Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Sabtu, 25 Ogos 2007

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana Bulan – 28/08/2007 28 haribulan ini kita akan berkesempatan untuk melihat gerhana bulan penuh. Namun bagi kita di Malaysia hanya berkesempatan untuk melihat fasa-fasa akhir gerhana penuh ini kerana bulan hanya akan naik dari ufuk timur pada pukul 07.21 minit malam iaitu ketika bulan sedang di pertengahan gerhana. Peristiwa kali ini boleh dilihat bermula ianya naik sehinggalah ia meninggalkan bayang gelap matahari iaitu umbra pada sekitar jam 08.30 malam. Jangan lepaskan peluang untuk melihat bulan yang sedang gerhana naik dari ufuk!. Pasti ini akan menjadi pengalaman dan permandangan...

Isnin, 20 Ogos 2007

Cuba-cuba Dalam Astrofotografi

Beberapa hari yang lepas, seorang pelayar laman Astromas, iaitu sdr Imran memberitahu bahawa dia ada mengambil gambar buruj Orion, atau lebih dikenali sebagai buruj Belantik bagi masyarakat Melayu. Maka, saya meminta beliau untuk emailkan gambar tersebut kepada saya. Mengikut sdr Imran, gambar ini diambil dari atas bumbung rumahnya (??) pada 22 Februari 2007 menggunakan kamera digital Kodak (saya lupa modelnya) dengan menggunakan mode 7 sec exposure. Setelah saya mendapat gambar tersebut, saya...

Selasa, 14 Ogos 2007

Peristiwa Halo Matahari

Beberapa hari yang lepas, saya telah menerima beberapa email dari rakan-rakan yang mengkhabarkan bahawa mereka melihat satu fenomena di sekitar matahari yang agak aneh. Matahari dikatakan mempunyai jaluran yang agak besar mengelilinginya yang kelihatan seperti cincin. Apabila menerima gambar dari rakan-rakan saya iaitu Dr Chong dan saudara Boss, iaitu seorang peminat laman Astromas, barulah saya sedar bahawa peristiwa yang dilihat itu adalah dipanggil fenomena halo.Fenomena halo (bahsa Greek: ἅλως)...

Pengumuman Trip Pencerapan di Pulau Singa Besar, Langkawi

Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang kini sedang dalam perancangan untuk mengadakan satu trip pencerapan di Pulau Singa Besar, Langkawi. Lokasi tersebut mempunyai lokasi yang sangat gelap sehinggakan jaluran bima sakti dapat dilihat dengan mata kasar.Cadangan Tarikh 10 & 11 November 2007atau8 & 9 Disember 2007Pada tarikh tersebut adalah pada hari bulan tua dan bulan baru yang membolehkan pencerapan deep sky dapat dilakukan. Jika anda berminat, boleh mendapatkan info lanjut dengan menghubungi Professor Madya Dr Chong Hon Yew di 016-315...

Selasa, 7 Ogos 2007

Hujan Meteor Perseids (12/13 - 13/14/08/2007, 01.00 pagi dan ke atas)

Rajah 1Foto komposit yang diambil selama 3 hari kemuncakperistiwa PerseidsKredit Imej : Chris L Peterson. Seperti kata Pak Mutoha, iaitu rakan astronomi kita dari Yogjakarta, bulan ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh para ahli astronomi amatur memandangkan banyak fenomena astronomi menarik yang berlaku pada bulan ini. Dimulakan dengan peristiwa hujan meteor Perseids pada pagi 13 haribulan ini dan diteruskan dengan gerhana bulan penuh pada 28 Ogos ini. Agak telah...

Khamis, 2 Ogos 2007

Planet Cerapan Mata Kasar Bulan Ini

Selepas beberapa bulan menjadi latar utama penghias permandangan langit senja, bulan ini planet paling terang di langit iaitu planet Zuhrah sudah mula berada rendah di ufuk pada awal bulan dan kemudiannya akan terus menghilang dari pandangan waktu senja. Pengganti planet ini ialah planet Utarid yang akan mula muncul rendah di kaki langit bulan ini. Namun disebabkan faktor awan dan kecerahannya yang tidak setanding dengan planet Zuhrah, maka agak sukar untuk kita melihatnya dengan mata...

Page 1 of 4612345Next