Jumaat, 20 April 2012

Panduan Pencerapan Hujan Meteor

Assalamualaikum & hai..

Jika anda bertanyakan kepada saya apakah aktiviti astronomi yang paling saya suka, jawapan saya ialah membuat aktiviti mencerap hujan tahi bintang! Wowwww... Aktiviti mencerap hujan tahi bintang tidak pernah menjadi sesuatu yang boleh membosankan saya. 

Credit image : Fred Bruenjes

APA ITU HUJAN TAHI BINTANG? MACAM BEST AJE BUNYINYE

Memang best  pun.hehe.. Dari segi istilahnya, tahi bintang (meteor) adalah jaluran cahaya yang panjang yang kelihatan melintas langit malam. Soalan kedua ialah kenapa dinamakan sebagai "hujan"? Ini adalah kerana pada ketika peristiwa tersebut terjadi, tahi bintang akan kelihatan di langit seperti hujan yang mencurah2! Jangan tak percaya..hehe. 

Sebagai contohnya, anda berpeluang untuk melihat hingga 120 tahi bintang dalam masa satu jam untuk sepanjang malam 13-14hb Disember setiap tahun. 120 tahi bintang per jam? Maksudnya jika anda melihat peristiwa ini dari jam 10 malam hingga 6 pagi (selama 8 jam) pada tarikh tersebut, anda berpeluang melihat sebanyak 960 tahi bintang pada malam tersebut! (120 tahi bintang perjam darab 8 jam).

Terkejut? Tak percaya? Anda kena percaya..,, Tipsnya di sini ialah anda perlu melihat langit pada tarikh2 tertentu yang mana peristiwa hujan meteor ini sedang aktif. Jika tidak, kemungkinan anda untuk ter-lihat tahi bintang ini adalah amat sukar. Sebab itulah sesetengah orang hanya pernah melihat satu atau dua sahaja tahi bintang sepanjang hidupnya.


KENAPA PERISTIWA INI TERJADI? ADAKAH INI TANDA2 NAK KIAMAT?

Peristiwa hujan tahi bintang terjadi apabila bumi melanggar jaluran serpihan batuan yang terapung2 di angkasa lepas. Jaluran batuan angkasa ini adalah berasal dari komet yang mengorbit mengelilingi matahari. Disebabkan komposisi komet yang mudah pecah (komponen ais dan batuan angkasa), maka  ekor yang terhasil apabila komet mendekati matahari menyebabkan batuan2 komet tersebut tertinggal di orbitnya. Setiap tahun planet bumi akan melanggar orbit komet2 ini lalau menyebabkan batuan tadi masuk ke atmosfera bumi lalu terbakar dan menjadi jaluran tahi bintang. 

Photograph by Yuichi Takasaka; blue-moon.ca/TWAN

Batuan angkasa ini kebanyakannya bersaiz sebutir pasir hinggalah ke sebesar bola keranjang. Kebanyakan batuan angkasa ini akan terbakar habis sebelum sempat mencapai permukaan bumi. Namun ada juga yang sempat jatuh ke bumi lalu menjadi meteorit.

Peristiwa ini terjadi sejak zaman purbakala lagi. Pada zaman dahulu, penduduk yang tidak menjangka hujan meteor akan terjadi merasakan ianya adalah satu petanda buruk yang seperti kemarahan tuhan dan sebagainya. Pernah terjadi peristiwa hujan tahi bintang Leonids yang berskala ribut melanda bumi. Masyarakat pada masa itu sangat ketakutan kerana mereka melihat pancuran tahi bintang di langit sedang keluar secara tidak putus2.. Peristiwa itu merekodkan lebih seribut tahi bintang kelihatan dalam masa sejam. 

Namun anda jangan risau kerana fenomena ini berlaku dengan selamat untuk dilihat dan dicerap.


APAKAH YANG BOLEH DILIHAT? SAYA TAKDE DUIT NAK BELI TELESKOP



Jangan risau kerana anda tidak memerlukan sebarang teleskop untuk melihat tahi bintang. Cukup dengan mata kasar sahaja. Binokular juga tidak perlu.

Sewaktu peristiwa ini terjadi, anda akan dapat melihat tahi bintang melintasi dada langit malam sebagai satu jaluran cahaya yang memanjang. Ianya boleh bertahan selama 2 3 saat di langit dan biasa berwarna putih, kebiruan atau kehijauan bergantung kepada komposisinya. Cahayanya kadang kala cukup terang sehinggakan menimbulkan bayang anda! 

Jika batuan angkasa yang terbakar itu agak besar, kemungkinan anda dapat melihat tahi bintang ini berpecah menjadi dua atau tiga tahi bintang yang lain. Malah kadang kala anda dapat melihat tahi bintang ini seperti melantun2 di udara.


BILA BOLEH MELIHAT PERISTIWA HUJAN TAHI BINTANG INI?

Untuk pengetahuan anda, hujan tahi bintang berlaku pada tarikh yang hampir sama pada setiap tahun. Boleh dikatakan setiap bulan terdapat satu peristiwa hujan tahi bintang-nya yang tersendiri. Namun tidak semua menghasilkan bilangan yang banyak. Ada yang mencapai jumlah 120 untuk setiap jam dan ada yang hanya mengeluarkan di bawah 10 per jam. 

Saya senaraikan peristiwa hujan tahi bintang yang terhebat, yang berbaloi untuk dicerap. Jumlah meteor yang dinyatakan ialah bilangan tahi bintang yang kelihatan pada waktu puncak.

Quadrantids - 3 Januari - 120 meteor per jam
Geminids - 13/14 Disember - 120 meteor per jam
Perseids - 13 Ogos - 90 meteor per jam
Eta Quarids - 6 Mei - 60 meteor per jam
Orionids - 21 Oktober - 20 meteor per jam
Southern Delta Aquarids - 20 meteor per jam
Lyrids - 23 April - 15 meteor per jam
Leonids - 17 November - berubah2... Potensi untuk ribut tahi bintang

Sebenarnya masih ada banyak lagi peristiwa hujan tahi bintang ni, tapi kurang berbaloi untuk dicerap.

Untuk mengetahui dengan lebih tepat bila waktunya waktu puncak peristiwa2 ini, anda boleh ke website International Meteor Organisation (www.imo.net) atau Fluxtimator oleh NASA. Kebiasaanya, saya akan merujuk kepada IMO kerana ianya lebih kerap di kemas kini berbanding Fluxtimator Nasa.


BEST BEST... JADI MACAM MANA SAYA NAK TENGOK PERISTIWA INI?

Anda jangan risau kerana pencerapan hujan meteor tidak memerlukan penggunaan teleskop ataupun binokular. Malah alatan ini boleh disimpan sahaja dalam rumah pada waktu tersebut. Apa yang diperlukan ialah sepasang mata yang boleh melihat dengan jelas, sebidang tikar untuk membantu anda berbaring dengan selesa, satu bantal untuk mengalas kepala untuk mengelakkan tengkok anda cramp pada keesokan paginya, baju yang selesa, secawan air kopi dan juga beberapa kawan untuk memeriahkan lagi suasana. Lagi ramai lagi bagus. Jangan lupa juga untuk memasang ubat nyamuk untuk mengelakkan aktiviti cerapan anda berubah menjadi aktiviti manampar nyamuk.


Cara cerapan ialah dengan berbaring sambil memandang ke dada langit. Pastikan kawasan cerapan anda adalah segelap mungkin dari gangguan cahaya lampu bandar. Kawasan lapang seperti padang atau gelangga gadalah agak baik. Sabar menunggu, insyaAllah akan ada tahi bintang yang akan melintas di langit secara tiba2 yang akan menyebabkan jantung anda berdegup laju. Seterusnya pasti senyuman akan terukir di bibir anda dan perasaan tidak sabar untuk melihat tahi bintang seterusnya.



Mencerap peristiwa hujan meteor akan bertambah seronok dan menarik jika anda mengambil nota untuk membuat kiraan yang betul menggunakan kaedah-kaedah yang standard untuk dilaporkan kepada Pertubuhan Meteor Antarabangsa (International Meteor Organization, IMO) ( Baca bagaimana). Bunyinya macam terlalu hebat? Kenapa tidak kerana data2 di IMO adalah disumbangkan oleh peminat astronomi amatur seperti anda dan saya dari seluruh dunia. Ada yang berkerja sebagai cikgu, peniaga atau pelajar dan sebagainya.


SAYA KELUAR MENCERAP TETAPI TAK NAMPAK PUN? SEDIH :(

Ada beberapa kemungkinan anda tidak dapat melihat tahi bintang ketika peristiwa ini memuncak.

1. Anda memandang langit yang ditutupi awan.
Penyelesaian : Pandang sahaja di mana2 kawasan langit yang anda lihat bintang berada. Jika langit gelap sepenuhnya tanpa bintang, itu bermaksud awan sedang melitupi langit. Jika ada kawasan yang sedikit terbuka, maka tumpulah pada kawasan itu. Jika langit gelap aje, kemungkinan usaha anda akan sia2..

2. Anda memandang langit untuk dua saat kemudian bersembang dan bermain dam aji dengan rakan.
Penyelesaian : Anda perlulah berbaring dan memandang langit paling kurang untuk beberapa minit secara terus menerus. InsyaAllah akan ada tahi bintang yang akan ditangkap oleh mata anda. Sabar adalah kunci kejayaan.hehe

KATA2 TERAKHIR? SOB SOB..

Mungkin beberapa tips berikut berguna buat anda :

1. Cari tempat yang segelap mungkin. Kawasan kampung yang jauh dari pencemaran cahaya lampu bandar akan menyebabkan anda dapat melihat tahi bintang yang kelam2. Lagi gelap lagi banyak tahi bintang yang akan anda lihat!.. Jika anda berhampiran dengan bandar, maka kebanyakan meteor yang kelam akan tidak kelihatan. Namun jangan risau kerana saya biasa juga melakukan pencerapan di bandar seperti Shah Alam.

2. Ajak rakan2 dan ahli keluarga sekali. Semakin ramai semakin seronok! Peristiwa ini sangat bersesuaian untuk dijadikan aktiviti keluarga. Anak2 pasti akan merasa semangat untuk belajar sains disebaliknya. Kalau boleh jangan keluar mencerap sorang2 kerana kemungkinan anda akan masuk balik ke rumah disebabkan ketakutan.hehe. Lagi satu lebih ramai lebih selamat. Maklumlah kita mencerap peristiwa ini biasanya sampai ke awal pagi.

3. Bila dah pergi mencerap tu jangan lupa kongsikan pengalaman anda di sini atau FB Astromas ;) Kami sangat seronok untuk membaca komen anda.

Jika anda ada sebarang persoalan, jangan malu dan segan untuk bertanyakan saya di email ibnu_ali_87 @yahoo.com atau di FB Astromas atau FB saya. SMS dan call juga dialukan.

Semoga panduan yang tak seberapa ini membantu anda. Anda boleh klik di Label Hujan Meteor untuk melihat artikel saya yang lepas2 mengenai peristiwa ini.

Salam hormat,

Jom mencerap!


013-218 0412