Isnin, 26 April 2010

Selamat ulang tahun ke - 20 Teleskop Hubble!

Assalamualaikum & hai....

Nampaknya teleskop angkasa Hubble telah mencapai usia ke-20nya. Rupa2nya teleskop ini hanya 3 tahun lagi muda dari saya.hehe Namun hakikatnya, projek teleskop Hubble ini merupakan salah satu program paling berjaya dalam sejarah dunia astronomi kita. Dengan teleskop Hubble, kita telah berjaya merungkai banyak persoalan dan sambil itu membina persoalan baru yang perlu diselesaikan oleh para saintis.

'Pergunungan mistik' yang merupakan sebahagian dari nebula Carina.
Credit: NASA, ESA, and M. Livio and the Hubble 20th Anniversary Team (STScI)


Sebagai hadiah dari Hubble, gambar berikut dinamakan sebagai Gunung Mistik (Mystic Mountain) yang mengingatkan kita kepada salah satu imej paling hebat dari Hubble iaitu 'tiang kehidupan' (Pilar of creation) pada 1995. 

Gambar ini adalah sebahagian dari kawasan di nebula Carina. Menara yang setinggi 3 tahun cahaya ini terdiri dari gas hidrogen sejuk dan debu yang membentuk dinding nebula tersebut. Pergunungan gas ini bukan sahaja terdiri dari bintang2 yang muda, tetapi juga sistem solar yang sedang membentuk. Berkemungkinan pada 4.5 bilion tahun yang lalu, beginilah rupa sistem solar kita. 


Sangat cantik bukan?