Assalamualaikum dan hai..
Binokular merupakan salah satu peralatan astronomi yang utama selain teleskop. Binokular juga biasa disebut sebagai ‘teropong’ digunakan dengan cara memegang menggunakan kedua tangan secara bebas dan digunakan kedua belah mata untuk melihat menerusinya. Terdapat pelbagai jenis binokular di pasaran. Biasanya binokular dinilaikan berdasarkan kuasa pembesaran dan diameter bukaan kanta objektif.
Dalam bidang astronomi, kebiasaanya binokular yang berkuasa 7x50mm dan 10x50 mm digunakan dengan nombor dihadapan merujuk kepada kuasa pembesaran dan nombor seterusnya adalah bukaan kanta objektif. Binokular 7x50mm memberi luas medan pandangan (Field of View, FOV) seluas 7 darjah dan binokular 10x50mm memberi FOV 5 darjah. Semakin kecil FOV, maka semakin kecil kawasan yang dilihat melalui binokular tersebut yang juga bermaksud lebih besar sesuatu objek astronomi itu untuk dilihat.
Binokular berkuasa 7x50mm berjenama Fujinon. Apabila membeli binokular, pastikan kejelasan objek yang dilihat adalah lebih jelas dari pandangan mata kasar dan tiada sebarang warna sampingan hadir pada pandangan.
Namun begitu, saya ingin mencadangkan jika anda ingin membeli sebuah binokular, jangan membeli binokular yang memberi pandangan yang lebih kecil dari 5 darjah kerana ianya amat sukar untuk mengawal dan mencari objek-objek astronomi menggunakan binokular sebegini. Ianya akan menjadi sangat berat untuk dipegang dengan tangan dan mungkin akan memeningkan anda kerana terlebih gegaran terhasil. Bagi yang baru ingin berjinak-jinak dengan astronomi, binokular 7x50mm atau 10x50mm adalah lebih baik dari membeli teleskop secara terburu-buru.
Melihat langit menggunakan binokular merupakan sesuatu yang amat menarik jika anda mengetahui apa yang boleh dilihat dan dicari menggunakan binokular. Binokular membantu kita untuk melihat objek astronomi sehingga ke magnitud 9 berbanding mata kasar yang hanya boleh melihat objek sehingga ke magnitud 6 sahaja. Terdapat banyak objek menarik yang termasuk dalam lingkungan magnitud ini. Medan penglihatan yang luas membolehkan binokular digunakan secara meluas dalam pencerapan komet, mencari letupan nova dan supernova serta untuk pencerapan secara umum. Selain itu, bulan-bulan planet Musytari (bulan Galilean), asteroid Ceres dan Pallas, planet Neptun dan Titan yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar boleh dilihat dengan mudah dengan binokular.
Melihat langit menggunakan binokular merupakan sesuatu yang amat menarik jika anda mengetahui apa yang boleh dilihat dan dicari menggunakan binokular. Binokular membantu kita untuk melihat objek astronomi sehingga ke magnitud 9 berbanding mata kasar yang hanya boleh melihat objek sehingga ke magnitud 6 sahaja. Terdapat banyak objek menarik yang termasuk dalam lingkungan magnitud ini. Medan penglihatan yang luas membolehkan binokular digunakan secara meluas dalam pencerapan komet, mencari letupan nova dan supernova serta untuk pencerapan secara umum. Selain itu, bulan-bulan planet Musytari (bulan Galilean), asteroid Ceres dan Pallas, planet Neptun dan Titan yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar boleh dilihat dengan mudah dengan binokular.
Rajah 1
Garisan merah menunjukkan medan penglihatan yang dilihat menggunakan binokular 7x50mm dan 10x50mm terhadap galaksi Andromeda.
Namun ingin diberitahu di sini bahawa objek yang akan anda lihat melalui binokular dan teleskop tidaklah mempunyai warna yang pelbagai seperti yang dilihat pada foto-foto astronomi. Foto-foto astronomi kelihatan berwarna disebabkan penggunaan mod dedahan panjang oleh kamera yang mana mata kasar kita tidak mampu melakukannya walaupun dengan penggunaan binokular mahupun teleskop. Objek yang dilihat menggunakan alatan ini akan kelihatan seperti gumpalan awan gas yang keputihan yang dikelilingi oleh kumpulan bintang-bintang.
Namun anda jangan risau kerana anda masih boleh melihat struktur objek-objek ini termasuklah galaksi Andromeda yang kelihatan bujur, kelompokan bintang terbuka yang kelihatan sebagai bebola bintang yang besar dan lain-lain lagi.
Mencerap menggunakan binokular merupakan satu langkah besar yang boleh diambil oleh mana-mana peminat astronomi yang ingin berjinak di dalam bidang ini. Malah ahli astronomi amatur dan profesional juga turut membawa binokular ketika sesi pencerapan. Antara kebaikan menggunakan binokular berbanding teleskop ialah;
- Kos untuk mendekati bidang astronomi menjadi lebih murah berbanding harga teleskop yang mencecah harga ribuan ringgit berbanding binokular yang boleh didapati pada harga sekitar RM200.
- Binokular lebih senang dikendalikan kerana ianya lebih ringan, lebih kecil dan senang dibawa ke mana-mana.
- Penggunaan binokular adalah cepat dan tidak melibatkan pemasangan yang rumit seperti teleskop.
- Kemahiran mencari objek astronomi menggunakan binokular adalah sangat penting sebelum penggunaan teleskop dalam mencari objek-objek astronomi.
- Binokular memberi medan pandangan yang lebih besar dari teleskop yang bermaksud;
- Masalah dalam mencari objek astronomi dapat dikurangkan berbanding menggunakan teleskop yang agak rumit.
- Sesetengah objek astronomi lebih baik dicerap menggunakan binokular berbanding teleskop. Objek tersebut termasuklah buruj, komet, kelompokan bintang, sesetengah nebula dan juga galaksi.
Bulan Feb kali ini menjadi bulan yang begitu baik untuk dilakukan pelbagai aktiviti astronomi seperti sesi cerapan bintang, astrofotografi dan sebagainya. Ini dibuktikan dengan kehadiran planet utama seperti Utarid yang meninggi pada lewat petang bulan ini. Zuhrah atau lebih dikenali sebagai bintang Kejora pula turut sama berdansa di langit petang dengan menjadi satu 'titik bintang' yang sangat terang. Planet Musytari pula mengikuti di belakangnya dengan kelihatan pada awal malam. Pada tengah malam pula planet Marikh mendominasi langit dan planet Zuhal yang bergelang mengekori keluar di langit pada waktu pagi.
Pusat galaksi Bima Sakti yang boleh dilihat dengan mata kasar menjanjikan banyak objek untuk dicerap dengan mata kasar, apatah lagi dengan binokular!
Kredit imej :
Sudah pastinya anda ingin melihat pusat galaksi Bima Sakti Bukan? Menariknya ialah pusat galaksi kita ini kita boleh lihat dengan mata kasar! Betul saya tak tipu.hehe. Pusat galaksi Bima Sakti yang melintang di langit dari arah tenggara ke barat laut dikatakan berpusat pada buruj Sagittarius. Buruj Sagittarius yang merupakan 'jantung' pusat galaksi Bima Sakti sayangnya akan keluar pada waktu lewat pagi bulan ini dan semakin awal pada bulan2 seterusnya. Waktu terbaik untuk melihat dan mencerap pusat galaksi Bima Sakti ialah pada pertengahan tahun.
Pelbagai objek-objek astronomi berada di jaluran awan galaksi Bima Sakti. Kebanyakannya digelar sebagai objek Messier (klik untuk info lanjut). Diketahui bahawa galaksi Bima mempunyai empat lengan utama dan dua lengan kecil yang mengelilingi pusat galaksi. Untuk melihat ke pusat galaksi, kita akan melihat melalui salah satu lengan Bima Sakti yang dipanggil sebagai lengan Sagittarius yang ditandakan dengan buruj Sagittarius. Terdapat lebih 9 objek Messier boleh dicerap menggunakan binokular di lengan ini termasuklah nebula Lagoon, nebula Trifid, kelompokan Omega, nebula Helang dan banyak lagi. Bumi, matahari dan sistem solar pula terletak di lengan Orion yang mempunyai sekitar 26 objek Messier yang boleh dicerap menggunakan binokular. Di belakang lengan Orion pula ialah lengan Perseus yang mempunyai sekitar 6 objek Messier. Sila rujuk jadual satu.
Jadual senarai objek Messier sebagai objek cerapan melalui
binokular berkuasa 7x35mm, 7x50mm, dan 10x50mm.
Wow! terdapat 42 objek Messier untuk anda lihat dengan binokular! Tidakkah anda terasa teruja? Apa lagi, beli satu binokular dan terus mencerap objek langit sekarang!
Jom mencerap!