Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Selasa, 26 Disember 2006

Kita di Alam Semesta

Kita tinggal di alam semesta yang dipenuhi dengan jutaan galaksi. Galaksi ini dipenuhi dengan kumpulan awan gas, yang terutamanya adalah hidrogen. Disebabkan oleh graviti yang menarik sesama mereka, kumpulan gas, atom-atom yang terion (oleh sinaran radiasi yang kuat di angkasa) dan debu-debu angkasa yang terhasil dari letusan bintang yang lama akan runtuh ke satu pusat yang mana akan membentuk bintang yang baru. Rajah 1 Nebula Amerika Utara (North American Nebulae) dan Nebula Burung Undan (Pelican...

Konvensyen Astronomi USM Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3

Pengumuman. Konvensyen Astronomi USM peringkat kebangsaan tahun 2007 akan di adakan pada 9-11 Mac 2007 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dengan tema : Manned Space Exploration. Kini Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera sedang mencari dan menghubungi sponsor, kompeni, universiti, kolej, pertubuhan, kelab astronomi, badan pengajian, badan kerajaan, dan peminat astronomi di Malaysia dan di luar negara untuk turut serta menyertai konvensyen ini. Sebarang soalan, hubungi Prof Madya Dr. Chong Hon Yew di talian 016-3157...

Fenomena Astronomi Disember 2006

Selamat bertemu kembali di bulan Disember 2006 ini. Musim hujan yang masih melanda negara pasti sedikit membantutkan aktiviti cerapan. Namun ini tidak bermakna sepanjang bulan ini, langit malam akan diselubungi oleh awan sahaja. Jika nasib menyelebihi kita, pasti kita akan dapat melihat bintang-bintang dan objek cakerawala yang lain bersinar tanpa dilindungi oleh awan. Jom kita lihat objek cerapan bulan ini. Selamat mencerap!Planet Cerapan Malam.Planet Zuhal masih lagi akan menjadi planet tumpuan...

Pencerapan Hujan Meteor Geminids 2006

Peristiwa hujan meteor Geminids bagi tahun ini mencapai waktu kemuncaknya pada jam 6.45 petang pada 14 Disember 2006 mengikut data yang diberikan oleh International Meteor Organization. Pasti yang akan berasa sedikit kecewa apabila mendengar pernyataan ini kerana memikirkan bahawa kita tidak akan dapat menikmati peristiwa ini di saat kemuncaknya yang berlaku di waktu petang di Malaysia. Sebenarnya anda tidak perlu bimbang kerana kemuncak kepada peristiwa Geminids dapat bertahan selama satu hari...

Page 1 of 4612345Next