Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Selasa, 18 Disember 2012

Bintang yang bersaiz super giant

Assalamualaikum & hai Matahari kita adalah sejenis bintang yang bersaiz sederhana. Bintang yang lebih besar seperti supergiant adalah 10 hinga 70 kali lebih besar dari matahari dan boleh mencapai 30 ribu kali lebih cerah dari kecerahan matahari. Disebabkan oleh saiznya yang sangat besar, jangka hayatnya adalah lebih pendek sekitar 10 hingga 50 juta tahun. Bintang sebegini biasanya dijumpai di ruangan kosmik yang muda seperti kelompokan bintang terbuka, di lengan galaksi di mana bintang baru...

Ahad, 12 Ogos 2012

Hujan Meteor Perseid datang lagi!!!

Assalamualaikum dan hai.. ***Bacaan umum mengenai hujan meteor boleh di baca di http://www.astromas.com/2012/04/panduan-pencerapan-hujan-meteor.html Peristiwa hujan meteor datang lagi! Setiap kali bulan Ogos sudah pastinya yang kita tunggu ialah peristiwa hujan meteor Perseid. Peristiwa ini sebenarnya sudah mula aktif dari 17 Julai hinggalah 24 Ogos dan mencapai kemuncaknya pada tarikh 11 atau atau 12 haribulan setiap tahun. Sepanjang dalam tempoh tersebut mungkin anda ada ternampak...

Ahad, 15 Julai 2012

Jula Juli bintang 7, Musytari, Zuhrah dan Al Debaran

Assalamualaikum dan hai.. Kredit imej : Yuri Beletsky (Las Campanas Observatory, Carnegie Institution for Science) Gambar ini menunjukkan permandangan langit timur pada waktu pagi beberapa hari lepas. Kelihatan Kelompokan Bintang Pleaides, planet Musytari, planet Zuhrah dan bintang Aldebaran berada dalam kedudukan garis lurus.  Jika anda perhatikan dengan teliti, kelihatan planet Zuhrah adalah yang paling terang, diikuti oleh planet Musytari dan bintang Al-Debaran.  Kelompokan...

Sabtu, 9 Jun 2012

Laporan Transit Planet Zuhrah - Terakhir di Abad Ini!

Asalamualaikum dan hai... Peristiwa yang terhebat pada tahun ini iaitu peristiwa transit Zuhrah nampaknya telah berakhir. Saya dapat lihat ramai betul yang teruja untuk melihat planet Zuhrah melintas di hadapan matahari ini. Kehangatan peristiwa ini bukan sahaja menular di luar negara tetapi juga turut dirasai oleh peminat astronomi di Malaysia.. Antara sebab peristiwa ini tidak boleh dilepaskan ialah kerana ini adalah peristiwa transit planet Zuhrah yang terakhir pada abad ini. Kalau anda...

Isnin, 28 Mei 2012

Teori Big Bang dan Al-Quran

Assalamualaikum & hai.. Alam Semesta mempunyai permulaanya. Dalam surah Al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata : Apakah orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu  yang hidup" Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara yang penting . Pertama, mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan...

Ahad, 27 Mei 2012

Peluang Menyemak Arah Kiblat pada 28 Mei & 16 Julai ini

Assalamualaikum & hai.. Jangan lepaskan peluang untuk menyemak arah kiblat di tempat anda menggunakan bayang matahari pada 28 Mei ini pada jam 5.16 petang. Pada tarikh dan masa tersebut, matahari sedang berada betul2 di atas Kaabah, yang mana akan menyebabkan semua arah bayang yang terhasil adalah menunjukkan arah kiblat. Untuk pengetahuan anda, peristiwa sebanyak dua kali setiap tahun iaitu 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang. Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari...

Ahad, 29 April 2012

Panduan Mencerap Gerhana Matahari

JENIS-JENIS GERHANA MATAHARI Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di hadapan cakera matahari. Peristiwa ini hanya boleh berlaku pada waktu siang sahaja.. Terdapat 4 jenis gerhana matahari. Ianya bergantung jarak antara bumi-bulan; 1. Gerhana Matahari Penuh (total) : Berlaku apabila bulan meliputi 100% permukaan matahari. Cahaya matahari akan ditutup seratus peratus yang membawa keadaan seperti malam bagi lokasi yang bertuah. Hanya corona matahari yang akan kelihatan ketika...

Jumaat, 20 April 2012

Panduan Pencerapan Hujan Meteor

Assalamualaikum & hai.. Jika anda bertanyakan kepada saya apakah aktiviti astronomi yang paling saya suka, jawapan saya ialah membuat aktiviti mencerap hujan tahi bintang! Wowwww... Aktiviti mencerap hujan tahi bintang tidak pernah menjadi sesuatu yang boleh membosankan saya.  Credit image : Fred Bruenjes APA ITU HUJAN TAHI BINTANG? MACAM BEST AJE BUNYINYE Memang best  pun.hehe.. Dari segi istilahnya, tahi bintang (meteor) adalah jaluran cahaya yang panjang...

Khamis, 19 April 2012

Teleskop Tercanggih di Asia Tenggara Kini di Malaysia

Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal Miliki Teleskop Tercanggih Di Asia Tenggara PORT DICKSON, 17 April (Bernama) -- Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini yang mula beroperasi bulan lepas, bakal menjadi daya tarikan terbaru pusat peranginan Port Dickson. Memiliki teleskop tercanggih di Asia Tenggara serta terbesar di Malaysia bernilai RM1.8 juta, balai cerap itu menjadi pusat kegiatan melihat anak bulan, kajian bintang dan sistem cakerawala bagi menjana kemajuan ilmu falak. "Balai...

Page 1 of 4612345Next