viewfinder kamera saya. Jadi, saya ingin mengkongsikan gambar saya dengan pelayar weblog Astromas. nuffnang_bid = "d83c7814cde6bec1f038732fa5de21c...

Ahad, 8 Februari 2009

Jom Mencerap Gerhana Bulan Penumbra pada 9hb Feb ini!

Assalamualaikum & selamat sejahtera.. Rajah menunjukkan perbezaan keadaan bulan sebelum dan selepas gerhana penumbra. Gerhana bulan penumbra agak susah untuk dicerap memandangkan bayang yang terhasil adalah kurang malap. Setelah dihidangkan dengan peristiwa gerhana matahari pada 26 Januari lalu, pada bulan ini kita akan bertemu dengan peristiwa gerhana bulan pula. Gerhana bulan yang akan berlaku pada 9hb ini digelar gerhana bulan penumbra. Ini bermaksud ketika berlakunya gerhana ini, bulan,...

Selasa, 3 Februari 2009

Koleksi Astrofoto Bulan

Apa khabar pelayar weblog Astromas, Ini adalah  kali kedua saya menulis untuk kategori astrofotografi. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua gambar-gambar bulan yang saya dapat rakamkan sepanjang tahun lalu.  Saya adalah agak baru dalam bidang astrofotografi. Saya berharap sesiapa sahaja boleh memberi komen akan gambar-gambar saya. Terima kasih. . nuffnang_bid = "d83c7814cde6bec1f038732fa5de21...

Astrofoto Gerhana Matahari Separa 26 Jan 09

Apa khabar semua, gambar ni saya ambil semasa saya sedang berehat di Janda Baik, Pahang. Masa itu saya fikir tidak akan dapat melihat fenomena yang istimewa ini kerana awan tebal. Jadi, saya bersabar dan menunggu ketibaan gerhana matahari separa kali ini. Pada pukul 5+pm, matahari berbentuk bulan sabit mula muncul dari belakang awan tebal. Inilah masa keemasan yang saya sedang menunggu. Jadi saya mula menyediakan kamera digital SLR dan memulakan sesi pengambaran. Inilah gambar yang saya ingin kongsikan...

Page 1 of 4612345Next