Khamis, 19 April 2012

Teleskop Tercanggih di Asia Tenggara Kini di Malaysia


Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal Miliki Teleskop Tercanggih Di Asia Tenggara

PORT DICKSON, 17 April (Bernama) -- Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini yang mula beroperasi bulan lepas, bakal menjadi daya tarikan terbaru pusat peranginan Port Dickson.

Memiliki teleskop tercanggih di Asia Tenggara serta terbesar di Malaysia bernilai RM1.8 juta, balai cerap itu menjadi pusat kegiatan melihat anak bulan, kajian bintang dan sistem cakerawala bagi menjana kemajuan ilmu falak.





"Balai cerap ini juga satu usaha meningkatkan kesedaran dalam bidang astronomi pada kalangan pelajar dan orang ramai," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Datuk Mohammad Razi Kail kepada pemberita, di sini Selasa.

Antara kemudahan yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan yang boleh menampung 200 orang, surau dan bilik kuliah serta galeri yang menempatkan bahan sejarah berkaitan cerapan dan astronomi dalam Islam.

Pengurusan balai cerap ini dilakukan secara usahasama antara Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Universiti Malaya (UM), kata Mohammad Razi.

-- BERNAMA

Jom mencerap!


013-2180412
ibnu_ali_87 @ yahoo. com

p/s : Orang Negeri Sembilan wajib untuk melawat balai cerap ini.hehe