Panduan Memasang Teleskop

Memasang teleskop adalah sangat mudah. Artikel ini menerangkan bagaimana memasang teleskop jenis pantulan pada mount ekuitorial

Selasa, 18 Disember 2007

Marikh Berada Hampir Dengan Bumi Malam Ini!

Malam ini, planet Marikh akan berada paling hampir dengan bumi pada jam 7.45 malam waktu Malaysia. Kedudukannya pada malam ini iaitu sejauh 88 juta kilometer dari bumi adalah jarak paling dekat ia mendekati bumi untuk sepanjang tahun 2007 malah tidak akan berada sedekat ini lagi sehinggalah tahun 2016 nanti.Jarak yang hampir dengan bumi ini akan menjadikan planet Marikh kelihatan bersinar terang dengan amat hebat sekali pada malam ini, iaitu lebih terang dari mana-mana bintang yang ada di langit....

Rabu, 12 Disember 2007

Jom Mencerap Hujan Meteor Geminids 14/15 Disember ini!!!

Rajah 1Jaluran meteor (tahi bintang) di atas sebuah kubah ketika berlakunyaperistiwa hujan meteor. Geminids adalah antara peristiwa hujan meteor yang terbaik untuk dicerap sepanjang tahun. Pada tahun ini, dijangkakan ianya akan menjadi Geminids yang paling meriah berbanding Geminids pada tahun-tahun lepas memandangkan waktu kemuncak pada tahun ini jatuh pada waktu malam di Malaysia iaitu pada jam 00.45 pagi pada 15 haribulan Disember ini. Bulan sabit yang akan tenggelam awal pada pukul 11.00...

Page 1 of 4612345Next