Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Ahad, 29 Jun 2008

Wajah Baru Astromas (".)

Assalamualaikum & selamat sejahtera....Blog astronomi Astromas telah dibina sejak tahun 2006 lagi. Sepanjang hampir 3 tahun kewujudannya, blog ini telah mengalami banyak kali perubahan (umumnya 3 kali perubahan) demi menjadikannya lebih interaktif, berinfomasi dan mesra pengguna dalam berkongsi & menyebarkan hal-hal yang berkaitan astronomi kepada umum. Ini tidak lain ialah untuk mencapai moto blog ini iaitu Astronomi Untuk Semua.Ingin dimaklumkan di sini bahawa blog Astromas telah mengalami beberapa perubahan major pada 27hb Jun 2008 yang lalu. Bagi yang lama tidak melayari blog ini atau...

Sabtu, 28 Jun 2008

Pencarian Objek Astronomi - Star Hopping

Teknologi teleskop semakin lama semakin maju sejajar dengan perkembangan masa. Dahulu, kebanyakan teleskop adalah berbentuk manual di mana pencerap perlu mencari sendiri sesuatu objek astronomi dengan cara 'melompat' dari bintang ke bintang sehinggalah menjumpai objek yang ingin dicerap. Teknik ini dipanggil sebagai star hopping iaitu pencerap akan memulakan pencarian objek astronomi menggunakan bintang utama yang terang, kemudian bergerak ke bintang seterusnya dan sehinggalah objek yang ingin dicerap...

Khamis, 26 Jun 2008

Si Pemalu Yang Amat Menonjol! - Neutrino -

Rajah 1Letupan supernova SN 1987a yang berlaku di nebula Tarantula berada sejauh 160,000 tahun cahaya dari bumi. (1 tahun cahaya = 9.46 trilion kilometer). Walaupun terletak sangat jauh, neutrino hasil dari letupan tersebut telah dipecut sehingga tiba ke bumi!Saya kembali lagi dengan cerita terbaru, ini merupakan entri kedua saya dalam blog ini, saya tidak pasti samada entri pertama saya mampu difahami oleh pembaca atau tidak kerana saya mempunyai kesukaran untuk menulis dan menyusun ayat ke bahasa...

Rabu, 25 Jun 2008

Neutrino, misteri alam.

Balaicerap Super-Kamiokande di Institut Kajian Sinar Kosmik di Jepun. Fasiliti di bawah tanah ini menjalankan eksperimen berkaitan neutrino sejak dua dekad lalu. Apa itu neutrino? Jika ditanyakan soalan ini kepada sesiapa yang bukan dari latar belakang sains yang mempelajari ilmu Fizik secara mendalam saya pasti hanya segelintir sahaja yang mampu menjawabnya. Di sini biar saya terangkan secara ringkas apa itu neutrino. Neutrino adalah zarah kecil yang berinteraksi secara lemah dengan zarah-zarah...

Sabtu, 21 Jun 2008

Phoenix Menemui Bukti Kewujudan Air di Marikh!

Imej ini diambil oleh Surface Stereo Imager pada Mars Phoenix Lander iaitu pada hari misi ke 21 (sol 20, 15 Jun) dan hari ke 25 (sol 24, 19 Jun) Semalam (20 Jun 2008), kumpulan misi saintifik Phoenix telah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan secara rasminya akan penemuan ais dari air di planet Marikh. Pengumuman ini adalah berkaitan dengan penemuan lapisan putih di dalam tanah Marikh yang digali oleh Phoenix pada 13 Jun yang lalu. “Adalah dengan bangganya kami ingin umumkan bahawa kita telah...

Ahad, 8 Jun 2008

Potentially Hazardous Asteroids (PHA)

Potentially Hazardous Asteroids (PHAs) adalah batuan angkasa (asteroid) yang mempunyai saiz lebih besar dari 100 meter dan berkemungkinan merapati planet Bumi kurang dari jarak 0.05 Unit Astronomi (AU). Pencarian objek ini dari masa ke semasa adalah penting bagi membolehkan saintis memberitahu penduduk Bumi agar bersedia jika sebarang objek tersebut bakal menghentam Bumi.Pada 8 Jun 2008, terdapat sebanyak 956 asteroid yang berkemungkinan membawa bahaya kepada Bumi.Jun-Julai 2008 Asteroid Tarikh(UT) ...

Khamis, 5 Jun 2008

Asterisme Biduk

Rajah menunjukkan asterisme Biduk (senduk besar – Big Dipper). Asterisme biduk diketahui sebagai penunjuk arah ke bintang utara iaitu bintang Polaris di buruj Ursa Minor. Bulan ini apa kata anda luangkan sedikit masa untuk mencari asterisme ini di langit utara. Asterisma ini dapat di lihat sepanjang bulan ini. Asterisme Biduk akan dapat dilihat bermula dari awal malam sehinggalah ke pukul 1 pagi. Gelaran buruj Biduk yang biasa digunakan adalah tidak berapa tepat memandangkan Biduk berada di...

Astronomy Public Lecture in University Technology Mara on " SETI"

Public talk“SETI: Search for Extra-Terrestrial Intelligence” by Prof. Jayant MurthyIndian Institute of Astrophysics Date: 10th June 2008 Venue: Dewan Seminar HEAMenara SAASUniversiti Teknologi MARAShah Alam Click here for more informat...

Astronomy Public Talk in University Malaya

Public Talk"The Universe is Hot Stuff"byProf Albert Peter Willmore10.00am - 12 June 2008Dewan Kuliah Teratai, Kompleks Dewan Kuliah, Faculty of Science,University Mal...

Page 1 of 4612345Next