1, Pengenalan
Sumbangan oleh para ahli astronomi Islam sekitar kurun ke 9 dan 12 adalah sangat memberi kesan yang besar terhadap dunia astronomi masa kini. Sumbangan yang inovatif dan tepat itu masih lagi digunakan dan dinikmati sehingga zaman kini. Banyak konsep asas dalam astronomi moden dicipta secara terus oleh para sarjana Islam atau terbit hasil dari kesan penemuan mereka oleh para astronomi yang seterusnya.
Kebanyakan hasil kerja para sarjana Islam sangat dikagumi oleh barat sehingga mereka ini dikenali dan dikagumi oleh para saintis barat pada masa itu. Kebanyakan ahli astronomi Islam ini dikenali di barat dengan nama Inggeris seperti Suter, Sezgin dan Sarton dan banyak lagi. Antara mereka ialah Al-Battani (929) yang menulis jadual Sabian (al-Zij al-Sabi), sebuah kitab yang amat bernilai selama beberapa abad selepas beliau. Hasil kerja beliau juga termasuk pengiraan masa bulan baru, pengiraan panjang solar dan tahun sideral, jangkaan gerhana dan fenomena kesilapan paralaks. Beliau juga bukan sahaja popular kerana tanggapan pertama terhadap nisbah rigonometri yang digunakan pada masa kini, tetapi juga sumbangannya terhadap pembetulannya kepada hasil kerja Ptolemy.
Ayat ini menerangkan mengenai teori letupan besar (Big Bang) yang diterima kini.
2. Sumbangan para sarjana Islam
Berikut adalah antara para sarjana Islam yang memberi sumabangan besar terhadap perkembangan dunia astronomi dunia. Di sini hanya diletakkan sebilangan dari mereka. Untuk lebih lanjut cuba carinya di laman web. Semoga memberi manfaat.
a) Al-Sufi (903-986 Masihi)

“Apakah orang yang tidak beriman itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi kedua-duanya dulu adalah sesuatu yang padu. Kemudian kami pisahkan antara keduanya”(Surah Al-Anbia ayat 30)
Ayat ini menerangkan mengenai teori letupan besar (Big Bang) yang diterima kini.
2. Sumbangan para sarjana Islam
Berikut adalah antara para sarjana Islam yang memberi sumabangan besar terhadap perkembangan dunia astronomi dunia. Di sini hanya diletakkan sebilangan dari mereka. Untuk lebih lanjut cuba carinya di laman web. Semoga memberi manfaat.
a) Al-Sufi (903-986 Masihi)
Di barat Al-Sufi dikenali dengan nama Azophi.
Beliau membuat beberapa pemerhatian mengenai keserongan garis ekliptik (arah laluan bagi matahari, bulan, dan planet) dan juga pergerakan matahari (panjang setahun mengelilingi matahari). Beliau juga ada membuat pemerhatian mengenai ciri-ciri bintang mengikut buruj-buruj, membincangkan mengenai kedudukan bintang, magnitud dan warnanya. Selain itu beliau juga ada menulis mengenai astrolab dan seribu satu penggunaannya.Peralatan astrolabe yang ditulis oleh Al-Sufi mengenai penggunaannya.
b) Al-Biruni (973-1050 Masihi)Al-Biruni turut memberi sumbangan dalam bidang astrologi pada zaman Renaissance.
Beliau telah menyatakan bahawa bumi berpusing di atas paksinya sendiri . Beliau juga telah mengira mengenai ukur lilit bumi, dan membetulkan secara saintifik arah Kota Makkah dari mana-mana arah di dunia. Hasil kerja Al-Biruni mencapai jumlah 150 hasil, termasuk 35 dalam bidang astronomi tulen.c) Ibnu Yunus (1009 Masihi)
Sebuah kawah dipermukaan bulan dinamakan sebagai Ibn Yunus
Beliau membuat pemerhatian selama hampir 30 tahun (977-1003) menggunakan kebanyakan astrolabe yang besar sehingga yang berdiameter 1.4 meter, menentukan lebih dari 10,000 catatan mengenai kedudukan matahari sepanjang tahun. d) Al-Farghani
e) Al-Zarqali (dikenalli sbg Arzachel di barat) (1029-1087)
f) Jabir Ibn Aflah (1145 Masihi)
Abu'l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani merupakan antara sarjana Islam dalam bidang astronomi yang amat dikagumi.
Beliau adalah merupakan salah seorang ahli astronomi khalifah al-Makmun. Beliau ada menulis mengenai astrolabe, menerangkan mengenai teori matematik disebalik penggunaan alatan dan membetulkan kesalahan geometri dalam pembinaan cakera tengah. Kitab belliau yang paling popular ialah fi Harakat Al-Samawiyah wa Jaamai Ilm al-Nujum yang membincangkan mengenai kosmologi. Kitab ini mengandungi 30 bab termasuk penerangan mengenai kawasan bumi yang boleh didiami, saiznya dan juga mengenai fenomena di bumi.e) Al-Zarqali (dikenalli sbg Arzachel di barat) (1029-1087)
Wajah Al-Zarqali diabadikan pada setem di Sepanyol bagi menghargai sumbangan beliau terhadap penciptaan astrolab yang lebih baik
Beliau telah menyediakan jadual Toledan dan juga merupakan seorang pereka yang telah membina astrolab yang lebih kompleks yang diberi nama Safiha. f) Jabir Ibn Aflah (1145 Masihi)
Jabir Ibn Aflah atau dikenali sebagai Geber adalah seorang ahli matematik Islam berbangsa Sepanyol.
Beliau adalah orang pertama yang mencipta sfera cakerawala mudah alih yang digunakan untuk mengukur dan menerangkan mengenai pergerakan objek samawi. Antara sumbangan beliau yang utama ialah dalam bidang trigonometri sfera. Antara hasil kerja beliau ialah Kitab al-Hay’ah. Artikel oleh Astromas